Followers

Wednesday, February 13, 2013

My View : Alang Rebus Tak Empuk by Aimi Shabana

Judul: Alang Rebus Tak Empuk
Penulis: Aimi Shabana
Penerbit: Jemari Seni



Sinopsis:
Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

My View:

Terus terang, saya belum baca lagi Surat Ungu Untuk Nuha. Tapi lepas baca ARTE ni, saya pun nak cari SUUN sebab nak kenal Alang tu siapa. boleh gitu? 

Ok. My personal view on this novel: Out of 5*, I give 4*. Tak boleh nak bagi 5* sebab ‘perfection is always under construction’. Banyak sangat ke 4* ni? Rasanya tak kot sebab lepas tutup buku ni semalam, saya puas hati! Jadi 4* tu lambang kepuasan saya sebagai pembaca. Kalau ada yang rasa terlampau banyak, maaflah ye. Dan kalau ada yang rasa menyesal beli lepas baca point of view saya ni, pun saya minta maaf. Selera manusia lain-lain. Itu sahaja jawapan yang paling konkrit.


Tahniah kepada penulis kerana berani mencipta watak yang tak sempurna dan berjaya buat saya jatuh kasih pada watak itu. Shifa, bukan your typical heroine yang cantik, tinggi dan langsing. Shifa ni memang tak cantik pun! Lepas tu kecil je orangnya. Sampai Juliana (watak antagonist dalam ARTE) boleh panggil muka dia jalan tar lah! Dan kalau baca cara Shifa pandang wajah sendiri, kita pun boleh bayangkan yang muka dia memang tak lawa. Penuh jerawat tau! Gelap pulak tu. (Bayangkan gelap Cheryl Samad). Bukan jerawat kecil-kecil tu. Tapi yang jenis ada nanah tu. So, can imagine tak betapa tak cantinya Shifa ni? Tapi… walaupun dia tak cantik, dia manis. Senyuman dia boleh membuatkan hati Ziyad (the hero) jadi tenang. Disitulah kelebihan Shifa selain sikap dia yang baik. Cuma ada masa, dia naik angin juga!

Ziyad juga walaupun fizikal dia typical hero novel melayu (handsome, kulit cerah etc.), tapi latar belakang dan sikap dia tidak sempurna. Bak kata sebuah review, belajar pun pakai loan PTPTN! Nak cari girlfriend pun nak yang cantik sahaja.Yang tak cantik tak pandang pun. Tapi dia tak adalah gunakan kekacakkan dia tu untuk jadi kasanova atau apa sahaja yang berkaitan. Perangai semenggah lagilah kiranya. Nampak teman wanita curang pun, dia boleh rilek ucap terima kasih. Tak adalah nak gaduh dan tempelak perempuan tu depan orang ramai. Cuma ada masa saya geram tengok cara dia layan Shifa. Terlalu BAIK! Sekali pandang memang macam dia tengah melayan orang yang dia sayang sedangkan hati dia asyik menafikan hakikat itu. Kawan-kawan serumah boleh nampak dia ada ‘perasaan indah’ dengan Shifa tapi dia masih juga buta. Kalau dia tak sayang, takkan lah dia boleh rasa nak makan orang bila baju melayu warna ungu dia tercarik lengannya? (ungu favourite colour Shifa). Sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi nak baca Baju Melayu Hijau Serindit sebab itu buku kegemaran Shifa. Sanggup makan pedas sebab Shifa suka makanan pedas sedangkan perut tu tak tahan? Dan yang paling best, hidup rasa tak ada warna sebab tak dapat tengok senyuman manis Shifa. Rasanya kalau saya jadi Sarah, kawan baik Shifa tu, memang saya nak hempuk kepala Ziyad ni dengan buku berpuluh-puluh kali bagi tune tu betul sikit. Tak baik sungguh bagi orang harapan lepas tu at the end of the day, you just want to remain friends. Haishh…

Selain Ziyad dan Shifa, saya juga sukakan hubungan Sarah dan Aiman yang marah-marah sayang tu. (Sarah dan Aiman ni kawan mereka). Sampai ke sudah, saya rasa hubungan mereka manis walaupun tak de ungkapan cinta yang bertukar antara satu sama lain. Dan pasangan ni pun bukan pasangan yang serba sempurna. Sarah tu gemuk (Aiman sendiri sebut!). Aiman tu pula, di university serius dan tegas orangnya. Tapi bila dengan kawan-kawan, manjanya mengalahkan perempuan!

Kesimpulannya, cerita ini menarik dan patut dibaca oleh semua orang. Harap-harap lepas baca, kita makin celik dalam menilai orang. Yang cantik luar, tak tentu lagi dalamnya cantik. Yang tak cantik tu, kita tak tahu lagi, mungkin hati dia secantik bidadari. Yang penting, kita kena ‘melihat’ orang menggunakan mata hati. Insya-Allah, hati ni jarang menipu. Kalau hati keliru, minta bantuan pada-Nya. Insya-Allah, kalau kena gayanya, Allah lorongkan hati tu ke jalan yang betul. 

Buat Cik Aimi Shabana, andai kata anda membaca entri ni, tahniah kerana berjaya menulis novel yang manis ini. Teruskan menulis. 

As usual, this is my personal view. Kalau kena dengan jiwa, pergi beli. Kalau tak, jangan membazir duit dan masa lepas tu pergi mana-mana grup dan mulakan sesi mengata (saya kata mengata, bukan komen dan kritik, ya?) It is not a good attitude and not good for the industry.  Industri novel Malaysia ni kecil sangat. Betul. Tak tipu. Pusing kanan. Pusing kiri, Tengok depan. Tengok belakang. Muka orang itu juga yang kita jumpa. *peace*

4 comments:

  1. ehehehe(nk gelak dulu sbb baca kata2 penutup tu) byk review kata citer ni best, nanti ai pun nak beli jgklah. Kita kena beli novel org yg kata best, supaya kita boleh buat best lagi, kita pun kena baca novel org yg kata tak best, supaya kita tak buat tak best mcm tu... hahaha.

    p/s : erkkk... mula2 masuk tadi mcm tak kenal je. Umah dah cat baru ehhh.. hehe.

    ReplyDelete
  2. Hahahah sokong...sokong carilah SUUN dan hmmm heheheh :)

    ReplyDelete
  3. Zuliana Abuas, heheh... I like your comment. Tepat sekali dengan niat ai membeli novel.

    Kak Noorul, SUUN dah ada cuma belum baca lagi je. heheh

    ReplyDelete
  4. ARTE memang best.Ziyad tu memang nak kena hentak dengan buku pun. Kalo boleh biar setebal Kamus Dewan.

    Dan SUUN memang ohsem okey. Lepas baca mesti rasa nak join Nuha n Alang bersajak. hahaha

    ReplyDelete