Followers

Tuesday, September 1, 2009

Salam Merdeka

Sana-sini orang sibuk mengucapkan selamat meyambut hari kemerdekaan. Yang buat aku ketawa sendiri tu bila aku baca satu ucapan salam merdeka di FB dari seorang teman lama. Aku ketawa bukan sebab ucapan itu tapi sebab mengenangkan sikap si penulis ucapan yang selama ini selalu saja berunsur negatif. Ada saja yang tak kena di mata dia sampai kadang-kadang aku rasa nak jerit saja pada dia 'Kau ajelah yang mentadbir negara!' Itu tak betul..ini tak betul...rungsing aku bila bercakap dengan dia. Lebih-lebih lagi kami berlainan kaum, jadi kadang-kadang tu perbualan kami tu boleh bertukar jadi debat yang hangat. Sampai satu ketika aku rasa aku lebih banyak membuang masa bila bercakap dengan dia. Tapi disebabkan kami bersahabat, aku gagahkan jugalah diri mendengar kata-kata dia walaupun bicara dia tu boleh buat telinga berdesing.
Malam Ahad lepas aku menonton filem 1957-Hati Malaya. Cepat-cepat aku sms dia sebelum filem itu mula. Pada dia aku pesan 'tonton filem ni. hayati dan fahami betul-betul maksudnya'. Heheheh...lepas sahaja habis filem tu, dia balas sms aku ' :)' (ikon senyum). Entah apa maksud dia, aku pun tak faham. Mungkin dia dapat hayati filem tu atau mungkin juga tidak. Atau mungkin dia faham yang aku cuba nak perli dia. Entahlah...Yang pasti, air mata aku tengah berlinangan masa tu.
Buat semua teman-teman di sini, salam kemerdekaan aku ucapkan pada semua. 52 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Dah banyak yang kita perolehi dalam tempoh ini. Semuanya hasil perjuangan dan pengorbanan datuk nenek kita. Tugas mereka telah selesai. Mendapatkan kemerdekaan buat anak cucu mereka. Buat bangsa mereka. Tapi tugas kita dan mereka yang akan datang belum lagi selesai dan tak mungkin akan selesai selagi bumi Malaysia ini masih wujud di peta dunia. Tugas kita sama beratnya dengan tugas mereka. Memelihara apa yang kita ada hari ini agar ia dapat terus kita dan generasi akan datang nikmati. Hari ini kita dah boleh nampak ada tangan-tangan 'nakal' yang cuba merosakkan kedamaian yang kita ada sekarang. Tegarkah kita melihat semua ini musnah? Tepuk dada tanyalah iman...

2 comments:

  1. haishhh...walaupun dah dua kali menonton hati malaya, setiap kali tiba part tunku minta duit untuk ke London, hati turut sama dapat merasakan kepayahannya.dan masa itu juga dapat melihat semua kaum bersatu.Air mata menitik menghayatinya.

    ReplyDelete
  2. merdeka..merdeka..khas untuk farah...1 malaysia...rakyaat didulukan..

    ReplyDelete