Followers

Google+ Followers

Monday, April 30, 2012

Berpesta dengan buku

Rasanya sepanjang minggu ini tak ada topik lain yang diperkatakan oleh pembaca tegar di Malaysia selain daripada Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini. Topik hangat yang satu lagi itu tak di ambil pusing oleh aku, harap maklum.
Jadi kisahnya, sabtu lepas aku ke PBAKL. Tujuan pertama sebab kena duduk booth One Nusantara. Tujuan yang lain sebab nak jumpa kawan-kawan 'sepembukuan' dan membeli beberapa buah buku yang sudah tersenarai dalam kepala. Alhamdulillah, walaupun di luar sana berlangsung satu aktiviti yang buat jantung aku berdebar kencang sewaktu menonton berita pada malamnya, suasana di dalam PWTC masih damai. Mungkin sebab pemikiran orang yang gila buku ini lain dengan mereka yang gilakan 'keBERSIHan'. Apa pun, itu ideologi anda, maka aku akan hormati. Jadi aku juga meminta anda menghormati ideologi saya. Kalau kita saling menghormati, aku rasa tak jadi kejadian ganas itu. Tapi apalah golongan marhaen macma aku ini tahukan?
Tahun ini, mood membaca novel agak menurun. Terus terang, aku cuma beli novel mereka-mereka yang terpilih sahaja. Aku lebih teruja mendapatkan buku-buku yang bukan kategori novel cinta sabtu lepas. Hasil menjala Sabtu lepas, inilah yang aku dapat:-


2 buah buku bercorak travelog. Satu ke Beijing, satu lagi ke Dublin dan Ireland.
5 buah novel mereka yang terpilih (kawan-kawan aku lah maknanya tu)
2 buah antologi cerkon (yang ini dah jadi kegilaan aku sekarang. ringan kepala baca cerita-cerita kontot ini!)

Sabtu akan datang, aku akan ke sana lagi. Ada beberapa buku lain yang sudah diperhatikan sabtu lepas yang akan aku cuba dapatkan sabtu ini. Masa ini pun 'anak-anak' dalam Coach aku dah beranak pinak. Jadi  tak adalah halangan nak menambah koleksi. Lepas selesai pesta buku, aku kena fikir pasal rak buku pula. Baru perasan, rak buku aku dah penuh. Silap haribulan, boleh rebah menyembah bumi!