Followers

Thursday, November 1, 2012

Happy Birthday!

HAPPY 5th BIRTHDAY, ESCAPISM!

2007 - 2012
161 Entries ('Rajinnya!')
13893 pageviews
51 followers (eheh! ada juga 51 peoples follow budak ni?)

Kepada yang membaca blog ini:-
  • Sorry kalau saya selalu merempan tak tentu pasal.
  • Sorry kalau entry saya bukan entry membina minda/jiwa
  • Tujuan asal blog ni pun sebab nak tulis isi hati yang tak mampu nak diucap di mulut. Sebab mulut saya ni selalu ikut kata hati yang kebanyakkan masanya boleh bawa mati! (trying hard to change this!)
  • Bila tengok overview, entry paling banyak view adalah entry pasal resipi (orang Malaysia memang suka makan!), review novel (more on my personal view sebenarnya) dan tentang holidays (gambar je pun). Kena focus on this things lah lepas ni eh? 
  • Oh wait! So entry merempan tu mmg orang tak baca sangatlah. Eheh! Tidaklah rasa bersalah sangat. 






Sunday, October 28, 2012

Mocking

Ada satu kelompok manusia yang saya akan cuba jauhi.
Bukan sebab saya membenci.
Tapi lebih kepada nak jaga lidah saya dari berkata-kata benda yang menyakitkan hati hingga menjatuhkan dosa.
Tapi bila time hari raya ni, nak tak nak, saya akan terserempak juga dengan mereka.
Tuhan, memang mencabar kesabaran dan iman yang memang nipis ni.
Kalau tak fikir yang saya berada di masjid dan mereka itu dah baya mak dan ayah saya, memang lancang aje mulut ini nak bersuara.
Semua ini buat saya terfikir....

Kita marah bila Rasulullah S.A.W dihina oleh mereka yang jelas bukan Islam...
Mereka yang jelas tak diajar sejak kecil perkara yang sebenarnya tentang siapa itu Muhammad bin Abdullah...
Mereka yang tidak ambil tahu pun susah payahnya Rasulullah S.A.W  dan para sahabat menyebarkan ajaran Islam di zaman jahiliyah...
Dan kalaupun mereka tahu, mereka tidak ambil tahu dan tidak mahu ambil tahu
Sebab jelas mereka itu bukan Islam...
Kita marah hingga sanggup membunuh...
Kita boikot youtube dan segala benda yang ada kaitan dengan mereka yang menghina....

Tapi...
Bila kita yang jelas ISLAM ini tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang Rasul ajar...
Kita tak berpegang kepada hadis dan sunnah...
Kita tak hidup berpandukan Al-Quran...
Kita tak rasa yang kita ni tengah menghina Rasulullah ke?
Kita tak rasa kita menghina ISLAM?

#imtouchynowdayssodontgetundermynerves


Monday, October 22, 2012

Missing You


Nama dia Booya. Dan sekarang dia hilang. 

Malam-malam sejuk begini, emosi mudah terusik bila terkenangkan benda yang pernah kita ada dulu, dan kita dah kehilangannya sekarang. 

Manusia.

Bila ada, tak hargai. Bila dah hilang, baru nak tercari-cari.

Sentimental much? Maybe. I am after all, a girl.


Wednesday, October 17, 2012

Niat

Nak jadi baik

Jadi baik betul-betul.

Luar dan dalam kena bersih.

Nak jadi jahat

Buat jahat betul-betul.

Biar berbaloi dengan dosa yang akan ditanggung.

Jangan buat separuh-separuh.

Friday, October 12, 2012

Random Conversation

[Y] :  Kau keluarkan duit untuk beli buku itu jadi kau ada HAK untuk komen apa sahaja yang kau nak komen.

[X] : Walaupun komen tu boleh membunuh 'semangat' penulis itu?

[Y] :  Kita keluarkan duit ok beli buku dia. Siapa suruh dia tulis cerita macam sampah?

[X] : To be fair, she did put up a few chapters of the story in her blog as teaser. Kan kita boleh nilai dulu dari situ sebelum kita beli buku dia? Lagipun tak semua orang rasa cerita dia macam sampah. Kau je yang rasa macam itu.

[Y] : Arghhh...Diaorang tu bagi baca apa pun best. Aku tetap cakap cerita dia macam sampah. Entah apa-apa. Menyesal aku beli. Tak berbaloi langsung dengan jumlah duit yang aku keluarkan!


Believe it or not, this type on conversation do happened in real life. Paling best, lepas berbaris-baris ayat dia karang untuk condemn kerja kami, dia akan end it with, sorry if the comments is a bit rude. Just my two cents. Wow! Kau baru je tikam aku berkali-kali sampai berdarah, and then kau boleh cakap sorry?  Aku dah cedera parah ni!

As a writer yang pernah di condemn dengan kata-kata pedas, this type of conversation memang boleh membunuh semangat. Dan memang, satu ketika semangat saya pernah jatuh sampai rasa nak quit bidang yang satu ini. Tapi mujur ada kawan-kawan seangkatan yang beri semangat.

Ya, anda keluar duit untuk beli novel kami. Ya, kalau saya pun akan marah kalau beli sesuatu yang tak up to my expectation. But to call it rubbish? To talk trash like that? Adilkah? Lupa kot yang penulis ni pun manusia biasa saja. Walaupun mulut cakap, 'kami sedia terima kritikkan' tapi kalau selalu sangat dapat kritikkan berbentuk membunuh, siapa yang mampu bertahan? Kami pun tahu marah. Kami pun tahu sedih. Ingat kami tak rasa bersalah ke terima 'duit' dari anda yang menyesal beli buku kami tu? But please bear this in mind. We cannot please everybody! Kalau kita benci sesuatu itu, maknanya benda itu bukan untuk diri kita. Let go. Move on. Tak perlu lagi beli buku kami. Masing-masing menang kan?

Akhir kalam, meminjam kata-kata Nabil (i'm not his fan though) lu fikirlah sendiri!


Tuesday, October 9, 2012

Random Thoughts

       

"Kopi itu nikmat bila pahit dan manis bersatu menjadi satu"

Ini salah satu dialog dalam salah sebuah manuskrip saya (sedang dalam penilaian). Tergerak hati nak pos  (pos? Oh Bahasa Melayuku!) sebab baru lepas berbual dengan seorang kawan yang sedang mengalami fasa down dalam hidup dia. Tadi bila saya sebutkan frasa di atas, dia tergelak, tapi saya tahu dia faham apa yang saya nak sampaikan.
Dalam hidup ni, jangan kita sentiasa harapkan yang manis-manis sahaja. Yang pahit juga harus diterima dengan hati terbuka dan tempuhi dengan redha. Blend it all together. Barulah terasa nikmatnya hidup, kawan!

Monday, September 24, 2012

Success or Failure


[Aunty S] Anak Datin X kat hujung jalan tu dah beli kereta baru. Besar! Berjaya dah budak tu. Akaknya pun nak kahwin dah tak lama lagi. Dengan doktor.

Aina pandang pada aku dengan muka toya.

[Aina] ... How do we define success? Setiap kali anak kawan-kawan dia beli kereta besar, beli rumah, pakai cantik-cantik, kerja jawatan tinggi, mummy selalu kata mereka dah berjaya. 

[Aku] Entahlah Kak Aina. When I find the answer, I'll let you know.

Itu perbualan seminggu yang lalu dan hingga ke hari ini aku masih mencari jawapan yang solid. How do we define success? Adakah melalui :-

  • kereta besar yang dipandu?  (walaupun hakikatnya separuh daripada down payment adalah dari belas ihsan mama dan papa)
  • gaji ribu-ribu yang diterima setiap bulan? (walaupun separuh daripadanya dihabiskan untuk bayar hutang yang macam-macam)
  • kemampuan membeli rumah berharga setengah juta? (yang akhirnya selepas setahun diduduki dilelong oleh pihak bank kerana tak larat dah nak bayar installment)
  • almari baju yang penuh dengan designer cloths, branded handbags? (yang kalaupun kita beli di butik akan tetap dianggap barang tiruan)
  • kemampuan membeli gadgets setiap kali Apple, Samsung keluarkan model terbaru? (tapi taliannya masih menggunakan kaedah pra-bayar)
  • kemampuan pergi holiday tiap-tiap tahun 

atau nak yang lebih hebat (which I personally found very ridiculous), seseorang yang mampu duduk melepak dengan penuh gaya selepas office hour di coffee house atau mana-mana top spot dan masing-masing gah update & check-in di facebook dan twitter and the person sitting next to us  will look at him or her and exclaimed 'now, that is the epitome of success!' (heh?)


Adakah itu definasi manusia berjaya? Kalaulah itu penanda aras yang menetukan kita telah berjaya, maka dukacita aku maklumkan, aku belum berjaya lagi. Sebab aku tak ada kereta besar. Cuma ada sebuah MyVi yang dikongsi bersama keluarga. Gaji aku walaupun bila ditulis dalam perkataan ada perkataan ribu, tapi alhamdulillah aku tak berhutang sana sini. Cuma bayar 'hutang' pada mak dan ayah yang menanggung sepenuhnya kos belajar di universiti dulu. Rumah, jangan katakan setengah juta, yang kos rendah pun tak terbeli lagi. Branded handbag cuma ada sebiji. Itu pun bos yang hadiahkan. Gadjets? Aku cuma ada sebuah ipod dan laptop yang aku beli selepas jenuh menyimpan duit. Handphone? Maaflah. Aku tak pakai tab, ipad atau apa-apa telefon yang di bawah kategori smartphone. Aku hanya ada sebuah nokia C3. Cukuplah boleh answer the call and type the text message. Pergi holiday tiap-tiap tahun tu, ya, aku buat. Tapi tunggu airline keluarkan tiket murah. Duduk hotel budget sahaja pun. Dan semua ini aku lakukan menggunakan duit gaji sendiri!

So, am I successful? Susah nak jawab. Sebab pada pandangan mata masyarakat (not all, mind you) kau harus ada segala yang listed di atas, barulah kau dianggap berjaya. 

Aku bercakap melalui pengalaman bercampur dengan manusia yang masih memandang harta dan benda. Kalau ada yang terasa hati tu, maaf. Aku tak minta kalian makan cili pun.  Dan kita mengaku kita dah MERDEKA.

Sunday, September 23, 2012

Rant on Lagu Cinta


Vlog matluhtfi's yang ini agak ohsem sampai aku terlintas nak buat entry pasal Rant on Tajuk Novel yang kalau ditemui oleh pembaca-pembaca novel stok kipas-angin-susah-mati boleh menyebabkan nama aku diblacklisted dalam dunia novel yang kecik ini. So, I'm going to keep that rant to my self. *pilu*
#imgettingmoreandmorehypocritenowdays

Tuesday, September 4, 2012

Wednesday, August 22, 2012

My View : Projek Memikat Suami by Hanina Abdullah


Judul: Projek Memikat Suami
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan2U

Sinopsis: 
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


My View:

Baru habis baca novel ni. 3.5* diberikan. Tema masih arranged marriage but the writer manage to 'lari' from the typical kahwin-aturan-keluarga trait. Kisahnya ringkas sahaja. Nawwal Husna dijodohan dengan Zahrain and instead of buat hal sendiri dan menangis meratap nasib diri, she try to win her husband heart. And Zahrain is your typical Malay novel hero. Ego tak bertempat tapi bila sekali 'nampak' isteri, dalam hati dah mula ada taman. But it will take a while lah baru dia nak sedar yang dia dah jatuh cinta dengan Nawwal. Biasalah tu kan... ( Note: Dalam novel ni, orang panggil Nawwal, Una. Tapi aku suka nama Nawwal jadi I'm going to use this name for this review). 

Siapa yang sukakan bacaan ringan, novel ni sesuai untuk anda. Lepas baca novel ni, ada 2 perkara yang aku nak buat. Makan dan travel! Seriously, I'm craving for Shepard's Pie right now. Masa baca babak tu, perasan yang sama muncul masa aku tgk Gordon Ramsay buat Shepard Pie dulu. Sedap dan teringin sangat nak pergi cari. Dan aku juga teringin nak travel balik. Rindu sangat nak tgk tempat orang...

Novel ni bagi aku adalah kisah tentang kasih sayang keluarga dan sahabat. Nawwal ni species anak yang baik. Ikut sahaja apa yang ummi dan abah dia dah aturkan. Which is good because parent do know what's best for their children (I'm referring to this novel, ya.) Kiranya ummi dan abah Nawwal ni tak adalah sampai nak belasah anak paksa kawin dengan orang yang mereka tak kenal (aku ada pernah jumpa novel/e-novel yg species ini!) And Zahrain kawin pun tanpa perlu diugut, 'you want the family harta, you must marry this girl!'. Thank you for this refreshing attribute, miss writer. 

Dan aku juga sukakan sahabat-sahabat Nawwal yang sangat baik dan memahami. Kawan-kawan macam ini sangat rare tapi percayalah, mereka memang wujud (i miss my bestie!)

Di dalam novel ini juga anda akan bertemu dengan species sister in law yang annoying! Gila punya annoying sampai rasa kalau Zahra ni ada depan mata hendak saja aku hempuk. Tapi hakikat sebenarnya, aku memang ada jumpa SIL species ini tapi nak hempuk tu tak terbuat pulak. Rasa nak menangis adalah! erk...

Overall, I like this novel. Cuma aku tak berapa berkenan sangat penggunaan POV yang bercampur2 di dalam satu babak tu. Kadang2 confuse aku siapa yang terngah bercakap. And the writer tend to use monologue for each character that appear in a scene. It's a bit distracting. But still, it was an enjoyable read. Thumbs up to writer.
Satu lagi yang aku cukup berkenan. Penggunaan bahasa Inggeris yang sangat accurate! Inilah satu-satunya novel Melayu yang penulisnya jaga betul penggunaan grammar and diction in the English phrases. Tak delah rasa macam nak tarik rambut and exclaim 'Oh My English!' 

As usual, if you are into this kind of genre, then go and buy this novel. If not, then don't waste your time and money lepas tu pergi mana-mana grup and mulakan session mengutuk (i said mengutuk, bukan komen or kritik). It is not a good attitude and not good for the industry. *peace*

Friday, July 13, 2012

Countdown to 1st Ramadan 1433

Masa akan menjadi singkat...

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". H.R Termizi

Cepatkan masa berlalu sekarang ni? Sedar tak sedar Ramadan akan tiba kurang lebih 7 hari sahaja lagi, Insya-Allah. Ayat cliche "Rasanya macam baru je puasa ni..dah nak puasa sekali lagi..."

To all my sahabat, Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa. Treat this as our last Ramadan, for we never know whether we still have the chance to do it next year. Bersederhanalah dalam setiap perkara. Ingat pada saudara seIslam kita yang sedang dalam kesusahan di luar sana. Top-up amalan, kurangkan kemungkaran. Amar makruf nahi mungkar gitu... :) 

As for me, Ramadan tahun ini (akan) banyak dugaannya. Cuma mampu berdoa agar Allah S.W.T kuatkan hati dan semangat untuk menempuhnya dengan jaya. Facebook/Twitter or any kind of social network, kena tinggallah buat sementara waktu. Nak contact, email/sms/call. Sejujurnya saya lebih suka guna medium ini dari laman sosial itu. *Lagipun bulan Ramadan ni, kalau kita kurangkan sikit keaktifan kita berfesbuk semua pun ok kot? Kita aktifkan diri dalam hal lain pulak, kan?* heheheh... (no pun intended ye...peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya)

So, so long my friends. Till we meet again, Insya-Allah. Selamat Berpuasa. Have a blessed Ramadan... Assalamualaikum...

Ana Muslim feat. Raihan - Sambut Ramadan
Lagu ini comel :) Adik saya yang autistik tu sangat teruja mendengarnya!

Thursday, May 24, 2012

Let it Die - Three Days Grace


I swear I never meant to let it die
I just don't care about you anymore
It's not fair when you say that I didn't try
I just don't care about you anymore

Malam ni terasa nak dengar playlist Three Days Grace. Macam dah berzaman tak dengar sebab asyik melayan manuskrip bunga-bunga yang mewajibkan aku dengar lagu bunga-bunga. Disebabkan malam ini mood nak menulis cerita bunga-bunga tak ada, jadi aku sambung siapkan layout Ada Dia (Walaupun seksa jiwa sebab skrin notebook kat rumah ni kecik!) tapi alhamdulillah, jalan juga. Mungkin sebab ditemani suara Adam Gontier? :P 
Dan bila tiba giliran lagu ini, tiba-tiba aku teringatkan seseorang. Apa khabar agaknya dia? 

Friday, May 4, 2012

Me vs Back Pain

Me vs Back pain. Ya, aku tengak 'berperang' sekarang dengan sakit belakang. Sakit berpunca sebab aku pernah jatuh dulu. Menurut kata doktor, sakit yang aku tanggung sekarang terjadi sebab tulang dibahagian pinggang menyucuk urat (aku tak boleh nak bayang rupanya mcm mana). Aku memang pernah jatuh dulu. Siapa yang tak pernahkan? Dan bukan sekali dua, banyak kali dah. Jatuh basikal, jatuh tandas, jatuh tangga dan segala macam jatuh lah. Itu belum lagi bercampur dengan aku mengangkat barang berat dengan cara yang salah. Masa jatuh, memang tak sakit. Sakitnya akan kita tanggung 2-3 bulan atau tahun kemudian.Dan bagi aku, 2-3 bulan/tahun itu adalah sekarang.
Ubat dah hampir habis. Dan sakitnya tak kurang lagi. Sekarang ni, kalau aku dah duduk, nak bangun semula boleh bawa gaduh! Nak tak nak terpaksa pakai waist support which is not cool at all when you're in the office. Next week, ada appointment sekali lagi dengan doktor untuk tengok progress aku lepas makan ubat. Kalau masih sama, aku kena pergi hospital. Maybe kena jalani terapi.(-__-)
Makin bertambah umur ni, macam-macam penyakit yang datang. Mungkin ini salah satu cara nak cuci dosa.
Harap-harap sakit belakang aku ni bolehlah sembuh tanpa perlu ke hospital. Bos kata, baik pergi. Bila lagi nak gunakan insurance cover aku tu? Hmmm...

Monday, April 30, 2012

Berpesta dengan buku

Rasanya sepanjang minggu ini tak ada topik lain yang diperkatakan oleh pembaca tegar di Malaysia selain daripada Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini. Topik hangat yang satu lagi itu tak di ambil pusing oleh aku, harap maklum.
Jadi kisahnya, sabtu lepas aku ke PBAKL. Tujuan pertama sebab kena duduk booth One Nusantara. Tujuan yang lain sebab nak jumpa kawan-kawan 'sepembukuan' dan membeli beberapa buah buku yang sudah tersenarai dalam kepala. Alhamdulillah, walaupun di luar sana berlangsung satu aktiviti yang buat jantung aku berdebar kencang sewaktu menonton berita pada malamnya, suasana di dalam PWTC masih damai. Mungkin sebab pemikiran orang yang gila buku ini lain dengan mereka yang gilakan 'keBERSIHan'. Apa pun, itu ideologi anda, maka aku akan hormati. Jadi aku juga meminta anda menghormati ideologi saya. Kalau kita saling menghormati, aku rasa tak jadi kejadian ganas itu. Tapi apalah golongan marhaen macma aku ini tahukan?
Tahun ini, mood membaca novel agak menurun. Terus terang, aku cuma beli novel mereka-mereka yang terpilih sahaja. Aku lebih teruja mendapatkan buku-buku yang bukan kategori novel cinta sabtu lepas. Hasil menjala Sabtu lepas, inilah yang aku dapat:-


2 buah buku bercorak travelog. Satu ke Beijing, satu lagi ke Dublin dan Ireland.
5 buah novel mereka yang terpilih (kawan-kawan aku lah maknanya tu)
2 buah antologi cerkon (yang ini dah jadi kegilaan aku sekarang. ringan kepala baca cerita-cerita kontot ini!)

Sabtu akan datang, aku akan ke sana lagi. Ada beberapa buku lain yang sudah diperhatikan sabtu lepas yang akan aku cuba dapatkan sabtu ini. Masa ini pun 'anak-anak' dalam Coach aku dah beranak pinak. Jadi  tak adalah halangan nak menambah koleksi. Lepas selesai pesta buku, aku kena fikir pasal rak buku pula. Baru perasan, rak buku aku dah penuh. Silap haribulan, boleh rebah menyembah bumi!

Thursday, April 12, 2012

Suffocate

I don't think that I can take another second
Here like this
All I know is that I need to get away...I'm suffocating
~Digital Summer, Suffocate~

Serius. Ada masanya aku benci dengar nama aku disebut. F itu... F ini... F tolong itu...F tolong ini...F ni macam mana...F nak buat macam mana...Semuanya F...F...F... 
Lemas tahu tak? 
Ada orang cakap, kau patut berbangga sebab itu menunjukkan mereka perlukan kau. Kau penting bagi mereka. Tapi betulkah? Kalau ya, kenapa aku tak rasa semua itu? Kenapa aku rasa yang aku sedang dipergunakan sahaja? Aku ada alasan sendiri kenapa aku rasakan semua itu. Sebabnya, ketika mereka sedang bergembira, nama aku tak meniti di bibir-bibir mereka. I'm not in their mind at all.
Escapism. Dulu aku cipta 'dunia' ini as a get away from the real world. Tapi kalau di sini pun, aku 'lemas', mana lagi aku nak lari? Aku teringin nak jadi macam yang lain. Pergi sahaja dan buat tak tahu. Tinggalkan 'tanggungjawab' itu pada orang lain. Pedulikan apa kata orang. But is it fair? 
Sometimes I wonder, kalau F ini dah tak ada dalam dunia, nama siapa pula yang akan disebut?

Wednesday, March 28, 2012

Roller-Coaster Ride

Office ni rasa macam beralun-alun. It's like you're in a roller-coaster ride. Sekejap kat bawah. Sekejap kat atas. Bila tiba-tiba ia jadi statik, you feel like you want to throw up! Office ni yang beralun atau aku?

Monday, March 26, 2012

Dear Agony

Dear agony
Just let go of me 
Suffer slowly
Is this the way it's gotta be?

~Breaking Benjamin, Dear Agony~

Aku mengadu pada mak, ayah dan mak su tentang apa yang terjadi pada aku kebelakangan ini. Mereka geleng kepala. Katanya tak sangka, mereka begitu sebab selama ini aku sering memuji si pembuat angkara. Mak dan ayah suruh aku banyak bersabar. Jangan cepat melatah. Jangan mudah bazirkan air mata. Kata mereka, ia tidak berbaloi. Mak su suruh aku berhenti sahaja buat apa yag buat sekarang. Katanya, 'jom concentrate pada biz bakery kita'. Dan ya, kadang kala fikiran begitu terlintas dalam otak.

Pesan mak, 'melainkan kau ber'bin' kan mereka, dan mati nanti ber'binti' kan nama mereka, kenapa kau perlu minta izin untuk lakukan semua benda?' Dalam erti kata lain, mak nak cakap 'restu mak dan ayah yang penting dari segala-galanya.'

Thursday, March 22, 2012

Gone Forever


And now, it's coming clear
That I don't need you here
And in this world around me
I'm glad you disappeared 

A few lines from Three Days Grace, Gone Forever. This particular song is the soundtrack of my life today. Unfortunately, 'orang itu' haven't been gone forever. Yet. That particular line up there are what I'm wishing for right now. Oh, don't get me wrong. I'm not wishing for her death or anything of the sort. I just wish she could just disappear from my life. 


Tuesday, March 20, 2012

Red Scarf Novel




Bila Cinta Terukir di Bintang
Cuit-Cuit Cinta

Apa ini? Ini e-novel terbaru saya dan kawan baik saya, Juliaesqa. Kalau sudi nak baca, silalah ke Red Scarf Novel. Ini cuma kisah santai. Yang ditulis oleh kami ketika 'penat' dengan genre yang menjadi kegemaran. 

Bila Cinta Terukir di Bintang, tulisan JuliaEsqa. Sebuah kisah kerisauan seorang gadis yang usianya makin meningkat sedangkan dia masih single dan tidak memiliki kerjaya yg dia idamkan. Juliaesqa adalah penulis Viva Sakura, Bunga Di Rimba & Puteri Karla.  

Cuit-Cuit Cinta pula tulisan saya. Sebuah kisah yang ditulis dengan mengutip cebisan-cebisan memori indah dan sedih rakan-rakan ketika mengalami 'first crush' lewat zaman persekolahan kami dahulu. Jadi, kalau mahu mengimbau memori saat kita 'teruja' melihat si dia pada waktu dulu, jemputlah baca kisah ini.

                                               ãƒ¾(●⌒∇⌒●)ノ 

Tuesday, February 21, 2012

EVANESCENCE LIVE IN MALAYSIA


Weeehoooo...finally. Selepas bertahun-tahun, akhirnya mereka datang juga. And I AM GOING TO BE IN KL LIVE on 23rd FEBRUARY 2012 .

Tuesday, January 17, 2012

Busy Me



A bee is never as busy as it seems; it's just that it can't buzz any slower.


17 di bulan Januari. Tiba-tiba hidup sangat busy. Dengan training, seminar, kursus sana sini. Kesihatan diri pun tak begitu memuaskan. Konon-kononlah dah pasang niat akhir Disember dulu, aku nak slow down a bit this coming new year tapi melihat pada jadual kerja, rasanya peluang untuk slow down are zero to none. Kerja menulis memang slow gila. Ye lah, kalau dah badan dan otak kita letih dengan kerja pejabat, manalah ada daya nak hadap manuskrip. Tapi demi janjiku pada orang-orang tertentu, aku masih kuatkan semangat untuk menulis walaupun hanya sejam sahaja satu malam. Cuma kalau ada peluang hujung minggu tu, aku memang all out. Tapi tak boleh juga tak berhentikan? Spending some quality time with my family is a must. Kalau tidak, panjang sedepa muncung Puan J. 
What is the purpose of this entry actually? Tak lain tak bukan nak bagitau anda semua yang saya tak punya banyak masa nak dihabiskan secara online. Facebook pun rasanya akan sepi seketika. So, if there's anything IMPORTANT, kindly call me, text me, YM me or email me. Kita go back to zaman tak ada FB. Kalau anda tinggal message di inbox FB, mungkin akan makan masa untuk dijawab. 
Anyway, that's all for now. Kena balik semula mengadap kerja. Bye...

Monday, January 9, 2012

9 Hari Di Bulan Januari


Aku cuba untuk kekal positif. Sungguh, aku cuba! Tapi sayangnya, hari ni aku tewas. Tewas pada tekanan dunia yang membuatkan aku menjadi seroang yang negatif. Oh, ini tiada kena mengena dengan 901. Ini ada kena mengena dengan kerja aku. Aku dah bosan dengan dunia perkerjaan yang satu ini. Terlalu banyak manipulator. Dan kadang-kadang, aku seolah-olah membenarkan diri di manipulate. Tengkuk rasa terjerut. Nak bernafas sangat susah. Rasanya, kalau tak ada 'alat bantuan pernafasan' di sekeliling aku, aku dah lama 'mati'. Aku kena lari laju. Sangat laju sebelum aku jatuh tersembam. Tapi ke mana?

9 hari di bulan Januari, aku dah langgar azam pertama di tahun 2012. Congratulation to me! :(