Followers

Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri

Sedar tak sedar dah hampir tiga minggu kita berpuasa. Kurang dari tujuh hari lagi, kita akan menyambut ketibaan Syawal pula. Cepat betul masa berjalan meninggalkan kita kan? Makin dekat Syawal bermakna makin hampirlah kita ditinggalkan Ramadhan. Macamana Ramadhan kawan-kawan semua? Dah tercapaikan semua niat di awal Ramadhan dulu? Huhuhu...bagi aku, ada nita yang terlaksana dan ada juga yang tidak. Khatam Quran alhamdulillah hampir berjaya. Cuma solat terawih aja yang ngongak. Ada masanya aku pergi, ada masanya tak pergi. Tapi masa dah berlalu kan. Tak guna dikesalkan. Doa aku moga tahun depan kita semua berpeluang bertemu Ramadhan lagi dan dapat menyempurnakan Ramadhan kita dengan jayanya. Inysa-Allah.
Persiapan raya tahun ni kami semua buat ala kadar aje. Tak ada tukar langsir atau apa-apa yang baru. Kami pakai aje langsir yang kami gunakan waktu kenduri kahwin itu hari. Hehehe..yang benonya aku malas nak tukar benda-benda tu semua. Lagipun langsir yang ada tu masih elok lagi. Tak payahlah nak membazir kan? Kuih raya macam tahun-tahun lepas, kami buat sendiri. Mak aku ada ambil tempahan buat kuih kan. Jadi terlanjur dia siapkan kuih tempahan tu, kami buatlah sekali untuk rumah.
Raya tahun ni kami akan beraya di Selayang aje. Kalau tak ada apa-apa halanngan, lepas solat raya kami akan balik ke Melaka. Pergi melawat saudara mara dekat sana. Raya ni office aku tutup seminggu. Aduh..pening juga kepala fikir nak buat apa cuti lama-lama tu. Nak jalan rumah saudara mara pun aku rasa tiga hari raya dah habis ronda kot. Almaklumlah, saudara mara aku duduknya sekitar Melaka dan KL je. hehehe...pusing-pusing, tang tu jugak.
Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga dan teman-teman aku. Buat mak dan ayah (aku tahu adik aku akan sampaikan kat diorang lepas ni) Selamat Hari Raya saya ucapkan dan mohon maaf zahir batin atas semua kekurangan saya. Buat adik-adik aku, Alan, Eyma, Ami, Farid dan Fuad, salam aidilfitri dari along.
Buat teman-teman dan kenalan aku; Anita, Jue, Kak Zara, Kak Non, Putri Lily, Kak Noorul, Liza, Reben Merah, Sonata, Abang Khar, Kash, Palwasha, Ani, Omi, Nurul, Fasya dan semua pengikut blog ini, blog Kasih Ilham dan Nadi, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku mohon maaf zahir dan batin kiranya sepanjang perkenalan ini aku ada berkasar, membuat kesalahan atau mengecilkan hati kalian. Semoga persahabatan yang terjalin antara kita ni akan berkekalan hingga sampai masanya. Buat silent reader Kasih Ilham dan Nadi, Salam Aidilfitri buat anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang serba kekurangan itu. Mohon maaf jika ada kesalahan atau kesilapan yang saya lakukan di blog-blog ini.
Oh ya, sebelum terlupa. Bagi mereka yang akan memandu balik ke kampung pada musim perayaan ini, selamat memandu aku ucapkan. Tolonglah memandu dengan berhati-hati. Ingatlah keluarga yang menunggu kepulangan anda semua. Biarlah wajah anda yang dilihat mereka saat pintu rumah terbuka. Bukannya wajah anggota polis yang datang membawa khabar buruk tentang anda.
Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog The Who In Me. Mohon maaf zahir dan batin buat kalian semua...

Salam Aidil Fitri,
Farahusain

6 comments:

  1. salam aidilfitri dan maaf zahir batin juga

    ReplyDelete
  2. Sebait kata maaf untuk menghapus salah dan khilaf. Semoga Syawal ini memberikan kebahagian dan kegembiraan buat Farah sekeluarga.

    Selamat Menyambut Hari Raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Farahnadi...hati2 balik kampungnya ya..bergembiralah bersama kelurga ni ja cuti yg ada farah..dan liza mohon maaf walaupun tanpa dapat kita bersalam dan beramah mesra tapi farah dekat dlam blog or fb mu...he..he..

    ReplyDelete
  4. chacha - selamat hari raya and maaf zahir batin...jemputlah datang rumah aku nanti

    kak zara - saya pun mohon maaf pada kak zara kalau ada salah silap saya sepanjang perkenalan kita ni ya..bila jalan-jalan raya tu singgahlah selayang..heheh

    liza - pembaca ku yang setia...heheh..mohon maaf kalau saya ada buat salah atau silap sepanjang kita berkenalan ni. saya pun rasa dekat dgn liza walaupun kita tak pernah bersua muka. insya-allah kalau diizinkan Allah, satu hari nanti kita mesti jumpa. terima kasih atas sokongan liza selama ni ya..

    ReplyDelete
  5. Fara!!..cuti seminggu tak tahu nak buat apa????waaaaa...bagi kat saya laaaa...saya ni nk cuti seminggu pun kena bersoal jawap dlm bilik bos tau!..huhuhu...tensen jeee. Siap kena wrning, kalau ada urgent kena ready masuk keje..kira mcm doktor gak la saya ni...huhuhu..on call...waaaaaaa...

    huhu...apa pun selamat hari raya!!...kalau ada lebih kuih2 tu bykla p bengkel ya..hehehehe.Bluebarry bagel kee...(Sambil mata berkedip2 cuba memujuk)

    ReplyDelete
  6. Heheh....kesian dgn jue ni. Tak apalah jue, tabah dan sabar hadapi semua ni.

    selamat hari raya jue pada jue juga...datanglah rumah raya nanti..jalan2 kat selayang...nak blueberry bagel eh? heheh...insya-allah sy usahakan..

    ReplyDelete