Followers

Friday, October 12, 2012

Random Conversation

[Y] :  Kau keluarkan duit untuk beli buku itu jadi kau ada HAK untuk komen apa sahaja yang kau nak komen.

[X] : Walaupun komen tu boleh membunuh 'semangat' penulis itu?

[Y] :  Kita keluarkan duit ok beli buku dia. Siapa suruh dia tulis cerita macam sampah?

[X] : To be fair, she did put up a few chapters of the story in her blog as teaser. Kan kita boleh nilai dulu dari situ sebelum kita beli buku dia? Lagipun tak semua orang rasa cerita dia macam sampah. Kau je yang rasa macam itu.

[Y] : Arghhh...Diaorang tu bagi baca apa pun best. Aku tetap cakap cerita dia macam sampah. Entah apa-apa. Menyesal aku beli. Tak berbaloi langsung dengan jumlah duit yang aku keluarkan!


Believe it or not, this type on conversation do happened in real life. Paling best, lepas berbaris-baris ayat dia karang untuk condemn kerja kami, dia akan end it with, sorry if the comments is a bit rude. Just my two cents. Wow! Kau baru je tikam aku berkali-kali sampai berdarah, and then kau boleh cakap sorry?  Aku dah cedera parah ni!

As a writer yang pernah di condemn dengan kata-kata pedas, this type of conversation memang boleh membunuh semangat. Dan memang, satu ketika semangat saya pernah jatuh sampai rasa nak quit bidang yang satu ini. Tapi mujur ada kawan-kawan seangkatan yang beri semangat.

Ya, anda keluar duit untuk beli novel kami. Ya, kalau saya pun akan marah kalau beli sesuatu yang tak up to my expectation. But to call it rubbish? To talk trash like that? Adilkah? Lupa kot yang penulis ni pun manusia biasa saja. Walaupun mulut cakap, 'kami sedia terima kritikkan' tapi kalau selalu sangat dapat kritikkan berbentuk membunuh, siapa yang mampu bertahan? Kami pun tahu marah. Kami pun tahu sedih. Ingat kami tak rasa bersalah ke terima 'duit' dari anda yang menyesal beli buku kami tu? But please bear this in mind. We cannot please everybody! Kalau kita benci sesuatu itu, maknanya benda itu bukan untuk diri kita. Let go. Move on. Tak perlu lagi beli buku kami. Masing-masing menang kan?

Akhir kalam, meminjam kata-kata Nabil (i'm not his fan though) lu fikirlah sendiri!


1 comment:

  1. memang kita berHAK, tapi bukankah lebih manis kalau "kata-kata sampah" itu disimpan untuk diri sendiri. Mengutuk sehingga menjatuhkan orang lain memang senang, tapi membantu dan menyokong orang sehingga dia mampu bangun dan berlari...sangat susah :)

    ReplyDelete