Followers

Monday, October 18, 2010

Novel...novel..dan novel











Hujung tahun ni adalah hujung tahun yang menceriakan. Banyak novel yang menanti untuk dibeli dan dibaca. Rasa tak sabar pula nak bercuti lama bulan disember ini. Kali ini saya tak pergi bercuti ke mana-mana. Hanya akan habiskan cuti hujung tahun saya di rumah bersama novel-novel yang akan berada di dalam koleksi dan juga yang sudah berada di dalam koleksi tapi belum punya kesempatan untuk di baca. Apa yang tersenarai di atas cuma sebahagian daripiada novel yang saya looking forward to read.

Nujum Cik Belalang – Novel remaja karya Firas Firzana. Kisah seorang gadis yang perasan dirinya punya kuasa psikik! Ini karya teman saya, Kak Noorul.

Planet-Planet Cinta – Awas! Ini bukan karya  komedi romantik atau humor. Ini sebuah cerita berat. Ini cerita Sci-Fi. Bagi pngikut setia puteri Elara di blog Elara dahulu pasti ternanti-nanti kehadiran novel ini. Ini karya mentor saya, Puan Maria Kajiwa.

Semanis Coklat – Novel cinta dari seorang penulis lelaki! Sinopsisnya saja sudah buat saya tertarik. Ini pula karya seorang teman penulis yang menggunakan nama pena Reezai Reani. Tapi saya kenali beliau sebagai Ridh saja. Tahniah buat Ridh atas kelahiran Semanis Coklat ini ya.

Pemuja Rahsia - Melihat nama novel ini teringat lagu kumpulan Sheila On 7 yang pernah menjadi kegilaan saya satu ketika dulu (zaman sekolah dulu memang SO7 ni happening gila lah!) Buku ni belum saya dapatkan lagi. Insya-Allah, akan dibeli melalui bookstation. Cuma masa nak ber'internet' shopping itu sangatlah limited. Heheh..ini karya Ilmar Ilmia, teman seperjuangan dalam bidang penulisan ini.

Clockwork Angel – Novel ini adalah siri pertama di dalam The Infernal Devices series. Ia merupakan prequels siri The Mortal Instruments karya Cassandra Clare. Kalau dalam The Mortal Insturments, anda sudah mengenali kumpulan Shadowhunter dan Downworlder, di dalam The Infernal Devices, anada akan dikenalkan dengan asal usul dan sejarah lama Shadowhunters dan Downworlder. Novel ini dah lama tersimpan di dalam kotak. Cuma saya tak punya masa yangs sesuai untuk membaca.

Blood Trinity – Ini karya terbaru penulis kegemaran saya, Sherrilyn Kenyon. Kisah demon dan hunters beliau memang selalu dinanti-nantikan. Novel ini belum berada di pasaran. Kalau ikut jadual, penghujung bulan ini akan sampai di tangan saya. Moga-moga jadualnya tak terganggu!

Infinity – Ini adalah buku pertama dari siri The Chronicles Of Nick. Juga dari Sherrilyn Kenyon cumanya ia di dalam genre YA. Nick Gautier adalah salah seorang watak di dalam siri Dark Hunter beliau. Di dalam TCON, pembaca akan lebih menegnali siapa Nick dan bagaimana dia menjadi lelaki seperti yang kita temui di dalam siri Dark Hunter. Nasib buku ini pun seperti Clockwork Angel. Tersimpan di dalam  kotak, hanya menunggu masa untuk dibaca.

Ada dua lagi sebenarnya buku yang saya nanti-nantikan. Hehehe...novel The Untold Story dan Antasia. Harap-harap ia akan dapat dipegang menjelang hujung tahun ini.. J


5 comments:

  1. wuhu~~~`

    kak farah~~~~ daku juga sama... membeli novel org sana sini... tp... bila mau baca tak dapat den nak menjawap... sudahnya.. sudah setahun tp plastik buku pun tak berbuka lagik... hihihih~~~~

    ReplyDelete
  2. hahah..nemo, dikau lagi parah dari akak...sekurang2nya akak paling lama pun 6 bulan je simpan buku tu.

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya banyak cuti! Mintak sikit :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Kak Farah untuk sokongan ini! (^_^)

    ReplyDelete
  5. mak aih banyaknye novel...
    if me x de makne nak bace novel banyak2 camni....
    komik layan la... :p

    ReplyDelete