Followers

Thursday, January 29, 2009

Bahasa budak-budak sekarang...


Aku pun tak tahulah apa dah jadi dengan budak-budak sekarang. Semalam aku dapat sms dari bekas trainee aku. Umur dia dalam 20 tahun lah. Sms die lebih kurang macam ni lah 'eLLow, kak FaRaH. igt sy g x? nie sharin ler. aper kabar skunk? byk kewje ker? sy bowink ni. calling2 jap leh? dah lamer x dgr cite akak..dah kawins ke blum? jgn mawah taw! ahakss..' . Seriously, aku tak faham separuh dari isi sms tu. Aku kena baca lima enam kali baru aku faham maksud die. Nak naik angin juga aku sebab dia berjaya buat kepala aku pusing sekejap. Aku hairan betul dengan bahas budak-budak ni. Bukan setakat si Sharin ni je, adik-adik aku pun macam tu jugak. Bila hantar sms kat aku, mesti guna ejaan2 yang complicated macam ni. Aku pernah cakap ngan adik aku, kau faham tak maksud SMS? Short Message System. Maknanya, kita bagi message yang pendek dan ringkas. Nak guna short form pun, biarlah yang diterima dek kamus dewan. Short form yang memang seantero dunia pun pakai dan faham. Ni tidak, dia belasah pakai perkataan yang aku sendiri nak sebut pun tergeliat lidah.

eLLow? Kan ke payah nak sebut tu. Apasal tak letak Hi je. Dan kalau beriya sangat nak pakai perkataan eLLow tu, taip je perkataan yang sebenarnya Hello. Baru lah aku faham. 'igt sy g x?' Mati-mati aku ingat dia nak ajak aku pergi mana2 sebab selalunya huruf 'g' tu orang pakai untuk short form 'Pergi'. 'Aper kabar skunk?' Ya ampun, bila masa pulak aku bela skunk ni? Rupanya 'skunk' tu short form diaorang untuk sekarang. Pening-pening. Lagi perkataan yang buat aku sakit kepala dan tergeliat lidah nak sebut:-
  • Kewje = Kerja

  • Bowink = Boring

  • Calling2 = Suruh call

  • Lamer = Lama

  • Mawah = Marah

  • Taw = Tau/Tahu

  • Ahaks = gelak budak-budak sekarang

  • Jerk = Je

  • Sombounk = Sombong

  • Owang = Orang

  • Maw = Mau/Mahu

Inilah perkataan-perkataan zaman sekarang ni. Pada pandangan aku yang bermata empat ni, perkataan2 ni sebenarnya banyak mendatangkan kesusahan pada pembacanya lebih-lebih lagi pembaca yang umur dah macam aku ni. Aku yang 28 tahun ni boleh pening kepala baca, tak tahulah mak dan ayah macam mana. Aku nak aje suruh diaorang buat list dan publish list tu untuk jadi guideline untuk orang-orang seangkatan dengan aku ni. Senang. Tak lah pening kepala nak baca.

Satu lagi keburukan ejaan-ejaan baru ni, selain daripda memeningkan kepala ialah merosakkan bahasa yang sedia ada. Kita ni, walaupun melayu tapi bukan semuanya pandai sangat dalam bahasa ni kan? Aku mengaku, aku pun tak mahir lagi dalam bahasa ibunda sendiri. Kadang-kadang tu ada juga perkataan yang aku tak tahu dan faham (Itulah gunanya ada kamus)!. Apa yang budak-budak ni buat secara tidak langsung merosakkan bahasa dan aku takut kalau dah selalu buat, benda ni akan menjadi kebiasaan dan lama-lama bahasa melayu kita akan musnah. Tak mustahil kan? Cukuplah sekarang ni orang asyik sibuk me'Melayu'kan perkataan Inggeris. Janganlah sampai perkataan yang sedia ada ditukar pula dengan ejaan-ejaan budak-budak ni...




No comments:

Post a Comment