Followers

Wednesday, September 24, 2008

SALAM AIDILFITRI...MOHON MAAF ZAHIR & BATIN



Sedar tak sedar hari ni dah 24 hari kita berpuasa. Maknanya dalam masa tak kurang dari 6 hari lagi, kita akan menyambut hari raya aidilfitri. 1 Syawal, hari kemenangan buat semua umat Islam yang berjaya mengharungi bulan Ramadhan. Menjelmanya 1 Syawal, bermakna Ramadhan akan berakhir. Rasa sedih pun ada. Iyalah,kita belum tahu lagikan bila lagi kita berpeluang nak menyambut Ramadhan ni. Entah sempat atau tidak kita berpuasa sekali lagi tahun depan, Allah S.W.T aja yang Maha Mengetahui. Aku rasa sedih sikit sebab berakhirnya Ramadhan, maknanya peluang kami sekeluarga duduk makan semeja bersama-sama pun bakal berakhir. Sebenarnya bukan aktiviti makan tu yang penting tapi suasana duduk semeja tu yang aku suka. Masa nilah kami sekelurga dapat duduk bersama dan borak-borak. Waktu nilah sesi mengorek rahsia kami adik beradik berlangsung. Tapi lepas raya nanti peluang tu makin kurang. Adik-adik aku; Farid & Fahmi akan mula sibuk semula dengan aktiviti di kampus masing-masing. Yang si Emi mesti sibuk dengan kursus di kat serata Malaysia tu. Ayah macam biasalah, kerja..kerja..kerja. Tinggallah aku, mak & Fuad. Itu pun kalau mak tak sibuk dengan aktiviti masjid dan persatuan wanita dia. Kalau tak, tinggallah aku dengan adik kecil aku, Fuad. Apa nak buat ek? Berjalanlah gamaknya. :P

Tahun ni raya macam biasa aku akan beraya di Selayang. Lepas sembahyang raya, kami akan balik ke kampung di Sg. Siput Melaka. Duduk kampung pun tak lama. Bukan ada orang tua lagi kat kampung tu. Hampir semua saudara mara aku dah berhijrah duduk KL ni. Ntah apa yangn seronoknya aku pun tak tahu. Kalau di beri pilihan, aku lebih rela duduk kat kampung tu. Jauh dari kesesakan dan kebisingan. Nak kata kemudahan kat kampung tu kurang tak juga. Sekarang ni bukan zaman 30-40 tahun dulu. Semuanya serba kurang di kampung. Zaman sekarang ni, apa yang orang KL ada, kat kampung tu pun ada. Air, elektrik, telefon, astro hatta kemudahan internet pun dah ada! Nak shopping? Pergi je Bandar Melaka, semuanya ada. Nak bersantai? Lagi banyak pilihan kat sini berbanding KL tu. Jadi kenapa mereka suka duduk KL dari kg? Hanya mereka yang tahu jawapannya...hihihi... Kalau ikut perancangan, 3 Syawal kami akan ke Perak pula. Menziarah saudara kat sebelah sana pula. Kami plan nak duduk sana dalam 2 hari je. Mungkin hari Sabtu tu kami akan balik KL semula. Hari Ahad rehat di rumah dan Hari Isnin aku akan start kerja. Alahai..itu yang buat den lomah tu. Dah cuti panjang ni, memang malas lah sangat-sangatnya nak pergi kerja. Mesti aku akan mengerah seluruh tenaga aku untuk bangun dari katil tu. Hihihi...

Okaylah, sebenarnya tujuan aku buat posting hari ni nak ucapkan selamat hari raya, ntah macamana dah terlebih cerita pula. :P . Buat semua teman teman, SALAM ADIILFITRI saya ucapkan. Minta maaf jika selama perkenalan kita ni, saya ada lakukan apa-apa perkara yang menyinggung perasaan, mengundang marah dan mengecilkan hati kalian. Buat Lynn, Liza, Fika, Nana & Nurul, terima kasih sebab kirim kad raya tu ye. Maaf, aku tak sempat nak balas. Mungkin korang akan terima kad balasan aku tu lepas raya. Jangan marah ek? Buat Along Awin, pesan kat mak nanti raya ke-3 Along and family akan ke Perak. Masak best2. hihihih.. To Brandon, yes, you are invited to my house. I tak buat open house because my house is always open to guest. hihihi.. Baut teman baru, Anita Aruszi, Selamat Hari Raya ye cikgu. Minta maaf jika selama kita kenal ni, saya ada lakukan apa-apa kesilapan. Buat Jue, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua... Enjoy your eid!!

p/s: Pada mereka yang akan memandu balik ke kampung tu, ingat BERHATI-HATI di jalan raya. Drive carefully and think of your love ones. Biar lambat asal selamat. ^_^Peace^_^

No comments:

Post a Comment