Ada satu kelompok manusia yang saya akan cuba jauhi.
Bukan sebab saya membenci.
Tapi lebih kepada nak jaga lidah saya dari berkata-kata benda yang menyakitkan hati hingga menjatuhkan dosa.
Tapi bila time hari raya ni, nak tak nak, saya akan terserempak juga dengan mereka.
Tuhan, memang mencabar kesabaran dan iman yang memang nipis ni.
Kalau tak fikir yang saya berada di masjid dan mereka itu dah baya mak dan ayah saya, memang lancang aje mulut ini nak bersuara.
Semua ini buat saya terfikir....
Kita marah bila Rasulullah S.A.W dihina oleh mereka yang jelas bukan Islam...
Mereka yang jelas tak diajar sejak kecil perkara yang sebenarnya tentang siapa itu Muhammad bin Abdullah...
Mereka yang tidak ambil tahu pun susah payahnya Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyebarkan ajaran Islam di zaman jahiliyah...
Dan kalaupun mereka tahu, mereka tidak ambil tahu dan tidak mahu ambil tahu
Sebab jelas mereka itu bukan Islam...
Kita marah hingga sanggup membunuh...
Kita boikot youtube dan segala benda yang ada kaitan dengan mereka yang menghina....
Tapi...
Bila kita yang jelas ISLAM ini tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang Rasul ajar...
Kita tak berpegang kepada hadis dan sunnah...
Kita tak hidup berpandukan Al-Quran...
Kita tak rasa yang kita ni tengah menghina Rasulullah ke?
Kita tak rasa kita menghina ISLAM?
#imtouchynowdayssodontgetundermynerves
Followers
Sunday, October 28, 2012
Monday, October 22, 2012
Missing You
Nama dia Booya. Dan sekarang dia hilang.
Malam-malam sejuk begini, emosi mudah terusik bila terkenangkan benda yang pernah kita ada dulu, dan kita dah kehilangannya sekarang.
Manusia.
Bila ada, tak hargai. Bila dah hilang, baru nak tercari-cari.
Sentimental much? Maybe. I am after all, a girl.
Wednesday, October 17, 2012
Niat
Nak jadi baik
Jadi baik betul-betul.
Luar dan dalam kena bersih.
Nak jadi jahat
Buat jahat betul-betul.
Biar berbaloi dengan dosa yang akan ditanggung.
Jangan buat separuh-separuh.
Jadi baik betul-betul.
Luar dan dalam kena bersih.
Nak jadi jahat
Buat jahat betul-betul.
Biar berbaloi dengan dosa yang akan ditanggung.
Jangan buat separuh-separuh.
Friday, October 12, 2012
Random Conversation
[Y] : Kau keluarkan duit untuk beli buku itu jadi kau ada HAK untuk komen apa sahaja yang kau nak komen.
[X] : Walaupun komen tu boleh membunuh 'semangat' penulis itu?
[Y] : Kita keluarkan duit ok beli buku dia. Siapa suruh dia tulis cerita macam sampah?
[X] : To be fair, she did put up a few chapters of the story in her blog as teaser. Kan kita boleh nilai dulu dari situ sebelum kita beli buku dia? Lagipun tak semua orang rasa cerita dia macam sampah. Kau je yang rasa macam itu.
[Y] : Arghhh...Diaorang tu bagi baca apa pun best. Aku tetap cakap cerita dia macam sampah. Entah apa-apa. Menyesal aku beli. Tak berbaloi langsung dengan jumlah duit yang aku keluarkan!
Believe it or not, this type on conversation do happened in real life. Paling best, lepas berbaris-baris ayat dia karang untuk condemn kerja kami, dia akan end it with, sorry if the comments is a bit rude. Just my two cents. Wow! Kau baru je tikam aku berkali-kali sampai berdarah, and then kau boleh cakap sorry? Aku dah cedera parah ni!
As a writer yang pernah di condemn dengan kata-kata pedas, this type of conversation memang boleh membunuh semangat. Dan memang, satu ketika semangat saya pernah jatuh sampai rasa nak quit bidang yang satu ini. Tapi mujur ada kawan-kawan seangkatan yang beri semangat.
Ya, anda keluar duit untuk beli novel kami. Ya, kalau saya pun akan marah kalau beli sesuatu yang tak up to my expectation. But to call it rubbish? To talk trash like that? Adilkah? Lupa kot yang penulis ni pun manusia biasa saja. Walaupun mulut cakap, 'kami sedia terima kritikkan' tapi kalau selalu sangat dapat kritikkan berbentuk membunuh, siapa yang mampu bertahan? Kami pun tahu marah. Kami pun tahu sedih. Ingat kami tak rasa bersalah ke terima 'duit' dari anda yang menyesal beli buku kami tu? But please bear this in mind. We cannot please everybody! Kalau kita benci sesuatu itu, maknanya benda itu bukan untuk diri kita. Let go. Move on. Tak perlu lagi beli buku kami. Masing-masing menang kan?
Akhir kalam, meminjam kata-kata Nabil (i'm not his fan though) lu fikirlah sendiri!
Akhir kalam, meminjam kata-kata Nabil (i'm not his fan though) lu fikirlah sendiri!
Tuesday, October 9, 2012
Random Thoughts
"Kopi itu nikmat bila pahit dan manis bersatu menjadi satu"
Ini salah satu dialog dalam salah sebuah manuskrip saya (sedang dalam penilaian). Tergerak hati nak pos (pos? Oh Bahasa Melayuku!) sebab baru lepas berbual dengan seorang kawan yang sedang mengalami fasa down dalam hidup dia. Tadi bila saya sebutkan frasa di atas, dia tergelak, tapi saya tahu dia faham apa yang saya nak sampaikan.
Dalam hidup ni, jangan kita sentiasa harapkan yang manis-manis sahaja. Yang pahit juga harus diterima dengan hati terbuka dan tempuhi dengan redha. Blend it all together. Barulah terasa nikmatnya hidup, kawan!
Subscribe to:
Posts (Atom)