AMARAN KERAS : Entri ini akan ditulis menggunakan cara rojak (BI+BM) sebab saya selesa begini. Kalau ada yang offended, saya susun jari mohon maaf.
Judul: Kisah Naz dan Khaalish
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Karya Seni
Sinopsis:
PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah
temukan dia semula dengan lelaki itu? Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa
di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran
Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”
Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”
My View:
Saya ini pembaca novel tegar. Tapi tak semua novel mampu buat hati saya puas dan bikin mulut tersenyum bila tiba di mukasurat terakhir. Only a few novels manage to do that. And KNK is one of them. And for giving me such a great feeling, I would gladly rate this book 4*.
Girl and boy forced to get engaged. Girl ran away. Fated meeting. Boy chases after girl. Finally, they got married. -- Hah! Senangkan? Ini adalah salah satu dialog dalam hati si hero korporat yang saya rasa sangat tepat dalam meringkaskan kisah KNK ini. Dan saya nak tambah sikit -- They live a happy life (for a moment). Then ex-gf come into the picture. Buat kacau. Hubby buat perangai. Wifey maintain cool. Mother- in-Law play her part. Ex-gf got kick out of the picture. Wifey and Hubby got a baby. And they live happily ever after.
Saya mula mengenali KNK selepas saya menjadi 'stalker berjaya' blog penulis. Ya, saya pantang jumpa blog e-novel yang ceritanya cocok dengan jiwa. Bila dah terjumpa, saya akan jadi pengunjung tetap blog itu. Selalunya jadi silent reader but with KNK, I can't help but to leave a few comments. Minta ampun pada penulis yang terpaksa melayan. :P Tapi nak buat macam mana, penulis berjaya buat saya hooked dengan kisah santai ini. And to be honest, I feel more content reading this story than PMS.
Sesuatu yang saya perasan tentang karya-karya Hanina Abdullah, dia suka menerapkan adalah nilai kasih sayang keluarga dan persahabatan dan tak lupa penggembaraan. Jadi jangan anggap ini hanya kisah cinta lelaki dan perempuan sahaja, ok. (Saya sebut begini sebab ramai yang hanya nampak hal-hal sweet overdose yang penulis tulis tapi buat buta mata dengan benda-benda lain. Come on people, cuba baca dengan mata hati!)
Kalau di dalam PMS, penulis banyak ketengahkan negara-negara di sebelah Eropah, kali ini dia tak pergi jauh. Sekadar negara-negara di Asia Tenggara sahaja. Notably, Luang Prabang in Laos. Saya ada menggunakan khidmat Mr Google untuk cari info pasal tempat ini. It's kind of amazing. Tapi jangan expect ini macam Bandung atau Vietnam ya. Oh, terlupa pula pasal jambatan Putrajaya. Baca novel ini dan anda akan mula melihat jambatan di Putrajaya itu dari sudut pandang yang berbeza. Eheh!
Satu lagi kecenderungan penulis adalah mencipta watak wanita yang kuat, selamba dan tabah. Girl power! Jangan haraplah nak jumpa watak utama yang lembik-sikit-sikit-nangis di dalam novel dia. Antara watak yang menjadi kegemaran saya di dalam novel ini ialah:
# Nazrahani Idora a.k.a Naz. Watak utama yang kuat, kelakar, tabah dan bukan jenis yang cepat nak jump into conclusion.
# Reham. The awesome bestie yang suka 'mendera' Khaal masa hero korporat itu sedang berusaha memikat hati tunangan teknikalnya. tapi akhirnya mereka pula jadi bestfriend.
# Azalea & Naim. Walaupun watak mereka tak banyak mana, tapi boleh rasa macam mana protective nya mereka terhadap Naz. And mind you, mereka ini orang luar yang tiada pertalian darah dengan Naz!
#Puan Sri Freida a.k.a Nyonya Mansur @ Manja. Mulanya agak kerek juga Nyonya Mansur ni tetapi makin kita 'kenal' dia, makin kita faham kenapa dia buat apa yang dia buat dan baru kita sedar dia adalah ibu yang baik sebenarnya. Cuma last part yang melibatkan Khaal dan ex-gf tu agak overboard sikit sampai trauma Khaal dibuatnya. Tapi bak kata Nyonya Mansur, anak dia cuma ada satu. Jadi yang satu itulah kena dijaga sebaik-baiknya.
#Khaal. Hero korporat yang cuba memenangi hati tunang sendiri. Nampak kesungguhannya dalam nak jadi orang yang layak untuk Naz. And I like the part when in the ends he leaves it to The Almighty about his future with Naz. Itulah titik perubahan Khaal yang Naz mahukan sebenarnya.
You learned something from all this strong characters. Saya tahu, akan ada yang skeptikal akan berkata 'apa sajalah yang boleh kau belajar dari novel pop ni?' Ada yang boleh anda pelajari sebenarnya. Tinggal rajin atau tak nak fikir sahaja. Bak kata Naz di dalam novel ini bila ditanya Khaal, kenapa dia memilih untuk menulis novel cinta;
"Orang sekarang sibuk, hidup penuh dengan stress. Jadi saya tulis cerita yang ringan-ringan. Yang rajin berfikir, dapatlah selami isi yang terselit. Yang malas berfikir, dapat juga hiburan." - So people, choose which kind of reader you want to be.
Kalau dalam My View: Projek Memikat Suami saya ada komplen saya agak keliru kadang-kadang bila membaca sebab penulis gemar menggunakan teknik POV bercampur-campur di dalam satu babak dan suka menggunakan monolog untuk setiap karakter yang muncul, tetapi di dalam KNK saya dah mula adapt dengan cara penulisan penulis ini. Dan saya lihat cik penulis sudah mula kurang mencampurkan POV di dalam satu-satu babak. Sebenarnya tak salah pun. Ada sesetengah pembaca gemar cara begini. Cumanya saya jenis kalau membaca, saya suka letak diri di dalam watak itu. Contohnya ketika membaca POV Naz, saya akan letak diri di dalam watak Naz. Jadi bila tiba-tiba Khaalish muncul menyuarakan 'rasa hati' pada babak yang sama, kena meloncat pula masuk dalam diri Khaal pula. But now, I'm used to it and kinda like it.
Oh, and Hanina. If you happen to read this review; about that last scene in your blog. Saya bayangkan Khaal akan ke Thailand and something bad happened to him (cedera...accident...etc.) Dan ini yang akan buat Naz sedar dia tak boleh kehilangan Khaal. Sadis kan imaginasi saya? But then again, you did called me a sadistic writer kan? :P
Anyway, to all romance novel lovers out there, Kisah Naz dan Khaalish is a must read. Highly recommended. (Take note on that bold words. Only to romance novel lovers!)
To Ms Writer, thank you for writing an enjoyable story for me to read. Looking forward to Seteguh Fayqa. But this time I will try to restrain myself from stalking your blog. Tak tahan nak tunggu novel keluar! xD.
As usual, if you are into this kind of genre, then go and buy this novel. If not, save your money for something that suits you.
ko ni... makin bertambah list aku!
ReplyDeleteHahah..Jangan tak senarai. Pesta buku just around the corner..
ReplyDeleteah. tadak butang like plak. baru nak tekan ^^
ReplyDeleteseh! apsal tak cakap that u hv reviewed KNK. tqvm for yr supportive words. sy suka part "melihat jambatan putrajaya dari sudut yg berbeza" ahaks. m thinking nnt selepas baca SF ad yg kata "memandang peti ais yg terbuka dari sudut yg berbeza" LOL. sy menulis secara terkejar-kejar dan terkocoh-kocoh kerana itu saja kesempatan yg ada. bahagia bila novel diterima tp sy tidak bercita2 tinggi eg jadi chart topper etc, hanya mahu happy dan org yg membaca pun happy. the fact that u said reading knk makes you happy buatkan saya rasa bahagia sebagai penulis. and do pls stalk my blog..yr comments there often help me think :) also tqvm for yr friendship!-Hanina
ReplyDeletePena Tumpoi - hihihi... jgn like je. belilah sekali.. :P
ReplyDeleteHanina - tqvm for your friendship too. makin naik umur ni, makin selective dalam memilih novel. ada yang dibeli hanya mampu baca 2-3 mukasurat. but KNK is different. dah lama tak rasa perasaan nak selak mukasurat tu satu persatu. this is not ayat bodek tau.
hahaha suke tgk friendship n komen2 2 writers yg sy minat neh. Dua2 pnulis yg best n ohsem!!! truskan berkarya..sentiasa mnanti produk terbaru..=)
ReplyDeletep/s: xde kje belek2 blog awk tgk post2 lame... nk cari ur 1st book sebnornye..hehe... bole beli on9 ke the untold story tu?
WW, not sure lah boleh beli ke tidak lagi buku tu sebab publisher dah tutup 'kedai' ha ha ha...
Deletehahh??alooooo....... (muncung ke depan)
ReplyDeleteas salam...suker kan this novel...
ReplyDeletesuka sangat!
Delete" Saya ini pembaca novel tegar. Tapi tak semua novel mampu buat hati saya puas dan bikin mulut tersenyum bila tiba di mukasurat terakhir. Only a few novels manage to do that "
ReplyDeletesma lah kita! haha. cuma sy tk pndi nk wat review mcm akak je. nnt sy nk cuba try test lah one day!
Akak try bca Mama Mia Shaza by Emy Roberto ;)sy nk bca review akak lak
*emy roberto : http://emy-roberto.blogspot.com/ *
Tulis saja Siti apa yang Siti rasa lepas baca sesuatu novel tu.
DeleteMama Mia Shaza dah beli tapi belum berpeluang baca. Nanti dah baca akak up kan review, ok.
I agreed about Khaal pergi Thai... Maybe dia accident or something bad happened to him.. But its not happened.. Hehehe
ReplyDelete