Followers

Monday, May 18, 2009

Budak Setan ke Versi Filem?


Tadi aku sempat belek surat khabar UTUSAN. Dalam sisipan mega aku terbaca cerita pasal Lisa Surihani. Macam biasalah, kalau baca cerita hiburan ni aku cuma skim through the whole article. Tiba-tiba mata ternampak perkataan BUDAK SETAN dan AHADIAT AKASHAH. Aku berhenti skim dan terus baca the whole paragraph. Kata Lisa Surihani, dia akan berlakon filem ke-7 berjudul Budak Setan, yang diadaptsi dari novel popular tulisan Ahadiat Akashah. Hati aku bercampur baur masa tu. Suka ada, tak suka pun ada. Suka sebab novel Budak Setan ni salah satu novel bacaan aku masa zaman sekolah dulu. Seingat aku, masa tu aku baru naik sekolah menengah, dan kawan aku bernama Intan yang kenalkan aku dengan novel ni. Inilah novel yang membuatkan aku berminat membaca novel bahasa Melayu. Sebelum tu, semua bahan bacaan aku dalam bahasa Inggeris sebab aku tak larat nak baca ayat-ayat dalam novel melayu yang pada aku masa tu ayatnya terlalu 'berat' (perhatian, ketika itu aku baru berumur 13 tahun ye). Novel Budak Setan nilah yang berjaya membuka mata aku terhadap karya-karya penulis Melayu. Bahasa dia memanglah tidak membuatkan kita akan berjaya score dalam subjek bahasa melayu, tetapi sekurang-kurangnya penulis berjaya menarik perhatian anak muda untuk membaca melalui slanga remajanya. Aku ingat lagi masa tu semua kawan-kawan aku tangkap 'cintan' dengan Kasyah(hero Budak Setan). Semua berangan nak jadi Ayu (heroine Budak Setan) masa tu. Heheh...zaman budak-budak. Kalau ingat balik memang merah muka jadinya.


Yang buat aku tak suka ada 2 sebab. Satu memang aku tak suka novel kesukaan aku orang buat drama atau filem sebab mereka akan tokok tambah sampai hilang seri cerita yang original. Tapi nak salahkan produser pun tak boleh sebab naskah filem dan novel berbeza. No 2 yang buat aku tak suka adalah pelakon yang akan melakonkan watak Ayu dan Kasyah tu. Alahai...kalau dari apa yang aku baca tadi, nampak gaya macam Farid Kamil je yang bakal jadi Kasyah dan Lisa Surihani akan jadi Ayu. Oh, tidak!!! Maaf, aku tak dapat nak bayangkan mereka membawa watak 'lagenda' ni. Bolehkah Farid Kamil jadi 'budak setan'? Dan Lisa Surihani menjadi Ayu yang 'ayu'? Aku cuba bayangkan muka Farid Kamil. Kemudian aku bayangkan si Kasyah. Bolehkah Farid Kamil menjadi 'sehebat' Kasyah? Bolehkah dia menghayati dalamnya cinta Kasyah pada Ayu? Dan Lisa Surihani, suaranya terlalu 'kasar' untuk menjadi Ayu. Hai..entahlah..Jadi atau tidak filem ni aku tak taulah sebab dari bacaan aku tadi cerita ni masih dalam peringkat pre-production. Tapi kalau betul jadi? Huwaaaa...rosak imej Kasyah aku!!

Sunday, May 17, 2009

Aduh..sakit kepala...

Dua tiga hari ni aku kerap sangat kena sakit kepala. Kemuncaknya ialah hari ni. Bangun pagi tadi rasa macam nak pecah je kepala ni. Sampai aku rasa nak ambil je hammer dan ketuk kepala ni bagi hilang rasa sakit. Bila aku cakap macam tu pada adik aku, dia dengan selambanya pergi ambil hammer dekat dalam store dan bagi kat aku. "Nah, ketuk le kepala tu. Confirm, lepas ni tak sakit lagi dah sebab kepala tu dah pecah!" Hehe..sebenarnya adik aku tu bengang dengan aku sebab dah berhari-hari dia suruh aku pergi klinik ambil ubat tapi aku buat 'dek' aje. Lepas tu, bila sakit nak membising, mestilah member marah kan? Aku sebenarnya memang dari dulu tak suka pergi klinik ni. Kalau sakit dah teruk sangat-sangat baru pergi. Dua tiga hari sakit kepala tu, aku anggap tak teruk lagi. Telan panadol je rasa sakit tu kurang. Tapi pagi ni memang tak boleh tahan sangat dah. Bukan setakat sakit kepala aje, aku siap muntah-muntah lagi! Dengan muka ala-ala kucing mati anak tu, aku minta adik aku hantarkan pergi klinik. Nasib baik pagi ni tak ada orang lain, kalau tak memang bertambah sakit lah kepala sebab nak tunggu turn masuk jumpa doktor. Berita yang aku dapat dari doktor tu memang betul-betul buat aku terperanjat. "You ni kena migrain." Ha?! Migrain? Seumur hidup aku tak pernah lah aku kena penyakit ni. Tiba-tiba hari ni doktor cakap aku ada migrain? Hairan betul aku. Aku bagitahu doktor pasal kemusykilan aku tu dan dengan selambanya dia cakap, "zaman sekarang macam-macam boleh jadi, so you tak perlu hairanlah you ada migrain". Erk? Boleh seorang doktor cakap macam tu? Disebabkan kepala aku sakit, aku malaslah nak tanya banyak-banyak dengan dia. Aku ni kalau tengah sakit memang susah sikit nak kawal diri, silap haribulan mahu bergaduh pulak dengan doktor tak berapa nak hensem tu. Aku dapat tiga jenis ubat dan jumlah kesemuanya RM65.00. Aduhaiiii...bertambah sakit lagi kepala aku masa tu....Nak menanggis pun ada, bukan sebab sakit tapi mengenangkan ringgit malaysia yang semakin susut dalam purse aku tu..huwaaaaaaaaaa....

Saturday, May 16, 2009

Falling Slowly

I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react

And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now
Falling slowly sing your melody
I'll sing along

Glen Hansard, Once Soundtrack (Song that currently lingering in my head)

Tuesday, May 12, 2009

Dia..DH

Heheheh...ntah kenapa semenjak dua menjak ni aku jadi gile semula dekat Daniel Henney ni. Mungkin sebab ternampak kelibat dia dalam promo Wolverine itu hari kot? Esok hari rabu, aku akan ke One Utama dan menonton cerita ni...Hahaha..semuanya gara-gara Daniel Henney!

Hehe...hensem kan?


Daniel Henney as Agent Zero in X-Men Origin - Wolverine






Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu buat Mak, Jalilah Hasan

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah
Kata yang semerbak cinta dan impian,manis dan syahdu
yang memancar dari kedalaman jiwa
Ibu adalah segalanya
Ibu adalah penegas kita dilaka lara,
impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista
Ibu adalah mata air cinta,kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi
Siapa pun yang kehilangan ibunya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci
yang senantiasa merestui dan memberkatinya
Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu
Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi
sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak,
syahdu tembang beburungan dan sesungaian
Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan
Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya
Pepohonan dan bebungaan adalah ibu
yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud
Penuh cinta dan kedamaian ~ Khalil Gibran~

"Mak, nak makan...."
"Mak, tolong ironkan baju..."
"Mak nak air..."
"Mak, mana stoking yang orang selalu pakai tu...?"
"Mak, nak duit..."
"Mak, masakkan lauk masak lemak cili api ni hari...."
"Mak, nanti basuhkan kemeja warna putih tu ya..."
"Mak, kenapa macam tu?"
"Mak, kenapa macam ni?"
"Mak, tolong itu..."
"Mak, tolong ini...."
Itulah ayat-ayat yang saban hari yang mak aku akan dengar keluar dari mulut anak-anak dia. Dan saban hari mak tak pernah merungut walaupun kadang-kadang kami sedar kami terlalu bergantung pada mak. Sesungguhnya aku akui, kami adik-beradik akan patah 'kaki' dan 'tangan' kalau mak tak ada bersama. Pernah sekali sewaktu mak punya kudrat untuk berkerja, dan mak terpaksa berkursus selama tiga hari di luar kawasan, kami semua terkapai-kapai tak tahu apa nak buat. Masa tu nak cari semua benda tak jumpa. Dan pada waktu-waktu macam nilah baru kami sedar yang kami betul-betul memerlukan mak. Tapi itu sewaktu aku masih di bangku sekolah. Umur masih terlalu muda. Sewaktu aku terlalu 'malas' nak buat apa-apa tanpa bantuan mak. Sekarang bila semakin dewasa, aku mula sedar tak selamanya aku dapat bergantung pada mak. Lebih-lebih lagi keadaan kesihatan mak yang tidak begitu baik. Sejak kami adik-beradik nyaris 'kehilangan' mak sewaktu dia sakit tenat dulu, kami mula sedar yang tidak selamanya mak akan berada di samping kami semua. Dan aku amat bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih mengizinkan mak bernafas di muka bumi ini supaya kami semua berpeluang nak membalas segala jasa dan pengorbanan mak untuk kami.
Buat mak, terima kasih atas segalanya. Mungkin kami jarang menyebutnya tapi ketahuilah yang kami semua benar-benar menyayangimu. Terima kasih kerana melahirkan along,angah,ayid,ami dan adik ke dunia ini. Terima kasih kerana membesarkan kami. Terima kasih kerana sabar melayan karenah kami. Terima kasih buat doa-doa mak. Terima kasih untuk segalanya...Dan yang paling utama, terima kasih Ya Rabbi, kerana memilih kami untuk menjadi anak-anaknya....
Selamat Hari Ibu, Mak....

Kek buatan tangan kami semua buat mak....

Friday, May 8, 2009

Cabaran Tag Kak Zara

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
hehehe..hamba belum kahwin lagi..jadi tak de jawapan untuk soalan ini.

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.
a) Membuka pintu rumah atau kereta – guna kad kredit/kad keras atau screwdriver
b) Mencucuk plug soket – anak kunci (jangan ikut, bahaya) atau test pen
c) Simpan air minuman – botol air mineral atau flusk
d) Ketika blackout – Lampu handphone atau lampu kereta
e) Meluahkan rasa hati – selalunya nanggis sorang2 dalam toilet atau call kawan baik saya
f) Siang ikan – Guna gunting tapi mak selalu suruh orang pasar tu je yang siangkan
g)Susah hendak buang air besar – Minum jus oren atau susu (saya ni lactose intolerence)

h) Di mana anda simpankan dokumen penting – Dalam fail atau kotak lepas tu letak atas almari
i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu – rasanya masa tu dah pengsan sebab tgerkejut...dah tak sempat nak tutp apa2..heheh)

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku – pengetip kuku
k) Melihat waktu – Jam tangan/handphone
l) Kalau badan terasa panas – mandi atau pasang kipas dikelajuan paling maksima
m) Ternampak pencuri – jerit le, apa lagi
n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya – aiyaa..itu longkang banyak dalam...buat apa susahkan diri, betul tak? kalau jatuh, patah riuk kaki tangan tak pasal2 kena pergi hiospital yang kosnya bekali ganda dari duit RM50 tu..tak berbaloi
o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk? – bantal peluk dan mr monkey (patung daa)

Tag yang seterusnya...

Soalan: 10 Fakta mengenai diri anda.
1. Pendiam sampai dikatakan pemalu
2. Pantang diganggu kalau tengah membaca
3. Senang naik darah tapi susah nak cool down
4. Tak suka kerja basuh pinggan, iron baju dan lipat baju.
5. Suka masak, buat kek, coklat dan apa aja yang berkaitan dengan makanan..hahaha
6. Tak suka dengar cakap orang (kalau cerita buruk) melainkan saya tengok dengan mata kepala saya sendiri
7. Benci orang yang cakap tak serupa bikin
8. Pendengar yang setia..chewah..tapi ini kawan2 yang cakaplah
9. Strong supporter of Arsenal F.C
10. Gile cerita korea, japan, taiwan, anime

Nak tag siapa lepas ni? Hehehe..Jue? Anita? Kak Noorul? Kalau sudi jawab le...

Wednesday, May 6, 2009

Arsenal ... berakhirnya UEFA Champions League


Huaaa!!! Kecewanya...The Gunners kalah dalam saingan nak ke perlawanan akhir UEFA Champions League. Kalah kat tmapt sendiri pula tu. Geram je dibuatanya!!!
Makin banggalah adik-adik aku sebab MU dapt pergi akhir...Apa pun aku harap mereka tak dapat jadi juara. It doesn't matter whether it's Chelsea or Barcelona, yang pasti MU tak boleh menang (heheh...janganlah ada peminat MU kat sini ek...)