Untuk tempoh 5 hari yang akan datang ni, saya diberi tanggungjawab oleh bos saya untuk 'menjaga' pejabat (bukan sebagai pak guard ya!). Bos-bos saya sedang bercuti sekarang ni ke Timur Tengah. Memang itu rutin mereka setiap tahun. Dan setiap tahun jugalah bila saja mereka bercuti, kerja saya akan bertambah sikit. Ayat yang diucapkan oleh bos saya "You're in-charge of everything. Do not disturb us unless it is a matter of life and death. Make your own decision so long as it won't jeopardize the firm." Ayatnya nampak mudah tapi tanggungjawab yang perlu saya pikul terasa besar.
Semalam, mereka selamat berlepas ke Dubai. Dan semalam jugalah saya mula diuji dengan macam-macam incident. Kalau diikutkan situasi tu memang saya alami setiap hari. Cuma semalam, semua kerja rutin saya jadi serba tak kena. Kemuncak kejadian yang buat saya terkedu hampir sepuluh minit di meja ialah saya dimarah oleh seorang client. Perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Mr L itu membuatkan jantung saya luruh sekejap. Kalau tak disebabkan ramai orang di pejabat semalam, mahu menanggis saya dibuatnya. Orang lain memang malas nak melayan Mr L ni sebab itu fail lelaki diserahkan pada saya. Mengenangkan memang dah tugas, saya ikutkan juga karenah dia walaupun hati tak 100% ikhlas berurusan dengannya. "You are not giving me a good service lah my dear. How can you handle business like this?" Kata-kata itu diucapkan pada saya hanya kerana saya terlupa membalas emailnya. Baru sekali saya lakukan kesilapan tapi berbakul-bakul dia menyumpah saya. Mungkin salah saya kerana terlepas pandang inquiry dari dia tapi semalam saya benar-benar sibuk menguruskan hal yang lebih penting. Tapi biasalah. Orang berjawatan tinggi macam dia tak pedulikan alasan-alasan munasabah pekerja bawahan macam saya.
Tepat pukul 5.30 saya balik ke rumah. Mood nak bekerja memang zero lepas disumpah seranah lelaki itu. Ditambah lagi dengan karenah staf-staf lain yang nampak sangat sedang mengambil kesempatan di atas ketiadaan bos saya. Keluar lunch sampai 2 jam. Selama ni tak pernah pun nak tea break Ada tu sampai ke petang tak nampak batang hidungnya. Hari ni lebih 'membanggakan'. Langsung tak datang ke pejabat! Hanya sms yang dikirimkan pada saya mengatakan dia tak dapat datang ke pejabat hari ni. Itupun dah pukul 11 pagi baru diberitahu. Wajarkah saya diamkan atau saya perlu 'nasihatkan' mereka ini? Dari segi ranking jawatan, pangkat mereka lebih tinggi dari saya. Dari segi seniority, saya lebih senior di pejabat ini. Lagipun, bos dah berikan saya lampu hijau untuk mengambil apa-apa tindakan. Hendak ditegur, nanti ada yang terasa hati. Terus terang saya cakapkan, saya kalau menegur orang boleh buatkan orang itu membenci saya. Saya tak gunakan bahasa kasar tapi nada suara saya akan kedengaran sangat sinis dan tajam (ini menurut kata orang yang pernah di 'sound' sayalah) Sebab itu saya lebih suka diam. Tapi kalau didiamkan, takut makin menjadi-jadi. Saya sangat benci situasi ini!
Note: Picture from Google Image