Followers

Saturday, December 3, 2011

Twilight Saga : Breaking Dawn Pt. 1

Wedding dress Bella sangat cantik...

Aku dah tonton. 2 kali. Dan ia memang best! Ini Twilight. Bukan Underworld. Bukan The Vampire Diaries. Ini bukan filem tentang dunia Vampire. Ini filem tentang cinta. Tentang perasaan cinta seorang gadis pada seorang lelaki. Bezanya lelaki itu bukan manusia biasa. Dia adalah vampire. Jadi, bila anda hendak menonton filem ini, tinggalkan semua fikiran negatif itu di luar. Tonton dengan fikiran terbuka. Kosongkan minda dan hayati kisah ini seperti mana anda hayati cerita cinta yang lain.

Antara semua saga Twilight, aku rasa ini adalah adaptasi dari novel yang terbaik sekali. Ia tak lari banyak dari naskah novel Breaking Dawn. Babak majlis perkahwinan, bulan madu, Bella mengandung dan babak vampire-werewolf yang ditunjukkan dalam filem ini menepati apa yang aku bayangkan ketika membaca novelnya. Aku rasa babak majlis perkahwinan Bella dan Edward adalah babak yang paling cantik sekali dalam filem ini. (Stephenie Meyer ada buat cameo dalam babak ni!) Cuma, mungkin disebabkan rate filem ini 13 PG, maka babak2 gory ketika Bella bersalin tak ditunjukkan. Aku sebenarnya tertunggu-tunggu babak itu kerana nak melihat bagaimana pengarah filem ini membikin adegan Renesmee mencakar keluar dari perut ibunya. Harap-harap adegan itu akan ada dalam versi DVD nanti.

Keseluruhan cerita ni memang best. Soundtracknya pun menarik. Paling tak boleh lupa masa wedding mereka, lagu Flightless Bird, American Mouth jadi musik latarnya. Teringat balik saat2 Bella dan Edward menari pertama kali di High School Dance mereka dalam Twilight dulu. Bella's Lullaby pun beberapa kali kedengaran sepanjang filem ni. Bagi yang belum menonton, jangan keluar panggung selagi lagu Bruno Mars tak keluar ya. Ada sedikit sedutan tentang Volturi di bahagian kredit tu nanti.

Sekarang ni, dok makan hati tunggu Part 2! Ini je yangaku tak suka pasal movie ni. :(

p/s: Ai dalam team Edward. Sebab tu ai tak mention pasal Jacob Black. *peace* heheheh

3 comments:

  1. wah..mcm best..Hana pun layan gak citer nie..tapi tak pernah berkesempatan nak baca novel dia..mesti dua dua best kan?

    ReplyDelete
  2. heheh...feel masa baca novel tak sama macam tgk filem dia hana. sebab novel tiwlight saga ni dia pakai POV 1. kita cuma boleh tahu apa yg bella rasa je. yang filem, semuanya karakternya 'bersuara'

    ReplyDelete
  3. ooo..POV 1 ea..mmm..Hana lambat sikit klu baca POV 1 nie..hehehe..

    ReplyDelete