Followers
Monday, September 8, 2008
My View: Novel Bohemian by Imaen
Aduh...ini lah satu-satunya buku dari Imaen selepas Labyrinth yang membuat aku insaf! Yes, insaf! Tak pernag mana-mana novel berjaya membuat aku insaf. Insaf di sini bukanlah bermaksud aku ni dulu jahat sangat. Tapi sebagai manusia, aku bukan sempurna. Bab-bab agama ni aku rasa tersangatlah jahilnya lagi. Walaupun aku tahu bezakan yang mana jahat, yang mana baik. Yang mana dosa, yang mana pahala tapi makin banyak yang aku tahu, aku rasa makin banyak yang aku tak tahu.
Bohemian, ceritanya tentang pemuzik jalanan ataupun lebih dikenali sebagai busker. Alah, yang selalu korang nampak di Central Market tu. Aku ingat lagi, dulu masa part 3 di UiTM aku kena berulang dari Shah Alam ke rumah aku di Selayang. Tempat turun, bas stand Klang. Nak naik bas ke Selayang, kena lalu CM. Hah, kat sinilah aku selalu tengok show free dari mamat2 yang pada pandangan aku amatlah teruk. Iyelah, korang bayangkan, pakaian lusuh, rambut panjang lepas tu dok melalak kat tempat awam. Kena yang suaranya sedap, sejuk telinga mendengar, kena yang suara macam katak nak panggil hujan tu, aduh..panas telinga dan hati dibuatnya. Tapi lepas baca Bohemian, minda aku yang sebenarnya tertutup ni terbuka sikit. Imaen telah mengambarkan Fadhlan, watak utama novel ini sebagai seorang busker yang 'berisi'. Busker lulusan engineering tetapi lebih menggemari seni nyanyian. Seorang busker yang punya wawasan. Seorang busker yang punya pengetahuan agama yang agak mendalam. Jadi aku dapat simpulkan, busker2 yang sering aku temui lewat perjalanan aku dulu mungkin tergolong dalam kelopok si Fadhlan ni.
Bohemian juga telah memberi aku sedikit ilmu tentang agama. Nasihat-nasihat yang Fadhlan beri pada Dira sedikit sebanyak terkesan dalam hidup aku. Yang paling akuk suka ialah bab menutup aurat tu. Sekarang ni, bila ade teman2 aku yang tak pakai tudung tu buat komen 'Ala, orang yang pakai tudung tu pun bukannya semua baik pun' aku dah punya jawapan yang konkrit untuk mereka. Hehehe..
Satu lagi bab yangn menarik minat aku ialah perihal cetak rompak. Walaupun hanya sedikit yang dibicarakan tetapi yang sedikit itulah sebenarnya membuatkan aku berhenti menjadi perompak. Mulai saat aku tutp buku Bohemian tu, aku dah tekadkan hati untuk menghentikan aktivi 'download' lagu yang selalu aku buat tu. Hehehe..harta intelek orang tu. Bersusah payah diaorang bekerja nak hasilkan satu lagi, senang-senang je aku download. Aku pun tak nak di Mahkamah Mashyar nanti kena soal pula dek pemiliknya. Cukuplah dengan kes-kes yang lain. Aku tak nak tambah kes lagi. Nauzubillah!!!
Selalunya, bila baca novel aku boleh jatuh 'cinta' dengan karakter die. Tapi untuk Bohemian tak tergamak pula rasanya. Hehehe..bukan apa, nama karakter dia Fadhlan tu serupalah pula dengan nama adik aku. Jadi kalau akau kata aku jatuh cinta dengan Fadhlan terbayang pula muka adik aku tu. Ishh..tak sesuai...
Apapun, 5 bintang untuk Imaen kerana berjaya menghasilkan novel yang bermutu ni. Terasa nak jumpa je penulis ni. Rasanya masa pesta buku tahun depan dia ade ke di Booth Jemari Seni???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment