Followers

Monday, March 30, 2009

Hari Sabtu dalam sejarah

Sabtu lepas dalam sejarah:

Aku tak tidur semula lepas solat subuh (selalunya kalau hari cuti, aku sambung tido balik lepas solat…heheh..satu amalan yang tak patut diamalkan). Sebenarnya sabtu lepas aku ada Program bersama Pekan Ilmu Pulication. Sejak akhir February lepas aku dah buat janji nak pergi program tu dengan Julia Esqa. Aku keluar rumah seawal 8.30 pagi sebab program tu dibuat dekat office PIPSB di Pandan Mewah. Aku memang fail lah bab jalan-jalan ni (Aku bukan seorang navigator yang baik), sebab tu aku keluar awal pagi. Aku dapat agak susah untuk aku cari jalan tu. Dan memang sah! Aku sampai area Pandan Indah sejak pukul 9.00 pagi dan aku hanya berjaya jumpa office PIPSB pukul 10.15 pagi!!! Sampai kat sana, Jue memang dah ada. This is the first time we both meet. Selama ni, kami hanya berbual kat alam cyber ni je. Mula-mula jumpa tu aku memang malu-malu sikit. Hehehe…maaf ya Jue. Memang ni karakter saya. Tapi itu first time jumpa lah. Nanti dah lama-lama mesralah tu. Hehehe…kata Jue, muka aku mirip kawan lama dia. Ye ke? Nak juga aku jumpa kawan dia tu sebab aku jarang jumpa muka orang yang sama dengan aku melainkan orang itu ialah ayah aku dan saudara mara sebelah ayah. (Adik-adik aku ikut sebelah mak..cun sikit..hehehe). Seronok bangat dapat jumpa Jue ni. Maklumlah, aku tak ramai kawan yang betul-betul ngam kepalanya macam Jue ni. Hatta kawan baik aku pun sebenarnya perangai total opposite dengan aku. Aku minat membaca, menulis tapi dia tak. Jue ni memang sekepala lah denga aku. Kami ada minat yang sama; membaca, menulis, tengok vcd/dvd (cerita One Tree Hill), minat Twilight dan minat orange Twister! Hehehe…
Jue --- Thanks for the OTH DVD dan VIVA SAKURA. Best VS tu. Terasa macam tengah tengok cerita korea je masa baca tu.
Program tu memang seronok.
Itu juga sebenarnya kali pertama aku join aktiviti yang berkaitan dengan penulisan ni. Selama ni segala info yang aku dapat adalah dari alam cyber dan apa yang aku belajar di UiTM dulu. Kedatangan lebih kurang 10 orang. Ramai juga lah penulis-penulis baru yang aku jumpa antaranya Kak Nurul (penulis siri kanak-kanak denga PTS, Zuliana (ini Jue lah ni..heheh), Lea Qistina, Adra Adlina, Dewi Biru, Jojo (dari kapasitor.net), dan Abang Khar a.k.a Serunai Fakir, pengerusi majlis tu). Banyak info dan tips yang aku dapat dalam program tu. Tentang cara penulisan manuskrip, hak-hak penulis, genre yang mendapat tempat dalam market dan macam-macam lagilah. Aku juga berpeluang jumpa dengan Prof. Rahman Shaari, professor dari UKM yang bagi tips ringkas mengenai penulisan novel.
Aku memang teruja sangat dengan aktiviti tu. Semangat nak habiskan cerita aku yang satu tu makin bertambah. Bukanlah niat aku sebenarnya nak hantar cerita tu ke mana-mana publishing house untuk di publish. Aku cuma nak cuba nasib dan tanya pendapat orang-orang yang lebih arif mengenai cerita aku tu. Bagus atau tidak? Boleh diterima atau tidak? Insya-allah, cerita tu dalam proses lagi tapi aku dah tetapkan dateline akhir April ni aku akan pastikan cerita tu siap sepenuhnya. Doakan aku ye….


--AKU & JULIAESQA---

5 comments:

  1. Farahh..

    kiki..terselit gambo..

    dah abis baca ker VS tu?kalau ada komen2 apa2 email la yer..btw ada beberapa ralat n tersalah eja dlm VS..sajer x bgtau Farah nk suruh farah tersedar sendiri...hehe

    Kalu ada masa ulas la sikit citer tu..nk tahu gak pandangan pembaca camne...tapi kalu ulasan tu mcm ngeri jer..ulas kat email la yer..hehehe.

    nextime ada bengkel camni kita ajak k.nita sekali joint..baru meriah..hehe

    ReplyDelete
  2. ada gak jumpa sikit2 tapi buat2 buta je bila sampai part tu..hehe..
    nanti saya bg komen ye...kena duduk betul2 kalau nak ulas novel ni..salah ulas naya je..hehe

    yes..lain kali ajak k.nita sekali..mesti seronok..

    ReplyDelete
  3. peh kat belakang tu siap gambar kedai pun masuk ... hehehehe

    ReplyDelete
  4. kat kedai tu je pencahayaan bagus..hehehe

    ReplyDelete
  5. ahhhh ... lupakan pekan ilmu tuuu ... akekekkee

    ReplyDelete