Oppss...Ini bukan sambungan cerpen Adik. Ini cuma cerita biasa. Cerita yang berlaku di depan mata saya sejak sekian lama. Cerita yang saya rasa wajar saya ceritakan lebih-lebih lagi ketika negara sedang dihebohkan dengan kes-kes masalah sosial yang makin menjadi-jadi ini.
Cerita ini tidaklah menyayat hati sangat. Tak sampai membuat anda mengalirkan air mata. Mungkin hanya hati golongan yang bergelar ibu bapa sahaja akan tersayat. Dan golongan mereka yang peduli. Bagi yang tidak peduli, mungkin cerita ini dianggap remeh atau silap haribulan hanya akan dipandang sebelah mata. Tak apa. Saya tak kisah. Seperti mana saya punya hak untuk menulis, anda juga punya hak untuk tidak membaca.
Ok. Saya dah melalut panjang. Let's get to the story. Pagi ini, mata saya dihidangkan dengan sebuah adegan yang kalau kena pada gayanya, boleh mengharukan perasaan. Kebetulan, pejabat saya sangat berdekatan dengan sebuah sekolah menengah. Tiap-tiap hari kecuali masa cuti sekolah, kawasan ini akan dipenuhi dengan golongan muda yang memakai baju putih seluar hijau dan kain biru ini. Masa ini macam-macam perangailah yang boleh anda nampak. Merokok, masuk kedai video game, menunggang motor macam di litar. Itu semua pemandangan biasa kami di sini.Yang ponteng sekolah, jangan ceritalah. Kalau nasib anda tak baik, anda boleh tengok adegan bergaduh sekali. Ini realiti ya. Bukan cerita rekaan dalam novel. Kalau anda tak yakin, cuba duduk satu hari di kawasan seperti ini.
Tapi hari ni saya kira nasib saya agak baik. Bukan adegan bergaduh yang saya nampak. Tapi adegan sepasang kekasih yang belum kering hingus melakonkan adegan yang agak memedihkan mata. Gadis itu cukup bersopan. Baju kurung tersarung rapi. Tudung cantik terpakai di kepala. Dengan sebuah beg sandang, dan sebuah fail di tangan, anda akan fikirkan dia seorang pelajar yang cermerlang. Paling tidak pun, dia golongan budak 'baik-baik'. Bukan golongan kaki ponteng atau yang seangkatan dengannya. Yang lelakinya hanya berseluar khakis tiga suku dipadankan dengan T-Shirt warna kuning air. Sampai di sebuah lorong yang menghala ke pintu pagar sekolah, si gadis tunduk hormat sambil mencium tangan si lelaki, Yang lelaki tanpa segan silu memegang kepala si gadis dan hampir nak mencium dahinya tapi terbantut sebab kebetulan ada sekumpulan makcik-makcik yang baru balik berjoging lalu di belakang mereka.
Jelingan makcik-makcik itu cukup buat mereka terkedu. Kalau sekali pandang, lagaknya macam seorang abang menghantar adik ke sekolah.Mungkin bagi mereka yang tidak mengenali pasangan itu, itu first impression mereka. Tapi bukan saya. Wajah budak perempuan itu memang biasa saya lihat kerana rumahnya berdekatan dengan rumah saya. Dan lelaki itu pun selalu saya nampak kerana saya pernag terserempak dengannya di tepi jalan berkali-kali. Jadi saya cukup maklum, hubungan mereka bukan hubungan adik beradik.
Sebenarnya adegan ini memang sudah acapkali saya nampak. Masa zaman saya menyarung uniform yang serupa juga adegan seperti ini memang berlaku. Mak sendiri selalu nampak adegan ini sejak dia menjadi surirumah tangga. Kadang-kadang anak kenalan sendiri berkelakuan macam itu. Nak ditegur, nanti mak dikatakan kaki sibuk. Nak didiamkan, nanti dikatakan bersubahat. Memang serba salah dibuatnya.
Mata saya memang pedih bila nampak adegan macam ini. Hati memang jadi pilu. Alangkah baiknya kalau tangan yang disalam dan dicium itu milik ibu dan ayah. Saya cukup yakin si gadis memang tak buat begitu dengan ibu atau bapanya sebab 2-3 saya pernah terserempak dia hanya mengucapkan 'A pergi dulu mak!' sebelum dia keluar dari rumah untuk ke sekolah. Bayangkan apa yang ibu bapa mereka rasakan kalau mereka tahu anak mereka lebih rela mencium tangan lelaki yang bukan mahramnya dari ibu bapa sendiri?
Itu baru adegan salam, cium tangan. Yang lain-lain tu saya sendiri takut nak ceritakan. Puas saya cari di mana puncanya masalah macam ini terjadi. Ibu bapa tak cukup ajarkah? Pengaruh kawan-kawan? Faktor persekitaran? Honestly, I still can't find the right answer.
Bagi saya mudah sahaja. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Kalaupun ibu bapa terlepas pandang dalam mendidik kita, kenapa kita tak berfikir sendiri. Seteruk-teruk ibu bapa yang lalai dalam menjaga anak, mereka masih lagi menghantar anak mereka ke sekolah. Nah, bukankah di sekolah anda diajar menilai mana baik dan mana buruk? Kenapa tak gunakan akal yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya? Kalau anda mampu berfikir untuk menyalahkan pihak-pihak lain terhadap keburukan yang anda lakukan, maknanya anda bukan bodoh atau lembab. You're just plain ignorant.
note: pic taken form google image
Ingatkan nak tegur pasal 'adik-adik' yg tak sedar diri...hehe..rupanya adik yg tak sedar diri...apa pun sungguh menjengkelkan budak2 ni! poyo jer! nak salam2 konon! buang karang je salam ngn laki bukan mahram ko tu!...eee..geram aku!
ReplyDeleteheheh...sabar ya puan. sya yang menengoknya lagilah pedih mata..pedih hati segala. kadang2 sedih je fikir pasal budak2 ni terutamanya yang perempuan. tak reti nak jaga kehormatan diri ke diaorg ni?
ReplyDeleteSalam farah,
ReplyDeletebiasalah benda2 ni semua dah menjadi seperti panggung wayang dunia yg tak perlu bayaran. Di mana2 pun ada. Kat S'pore apa lagilah. Haiz...
Oh ye! Kita jumpa lagi di bengkel 11 April nanti ye. :)
~Putri Lily~