Followers

Google+ Followers

Monday, May 18, 2009

Budak Setan ke Versi Filem?


Tadi aku sempat belek surat khabar UTUSAN. Dalam sisipan mega aku terbaca cerita pasal Lisa Surihani. Macam biasalah, kalau baca cerita hiburan ni aku cuma skim through the whole article. Tiba-tiba mata ternampak perkataan BUDAK SETAN dan AHADIAT AKASHAH. Aku berhenti skim dan terus baca the whole paragraph. Kata Lisa Surihani, dia akan berlakon filem ke-7 berjudul Budak Setan, yang diadaptsi dari novel popular tulisan Ahadiat Akashah. Hati aku bercampur baur masa tu. Suka ada, tak suka pun ada. Suka sebab novel Budak Setan ni salah satu novel bacaan aku masa zaman sekolah dulu. Seingat aku, masa tu aku baru naik sekolah menengah, dan kawan aku bernama Intan yang kenalkan aku dengan novel ni. Inilah novel yang membuatkan aku berminat membaca novel bahasa Melayu. Sebelum tu, semua bahan bacaan aku dalam bahasa Inggeris sebab aku tak larat nak baca ayat-ayat dalam novel melayu yang pada aku masa tu ayatnya terlalu 'berat' (perhatian, ketika itu aku baru berumur 13 tahun ye). Novel Budak Setan nilah yang berjaya membuka mata aku terhadap karya-karya penulis Melayu. Bahasa dia memanglah tidak membuatkan kita akan berjaya score dalam subjek bahasa melayu, tetapi sekurang-kurangnya penulis berjaya menarik perhatian anak muda untuk membaca melalui slanga remajanya. Aku ingat lagi masa tu semua kawan-kawan aku tangkap 'cintan' dengan Kasyah(hero Budak Setan). Semua berangan nak jadi Ayu (heroine Budak Setan) masa tu. Heheh...zaman budak-budak. Kalau ingat balik memang merah muka jadinya.


Yang buat aku tak suka ada 2 sebab. Satu memang aku tak suka novel kesukaan aku orang buat drama atau filem sebab mereka akan tokok tambah sampai hilang seri cerita yang original. Tapi nak salahkan produser pun tak boleh sebab naskah filem dan novel berbeza. No 2 yang buat aku tak suka adalah pelakon yang akan melakonkan watak Ayu dan Kasyah tu. Alahai...kalau dari apa yang aku baca tadi, nampak gaya macam Farid Kamil je yang bakal jadi Kasyah dan Lisa Surihani akan jadi Ayu. Oh, tidak!!! Maaf, aku tak dapat nak bayangkan mereka membawa watak 'lagenda' ni. Bolehkah Farid Kamil jadi 'budak setan'? Dan Lisa Surihani menjadi Ayu yang 'ayu'? Aku cuba bayangkan muka Farid Kamil. Kemudian aku bayangkan si Kasyah. Bolehkah Farid Kamil menjadi 'sehebat' Kasyah? Bolehkah dia menghayati dalamnya cinta Kasyah pada Ayu? Dan Lisa Surihani, suaranya terlalu 'kasar' untuk menjadi Ayu. Hai..entahlah..Jadi atau tidak filem ni aku tak taulah sebab dari bacaan aku tadi cerita ni masih dalam peringkat pre-production. Tapi kalau betul jadi? Huwaaaa...rosak imej Kasyah aku!!