Followers
Wednesday, March 28, 2012
Roller-Coaster Ride
Office ni rasa macam beralun-alun. It's like you're in a roller-coaster ride. Sekejap kat bawah. Sekejap kat atas. Bila tiba-tiba ia jadi statik, you feel like you want to throw up! Office ni yang beralun atau aku?
Monday, March 26, 2012
Dear Agony
Dear agony
Just let go of me
Suffer slowly
Is this the way it's gotta be?
Is this the way it's gotta be?
~Breaking Benjamin, Dear Agony~
Aku mengadu pada mak, ayah dan mak su tentang apa yang terjadi pada aku kebelakangan ini. Mereka geleng kepala. Katanya tak sangka, mereka begitu sebab selama ini aku sering memuji si pembuat angkara. Mak dan ayah suruh aku banyak bersabar. Jangan cepat melatah. Jangan mudah bazirkan air mata. Kata mereka, ia tidak berbaloi. Mak su suruh aku berhenti sahaja buat apa yag buat sekarang. Katanya, 'jom concentrate pada biz bakery kita'. Dan ya, kadang kala fikiran begitu terlintas dalam otak.
Pesan mak, 'melainkan kau ber'bin' kan mereka, dan mati nanti ber'binti' kan nama mereka, kenapa kau perlu minta izin untuk lakukan semua benda?' Dalam erti kata lain, mak nak cakap 'restu mak dan ayah yang penting dari segala-galanya.'
Thursday, March 22, 2012
Gone Forever
And now, it's coming clear
That I don't need you here
And in this world around me
I'm glad you disappeared
A few lines from Three Days Grace, Gone Forever. This particular song is the soundtrack of my life today. Unfortunately, 'orang itu' haven't been gone forever. Yet. That particular line up there are what I'm wishing for right now. Oh, don't get me wrong. I'm not wishing for her death or anything of the sort. I just wish she could just disappear from my life.
Tuesday, March 20, 2012
Red Scarf Novel

![]() |
| Bila Cinta Terukir di Bintang |
![]() |
| Cuit-Cuit Cinta |
Apa ini? Ini e-novel terbaru saya dan kawan baik saya, Juliaesqa. Kalau sudi nak baca, silalah ke Red Scarf Novel. Ini cuma kisah santai. Yang ditulis oleh kami ketika 'penat' dengan genre yang menjadi kegemaran.
Bila Cinta Terukir di Bintang, tulisan JuliaEsqa. Sebuah kisah kerisauan seorang gadis yang usianya makin meningkat sedangkan dia masih single dan tidak memiliki kerjaya yg dia idamkan. Juliaesqa adalah penulis Viva Sakura, Bunga Di Rimba & Puteri Karla.
Cuit-Cuit Cinta pula tulisan saya. Sebuah kisah yang ditulis dengan mengutip cebisan-cebisan memori indah dan sedih rakan-rakan ketika mengalami 'first crush' lewat zaman persekolahan kami dahulu. Jadi, kalau mahu mengimbau memori saat kita 'teruja' melihat si dia pada waktu dulu, jemputlah baca kisah ini.
ヾ(●⌒∇⌒●)ノ
Tuesday, February 21, 2012
EVANESCENCE LIVE IN MALAYSIA
Weeehoooo...finally. Selepas bertahun-tahun, akhirnya mereka datang juga. And I AM GOING TO BE IN KL LIVE on 23rd FEBRUARY 2012 .
Tuesday, January 17, 2012
Busy Me
A bee is never as busy as it seems; it's just that it can't buzz any slower.
17 di bulan Januari. Tiba-tiba hidup sangat busy. Dengan training, seminar, kursus sana sini. Kesihatan diri pun tak begitu memuaskan. Konon-kononlah dah pasang niat akhir Disember dulu, aku nak slow down a bit this coming new year tapi melihat pada jadual kerja, rasanya peluang untuk slow down are zero to none. Kerja menulis memang slow gila. Ye lah, kalau dah badan dan otak kita letih dengan kerja pejabat, manalah ada daya nak hadap manuskrip. Tapi demi janjiku pada orang-orang tertentu, aku masih kuatkan semangat untuk menulis walaupun hanya sejam sahaja satu malam. Cuma kalau ada peluang hujung minggu tu, aku memang all out. Tapi tak boleh juga tak berhentikan? Spending some quality time with my family is a must. Kalau tidak, panjang sedepa muncung Puan J.
What is the purpose of this entry actually? Tak lain tak bukan nak bagitau anda semua yang saya tak punya banyak masa nak dihabiskan secara online. Facebook pun rasanya akan sepi seketika. So, if there's anything IMPORTANT, kindly call me, text me, YM me or email me. Kita go back to zaman tak ada FB. Kalau anda tinggal message di inbox FB, mungkin akan makan masa untuk dijawab.
Anyway, that's all for now. Kena balik semula mengadap kerja. Bye...
Monday, January 9, 2012
9 Hari Di Bulan Januari
Aku cuba untuk kekal positif. Sungguh, aku cuba! Tapi sayangnya, hari ni aku tewas. Tewas pada tekanan dunia yang membuatkan aku menjadi seroang yang negatif. Oh, ini tiada kena mengena dengan 901. Ini ada kena mengena dengan kerja aku. Aku dah bosan dengan dunia perkerjaan yang satu ini. Terlalu banyak manipulator. Dan kadang-kadang, aku seolah-olah membenarkan diri di manipulate. Tengkuk rasa terjerut. Nak bernafas sangat susah. Rasanya, kalau tak ada 'alat bantuan pernafasan' di sekeliling aku, aku dah lama 'mati'. Aku kena lari laju. Sangat laju sebelum aku jatuh tersembam. Tapi ke mana?
9 hari di bulan Januari, aku dah langgar azam pertama di tahun 2012. Congratulation to me! :(
Subscribe to:
Posts (Atom)



