Followers

Wednesday, October 6, 2010

Muzik dan Novel


    

Kawan sebilik saya di kolej dulu tahu saya memang gemar mendengar muzik irama rock, grunge, heavy metal dan instrumental. Sampaikan dia sendiri naik minat mendengar lagu Metallica selepas saya asyik memasang cd band itu di radio. Entah kenapa, saya perlu mendengar muzik jenis ini barulah otak saya ni boleh aktif. Kalau orang lain perlu ketenangan untuk mengulangkaji, saya perlu mendengar muzik untuk memastikan apa yang saya ulangkaji melekat di otak. Setiap kali peperiksaan, jika saya stuck di mana-mana soalan, saya akan cuba mengingati lirik-lirik lagu ini dan automatik, saya boleh mengingati jawapannya. AMARAN: Ini tenknik belajar saya secara peribadi. JANGAN tiru, takut nanti lain pula jadinya! Hehehe…

Saya sendiri tak tahu dari mana minat mendengar lagu ‘sakit kepala’ (bak kata mak saya) ni datang. Yang pasti bukan dari mak dan ayah yang lebih melayan lagu dari Abba, Bee Gees, Kak Pah dan beberapa nama yang saya sendiri tak berapa nak ingat. Tapi tolong ya, saya hanya minat lagunya sahaja. Meminati lagu dan lirik yang kadang-kadang boleh menyentuh hati saya. Saya tidak minat dengan cara hidup dan attitude band-band ini secara peribadi (walaupun bukan 100% dari mereka terjebak dengan dadah, seks bebas dan semua perkara yang negatif.)

Sekarang, bila saya mula berjinak-jinak semula dengan dunia penulisan, saya masih lagi menggunakan muzik seperti ini dalam proses penulisan saya. Jika tiada muzik ini, saya akan kaku depan laptop. Watak-watak saya tidak mahu bergerak. Cerita di dalam manuskrip tidak mahu berkembang. Sebab itu saya pastikan MP3 saya perlu sentiasa berada dengan saya walau di mana saya berada. Perkara lain saya boleh tinggalkan. Handphone? Saya masih boleh hidup kalau sehari ia tiada di tangan. Kereta? Saya sanggup berjalan kaki atau naik bas kalau ia tiada. Tapi MP3? Boleh kacau jiwa dibuatnya! Hehehe…

MP3 saya penuh dengan lagu-lagu (sekadara berkongsi, bukan nak bagi promosi percuma.. :P) dari band Breaking Benjamin, Evanescence, Three Days Grace, Apocalyptica, One Republic, Linkin Park, Trading Yesterday, Metallica, We are The Fallen, 30 Second from Mars, There for Tomorrow dan Lydia’s Diary. (Oh, ada juga lagu dari Maher Zain dan Yuna tapi ia cuma didengar waktu nak tulis cerpen dan manuskrip kisah cinta, hehehe…)

Sebenarnya lagu-lagu ini bukanlah semuanya melekakan atau menyesatkan pendengar seperti yang didakwa sesetengah pihak. Yang penting sebagai pendengar, kita kena bijak memilih yang mana boleh didengar dan yang mana tidak patut didengar. Tolong jangan samakan heavy metal dengan ‘ajaran‘ black metal. Walaupun saya ni hardcore fan muzik rock dan heavy metal, bukan semua band saya minati. Asalkan band itu tidak ‘bersekutu’ dengan unsur-unsur yang menyesatkan dan liriknya berunsur sihat, saya akan dengar lagunya.

Jadi kepada mereka yang pernah bertanyakan soalan  ‘kau kan perempuan, kenapa suka dengar lagu macam ni?’ dan memandang saya dengan pandagan penuh sinikal, jawapan saya : 'kenapa tak boleh? Selagi ia tidak merosakkan saya, saya akan dengar. Tolong buang sikap prejudis anda itu. Peace… V(*_*)'

3 comments:

  1. Saya dulu pun study sambil dengar lagu sampai roommate tanya, "Macam mana kau belajar sambil dengar lagu? Boleh masuk ke?"

    Saya pula tak boleh berenggang dengan hp sebab hp tu la juga mp3 saya :)

    ReplyDelete
  2. hp kita hp zaman pak pandir..boleh terima, buat call dan sms je. hahaha

    ReplyDelete
  3. Oh, tidak! Hehehe...

    Saya salute bila Kak Farah boleh menulis dan buat kerja sambil dengar lagu-lagu 'heavy' begitu.

    Saya kalau tengah buat kerja dan ada orang pasang lagu tu berhampiran, mahunya saya lari tempat lain atau tutup saja radio tu. Hehehe...

    Tapi, sesekali saya dengar juga kalau time marah-marah. Rasa puas. (sambil berangan petik gitar dan goyang-goyang kepala) wee... ;p

    ReplyDelete