Followers

Saturday, December 14, 2013

Bab 4 : Hanya Dia...Cinta



Dengan semangkuk quacker oats di tangan, Zara cuba tumpukan perhatian kepada rancangan ulangan Masterchef Australia yang dirakam beberapa hari lepas. Bukanlah dia minat pun, tapi melayan rancangan itu lebih baik dirasakan daripada dia melayan pandangan hendak tembus dinding rakan serumahnya. Bukan dia tak tahu kenapa Pia beriya hendak dapatkan perhatian dia.

Quacker oats disudu ke dalam mulut, mata masih memandang Emma Dean sedang menyiapkan Indian Cuisine di kaca tv.  Tapi sekuat mana pun dia cuba hendak tumpukan perhatian, dia tak boleh hendak tolak ke tepi rasa kurang selesa direnung Pia. Dah nak dekat sepuluh minit rasanya Pia asyik tenung dia nak dapatkan perhatian. Buat tak tahu, Zara. Buat tak tahu! Tapi bila diri dah rasa tak selesa…

“What?” Akhirnya Zara mengalah juga.

Pia dah ketawa. Dia bangun, duduk di sebelah Zara. Mangkuk quacker oats dicapai lalu diletakkan ke atas meja.

Dengan muka teruja, dia bertanya, “He sings to you?”

Zara dah juling mata ke atas. Tuhan, bilalah mereka nak berhenti bercakap pasal hal ni. Ini semua Nani punya pasal. Habis semua benda dia hendak ceritakan kepada Pia. Tahulah kawan-baik-selamanya!

Zara jeling Nani yang baru muncul dengan semangkuk fresh fruits di tangan.

“Big mouth!”

Nani angkat bahu. “Best friends share secret with each other.”

“It’s not your secret to share!”

“Tapi aku ada di tempat kejadian, jadi it’s my secret too.” Nani dah angkat-angkat kening sambil ketawa.

Zara mendengus geram. Memang tak boleh menang kalau bercakap dengan dia ni!

“Ala, tak kisahlah apa-apa pun. Yang penting, aku nak tahu. Dia menyanyi untuk kau, Zarr?” Tanya Pia sekali lagi.

 “Ya.” Zara buat muka malas.

Tapi dalam hati, ada rasa yang tak selesa muncul. Rasa yang sama dia rasakan bila mendengar suara Adhan malam semalam. Kupu-kupu dalam perut? Agaknyalah kot. Tapi yang pasti (walaupun dia cuba hendak menafi) Adhan memang nampak hot sangat malam tadi. Dan suara dia...

“Suara dia mesti sedap, kan?”

Zara cuma angkat bahu, berlagak macam suara Adhan tak beri apa-apa kesan pada dia. Tapi…God! His voice…

“Eleh…ego! Semalam tak berkelip-kelip pandang Adhan dekat pentas tu!” Perli Nani.

Zara menjeling. Pia dah ketawa kuat.

“Oh man! I wish I was there. Suara dia ada ala-ala Chad Kroeger tak? Atau ala-ala Adam Gontier kesukaan kau tu?”

Suara Adhan ala-ala siapa ya? Chad Kroeger? Tak…suara Adhan lagi garau. Adam Gontier? Hurmm…not so much. Adam Gontier tu walaupun suara dia sangat manly, tapi suara Adhan lebih ‘jantan’ lagi rasanya. Oh My God! Kenapa aku memuji dia pulak ni? Zara dah rasa macam nak tampar muka sendiri.

“Zara…Zara, kalau akulah dekat tempat kau. Memang aku ambil aje Adhan tu.” Nani ulang semula ayat yang kerap diberitahu sebelum ini.

“Dan macam aku selalu kata, kalau kau nak, ambillah!”

“Kalau dia nak, aku tak tunggu lama dah Cik Zara. Masalahnya, he got his eyes on you. Only you. Kau je yang ego tak bertempat.”

“Entahnya. Apa yang dia payah sangat nak terima aku pun naik pelik. He’s a catch. I bet semua kaum ibu dekat Malaysia nak ambil dia jadi menantu pilihan.”

Zara mendengus perlahan. You get that one right. Mama dia salah seorang dari kaum ibu itulah.

“Kalaulah ada lelaki buat macam ini dengan aku, memang aku suruh mak aku sendiri pergi pinang.” Keluh Pia.

Zara dah menggeleng tak faham. “Ya Allah, so he sings to me. Big deal. Takkan sebab itu je aku nak terus terima dia? Kalau bell boy dekat hotel aku tu menyanyi untuk aku pun aku patut terima ke Cik Pia?”

Pia angkat kening. Pandang Nani dan kedua-duanya menggeleng serentak. Pia kemudiannya duduk tegak mengadap Zara.

“I’m not talking about the singing part. Well, that’s an added bonuslah. Bukan senang ok nak dapat lelaki yang cukup pakej macam Adhan tu.”

“Then what the hell are you talking about?”

“I’m talking about his relentless effort to woo you!  Zara, lelaki macam Adhan tu tak datang selalu dalam hidup kita. He’s into you. He wants you. I bet he’s in love with you. Bila ada orang sayang dekat kita, kenapa yang kita tak nak beri peluang?”

Zara diam. Sayang? Love? Nonsense! Dia kenal pun tidak Adhan. Adhan kenal pun tidak dia. Takkan baru jumpa dua tiga kali dah wujud perasaan macma itu dalam hati? Masuk akal ke? He wants you. Ya, dia tak nafikan memang Adhan hendakkan dia. Tapi cukup ke semua itu untuk dia terus terima Adhan? Lagipun dia ada sebab lain kenapa dia tak boleh kahwin sekarang. Banyak perkara lagi yang dia belum buat. Banyak impian lagi yang belum dilaksana. So, no. Marriage is out of the question!

“Kau tahu, lelaki ni pun ada limit dia juga. Kalau kau asyik bagi red light aje, jangan terkejut kalau sampai satu hari nanti dia langgar je lampu merah tu. Masa tu, gigit jari sajalah Zarr.” Beritahu Nani selamba.

            Zara baru hendak muka mulut menjawab tapi terbantut bila telefonnya berbunyi. Telefon di atas meja dicapai. Nama Nadine terpampang di skrin.

            “Hello, Kak Ngah.”

            “Hai adik. Dah bangun ke?”

            “Dah. It’s almost nine Kak Ngah.” Macamlah kakak dia tak tahu dia bukan jenis yang suka bangun lewat.

            Nadine ketawa kecil. “Manalah tahu kot seronok sangat tengok konsert semalam, sampai terlajak tidur.”

            “Konsert?” Tanya Zara hairan. Konsert apa pula ni?

            “Ya. Konsert…trying not to love you, only goes so far

Trying not to need you, is tearing me apart…” Nadine dah mula menyanyi out-of-tune di sebelah sana.

            Zara dah jatuh rahang. “How did you know…” Tak sempat dia habiskan soalan, dia terdengar Nani ketawa. Pandangan terus ditala ke arah kawan baiknya itu. Throw pillow di sebelahnya dicapai lalu dicampak ke arah Nani.

            “Traitor!” Ujar Zara geram. Entah bila masa agaknya Nani bercerita dengan Nadine, dia pun tak tahu. Memang cekap betul kawan dia ni!

            “Adik…dah lah tu. It’s a cute storylah. Tak payahlah nak cederakan Nani tu.” Usik Nadine.

            “Ughh! I hate him!” Sebab Adhan, hari minggu dia yang selama ini tenang jadi kacau bilau. Dapat tazkirah percuma dari Pia. Kawan baik sendiri jadi CNN. Kena ketawa dek kakak sendiri. Semuanya kerana Adhan Mikhail!

            “Ok…ok. Dah. Jangan nak emo tak tentu pasal. Ni, mama dengan babah panggil balik kejap. Brunch with the family.”

            “Brunch? Do I have to?”

            “Yes. Mandatory. Come on, dik. Dah lama kan, kita tak kumpul ramai-ramai.”

            Zara rasa macam hendak ketawa. Beramai-ramai? Cara Nadine bercakap macamlah keluarga mereka besar sangat sedangkan mereka cuma bertiga beradik sahaja pun. Campur mama dan babah, adalah lima orang satu meja nanti. Itu pun boleh dipanggil ramai ke?

            “Zara? Balik kejap? Please?”

            Zara mengeluh. Bukan dia tak nak. Dia tahu kalau dia balik, mama tak akan berhenti bertanya pasal hal dia dengan Adhan. Babah mesti akan ingatkan pada dia tentang cincin tanda yang ibu Adhan tinggalkan pada mama. Dia belum ada jawapan untuk semua soalan-soalan itu!

            “Rain check tak boleh ke Kak Ngah?”

            “It’s not raining outside so NO!” Suara Nadine dah bertukar tegas. Oh oh..mode Kakak dah mula masuk.

            “Fine. Zara balik kejap lagi.”

            “Good. Jangan lupa. Pakai baju elok-elok sikit.”

            “Hah?” Apasal pula kena pakai baju elok-elok? Nak balik rumah keluarga sendiri sahaja pun. Atau…

            “Ada apa-apa yang Zara tak tahu ke?” Hati Zara dah mula tak tenteram.

            “Err..no.”

            “Kak Ngah?!” Nada suara Nadine yang teragak-agak tadi dah cukup bagi ‘hint’ ada sesuatu yang sedang berlaku.

            “Tak ada apalah. Just get here, ok? Love you, bye.” Terus Nadine tamatkan perbualan.

            Zara pandang telefon dengan dahi berkerut. Oh, something fishy is going on. And I don’t like it, at all!


“I knew it! I effing knew it!” Zara pukul stereng keretanya. Rasa macam nak menjerit sekuat hati bila tengok deretan kereta yang di parkir di porch. Brunch with family? Arghhh…ini bukan brunch. Dah serupa macam kenduri.

Hati Zara mula berbolak-balik. Patut dia masuk, atau patah balik? Kalau patah balik pun ok juga. Rasanya tak ada siapa yang nampak dia dah sampai. Telefon sahaja Nadine nanti dah bagi sajalah apa-apa alasan. Yang pasti dia tak bersedia hendak berada di sini. Kalau saudara mara sendiri tak apa juga. Ini entah siapa-siapalah yang datang tu.

Zara pasang gear reverse, kaki baru hendak tekan pedal minyak bila tiba-tiba tingkap keretanya diketuk dari luar. Zara menoleh. Oh crap! Memang tak boleh larilah ni. Enjin kereta dimatikan. Perlahan dia buka pintu kereta.

“Adik! Kenapa lambat ni? Lama dah mama tunggu.” Puan Rohana dah peluk si bongsu kesayangan.

“Sorry, ma. Jalan jam.” Klise jawapan kau, Zara!

“Itulah. Mama suruh duduk sahaja rumah tak nak. Nak sangat duduk sendiri. Lepas tu jauh pula dari rumah keluarga pula tu.” Puan Rohana membebel sambil tangan mengusap kepala si anak. Aura perbalahan kecil dah mula terasa.

“Ma…please? No now…” Ini pun salah satu sebab kenapa dia malas nak join brunch ini. Dia percaya, by the end of the day, dia dan mama pasti akan ‘bertengkar’. 

“Yalah. Yalah. Mama tak cakap apa. Jom, masuk. Semua orang tengah tunggu adik.” Puan Rohana dah tarik tangan si anak.

Dahi Zara dah berkerut. Dia guest of honour ke? Dan siapa semua orang yang mama dia maksudkan?

Belum sempat dia bertanya, mama dia dah terlebih dahulu bersuara.

“Auntie Mai dan Uncle Iskandar dah tak sabar nak jumpa Zara.”

Makin bertambah kerutan di dahi Zara. Auntie Mai dan Uncle Iskandar?

“Mama, who are they?”

Puan Rohana dah tepuk dahi. “Bakal mertua awaklah, sayang.”

 “What?!” Zara terjerit kecil. Dia rasa macam nak muntah tiba-tiba. Dia nak lari, tapi tangan Puan Rohana dah pegang kuat lengan dia. Dan kaki dia, walaupun cuba untuk dihentikan langkahnya, asyik hendak melawan cakap tuan. Selangkah..dua langkah…dan selepas beberapa langkah…

“Hah, sampai pun anak babah ni.” Encik Elyas dah bangun dari kerusi dan memeluk si anak yang dah tegak macam patung cendana.

“Maisarah, Iskandar…Inilah dia buah hati pengarang jantung kami. Zara Harlina.” Puan Rohana buat sesi suai-kenal.

“Ya Allah, akhirnya. Dapat juga mommy jumpa Zara. Selama ni asyik dengar Adhan bercerita sahaja.” Puan Maisarah bangun lalu memeluk Zara kuat.

“Cantik menantu mommy ni. Patutlah Adhan bersungguh nak.” Puji Puan Maisarah.

Zara dah rasa macam nak pitam. Mommy? Menantu? Oh Tuhan, tolong!

“Manis orangnya. No wonder anak papa ni tak sabar sangat nak suruh masuk meminang ya?” Encik Iskandar pula bersuara. Pecah ketawa mereka yang lain-lain mendengar kata-kata papa Adhan.

Dan Zara, kalau tadi dia rasa macam hendak pitam. Hendak muntah. Sekarang dia rasa macam hendak membunuh orang. Dan orang yang bakal menjadi mangsa adalah si dia,

…..yang sedang duduk bersilang kaki di kerusi bersebelahan dengan Nadine dengan secawan kopi di tangan.

…yang nampak kacak dengan t-shirt Polo Haus bewarna putih, jeans lusuh warna biru, kasut Converse All Star dengan rambut yang didandan gaya faux hawk dan stubble sexy di wajahnya

….yang sedang kenyit mata ke arah dia

….yang sedang senyum ke arah dia

            Oh yes. Memang dia rasa nak ‘bunuh’ lelaki bernama Adhan ini!


Zara mundar mandir di ruang tamu. Hati rasa panas. Kepala rasa macam nak meletup. Okay. Bukan kepala dia yang rasa macam nak meletup tapi dia sendiri yang rasa macam nak meletup.

“How could you?” Tanya Zara pada si kakak. Rasa diri dikhianati pun ada.

“Sabar dik…” Nadine cuba nak tenangkan hati si adik yang dah merah padam mukanya.

“Sabar?” Mata Zara dah membulat pandang si kakak. Oh, pemilihan perkataan yang salah my dear kak ngah! 

“Bila kak ngah beritahu ‘we’re having a brunch with the family’, Zara expect we’re having a brunch with THE family. Which means, you, mama, babah and kak long! That…” Jari Zara menghala ke arah gazebo di luar yang dipenuhi beberapa umat manusia yang tak termasuk dalam senarai yang baru dia sebut tadi, “…is definitely not family!”

Family apa kalau separuh dari mereka yang sedang makan sambil bergelak ketawa di bawah gazebo tu tak ada pertalian darah langsung dengan dia!

“Zara…” 

Belum sempat Nadine hendak bersuara tiba-tiba ada suara asing yang berbunyi.

“Actually…” 

Dua tubuh berpusing ke belakang, melihat siapa yang berani masuk campur dalam perbualan cum pertengkaran adik beradik ini. Sebaik sahaja mata terpandang wajah pemilik suara itu, masing-masing memberi reaksi yang berbeza.

Nadine : Telan liur. 

Zara : Jegil mata. 

Dan si dia yang bersuara dah berjalan mendekati Zara.

“We could be a family, you know…” Adhan dah senyum simpul.

Oh this is not good! Kata Nadine dalam hati. Mata mula mencari escape route bila melihat muka si adik yang dah bertambah merah. Dia tak nak jadi saksi kalau ada pertumpahan darah nanti.

“Really?” Tanya Zara dengan suara menahan geram.

“Yes. Really. All you got to do…” Adhan dah tunduk, mendekatkan bibir ke telinga Zara. 
Jantung Zara dah mula berubah rentak. Damn!

“..is say yes.” Bisiknya perlahan.

Dan Zara? Goosebumps! Tapi jangan harap dia hendak tunjukkan pada Adhan yang kata-kata lelaki itu ada tinggalkan kesan pada dia.

“In your dreams!” Tempelak Zara

Senyuman Adhan bertambah senget jadinya. “My dreams? Oh, babe. In my dreams, we did more than getting married.”

Zara dah terkedu hilang ayat. “Arghhh! I hate you!” Jerit Zara sebelum pergi meninggalkan Nadine dan Adhan yang dah ketawa besar.

“I adore you too, babe!” Kata-kata Adhan dibalas dengan sumpahan penuh warna warni dari Zara. Makin kuat jadinya gelak Adhan.

“Nice, Adhan. Kau ni nak pikat hati ke nak menambah sakit hati dia?” Marah Nadine.

Dengan ketawa yang masih bersisa, Adhan pandang Zara yang sedang tersenyum (walaupun nampak memaksa) mendengar celoteh mamanya di bawha gazebo.

“Pikat hatilah ni.”

Nadine hanya mampu menggeleng. Nasib baik kawan aku. Kalau orang lain memang dah lama kena.

“I hope you know what you’re doing.”


“I know, Di.” Balas Adhan perlahan. Dia tahu apa yang sedang buat.  Adhan renung Zara. Dia dah pegang hati aku, Nadine. Dan aku pastikan dia pegang sampai bila-bila. 

Wednesday, December 4, 2013

Terbaharu : Kompilasi mininovel Yang Luar Biasa


Idea Kreatif Mempersembahan Golden Edition (Limited Edition)
4 cerita dari 4 penulis dalam 1 naskah. 

**Hanya dijual di bookfair 1 Malaysia dan online SAHAJA.

Harga : RM27 + RM 8 postage (semenanjung)
RM30 + RM10 postage (Sabah/Sarawak)

ISBN : 978-967-12267-2-8
Muka Surat : 632

Sinopsis :

Yang Luar Biasa - Hani Fazuha

Cinta memang luar biasa kerana ia mampu merubah banyak perkara. Kerana cinta, Arissa jadi tersepit. Memilih Adam, dia harus mengenepikan rasa hati sendiri. Memilih Zhariz, dia harus membelakangkan keluarga dan memilih Haraz, dia harus bersedia melawan cemburu. Lantas, siapa yang harus dia pilih?


Diary Mrs Ben – Anna Lee

Sofia dan Ben, dua sahabat sehati sejiwa. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk diri masing-masing, mereka tahu semuanya. Namun, sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terperangkap dalam satu konspirasi yang tidak terduga!

Konspirasi apakah? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Mampukah dua sahabat baik tinggal di bawah satu bumbung?


My Slurpee Slurp! - Syah Shah

Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba.

"Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy..." - Damien


Dear Cinta – Farah Husain

Perpisahan itu ibarat kopi tanpa gula. Pahit tapi ada nikmatnya. Tasneem hilang cinta pertama. Namun, takdir Allah itu indah. Kehilangannya diganti dengan pemilik nama; Ariff Hakimi.



-----
Kompilasi ini akan mula dijual di Expo Buku 1 Malaysia pada 13/12/2013. Selepas itu ia cuma akan dijual secara online melalui Idea Kreatif Publication. Ini edisi terhad. Hanya ada 1,500 naskah bercetak sahaja.

Saturday, November 30, 2013

Bab 3 : Dear Cinta

Dear Cinta, misi nombor 13!

O-kay. Kenapa dia pandang aku macam tak pernah tengok perempuan? Tasneem cepat-cepat alih pandangan ke arah lain. Pura-pura berminat dengan mesin ala basikal di sebelahnya. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa darah dia tengah menderu gemuruh. Dia pandang aku lagi ke?

Tasneem cuba curi pandang dengan ekor mata ke arah lelaki-lelaki yang sedang berdiri tak jauh dari dia. Dua-dua tinggi lampai. Saiz badan hampir sama. Well-built. Rupa paras? Yang seorang memang stok buat orang nak menoleh dua tiga kali kalau terpandang. Ala lelaki Caucasian pun ada juga. Mungkin juga kacukkan. Tapi entah kenapa bukan yang kacak rupa paras itu yang buat dia rasa tak selesa. Bukan pandangan si kacak itu yang buat muka dia rasa berbahang bila menjadi tumpuan.  Bukan dia. Sebaliknya si dia yang seorang lagi.

Yang sedang tersenyum ke arah Tasneem…

Yang rambutnya sedikit panjang dan jatuh ke dahi yang buat kita rasa hendak sentuh dan rasa adakah ia selembut yang dilihat….

Yang sedang pandang dia dengan pandangan yang menikam…

Yang sedang menanggalkan sweatshirt dari badannya, oh-em-gee, what a body!

Dan lelaki yang sama sedang berjalan mendekati dia.

Tasneem dah mula panik hendak mencai pintu keluar. Kenapalah aku ikut cakap Ayu dan Dayah?

Sebab kau nak berubah. Jadi Tasneem yang baru! Hati dia tolong jawab soalan yang otak dia fikirkan.  Dayah dan Ayu pun cakap benda yang sama.

“Go to the gym. Hire a personal trainer. Kau lebih dari mampu Work-out. Built your confidence. Bila semua itu dah ada, mesti kau akan jadi Tasneem yang sebenar-sebenarnya.”

Itu kata Ayu dan Dayah kelmarin. Disebabkan kata-kata itulah dia buat keputusan hendak melangkah masuk ke dalam gym ini hari ini. Dan saat ini, saat si lelaki bermuka nakal itu semakin menghampiri, dia mula rasa menyesal ikut cakap kawan-kawan dia. Oh crap! Mana aku nak lari? Nak berlari ke pintu keluar, ketara sangat pula. Nampak sangat dia tengah ketakutan. Hendak tak hendak, Tasneem terpaksa berpura-pura membelek basikal senaman di sebelahnya. Muka berlagak macam tahu apa kegunaannya sedangkan dia sendiri tak tahu macam mana mesin itu beroperasi. Kayuh macam basikal biasa, kut?

“That’s an upright bike.”

Tasneem dah telan liur. Amboi suara. Tak padan dengan muka. Garau dan err...seksi?

“Bagus. Untuk boost your cardio.”

Good to know! Jawab Tasneem dalam hati. Kenapalah pula suara aku tak nak keluar ni?

“Bagus juga kalau you nak burn your calory,” si jejaka dah pandang dia atas bawah. Bibir siap tersenyum lagi!

Kurang sopan betul! Burn your calory konon! Cakap sajalah burn your fat!  Aku tahulah aku ada beberapa ekstra lemak di badan! Tapi belumlah sampai tahap gemuk atau obes lagi. Ikut perkiraan BMI, dia ini sihat lagi tau! Tiba-tiba Tasneem rasa geram pula dengan mamat depan dia ini.

“Whoa! I tak maksudkan apa-apa ok. I cuma terangkan pada you kelebihan upright bike ini sahaja.” Si jejaka angkat kedua-dua belah tangan bila melihat muka Tasneem dah merah padam menahan geram.

“Tapi nampak macam you perlukan work-out tu…”

“Do you work here?” Soal Tasneem tiba-tiba. Baik hati sangat pula nak terangkan macam-macam dekat dia. Pekerja di gym inikah? Tengok gaya; Tasneem pandang si jejaka atas bawah. Macam ya.

“Lebih kurang.”

“Lebih kurang ya, atau lebih kurang tidak?”

Si jejaka ketawa. “You nak ya atau tidak?”

Tasneem dah buat muka jengkel. Benci betul dia jenis orang yang tak tahu bagi jawapan lurus ini.

“Are you a trainer?”

“Do you want me to be?”

“Can’t you just answer my question?”

“Can’t you just stop asking me?”

“Ughh! You’re annoying!”

Ariff senyum senget sebelum menjawab, “And you Puffy, are adorable.”

Mulut Tasneem ternganga. Puffy? Dia panggil aku Puffy? Ya Allah, sabar Tasneem. Sabar. Tarik nafas. Hembus. Jadi perempuan Melayu terakhir sikit dan jalan keluar dengan penuh sopan.

“Cik, tunggu!”

Langkah sopan Tasneem terhenti apabila terdengar ada suara yang menyeru dia. Tasneem menoleh. Si Caucasion sedang berlari mendapatkan dia.

“Saya minta maaf bagi pihak kawan saya…” Si Caucasian senyum pandang dia.

Tasneem jeling kawan yang sedang diperkatakan. Si dia sedang berdiri berpeluk tubuh di tepi upright bike yang menjadi bahan perbualan mereka tadi. Dan macam tadi, asyik tersenyum sahaja kerjanya.

“Cik berminat nak gunakan fasiliti gym ni, ke?”

“Err…” Berminat ke? Ikut hati yang waras memang berminat. Tapi ikut hati yang tengah sakit disebabkan si dia tadi, terus dia rasa tak berminat.

“Saya Benny. The Manager.” Si Caucasian mengenalkan diri.

“Oh…hai.” Tasneem angkat tangan kanan dan melambai perlahan.

“Dan itu, Ariff Hakimi. The o….” Belum sempat Benny sudahkan sesi perkenalan, Ariff dah potong cakap dia.

“Personal trainer. I salah seorang personal trainer dekat sini…” Ariff dah menghampiri mereka berdua.

Tasneem pandang muka Benny dan Ariff silih berganti. Macam ada yang tak kena sahaja antara mereka ni. Yang Benny muka dah berkerut-kerut pandang Ariff. Yang Ariff pula tak pandang muka Benny, gaya macam orang ada buat salah.

Arghh…biarlah. Bukan masalah aku! Ngomel hati Tasneem.

“Jadi cik…”

“Tasneem. Nama saya Tasneem.”

“Ok. Jadi Cik Tasneem berminat nak gunakan fasiliti di sini?” Soal Benny sekali lagi.

Tasneem gigit bibir. Hendak ke tak hendak? Hendak ke tak hendak?

“What does your heart tells you?” Ariff bersuara.

“Huh?”

“Masa you melangkah masuk ke sini tadi, apa kata hati you?” Tanya Ariff. Kali ini tiada lagi senyuman nakal macam tadi. Sebaliknya wajahnya kelihatan serius.

“Err…Saya nak cuba fasiliti di sini.”

“Jadi buat apa yang hati you nak buat.”

Tasneem terdiam. Buat apa yang hati aku nak buat?

“Look, I think we got off on a wrong foot. I minta maaf kalau apa yang I cakap tadi buat you tersinggung. I tak bermaksud apa-apa. Niat I cuma nak bergurau. Jangan biarkan hal tadi halang niat you pasang sebelum you masuk ke sini tadi. Ok?”

Wow! Terkejut Tasneem dibuatnya. Nampak gaya tadi macam bad boy sangat. Asyik hendak mengusik sahaja.Tapi tak segan hendak minta maaf bila terasa diri dah buat salah. Ada juga lagi lelaki spesis ini dalam dunia ini. Masih ada harapan untuk kaum wanita rupanya.

“Jadi? Sudi maafkan I?” Ariff lempar senyuman cari makan dia.

Tasneem Tarik nafas dalam-dalam. Benny yang sedang menggeleng di sebelah Ariff di pandang sebelum dia kembali memandang wajah Ariff yang penuh mengharap. Kalau aku tak maafkan, Benny akan ambil tindakan terhadap diakah? Bukanlah besar sangat pun salah Ariff tadi kan? Katanya pun sekadar hendak mengusik. Nanti kalau aku cakap tidak, hilang kerja pulak mamat ini. Isyhh… kejam sangat tu!

“Fine. Saya maafkan.”

“Tak marah I lagi?”

Tasneem menggeleng.

“Jadi Cik Tasneem berminat nak join GLF?” Soal Benny.

Tasneem mengangguk. “Tapi saya tak pernah cuba benda ni…”

“Jangan risau. Pihak kami ada sediakan brosur penerangan tentang GLF. Dan saya yakin, Ariff The Personal Trainer sudi beri penerangan pada cik, kan?” Benny dah tepuk-tepuk bahu Ariff.

“My pleasure. Shall we?” Ariff tunduk, sebelah tangan diletakkan kebelakang dan sebelah lagi mempersilakan Tasneem bergerak ke dalam.

Tasneem tarik nafas dalam-dalam sebelum kaki meneruskan langkah. Misi nombor 13 bakal dimulakan. Harapan dia, biarlah misi ini akan membuahkan hasil yang sepatutnya. Janganlah ada gangguan, bisik hati Tasneem sambil mata mencuri pandang ke arah Ariff di sebelah. Ini satu bentuk gangguan juga, kah?

Wednesday, November 27, 2013

Bab 2 - Dear Cinta


Dear Cinta, How to deal with break-ups?
Tasneem baca senarai yang ada di tangan. Inilah salah satu kebaikkan teknologi. Cari maklumat yang boleh membantu dia untuk ‘bangun’ semula selepas jatuh ditinggalkan Zack. (oh kejamnya bunyi!)
“I should do this, right?” Wajah rakan-rakannya dipandang.
“Do what?”
“No. 13…” Tasneem hulurkan kertas yang di tangan ke arah Ayu dan Dayah.
Kertas bertukar tangan. Dahi Ayu dan Dayah dah berkerut-kerut membaca apa yang terpampang di atas kertas.
How to deal with break-ups?
1.      Realize that you have to reach a point of wanting to get over your ex
2.      Cut off all communication with your ex.
3.      Do not hook up at all with your ex. 
4.      When the going gets tough, recall why the two of you broke up
5.      Realize that just because this relationship is over, it doesn't mean that you'll never find love again
6.      Take care of yourself
7.      Don't try to get through this alone. 
8.      Be open and honest about how you're feeling
9.      Let yourself cry if you want to
10.  Avoid equipping yourself to wallow
11.  Do anything you can to make yourself feel desirable and confident again.
12.  Endure the pain and loneliness bravely
13.  Use your breakup as an opportunity to become the person you have always wanted to be
“Wow!” Dayah bersuara kagum.
“Yeah, wow!” Diikuti Ayu. Wajah Tasneem dipandang sekilas sebelum perhatian kembali ke arah senarai di tangan.
“Kau dah buat semua ni?” Ayu bertanya dengan nada agak tidak berapa percaya.
Tasneem mengangguk. Sudah minggu dia melalui hidup sebagai si gadis single and available. Dua minggu dia ambil cuti dari kerja di pejabat. Dua minggu dia gunakan untuk pull herself together, bak kata orang barat. Dan hampir semua yang tertera di dalam kertas itu sudah dilakukan kecuali yang satu itu.
“Seriously?”
“Err...almost everything. Tak lah semua.” Tasneem sengih tayang gigi. Setakat yang mudah-mudah itu bolehlah. Yang berat-berat macam nombor Sembilan, sepuluh dan sebelas itu taklah dia buat lagi. Ada masa dia menangis juga terkenangkan Zack. Come on lah, dia perempuan kut. Hati lembut walaupun cuba berlagak macam kuat sangat.
“Hmmm...” Ayu dah Dayah mengeluh serentak sebelum menyambung semula apa yang sedang mereka lakukan sebelum Tasneem bersuara tadi. Seorang sedang membaca dan seoarang lagi sedang main game candy crush.
“Babes! No. 7...” Tasneem dah rasa nak sentap. Tak membantu langsung kawan-kawna dia ni. Macam ni ke kawan baik?
“Oh...baru nak tengok nombor 7 ke? Ingatkan memang nak lone ranger je.” Perli Dayah.
Auchh...Tasneem gigit bibir. Sakitnya. Terasa sampai ulu hati bila kena perli macam itu.
“Lepas kena tinggal dek douchebag tu ada ke kau cari kami? Sekarang baru teringat ada kawan?”
Double auchh! Bila dua orang ini jadi tag team, memang pedih hati dibuatnya.
“Sorrylah...Bukan aku tak nak kongsi. Tapi...”
Tasneem tarik nafas dalam. Tapi dia malas nak dengar Ayu dah Dayah buat ayat we’ve-told-you-so sebab memang dari dulu lagi mereka tak sukakan Zack. Kata Ayu, Zack tak ikhlas dalam hubungan mereka (yang mana sekarang baru dia nak percaya.) Dayah pula cakap benda yang sama cuma dalam ayat sedikit berbeza. Ayat yang kalau didengar golongan ibu-ibu, memang dah lama kena cili mulutnya. Sah-sah tak masuk dalam senarai calon menantu pilihan.
“Korang rasa apa yang patut aku buat?”
Dayah pandang Ayu. Ayu pandang Dayah. Macam tengah bercakap melalui telepati pula Tasneem tengok bila kedua-duanya hanya diam dan berinteraksi dengan mimik muka. Selepas beberapa ketika, kedua-duanya kembali memandang Tasneem.
“Kau kena apa yang kau patut buat awal-awal lagi.”
“Apa dia?” Soal Tasneem pelik.
“Number 13…” Ayu dan Dayah bersuara serentak.
“How?”
Ayu dan Dayah dah senyum semacam. Erk! I don’t like that smile! Dan bila Ayu dan Dayah dah mula bergerak menghampiri dia, Tasneem dah rasa macam nak buat larian 100 meter!

Ariff belek borang keahlian di tangan. Hampir dua bulan Good Life Fitness beroperasi, sambutan dari orang ramai memang memberangsangkan. Mereka yang mendaftar untuk menjadi ahli makin bertambah dari sehari ke sehari. Mungkin dah ramai yang hendak menyahut seruan kerajaan agar menjalani kehidupan yang lebih sihat.
            “This is good, right?” Ariff bertanya pada si gadis yang duduk di kerusi kaunter reception.
         “This is great! Wawa tak sangka, baru dua bulan buka macam ni sekali sambutan orang ramai,” jawab si gadis bernama Wawa itu.
“Orang dah mula sedar about living healthy agaknya.”
Wawa ketawa. “Yeah, right.”
Ariff dah angkat kening. “Kenapa cakap macam tu?”
Wawa mendengus perlahan. “Come on lah, Abang Ariff. Tengoklah siapa yang paling ramai mendaftar. Ladies…ladies...ladies… and more ladies. Lelaki boleh kira dengan jari tau.” Wawa selak beberapa helai borang keahlian di tangan Ariff.
“Diaorang ni semua berminat sebab staff-staff dekat sini semua hot and spicy. Termasuklah owner dia.” Sambung Wawa.
“Well, you got that right.” Ariff senyum bangga.
“Eh, tolong sikit eh. Jangan nak perasan. Wawa cakap pasal Abang Benny. Bukan Abang Ariff.”
Ariff letak tangan di dada. “Ouch…sakitnya. Sampai hati Wawa cakap abang tak hot.”
“Euww…you’re my brother. Pelik sangat ok nak cakap abang sendiri hot!”
 “So, maknanya abang ni hot lah?” Ariff angkat-angkat kening, mengusik si adik.
“Oh Tuhan! Penyakit perasan abang ni memang dah parahlah!”
Ariff dah ketawa besar. “Ini bukan perasanlah adik. Ini menyedari kelebihan diri sendiri namanya. Kalau kita sendiri tak sedar kelebihan diri sendiri, macam mana nak build our self-esteem, huh?”
“Ughh…yalah. Yalah. Abang ajelah betul. Loyar buruk betul!”
“I am a lawyer. Belum buruk lagi je.”
Wawa mencemik tapi tak lama. Tiba-tiba bibir tersenyum sinis.
“Lawyer huh? Let see how you talk yourself out of that…” Wawa dah gelak jahat.
“Huh?” Kata-kata Wawa buat Ariff rasa semacam. Rasa macam ada benda yang menakutkan nak jadi saja.
“Hai, Ariff.”     
Teguran dari seorang gadis buat Ariff keras sekejap. Shoot! Mata dijulingkan ke atas bila telinga cam benar  siapa si penegur. Wawa dah kulum senyum bila tengok muka Ariff dah bertukar warna. Ariff jengil mata, Wawa jelir lidah. Ariff bagi isyarat muka ‘help me’, si pembantu angkat bahu sambil mulut terkumat-kamit menyebut ‘V.I.P’ dan ‘padan muka’.
Ariff mengeluh  perlahan. Ya, V.I.P. Kalau tak sebab itu, memang dah lama dia cabut lari.
“Ariff darling...”
Tiba-tiba Ariff terasa belakang badannya disentuh. Damn! Ini yang aku tak suka ni. Cepat-cepat dia pusing ke belakang, mengadap si penegur. Badan dijarakkan sedikit, takut jari-jemari runcing itu buat ‘tour’ lagi atas badan dia.
“Oh hai, Zehra.” Ariff tampal senyuman plastik di bibir.
“Hai, handsome. Mana you pergi ni? Lama I tak nampak you. I miss you...” Zehra dah buat suara ala-ala kucing siam nak bermanja.
“I sibuklah, Zehra. You faham sajalah. Tempat baru, banyak urusan nak kena buat.” Ariff beri alasan paling senang. Bukanlah menipu pun. Memang dia sibuk tapi tak adalah sibuk sangat. Pura-pura sibuk je.
Di belakang, Wawa dah pecah ketawa. Ariff senyum tapi dalam kepala dah mula rencana macam-macam benda yang hendak dibuat pada si adik. Mujurlah adik sendiri. Kalau tidak memang dah lama kena buang kerja.
“Itulah you, I offer nak bantu you, you tak nak. Jual mahal sangat.”
Ariff ketawa kecil. “Bukan tak nak, tapi manalah I mampu nak gaji orang macam you.” Ariff cuba berbasa-basi. Hakikatnya, kalau mampu pun memang tak ada makna dia akan ambil Zehra berkerja dengan dia. Nanti elok-elok hidup dia aman damai boleh jadi tunggang langgang dibuatnya. Tak pasal-pasal jadi kes keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya. Bukan dia tak faham niat Zehra. Tak ada makna Zehra ikhlas nak bantu dia. Niatnya tak lain tak bukan…
“Ala...bukannya I nak minta gaji mahal pun. Asalkan dapat dekat dengan you...” Bingo! Kan dia dah kata. Zehra ada niat lain.
Zehra dah pandang dia dengan senyuman menggoda. Tangan pun dah mula merayap-rayap dekat lengan Ariff. Mujur jugalah dia ada pakai sweatshirt. Kalau tidak mahu merah-merah agaknya lengan kena bisa kuku panjang Zehra. What is with woman and long nails? Nak kata seksi, tak juga. Dia yang melihat jadi seksa dibuatnya.
“So, you free tak sekarang? I need a trainer…” Zehra dah pandang Ariff penuh mengharap. Tapi macam biasalah. Harapannya akan tinggal harapan sahaja.
“Sorry, Zehra. I’m quite busy.” Busy nak menjauhkan diri dari kau, sambung Ariff dalam hati.
Lagipun you dah ada your own trainer, kan? Let me call Korie for you, ok?”
“But…” Tak sempat Zehra nak merengek, Ariff dah menjerit panggil Korie.
“Yo, bos?”
“Zehra is here…” Ariff tolak perlahan tubuh Zehra ke arah Korie.
“I got to go. Enjoy your exercise…” Tak tunggu lama, Ariff terus bergerak laju meninggalkan Zehra dan Korie. Langkah diatur pantas ke bahagian hadapan gym.
“Whoa… laju macam kena kejar harimau ni apasal?”
Langkah terhenti bila ditegur rakan kongsi merangkap kawan baiknya, Benny.
“Harimau tu tak adalah sangat, tapi…” Ariff hala ibu jari ke belakangnya. Benny dah ketawa besar bila melihat wajah mencuka Zehra di sebelah Korie.
“Tak putus asa betul dia tu. Tak dapat lantik kau jadi peguam dia, sampai ke sini dia kejar kau harapkan kau jadi personal trainer dia. She’s really into you, bro.”
No, thank you. Bagi free pun aku tak nak.”
“Aik? Setahu aku bad boy ni sapu je semua.”
Ariff senyum senget. “Ini bad boy ada tastelah...”
“And that would be?”
“Like…” Ariff terdiam. Kata-katanya mati saat terpandang kelibat seorang gadis yang baru masuk ke dalam. Si gadis nampak takut-takut. Di tangan ada sekeping kertas yang kalau tak silap perkiraan Ariff, merupakan flyers gymnya. Mata si gadis yang nampak sedikit sembab dilihat melilau pandang ke sekeliling gym. Pandangan mereka bertaut.
“… her.” Ucap Ariff perlahan tapi masih mampu di dengar Benny.
“Her?” Benny pandang ‘her’ yang dimaksudkan Ariff.
“Yes, her…” Si dia yang menangis di hadapan gymnya tempoh hari. Bibir Ariff kembali tersenyum apabila si gadis cepat-cepat alihkan mata saat pandangan mereka bertaut. Si gadis cepat-cepat bergerak ke bahagian hujung gym yang menempatkan beberapa buah exercise bike.
Arif buka sweatshirt  sambil mata masih lagi tak beralih dari memandang si gadis yang nampak terpinga-pinga di hujung bilik. Dari hujung rambut hingga hujung kaki diperhatikan. Muka polos tanpa solekan. Cantik!  Natural beauty. Tapi sayang…
“Kau nak buat apa  Ariff?” Soalan Benny merencatkan mental analysis yang sedang dibuat Ariff.
Ariff senyum seribu makna.  Nak buat apa? Macam-macam!
Benny di sebelah dah menggeleng. Faham sangat makna senyuman Ariff
“Jangan bro, spesis good girl tu!”

Good girl?  Senyuman Ariff makin melebar. My kind of girl!