Followers

Thursday, February 21, 2013

#Beautiful

The true meaning of sweetness...

Once the Prophet (s) was sitting in a room with Aisha (r) fixing his shoes. It was really warm so when Aisha looked to the blessed forehead and noticed that there were beads of sweat. She became overwhelmed by the majesty of the sight and stared at him (s) long enough for him to notice.
He then asked, "What's the matter?" 

She replied, "If Abu Bukair Al-Huthali, the poet, saw you, he would know that his poem was written for you." 
The Prophet (s) asked, "What did he say?" 
She replied, "Abu Bukair said that if you looked to the majesty of the moon, it twinkles and lights up the world for everybody to see." 
So the Prophet (salla Allahu 'alaihi wa sallam) got up, walked to Aisha, kissed her between the eyes, and said, "Wallahi ya Aisha, you are like that to me and more." (Bukhari)

Somehow, this bring tears to my eyes...

Wednesday, February 20, 2013

Random Act of Kindness

Random act of kindness. There's still hope for the world after all...


Saya ke 7-Eleven pagi tadi beli setin nescafe, roti dan a few other things. Dengan yakinnya pergilah ke kaunter untuk bayaran. Bila harga dah tertera, I open my purse and my knees suddenly went weak! RM 5 je yang ada? Baru teringat, saya belum cucuk duit di ATM lagi. Oh Tuhan! Adik cashier dah buat muka tak puas hati. Korek siling still juga tak cukup. Rasa nak nangis. Muka dan merah padam. Badan yang sejuk jadi panas. Then suddenly a pakcik appear beside me. Cut the story short, without saying anything, pakcik tu letakkan baki yang patut saya bayar kat atas kaunter. He said he'll pay for it. Ya Allah, rasa terharu gila masa tu. Kat luar, I ask the pakcik to wait for me. I'll get the money from my office. Tapi dia kata tak apa. Dia halalkan. I insisted and he said 'kalau you nak bayar pakcik, help others when you got the chance.' Allahuakbar... masih lagi ada manusia yang baik hati di dunia ini rupanya. Moral of the story, be kind to others and make sure you keep lots of cash in your purse!

Monday, February 18, 2013

Thursday, February 14, 2013

My View : Novel Kisah Naz & Khaalish by Hanina Abdullah

AMARAN KERAS : Entri ini akan ditulis menggunakan cara rojak (BI+BM) sebab saya selesa begini. Kalau ada yang offended, saya susun jari mohon maaf.



Judul: Kisah Naz dan Khaalish
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Karya Seni


Sinopsis: 
PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah
temukan dia semula dengan lelaki itu? Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa
 di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran
Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”
Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


My View: 

First and foremost, bear in mind that this is my PERSONAL view on this novel. Feel free to disagree with me. (Jangan hangat hati bila anda sendiri baca dan dapati novel ini tak seindah yang saya gambarkan.)
Saya ini pembaca novel tegar. Tapi tak semua novel mampu buat hati saya puas dan bikin mulut tersenyum bila tiba di mukasurat terakhir. Only a few novels manage to do that. And KNK is one of them. And for giving me such a great feeling, I would gladly rate this book 4*.

To summarize what KNK is all about:-

Girl and boy forced to get engaged. Girl ran away. Fated meeting. Boy chases after girl. Finally, they got married. -- Hah! Senangkan? Ini adalah salah satu dialog dalam hati si hero korporat yang saya rasa sangat tepat dalam meringkaskan kisah KNK ini. Dan saya nak tambah sikit -- They live a happy life (for a moment).  Then ex-gf come into the picture. Buat kacau. Hubby buat perangai. Wifey maintain cool. Mother- in-Law play her part. Ex-gf got kick out of the picture. Wifey and Hubby got a baby. And they live happily ever after.

Saya mula mengenali KNK selepas saya menjadi 'stalker berjaya' blog penulis. Ya, saya pantang jumpa blog e-novel yang ceritanya cocok dengan jiwa. Bila dah terjumpa, saya akan jadi pengunjung tetap blog itu. Selalunya jadi silent reader but with KNK, I can't help but to leave a few comments. Minta ampun pada penulis yang terpaksa melayan. :P Tapi nak buat macam mana, penulis berjaya buat saya hooked dengan kisah santai ini. And to be honest, I feel more content reading this story than PMS. 

Sesuatu yang saya perasan tentang karya-karya Hanina Abdullah, dia suka menerapkan adalah nilai kasih sayang keluarga dan persahabatan dan tak lupa penggembaraan. Jadi jangan anggap ini hanya kisah cinta lelaki dan perempuan sahaja, ok. (Saya sebut begini sebab ramai yang hanya nampak hal-hal sweet overdose yang penulis tulis tapi buat buta mata dengan benda-benda lain. Come on people, cuba baca dengan mata hati!) 
Kalau di dalam PMS, penulis banyak ketengahkan negara-negara di sebelah Eropah, kali ini dia tak pergi jauh. Sekadar negara-negara di Asia Tenggara sahaja. Notably, Luang Prabang in Laos. Saya ada menggunakan khidmat Mr Google untuk cari info pasal tempat ini. It's kind of amazing. Tapi jangan expect ini macam Bandung atau Vietnam ya. Oh, terlupa pula pasal jambatan Putrajaya. Baca novel ini dan anda akan mula melihat jambatan di Putrajaya itu dari sudut pandang yang berbeza. Eheh!

Satu lagi kecenderungan penulis adalah mencipta watak wanita yang kuat, selamba dan tabah. Girl power! Jangan haraplah nak jumpa watak utama yang lembik-sikit-sikit-nangis di dalam novel dia. Antara watak yang menjadi kegemaran saya di dalam novel ini ialah:

# Nazrahani Idora a.k.a Naz. Watak utama yang kuat, kelakar, tabah dan bukan jenis yang cepat nak jump into conclusion. 
# Reham. The awesome bestie yang suka 'mendera' Khaal masa hero korporat itu sedang berusaha memikat hati tunangan teknikalnya. tapi akhirnya mereka pula jadi bestfriend. 
# Azalea & Naim. Walaupun watak mereka tak banyak mana, tapi boleh rasa macam mana protective nya mereka terhadap Naz. And mind you, mereka ini orang luar yang tiada pertalian darah dengan Naz!
#Puan Sri Freida a.k.a Nyonya Mansur @ Manja.  Mulanya agak kerek juga Nyonya Mansur ni tetapi makin kita 'kenal' dia, makin kita faham kenapa dia buat apa yang dia buat dan baru kita sedar dia adalah ibu yang baik sebenarnya. Cuma last part yang melibatkan Khaal dan ex-gf tu agak overboard sikit sampai trauma Khaal dibuatnya. Tapi bak kata Nyonya Mansur, anak dia cuma ada satu. Jadi yang satu itulah kena dijaga sebaik-baiknya.
#Khaal. Hero korporat yang cuba memenangi hati tunang sendiri. Nampak kesungguhannya dalam nak jadi orang yang layak untuk Naz. And I like the part when in the ends he leaves it to The Almighty about his future with Naz. Itulah titik perubahan Khaal yang Naz mahukan sebenarnya. 

You learned something from all this strong characters. Saya tahu, akan ada yang skeptikal akan berkata 'apa sajalah yang boleh kau belajar dari novel pop ni?' Ada yang boleh anda pelajari sebenarnya. Tinggal rajin atau tak nak fikir sahaja. Bak kata Naz di dalam novel ini bila ditanya Khaal, kenapa dia memilih untuk menulis novel cinta;

"Orang sekarang sibuk, hidup penuh dengan stress. Jadi saya tulis cerita yang ringan-ringan. Yang rajin berfikir, dapatlah selami isi yang terselit. Yang malas berfikir, dapat juga hiburan." - So people, choose which kind of reader you want to be.

Kalau dalam My View: Projek Memikat Suami saya ada komplen saya agak keliru kadang-kadang bila membaca sebab penulis gemar menggunakan teknik POV bercampur-campur di dalam satu babak dan suka menggunakan monolog untuk setiap karakter yang muncul, tetapi di dalam KNK saya dah mula adapt dengan cara penulisan penulis ini. Dan saya lihat cik penulis sudah mula kurang mencampurkan POV di dalam satu-satu babak. Sebenarnya tak salah pun. Ada sesetengah pembaca gemar cara begini. Cumanya saya jenis kalau membaca, saya suka letak diri di dalam watak itu. Contohnya ketika membaca POV Naz, saya akan letak diri  di dalam watak Naz. Jadi bila tiba-tiba Khaalish muncul menyuarakan 'rasa hati' pada babak yang sama, kena meloncat pula masuk dalam diri Khaal pula. But now, I'm used to it and kinda like it. 

Oh, and Hanina. If you happen to read this review; about that last scene in your blog. Saya bayangkan Khaal akan ke Thailand and something bad happened to him (cedera...accident...etc.) Dan ini yang akan buat Naz sedar dia tak boleh kehilangan Khaal. Sadis kan imaginasi saya?  But then again, you did called me a sadistic writer kan? :P

Anyway, to all romance novel lovers out there, Kisah Naz dan Khaalish is a must read. Highly recommended. (Take note on that bold words. Only to romance novel lovers!)

To Ms Writer, thank you for writing an enjoyable story for me to read. Looking forward to Seteguh Fayqa. But this time I will try to restrain myself from stalking your blog. Tak tahan nak tunggu novel keluar! xD.

As usual, if you are into this kind of genre, then go and buy this novel. If not, save your money for something that suits you. 

Wednesday, February 13, 2013

My View : Alang Rebus Tak Empuk by Aimi Shabana

Judul: Alang Rebus Tak Empuk
Penulis: Aimi Shabana
Penerbit: Jemari Seni



Sinopsis:
Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

My View:

Terus terang, saya belum baca lagi Surat Ungu Untuk Nuha. Tapi lepas baca ARTE ni, saya pun nak cari SUUN sebab nak kenal Alang tu siapa. boleh gitu? 

Ok. My personal view on this novel: Out of 5*, I give 4*. Tak boleh nak bagi 5* sebab ‘perfection is always under construction’. Banyak sangat ke 4* ni? Rasanya tak kot sebab lepas tutup buku ni semalam, saya puas hati! Jadi 4* tu lambang kepuasan saya sebagai pembaca. Kalau ada yang rasa terlampau banyak, maaflah ye. Dan kalau ada yang rasa menyesal beli lepas baca point of view saya ni, pun saya minta maaf. Selera manusia lain-lain. Itu sahaja jawapan yang paling konkrit.


Tahniah kepada penulis kerana berani mencipta watak yang tak sempurna dan berjaya buat saya jatuh kasih pada watak itu. Shifa, bukan your typical heroine yang cantik, tinggi dan langsing. Shifa ni memang tak cantik pun! Lepas tu kecil je orangnya. Sampai Juliana (watak antagonist dalam ARTE) boleh panggil muka dia jalan tar lah! Dan kalau baca cara Shifa pandang wajah sendiri, kita pun boleh bayangkan yang muka dia memang tak lawa. Penuh jerawat tau! Gelap pulak tu. (Bayangkan gelap Cheryl Samad). Bukan jerawat kecil-kecil tu. Tapi yang jenis ada nanah tu. So, can imagine tak betapa tak cantinya Shifa ni? Tapi… walaupun dia tak cantik, dia manis. Senyuman dia boleh membuatkan hati Ziyad (the hero) jadi tenang. Disitulah kelebihan Shifa selain sikap dia yang baik. Cuma ada masa, dia naik angin juga!

Ziyad juga walaupun fizikal dia typical hero novel melayu (handsome, kulit cerah etc.), tapi latar belakang dan sikap dia tidak sempurna. Bak kata sebuah review, belajar pun pakai loan PTPTN! Nak cari girlfriend pun nak yang cantik sahaja.Yang tak cantik tak pandang pun. Tapi dia tak adalah gunakan kekacakkan dia tu untuk jadi kasanova atau apa sahaja yang berkaitan. Perangai semenggah lagilah kiranya. Nampak teman wanita curang pun, dia boleh rilek ucap terima kasih. Tak adalah nak gaduh dan tempelak perempuan tu depan orang ramai. Cuma ada masa saya geram tengok cara dia layan Shifa. Terlalu BAIK! Sekali pandang memang macam dia tengah melayan orang yang dia sayang sedangkan hati dia asyik menafikan hakikat itu. Kawan-kawan serumah boleh nampak dia ada ‘perasaan indah’ dengan Shifa tapi dia masih juga buta. Kalau dia tak sayang, takkan lah dia boleh rasa nak makan orang bila baju melayu warna ungu dia tercarik lengannya? (ungu favourite colour Shifa). Sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi nak baca Baju Melayu Hijau Serindit sebab itu buku kegemaran Shifa. Sanggup makan pedas sebab Shifa suka makanan pedas sedangkan perut tu tak tahan? Dan yang paling best, hidup rasa tak ada warna sebab tak dapat tengok senyuman manis Shifa. Rasanya kalau saya jadi Sarah, kawan baik Shifa tu, memang saya nak hempuk kepala Ziyad ni dengan buku berpuluh-puluh kali bagi tune tu betul sikit. Tak baik sungguh bagi orang harapan lepas tu at the end of the day, you just want to remain friends. Haishh…

Selain Ziyad dan Shifa, saya juga sukakan hubungan Sarah dan Aiman yang marah-marah sayang tu. (Sarah dan Aiman ni kawan mereka). Sampai ke sudah, saya rasa hubungan mereka manis walaupun tak de ungkapan cinta yang bertukar antara satu sama lain. Dan pasangan ni pun bukan pasangan yang serba sempurna. Sarah tu gemuk (Aiman sendiri sebut!). Aiman tu pula, di university serius dan tegas orangnya. Tapi bila dengan kawan-kawan, manjanya mengalahkan perempuan!

Kesimpulannya, cerita ini menarik dan patut dibaca oleh semua orang. Harap-harap lepas baca, kita makin celik dalam menilai orang. Yang cantik luar, tak tentu lagi dalamnya cantik. Yang tak cantik tu, kita tak tahu lagi, mungkin hati dia secantik bidadari. Yang penting, kita kena ‘melihat’ orang menggunakan mata hati. Insya-Allah, hati ni jarang menipu. Kalau hati keliru, minta bantuan pada-Nya. Insya-Allah, kalau kena gayanya, Allah lorongkan hati tu ke jalan yang betul. 

Buat Cik Aimi Shabana, andai kata anda membaca entri ni, tahniah kerana berjaya menulis novel yang manis ini. Teruskan menulis. 

As usual, this is my personal view. Kalau kena dengan jiwa, pergi beli. Kalau tak, jangan membazir duit dan masa lepas tu pergi mana-mana grup dan mulakan sesi mengata (saya kata mengata, bukan komen dan kritik, ya?) It is not a good attitude and not good for the industry.  Industri novel Malaysia ni kecil sangat. Betul. Tak tipu. Pusing kanan. Pusing kiri, Tengok depan. Tengok belakang. Muka orang itu juga yang kita jumpa. *peace*

Friday, February 8, 2013

#Reflection

“Sangat offensive!” Sambil mata Yana menjeling meja sebelah.

“Apanya?” Iqram tanya.

“Right side. Mak dia tengah bercakap dengan dia, dia leka dengan telefon dia.” Sambil jeling lagi meja sebelah. Si ibu sedang berbual dengan si anak, si anak boleh sibuk touching the iPhone screen.

Iqram  hanya senyum sinis.

A few moments later...

"Anything interesting happen today?" Tanya Iqram.

"Hurmmm..." Itu je jawapan Yana.

"How's work?"

"The usual..." Yana jawab tanpa perasaan tanpa pandang muka Iqram.

“Double offensive!” Kata Iqram tiba-tiba.

“What?” 

Mata Iqram pandang Blackberry di tangan Yana dengan kening terangkat sebelah. Yana gigit bibir. Capai handbag dan terus masukkan telefon ke dalam.

“Heh! Woman…” Iqram geleng kepala. Mengata orang bukan main pandai!

“Silap. Human…” Yana jawab selamba. Sedar salah sendiri. 


~ Kita selalu nampak salah orang tanpa kita sedar yang kita juga melakukan kesalahan yang sama. It's got nothing to do with gender. It has everything to do with being human. Maybe we should stop looking at the one finger pointing at others and start to look at the four fingers pointing back at us?*

Wednesday, February 6, 2013

#Motivation


Sometimes we just need to keep reminding ourselves...

People are judgmental  But if we keep on thinking about what people will think, the we're gonna end up being stuck at the same place forever.