Followers

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu buat Mak, Jalilah Hasan

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah
Kata yang semerbak cinta dan impian,manis dan syahdu
yang memancar dari kedalaman jiwa
Ibu adalah segalanya
Ibu adalah penegas kita dilaka lara,
impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista
Ibu adalah mata air cinta,kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi
Siapa pun yang kehilangan ibunya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci
yang senantiasa merestui dan memberkatinya
Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu
Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi
sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak,
syahdu tembang beburungan dan sesungaian
Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan
Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya
Pepohonan dan bebungaan adalah ibu
yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud
Penuh cinta dan kedamaian ~ Khalil Gibran~

"Mak, nak makan...."
"Mak, tolong ironkan baju..."
"Mak nak air..."
"Mak, mana stoking yang orang selalu pakai tu...?"
"Mak, nak duit..."
"Mak, masakkan lauk masak lemak cili api ni hari...."
"Mak, nanti basuhkan kemeja warna putih tu ya..."
"Mak, kenapa macam tu?"
"Mak, kenapa macam ni?"
"Mak, tolong itu..."
"Mak, tolong ini...."
Itulah ayat-ayat yang saban hari yang mak aku akan dengar keluar dari mulut anak-anak dia. Dan saban hari mak tak pernah merungut walaupun kadang-kadang kami sedar kami terlalu bergantung pada mak. Sesungguhnya aku akui, kami adik-beradik akan patah 'kaki' dan 'tangan' kalau mak tak ada bersama. Pernah sekali sewaktu mak punya kudrat untuk berkerja, dan mak terpaksa berkursus selama tiga hari di luar kawasan, kami semua terkapai-kapai tak tahu apa nak buat. Masa tu nak cari semua benda tak jumpa. Dan pada waktu-waktu macam nilah baru kami sedar yang kami betul-betul memerlukan mak. Tapi itu sewaktu aku masih di bangku sekolah. Umur masih terlalu muda. Sewaktu aku terlalu 'malas' nak buat apa-apa tanpa bantuan mak. Sekarang bila semakin dewasa, aku mula sedar tak selamanya aku dapat bergantung pada mak. Lebih-lebih lagi keadaan kesihatan mak yang tidak begitu baik. Sejak kami adik-beradik nyaris 'kehilangan' mak sewaktu dia sakit tenat dulu, kami mula sedar yang tidak selamanya mak akan berada di samping kami semua. Dan aku amat bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih mengizinkan mak bernafas di muka bumi ini supaya kami semua berpeluang nak membalas segala jasa dan pengorbanan mak untuk kami.
Buat mak, terima kasih atas segalanya. Mungkin kami jarang menyebutnya tapi ketahuilah yang kami semua benar-benar menyayangimu. Terima kasih kerana melahirkan along,angah,ayid,ami dan adik ke dunia ini. Terima kasih kerana membesarkan kami. Terima kasih kerana sabar melayan karenah kami. Terima kasih buat doa-doa mak. Terima kasih untuk segalanya...Dan yang paling utama, terima kasih Ya Rabbi, kerana memilih kami untuk menjadi anak-anaknya....
Selamat Hari Ibu, Mak....

Kek buatan tangan kami semua buat mak....

2 comments:

  1. Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya. Namun, anak-anak senjata pengobat rindu dan kesedihan. Janganlah diguris hati insan yang dipanggil 'mak' itu.

    ReplyDelete
  2. insya-allah kak zara...selagi akal saya masih waras, sebolehnya saya tak akan lukakan hati mak...

    ReplyDelete