Followers
Friday, January 30, 2009
My View: Novel Bunga Syurga by Anita Aruszi
Sebenarnya dah lama aku nak up kan post pasal Bunga Syurga ni tapi tak berkesempatan dan tak larat nak taip. Hehehe..bukan apa, aku ni sekali kalau dah start bercerita pasal buku ni, tanpa dapat dikawal lagi aku akan bercerita dari A-Z. Susah lah nak kawal diri and type isi-isi penting je. Tapi disebabkan dah berjanji dangan anita nak bagi sikit review pasal buku ni, aku akan cuba mengawal diri..hehehe
Atas permintaan seorang pengunjung blog, Nena, aku selitkan sikit sinopsis novel ni. To Nena, sinopsis saya bagi dari sudut pembacaan saya ye. Kalau nak lagi tepat pergilah lawat http://bunga-syurga.blogspot.com/. Bunga Syurga bercerita tentang Nurul Hijjaz, Riffki Aidan dan Daniel Iqbal. Hijjaz, anak yatim piatu yang membesar dengan keluarga angkat dia. Riffki Aidan adalah seorang jurugambar terkenal dan Daniel Iqbal adalah ahli perniagaan yang berjaya. Mereka berdua adalah adik beradik yang punya personaliti yang sangat berbeza. Cerita ni bermula dengan pertemuan Hijjaz dan Riffki di Bali. Kejadian pengemboman di Bali diambil untuk jadi titik pertemuan Hijjaz dan Riffki. Bertitik tolak dari situlah, hidup ketiga-tiga insan ini berubah. Riffki Aidan, Nurul Hijjaz dan Daniel Iqbal rupanya berkongsi masa silam yang sama tanpa diketahui oleh mereka. Kejadian di Bali akan membawa kita mengenali Tok Ayah, Datuk Amiruddin Bakri, Megat Hazmin Iskandar, Datin Arfah dan Ratna Suri. Siapa mereka? Seperti blurb di belakang novel, Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan. Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan? Semuanya terjawab dalam Bunga Syurga...
Ini novel kedua karya Anita yang aku baca. 4/5 bintang aku berikan. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang kata aku bias memandangkan aku memang sukakan karya Anita Aruszi tapi sejujurnya cerita ni memang betul-betul menarik hati aku. Aku suka gaya penulisan Anita dan cara cerita ni digarap. Selalunya aku boleh predict jalan cerita mana-mana novel yang aku baca. Ayat-ayat 'mesti dia ni..., lepas ni mesti macam ni... atau aku dah agak...' akan selalu bermain kat kepala aku kalau aku baca novel tapi dengan Bunga Syurga aku tak dapat nak pakai ayat-ayat tu. Sebabnya memang aku tak jangkakan cerita ni akan jadi macam tu. Di awal cerita aku sangkakan lain tapi semakin jauh aku baca, jangkaan aku meleset sangat. Siapa sangka hubungan Daniel dan Hijjaz rupanya lebih rapat dari kita agak?
Berbalik pada permulaan cerita, Anita mengambil kejadiaan pengeboman di Bali untuk jadi latar cerita pertemuan Hijjaz dan Riffki. Aku suka dengan gaya ni. Macam yang kita tahu, kejadian bom tu memang benar-benar terjadi. Bukan cerita rekaan. Dan bila Anita ambil kejadian tu untuk jadi permulaan satu kisah cinta, aku jadi terharu. Aku bayangkan, mungkin ada di antara mangsa-mangsa kejadian tu punya kisah cinta sendiri. Seingat aku, inspirasi Anita untuk buat kisah ni lepas dia terbaca kisah seorang suami yang hilang isteri masa kejadian tu. (Betulkan aku kalau aku silap ye...). Aku teringat cerita Micheal Bay dan James Cameron yangn hasilkan satu kisah cinta yang hebat disebalik kisah benar Pearl Harbour dan Titanic.
Apa lagi ye yang buat aku baca buku ni berulang kali? Aku suka cara Anita buat kita tertanya-tanya siapa Megat Hazmin, Ratna Suri, Amirruddin dan Arfah. Selalunya kita disogokkan cerita cinta orang muda aja tapi dalam Bunga Syurga kita akan tahu kisah cinta ibu bapa hero dan heroine kita. Aku suka cara ni sebab ini membuat aku lebih 'kenal' personaliti Riffki, Hijjaz dan Daniel. Kata orang, mana tumpah kuah kalau bukan kat nasi kan? Melihat Megat Hazmin, Ratna Suri, Amiruddin dan Arfah sewaktu muda buat aku tahu macamana Riffki, Hijjaz dan Daniel menjadi apa yang mereka jadi pada hari ni.
Ending cerita ni best. Tak meleret. Straight to the point. Hijjaz dan Riffki bertemu semula di tempat mereka bertemu kali pertama dulu. Sweet sangat.
Ada satu yang kurang nak suka sikit. Sebenarnya tak lah besar sangat cuma aku harapkan kisah cinta Riffki dan Hijjaz dapat dikembangkan lagi. Maksud aku banyakkan lagi scene mereka berdua tengah bercinta. Nak juga aku tengok macamana Riffki yang 'cold' tu jadi lelaki yang romantik. Nak tengok macamana dia sayangkan Hijjaz, jaga Hijjaz etc. Nak juga tengok hati beku Riffki tu jadi cair....hehehe...
Inilah pendapat aku tentang Bunga Syurga yang dah aku khatam 6 kali. Setiap kali baca aku asyik bayangkan muka Riffki Aidan, Nurul Hijjaz dan Daniel Iqbal. Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Gambit Saifullah dan Amani adala orang-orang yang aku bayangkan. Sampai satu tahap aku dok bayangkan Daniel Henney jadi Daniel Iqbal dan Seo Do Young jadi Riffki Aidan! Hehehe..
Dengar cerita Anita bercadang nak sambung Bunga Syurga 2. Hati aku terbahagi dua bila dengar khabar ni. One part excited gile sebab dapat 'jumpa' Riffki, Hijjaz dan Daniel sekali lagi. Another part aku takut. Takut sebab selalunya mana-mana novel yang nak dibuat sequel ni selalunya tak up to reader's expectation. Aku tak nak pandangan aku pada Riffki, Daniel dan Hijjaz berubah bila baca sequel nanti. Kalau dibiarkan macam tu saja pun aku rasa dah cukup bagus. Tapi part yang excited gile tu asyik cakap 'eh, okay apa ada BS 2. Kau kan nak tengok Hijjaz dan Riffki bercinta? And mana tahu, Anita akan buat watak heroine untuk Daniel pula?' hmmmm....keliru..keliru...
Thursday, January 29, 2009
Bahasa budak-budak sekarang...
- Kewje = Kerja
- Bowink = Boring
- Calling2 = Suruh call
- Lamer = Lama
- Mawah = Marah
- Taw = Tau/Tahu
- Ahaks = gelak budak-budak sekarang
- Jerk = Je
- Sombounk = Sombong
- Owang = Orang
- Maw = Mau/Mahu
Inilah perkataan-perkataan zaman sekarang ni. Pada pandangan aku yang bermata empat ni, perkataan2 ni sebenarnya banyak mendatangkan kesusahan pada pembacanya lebih-lebih lagi pembaca yang umur dah macam aku ni. Aku yang 28 tahun ni boleh pening kepala baca, tak tahulah mak dan ayah macam mana. Aku nak aje suruh diaorang buat list dan publish list tu untuk jadi guideline untuk orang-orang seangkatan dengan aku ni. Senang. Tak lah pening kepala nak baca.
Satu lagi keburukan ejaan-ejaan baru ni, selain daripda memeningkan kepala ialah merosakkan bahasa yang sedia ada. Kita ni, walaupun melayu tapi bukan semuanya pandai sangat dalam bahasa ni kan? Aku mengaku, aku pun tak mahir lagi dalam bahasa ibunda sendiri. Kadang-kadang tu ada juga perkataan yang aku tak tahu dan faham (Itulah gunanya ada kamus)!. Apa yang budak-budak ni buat secara tidak langsung merosakkan bahasa dan aku takut kalau dah selalu buat, benda ni akan menjadi kebiasaan dan lama-lama bahasa melayu kita akan musnah. Tak mustahil kan? Cukuplah sekarang ni orang asyik sibuk me'Melayu'kan perkataan Inggeris. Janganlah sampai perkataan yang sedia ada ditukar pula dengan ejaan-ejaan budak-budak ni...
Wednesday, January 28, 2009
Soalan yang aku BENCI tapi...
1. Bila kau nak kahwin?
Ya Allah! Macam nak meletup telinga aku bila dengar soalan cepu mas ni. Aku
taulah aku dah 27 nak ke 28 tahun tapi perlu ke soalan ni di tanya SETIAP kali
orang jumpa aku?! Hairan sungguh...
Jawapan yang aku paling nak bagi: Esok, suami acik ada 3 kosong lagi kan?
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Sampai jodoh nanti, kahwinlah..
2. Kau dah ade boyfriend?
Tak sudah dengan soalan no.1, diaorang mesti nak tanya soalan ni. Penting ke
kalau aku ada boyfriend ke tak? Tak kan lah aku nak canangkan satu dunia aku ada
boyfriend ke tak?
Jawapan yang aku paling nak bagi: Kau bagi ajelah boyfriend kau kat aku!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Kawan2 adalah...
3. Kenapa kau dah gemuk?
Ampun!!! Soalan ni bukan aja menyakitkan hati, tapi menyakitkan semua organ kat
badan aku ni. Sebab apa? Bila orang dah start mentgion aku 'naik', terus aku
sibuk nak diet. Dan korang pun maklumlahkan, diet yang extreme ni memang
mendatangkan kesan buruk kat badan kita.
Jawapan yang aku paling nak bagi: Aku gemuk ke, kurus ke, ada minta duit
kau nak beli makan ke?!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Ye ke? Ntahlah, bila jumpa makanan
asyik nak makan je..
4. Bila nak rasa nasi minyak kau?
Sebenarnya soalan ni jenis soalan yang berlapik dan maknanya sama je dengan
soalan no.1. Cuma orang-orang yang selalu tanya aku soalan ni, ialah mereka yang
tak rapat dengan aku. Mungkin sebab segan nak tanya direct, so diaorang tanyalah
macam ni.
Jawapan yang aku paling nak bagi:Nak makan nasi minyak aku? Apa susahnya.
Cakap je bila, nanti aku buatkan. Bukan susah sangat pun!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Ada rezeki, adalah..
5. Aku tengah sesaklah, boleh pinjam duit?
Ok. Aku bukan kedekut. Nak pinjam? Silakan. Cakap je. Kalau aku mampu, aku
tolong, kalau tak tu, aku bagi seberapa yang ade ajelah. Tapi TOLONG lah, jangan
tanya aku soalan ni pada waktu pagi!!!
Jawapan yang aku paling nak bagi:Pantang tok nenek aku orang tanya pasal
duit waktu pagi ni. Buat spoil mood aje!!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Berapa kau nak?
6. Kau tak sihat ke?
Emmm..soalan ni aku hanya benci bila orang bertanya masa dia memang nampak aku
tak sihat. Konon concernlah. Tapi cuba korang fikir, kita ni tengah sakit, angin
mesti tak elok kan? Dapat pula orang tanya soalan prihatin tak kena tempat ni,
memang naik anginlah satu badan.
Jawapan yang aku paling nak bagi: Tak lah. Aku tak sakit. Aku saja-saja
je batuk kuat2..buat2 demam..kalau tak nanti orang lain tak tau pulak!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Haah, aku demam sikit...
7. Tengah buat apa tu? Makan ke?
Ini satu angkatan dengan soalan no.6. Dah nampak aku makan, tanya lagi soalan
macam tu buat apa? Aku taulah, kononya dia nak make polite conversation lah.
Tolonglah, zaman dan berubah, dunia dah maju. Nak berbual pun, cubalah tanya
soalan yang membina sikit. Soalan yang buat aku berminat nak berbual sekali..
Jawapan yang aku paling nak bagi: Tak lah, tengah basuh kereta!
Tapi disebabkan aku ni berbudi bahasa lagi: Haah..tengah makan, nak join?...
Sebenarnya, sedar tak sedar dalam aku berbudi bahasa tu, aku telah menunjukkan satu sikap yang negative. Aku telah menjadi hipokrit. Hati cakap lain, tapi mulut cakap lain. Aku cuba nak jujur dalam memberi jawapan-jawapan tu tapi jawapan yang jujur boleh membuat orang marah, sakit hati, kecil hati etc. Jadi, patutkah aku berlaku jujur atau terus dengan sikap berbudi bahasa aku tu? Entahlah...
It's here again....hehehe
Naik aje tahun baru, musim yang dah lama tak muncul ni, datang balik. Musim aku gile tgk dvd/vcd. Hehehehe...Musim yang ni kalau datang, mak aku mesti bising sebab bil elektrik akan naik sedikit. Tapi setakat bising je la sebab akhirnya aku juga yang bayar bil tu nanti. La ni, aku tengah gile tgk dvd and vcd cerita Inggeris, Korea, Japanese and Taiwan drama. Aku baru je habis ulang tengok One Tree Hill Season 1 and 2. Nak tunggu khabar berita dari Ms. Jue tentang DVD OTH S3 & S4. Ade ke box set tu kat Kelana Jaya? Hari Isnin lepas aku beli lagi DVD/VCD cerita Jepun and Korea. Sekarang yang dalam waiting list untuk ditonton are Ikemen Paradise Special, Il Jimae (tak sabar nak tengok Lee Jun Ki), 3 daddys and 1 mom, On Air (sebab aku gilekan Park Yong Ha je aku beli DVD ni) dan Hana Yori Dango Special. Semalam aku baru selesai tengok Ikemen Paradise a.k.a HanaKimi. Walaupun cerita ni dah ada sejak tahun lepas, tapi disebabkan masa dvd ni keluar dulu musim tengok DVD/VCD aku belum datang, aku tak hiraukan pun. Hehehe..comel sangat cerita ni. Aku rasa lagi best versi Jepun ni dari versi Taiwan dulu. Versi Jepun ni close to the manga. Dan aku sangat suka Toma Ikuta!!!!
Toma no koto ga suki!!
Malam ni nak sambung tengok Ikemen Paradise Special pula. Maknanya malam ni aku akan terperap dalam bilik lagi la.
Monday, January 19, 2009
The Last Tears
Waktu kemas tu aku jumpa banyak barang dan salah satunya fail yang mengandungi
kertas-kertas conteng 'ntah apa apa'. Fail tu aku panggil ntah apa-apa sebab semua yang ada dalam tu ialah nota-nota yang aku aku tulis masa aku tengah bosan kat dalam kelas. Bukan nota-nota pelajaran pun. Heheheh..kebanyakkannya poem, short stories dan quotations spontan yang aku tulis masa tu. Paling banyak masa aku part 2 sebab waktu tu aku ambil subject penulisan cerpen dengan Dr. H.M Tuah Iskandar. Masa tu aku tak tau pun Dr Tuah ni pakar motivasi dan novelis (sebab masa tu dia tak tulis novel lagi and aku pun tak gemar baca novel malay lagi). Aku rasalah, salah satu sebab aku minat balik penulisan ni adalah kerana kelas penulisan tu.
So, waktu aku baca balik kertas-kertas tu, aku terjumpa satu poem yang aku tulis masa kelas BEL 200 (kelas english). Aku ingat lagi masa tu aku tengah bosan sebab lecturer tu sangatlah membosankan. Kebetulan kawan aku baru lepas putus cinta masa tu, so dapatlah idea nak tulis the last tears. Hehehehe..kelakar pun ade bila baca balik. Aku dedicate poem tu kat kawan aku walaupun aku tak pernah bagitau dia. Lepas aku tuli tu, aku balik kolej and taip poem tu. Ingat nak email kat die tapi tak takut pula member marah.Heheheh..kalaulah dia tau...
The Last Tears
Yesterday you told me
We're over
When the day before that
You told me
You love me
Why
After I gave it to you
You crushed it
You throw it away?
Why
After 'I Love You'
You told me we're done
You cast me aside?
How can an angel break me like that?
How can an angel hurt me so much?
Aren't you supoosed to protect me?
Aren't you supposed to love me?
So today
I'm standing here
Singing to the world
Asking the questions
Waiting for the answer
As I shed my last tears
So give me the answers
Give me an absolution
So I can lay asleep at nights
Without the very thoughts of you
So today
I'm standing here
Singing to the world
Asking the questions
Waiting for the answer
As I shed my last tears
Friday, January 16, 2009
Tag
Do you think you are hot?
Yes. Sebab air-cond kat office aku rosak plak hari ni. Memang tgh hot! :P
2. Upload your favourite picture of you...
3. Why do you like that picture?
Aku sangat suka Chad Micheal Murray! Ini gambar wallpaper komputer aku kat rumah. Kalau tengah geram-geram or tengah marah tu, gambar dia ni lah yang aku tengok. Dia ni bagi aku tak hensem manapun tapi sangat menarik untuk dipandang. Hendaknya kalau die senyum! Aduh!!!! Sejuk hati dibuatnya. Nasib baik org putih, kalau org kita dah aku suruh mak aku ushakan untuk aku..hehehehe (angan2 kena ada...)
4. When was the last time you ate pizza?
Hmm...rasanye sebelum puasa tahun lepas. Aku dapat kupon Domino's Pizza. Disebabkan masa tu aku ke Giant Batu Caves and kat situ kebelutan ade Domino, aku pun pergilah beli. Half price je. Kalau tak, tak kuasa aku!
5. The last song you listened to?
Nak kata last tak jugak sebab sekarang pun aku tengah dengar lagi lagu ni. Gavin DeGraw 'I don't want to be'. Sebenarnya dah lama gak tak dengar lagu ni w/pun memang dah lama ada dalam ipod aku. Tapi sejak dua menjak ni rajin pula marathon tengok One Tree Hill, jadi terjatuh hati semula kat lagu ni...
6. What are you doing right now besides this?
Aku tengah mencuri masa menyambung cerita aku. Adeh!!! Idea tak muncul!!!!!!!
7. What name would you prefer besides this?
1. Anita Aruszi
2. Julia Esqalia
3. Brandon Lee
4. Joe a.k.a Dilla Aziz
5. Isabella Marie Swan
8. Who is no. 1?
Penulis kegemaran aku yang kini menjadi seorang rakan cyber aku. Aku suka cara penulisan anita aruszi sebab sangat besahaja. cerita2 dia simple dan tak memeningkan kepala. memang bahan yang aku sangat suka sebab kalau dah seharian duduk kat office aku ni dah melayan kerenah kerja aku yang tiap-tiap hari buat aku tertekan, aku memang nak membaca buku yang boleh buat aku happy! Salah satu buku yang buat aku happy ialah Bunga Syurga. Masuk ni dah nak dekat 5 kali aku baca sampai mak aku perli, 'kalau kau boleh khatam Quran macam kau khatam novel pun bagus kan?' heheheh..malu seh!!! Tapi 3 kali tu dah kira pencapain yang bagus lah kan Mak? Cita-cita aku nak jadi macam dia. Menulis supaya boleh buat orang gembira. Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Anita Aruszi kerana karya-karya dia banyak menggembirakan aku. Yang buat aku kurang gembira, penerbit dia. Aduh!! Cepatlah publish buku Cik Nita ye....
9. No. 3 is having relationship with?
Heheheh.. Brandon Lee adalah bestfriend aku yang aku kenal time belajar dulu. Dia adalah seorang teman yang baik dan nakal. Selalu buat aku gelak dan selalu juga buat aku marah. Aku suka kawan dengan dia ni sebab dia ni tak banyak songeh. Kepala otak memang sempoi! Dan satu lagi dia ni je yang selalu available kalau aku nak cari kawan tengok wayang. Hehehehe..Brandon, thank you so much sebab teman saya tengok Twilight sebanyak 9 kali. hehehe (7 dari 9 kali aku pergi tengok tu adalah hasil belanjaan si Brandon ni..macamanlah aku tak sayang kat apek ni! hehehe)
10. Say something about no. 5.
Isabella Marie Swan adalah watak dalam Twilight series hasil tulisan Stephenie Meyer. Aku nak jadi dia sebab Edward Cullen sayang sangat..sangat..sangat..sangat..sangat..kat dia. Hehehehe...
11. How about no. 4?
Kawan baik aku sejak sekolah rendah. Seorang yang outspoken. Kadang-kadang aku wish aku boleh jadi macam dia. Tapi hati aku ni memang tak pandai nak sakitkan hati orang w/pun kadang2 orang tu memang patut disakitkan. Aku pun tak tahu macaman si Joe ni boleh jadi bestfriend aku sebab kalau tengok perangai kitaorang memang macam langit ngan bumi. Dia ni cepat panas, aku ni tak suka nak kecoh2. Dia suka sound orang, aku suka buat tak tahu je. Hmmm..aku rasa mungkin sebab aku tu lah kot kitaorang boleh ngam sebab aku je yang boleh tahan dengan perangai dia ni. Sound lah aku macamana pun, aku masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sebab aku tau, deep down inside, she have a very kind heart...
12. Who is no. 2?
Rakan bolg aku yang aku kenal masa aku berkunjung ke 'rumah' Anita. Sekarang ni dah jadi member YM aku. Mula-mula tu segan gak nak tegur dia ni tapi lama2 tengok dia ni jenis yang sekepala ngan aku, aku pun beranikan diri berkunjung ke 'rumah' dia. Heheheh nasib baik dijemput masuk. Jue ni suka cerita2 fantasi. Memang type aku lah. Aku sangat suka cerita Puteri Karla dia. Btw, jue, kenapa tukar gambar si putera tu. Dulu dah sesuai sangatlah si Chad Micheal Murray tu..huhuhu.. Sekarang ni aku tengah menanti cerita Sakura jue dalam versi cetak. Eeee..tak sabarnya! Lagi satu, aku suka dengan nama dia, JULIA ESQALIA. Nak tanya , nama tu nama betul ke jue?
Untuk jue, sabarlah menanti cerita saya tu ye. Kepala otak ni tengah blank..hehehe
Monday, January 12, 2009
Tahniah Jue!!!!
Tadi aku dapat berita yg e-novel dia Kerana Sakura akan ke versi cetak
Aku tumpang gembira sangat-sangat. Baru akhir tahun dulu aku YM dengan Jue and
kitaorg bincang pasal nak hantar manuskrip kat mana-mana Pub. Company.
Siap pasang niat lagi tu. Siapa berjaya kena belanja.
Tup...tup hari ni aku baca announcement kat blog dia…Kerna Sakura akan ke versi cetak. Menjerit aku sebab happy dengar berita tu sampai orang kat ofice pandang aku semacam je.
Tak kisahlah kalau diaorang ingat aku kureng waras ke apa. Aku cuma tumpang happy sebab one of my friend dah berjaya capai matlamat dia. To Jue, CONGRATULATIONS! Hopefully semuanya akan success. As for me, aku akan jadikan perkara ni pendorong semangat aku nak habiskan cerita aku. Aku taklah bercadang nak publish pun. Sekadar nak berkongsi aje.
Chaiyokk..chaiyokk..chaiyokk..
P/S: Jue, jangan lupa belanja tau..heheheheh