Followers

Wednesday, September 24, 2008

Resipi Kimchi



Ini khas untuk Jue. Lepas puas menyelongkar kotak-kotak saya akhirnya saya jumpa juga resipi kimchi. Resipi ni saya dapat dari kawan. Ini resipi buat kimchi kobis china (yang panjang tu) Pernah try buat sekali and 1st attempt tu berjaya lah. Cuma rasa dia tak sesedap kimchi yang saya makan kat Korea dulu. Heheheh..try lah ye…

Bahan-bahan

500 gm - Kobis China (Kobis panjang) (lebih kurang seikat)
2 sudu besar garam
250 ml air
5 siung bawang putih - cincang halus
3 inci halia segar - parut halus
2 sudu besar serbuk lada merah
1 sudu kecil Gula pasir
2 batang daun bawang – potong dalam 2 inci lepas tu hiris melintang
Serbuk perasa (ajinomoto)
Mangkuk besar untuk rendam kobis

Cara membuat

1.Mula-mula basuh kobis tu bersih-bersih. Jangan cerai-ceraikan.

2.Masukkan garam dalam air dan rendam kobis tu. Tekan atas kobis tu dengan pinggan
atau mangkuk yang lebih berat untuk pastikan kobid tu betul-betul terendam. Rendam dalam 3-4 jam (kalau lagi lama lagi bagus. Nak ikutkan org korea, diaorg rendam dalam 12 jam!)

3.Selepas cuci kobis bersih-bersih untuk hilang air garam tadi.

4.Toskan kobis tu beberapa minit.

5.Sambil tungggu kobis, campurkan bahan-bahan yang lain tadi; bawang putih,halia,serbuk lada, gula pasir, daun bawang dan ajinomoto dalam mangkuk.

6.Gaulkan bahan-bahan tadi dalam kobis tu. Buat ikut layer kobis. PASTIKAN keseluruhan kobis tu digaul dengan bahan-bahan tadi.

7.Simpan kobis yang dah siap digaul tadi dalam bekas kedap udara (lebih elok pakai botol). Simpan dalam peti ais.

Jue, sebenarnya kuantiti cili powder tu bergantung pada selera masing-masing. Kalau suka pedas, letaklah lebih. Resipi ni boleh cuba dengan sayur lain juga tapi rasanya kalau dengan kobis panjang ni, lagi sedap. So, selamat mencuba. Kalau dah cuba nanti jangan lupa bagitahu.

7 comments:

  1. salam.... akak mmng kena letak kimchi tuh dlm peti sejuk ker...
    sebab sye nk bawak pegi asrma...x der peti sejuk ler...

    ReplyDelete
  2. boleh aje tak letak dalam peti ais. tapi make sure tempat simpanan tu kering lah ye. jangan dedah lama sangat pada udara.

    ReplyDelete
  3. nak try buat bulan pose nanti..
    Thanks 4 sharing..nt kalau jadi saya buat n3 khas k :)

    ReplyDelete
  4. urm...kalo nk ceraikan kobis tu bole tak...xssah ker nk mkan nnti kalo xceraikan...

    ReplyDelete
  5. nak makan nanti, potong2lah kobis tu. tapi kalau nak ceraikan dari awal pun boleh je.

    ReplyDelete
  6. assalam nak tanye..akak tak pakai sos ikan ke?

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam,

    nak pakai boleh je. resepi yg akak bagi ni resipi basic je.

    ReplyDelete