Kosong. Itu yang otak saya alami sekarang. Dengan selsema yang makin teruk dan badan yang kejap sejuk kejap panas, dan batuk yang menjadi-jadi saya memang tak mampu nak berfikir secara waras. Buktinya, hari ini sahaja dah dua kesalahan yang saya nampak dalam kerja-kerja yang saya tengah lakukan. Yang satu masih boleh diselamatkan lagi kerana belum dihantar pada pihak yang berkenaan. Yang satu lagi dah selamat sampai ke tangan klien nun jauh di Penang. Walaupun kesilapan tu boleh diperbetulkan untuk tugas yang akan datang tapi hati saya rasa tak tenteram. Mujur klien di Penang tu bukan jenis yang teliti tapi setiap kali telefon berdering jantung saya pasti berdegup kencang, risau kalau mereka menghubungi saya. Bukan saya takut dimarahi sebab saya akui memang saya yang salah cuma saya harapkan kalau pun mereka nak marah atau sebagainya, tolong lakukan bila saya dah sihat. Dalam keadaan badan saya yang tak sihat ini saya memang tak boleh nak hadapi kalau dimarah. Pada bos saya dah terangkan dan alhamdulillah, walaupun dia bising sikit tapi dia memahami.
Ada teman cakap, kau ni selalu aja tak sihat. Hakikatnya saya tidak mempunyai sistem pertahanan penyakit yang kuat. Kalau terdedah dengan mereka yang berpenyakit memang saya akan cepat berjangkit. Kali ni bos kedua dan rakan pejabat saya diserang selsema. Balik rumah ayah dan adik saya deman selsema. Jadi bayangkanlah virus yang sedang berlegar-legar di sekeliling saya waktu ni.
Mood memang tak ada sekarang ni. Dari kerja di pejabat sampailah kerja menulis saya. Kepala berat sangat ni. Dalam kepala saya hanya katil dan bantal di rumah yang saya bayangkan. Esok, saya akan mohon MC. Minta-mintalah demam dan selsema ni akan kebah segera sebab hujung minggu ini saya punya tugas yang lain. Amin...
semoga cepat sembuh...
ReplyDeletemakan ubat n rehat cukup2 ya kak farah~~