Followers

Saturday, October 3, 2009

Rancangan Akhir Tahun


Wah...pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke sepuluh dah tahun 2009 ni. Kejap betul masa berlalu. Tak sedar rupanya ada tinggal 2 bulan saja lagi untuk kita habiskan segala azam yang dibuat awal tahun dulu untuk 2009 ni. Tadi aku belek-belek diary, rupanya banyak benda lagi yang aku belum buat. Antaranya menyiapkan naskah manuskrip aku yang tergendala sepanjang bulan puasa hari tu. Alhamdulillah, sekarang ni aku dah kembali aktif menyiapakan apa yang patut.

Kasih Ilham masih lagi dibaik pulilh. Sejujurnya aku kurang berpuas hati dengan naskah yang satu ni sebab terlalu banyak kesalahan yang aku buat dalam manuskrip tu. Masa aku siapkan dalam bentuk e-novel, aku tak ambil kisah sangat tentang ejaan dan pengunaan tatabahasa. Ada beberapa fakta dalam cerita tu yang aku tak pasti betul atau tidak lebih-lebih lagi bila bab nama tempat-tempat di Pulau Langkawi. Almaklumlah, aku baru sekali jejakkan kaki ke pulau tu. Selebihnya aku dapatkan maklumat dari internet yang aku kira hanya boleh dipercayai 70% sahaja. Sebab apa? Bila aku pergi website yang ini, keterangannya lain. Aku ke website yang lain, keterangannya lain. Sampai aku pun naik konfius! Hahahah..ada sesiapa yang kat sini arif pasal Langkawi tak?

Nadi pun semakin rancak pembikinannya. Sekarang ni masih di stage ke-3. Aku dah nak masuk bab yang akan merungkai segala persoalan. Bagi sesiapa yang nak tahu, aku menulis ada 5 stage. Stage pertama, aku drafkan segala maklumat penting bagi kisah itu cthnya nama watak, lokasi, lagu yang sesuai (aku memang perlukan lagu untuk menulis..hehehe) dan sebagainya. Stage ke-2, aku mula rangka jalan cerita supaya kronologinya betul. Stage ke-3, aku mulakan menaip ke dalam laptop dan mula publish ke blog. Stage ke-4, aku baca semula dan mula buat editing (bila dah sampai stage ni, aku akan mula lambat publish kat blog, macam yang jadi dgn Kasih Ilham..hihihihi...peringkat ni perlukan keazaman yang sangat tinggi kalau tak memang akan terbengkalai macam projek perumahan terbengkalai tu). Stage ke-5, final editing dan bila dah selesai aku akan timbang-timbangkan untuk hantar pada pihak yang berkenaan atau tidak (peringkat yang ini belum tiba lagi sampai la ni...isyh...isyh..isyh...)

Bulan October ini juga kerja dipejabat sibuk kembali. Ada 3 projek yang dateline nya hingga ke penghujung October ni. Mujur ada TA baru. Sekurang-kurangnya kerja membelek pelan-pelan tu aku tak perlu buat lagi. Setakat tolong sikit-sikit je. Aku boleh concentrate hal-hal dokumentasi tender. Ringan sikit beban kerja.

Bulan ini juga aku akan menghadiri bengkel yang berkaitan dengan penulisan. Kalau ikut rancangan, 10hb ni sepatutnya ada Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi anjuran Alaf21. Dengan penulis terkenal Encik Ramlee Awang Murshid dan Encik Eyman Hykal. Mulanya aku tak boleh nak hadiri sebab ada program lain, tapi lepas kena pujuk dan goda dengan Jue dan Kak Nurul, aku ikut juga. Sekali kena cancel lah pulak! Haiiii... Menurut kata pihak Alaf21, bengkel tu akan diadakan sekitar bulan November. Tak kisahlah kan, janji bengkel itu akan diadakan. Cuma cepat atau lambat je.

Pada 18hb ni pulak, aku akan menghadiri satu lagi bengkel penulisan tapi kali ini penulisan cerpen. Bengkel ni anjuran AVA ni akan dikendalikan oleh Puan Nisah Haron. Aku sebenarnya tak sabar nak hadiri bengkel ni tapi dalam tak sabar tu, ada terselit rasa takut dan gerun. Bukan apa, kami dikehendaki hantar cerpen untuk dibengkelkan masa bengkel ni nanti. Aku rasa takut pula bila mengenangkan cerpen tu akan dibaca orang lain. Aiyakkk!!!!

Apa-apa pun aku harapkan segala perancangan yang dirancang berjalan lancar. Walaupun sebenarnya aku ni jenis yang tak boleh merancang sebab sejak azali lagi, semua benda yang dirancang awal2 akan tergendala. Aku hanya boleh merancang 2-3 hari sebelum aku nak buat apa-apa. Masa tu insya-allah semuanya berjalan lancar. Teringat pula kata-kata hikmah yang satu ni 'Manusia yang gagal merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal'. Masalahnya aku tak pernah gagal merancang cuma faktor persekitaran yang sering membuat rancangan aku gagal. Macamana tu?

2 comments:

  1. berusaha!berusaha!(kena guna bahasa melayu)

    kata2 hikmah tu..mcm pernah ku baca kat satu tempat tuuu...hehehe.

    Farah..ingat nak belajar tatabahasa dengan Fara laaa..boleh??hehehe..Smlm tgh mengedit,pening kepala sebab kejap2 belek kamus...kejap2 belek buku tatabahasa...hehehe..dari pagi sampai mlm..cuma siap edit 30 m/s je...tu pun kul 9 mlm tutup laptop..sbb dah hanyut je kepala ni...hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehe...kata-kata hikmah tu dtg dari sesawang ....

    nak belajar dari saya? kita belajar bersama-samalah sebab saya ni pun bukanlah pandai sangat pun..saya pun tak larat nak edit banyak2 jue..paling banyak satu hari 50ms je (kalau mata tak sakitlah, kalau sakit mata tu 30 ms jugak..hahaha)

    ReplyDelete