Followers

Google+ Followers

Wednesday, January 28, 2009

Soalan yang aku BENCI tapi...

..tak leh nak elak, orang suka sangat tanya...dan aku selalu nak jawab cam ni...tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi aku pun jawaplah...

1. Bila kau nak kahwin?
Ya Allah! Macam nak meletup telinga aku bila dengar soalan cepu mas ni. Aku
taulah aku dah 27 nak ke 28 tahun tapi perlu ke soalan ni di tanya SETIAP kali
orang jumpa aku?! Hairan sungguh...
Jawapan yang aku paling nak bagi: Esok, suami acik ada 3 kosong lagi kan?
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Sampai jodoh nanti, kahwinlah..

2. Kau dah ade boyfriend?
Tak sudah dengan soalan no.1, diaorang mesti nak tanya soalan ni. Penting ke
kalau aku ada boyfriend ke tak? Tak kan lah aku nak canangkan satu dunia aku ada
boyfriend ke tak?
Jawapan yang aku paling nak bagi: Kau bagi ajelah boyfriend kau kat aku!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Kawan2 adalah...

3. Kenapa kau dah gemuk?
Ampun!!! Soalan ni bukan aja menyakitkan hati, tapi menyakitkan semua organ kat
badan aku ni. Sebab apa? Bila orang dah start mentgion aku 'naik', terus aku
sibuk nak diet. Dan korang pun maklumlahkan, diet yang extreme ni memang
mendatangkan kesan buruk kat badan kita.
Jawapan yang aku paling nak bagi: Aku gemuk ke, kurus ke, ada minta duit
kau nak beli makan ke?!

Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Ye ke? Ntahlah, bila jumpa makanan
asyik nak makan je..

4. Bila nak rasa nasi minyak kau?
Sebenarnya soalan ni jenis soalan yang berlapik dan maknanya sama je dengan
soalan no.1. Cuma orang-orang yang selalu tanya aku soalan ni, ialah mereka yang
tak rapat dengan aku. Mungkin sebab segan nak tanya direct, so diaorang tanyalah
macam ni.
Jawapan yang aku paling nak bagi:Nak makan nasi minyak aku? Apa susahnya.
Cakap je bila, nanti aku buatkan. Bukan susah sangat pun!

Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Ada rezeki, adalah..

5. Aku tengah sesaklah, boleh pinjam duit?
Ok. Aku bukan kedekut. Nak pinjam? Silakan. Cakap je. Kalau aku mampu, aku
tolong, kalau tak tu, aku bagi seberapa yang ade ajelah. Tapi TOLONG lah, jangan
tanya aku soalan ni pada waktu pagi!!!
Jawapan yang aku paling nak bagi:Pantang tok nenek aku orang tanya pasal
duit waktu pagi ni. Buat spoil mood aje!!

Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Berapa kau nak?

6. Kau tak sihat ke?
Emmm..soalan ni aku hanya benci bila orang bertanya masa dia memang nampak aku
tak sihat. Konon concernlah. Tapi cuba korang fikir, kita ni tengah sakit, angin
mesti tak elok kan? Dapat pula orang tanya soalan prihatin tak kena tempat ni,
memang naik anginlah satu badan.
Jawapan yang aku paling nak bagi: Tak lah. Aku tak sakit. Aku saja-saja
je batuk kuat2..buat2 demam..kalau tak nanti orang lain tak tau pulak!

Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Haah, aku demam sikit...

7. Tengah buat apa tu? Makan ke?
Ini satu angkatan dengan soalan no.6. Dah nampak aku makan, tanya lagi soalan
macam tu buat apa? Aku taulah, kononya dia nak make polite conversation lah.
Tolonglah, zaman dan berubah, dunia dah maju. Nak berbual pun, cubalah tanya
soalan yang membina sikit. Soalan yang buat aku berminat nak berbual sekali..
Jawapan yang aku paling nak bagi: Tak lah, tengah basuh kereta!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Haah..tengah makan, nak join?...

Sebenarnya, sedar tak sedar dalam aku berbudi bahasa tu, aku telah menunjukkan satu sikap yang negative. Aku telah menjadi hipokrit. Hati cakap lain, tapi mulut cakap lain. Aku cuba nak jujur dalam memberi jawapan-jawapan tu tapi jawapan yang jujur boleh membuat orang marah, sakit hati, kecil hati etc. Jadi, patutkah aku berlaku jujur atau terus dengan sikap berbudi bahasa aku tu? Entahlah...