Followers

Sunday, May 17, 2009

Aduh..sakit kepala...

Dua tiga hari ni aku kerap sangat kena sakit kepala. Kemuncaknya ialah hari ni. Bangun pagi tadi rasa macam nak pecah je kepala ni. Sampai aku rasa nak ambil je hammer dan ketuk kepala ni bagi hilang rasa sakit. Bila aku cakap macam tu pada adik aku, dia dengan selambanya pergi ambil hammer dekat dalam store dan bagi kat aku. "Nah, ketuk le kepala tu. Confirm, lepas ni tak sakit lagi dah sebab kepala tu dah pecah!" Hehe..sebenarnya adik aku tu bengang dengan aku sebab dah berhari-hari dia suruh aku pergi klinik ambil ubat tapi aku buat 'dek' aje. Lepas tu, bila sakit nak membising, mestilah member marah kan? Aku sebenarnya memang dari dulu tak suka pergi klinik ni. Kalau sakit dah teruk sangat-sangat baru pergi. Dua tiga hari sakit kepala tu, aku anggap tak teruk lagi. Telan panadol je rasa sakit tu kurang. Tapi pagi ni memang tak boleh tahan sangat dah. Bukan setakat sakit kepala aje, aku siap muntah-muntah lagi! Dengan muka ala-ala kucing mati anak tu, aku minta adik aku hantarkan pergi klinik. Nasib baik pagi ni tak ada orang lain, kalau tak memang bertambah sakit lah kepala sebab nak tunggu turn masuk jumpa doktor. Berita yang aku dapat dari doktor tu memang betul-betul buat aku terperanjat. "You ni kena migrain." Ha?! Migrain? Seumur hidup aku tak pernah lah aku kena penyakit ni. Tiba-tiba hari ni doktor cakap aku ada migrain? Hairan betul aku. Aku bagitahu doktor pasal kemusykilan aku tu dan dengan selambanya dia cakap, "zaman sekarang macam-macam boleh jadi, so you tak perlu hairanlah you ada migrain". Erk? Boleh seorang doktor cakap macam tu? Disebabkan kepala aku sakit, aku malaslah nak tanya banyak-banyak dengan dia. Aku ni kalau tengah sakit memang susah sikit nak kawal diri, silap haribulan mahu bergaduh pulak dengan doktor tak berapa nak hensem tu. Aku dapat tiga jenis ubat dan jumlah kesemuanya RM65.00. Aduhaiiii...bertambah sakit lagi kepala aku masa tu....Nak menanggis pun ada, bukan sebab sakit tapi mengenangkan ringgit malaysia yang semakin susut dalam purse aku tu..huwaaaaaaaaaa....

2 comments:

  1. Salam Farah,

    Sakit kepala kalau cara akak:

    1. Jangan biar perut kosong. Sebab tu angin naik ke kepala. Banyakkan minum air limau.

    2. Kalau org dolu-dolu, depa ramas daun bunga raya atau pun daun durian belanda dg air kemudian jaramkan kepala. Insya-Allah boleh baik.

    3. Makan saja panadol dlm 4-6 biji, kemudian tido. Jangan fikir apa-apa lagi. Tido...

    4. Sekiranya sakit kepala terlalu kerap. Pergi check gigi. Gigi rosak pun boleh mengakibatkan sakit kepala. Bab gigi ni, oleh kerana dolu-dolu akak ni kerap sakit kepala, jadik.. doktor check gusi akak tak kuat untuk hold gigi. Jadi terpaksa cabut kesemua bhg atas. Cabut peringkat-peringkat la... bila sakit datang, cabut satu. Lepas cabut semua dan pakai gigi palsu. Alhamdullilah, sampai sekarang tak sakit-sakit kepala lagi. Jadi, Farah pergi check dulu.

    Sakit kepala ni datangnya dari berbagai-bagai punca. Darah tinggi pun salah satu puncanya.

    Aduss... akak ni mengalahkan doktor pakar la pulak. Silap-silap menambahkan sakit kepala kamu. Maaf.

    ReplyDelete
  2. tq kak zara...appreciate all your advise..hehe..mak saya dah buatkan cara no.2 tu pagi tadi. ntah mana la dia carikah daun bunga raya tu sebab setahu saya dekat kawasan rumah tak de pun pokok bunga raya. alhamdulillah, dah ok sikit lah. campur dengan ubat doktor, tak lah sakit sangat mcm semalam. tapi itulah, asyik tido je..bosannn!!

    ReplyDelete