Judul: Sayangku, Casper
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima
Note: Entri ini mungkin mengandungi spoiler bagi yang belum membaca Sayangku Casper, harap maklum.
Sinopsis Sayangku Casper : Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.
Jumaat lepas, saya berjaya memperolehi naskah terbaru penulis Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi, yang berjudul Sayangku Casper. Teruja sungguh hendak membaca buah tangan kedua Anita Aruszi dalam genre komedi romantik ini. Tepat jam 9 malam, saya mulakan pengembaraan saya dalam dunia Sayangku Casper dan penggembaraan di Kota Paris itu tamat jam 2.40 pagi. (oh, ini memang tabiat membaca saya.. ^_^)
Apa yang boleh saya katakan tentang novel ini? Ia sebuah naskah santai yang menghiburkan. Hampir 90% daripada isi kandungan novel ini berlatarbelakangkan Kota Paris, kota yang cukup sinonim dengan cinta. Membaca novel ini seolah-olah kita juga sedang menggembara ke Paris seperti Tia Adila. Saya rasa itulah keistimewaan novel ini. Cara penulis mengambarkan keindahan tempat-tempat seperti Square du Vert-Galand, Sungai Seine, Eiffel Tower dan Sacre-Coeur di Montmartre sangat indah membuatkan saya seolah-olah sedang berada di Paris bersama Tia dan Rafique.
Sayangku Casper, walaupun dikatakan sebuah kisah santai tetapi bagi peminat Anita Aruszi pasti sudah dapat membaca corak penulisannya. Dalam santainya, masih diselitkan sedikit elemen misteri. Dan kali ini saya agak terpedaya dengan tanda tanya yang dicipta oleh Anita. Rupa-rupanya apa yang saya agak tidak mengena. Apakah misteri tersebut? Bacalah novel ini, kalau nak tahu. :P
Secara keseluruhan, saya sukakan buah tangan terbaru penulis ini. Cuma ada satu perkara yang mengganggu saya. Penggunaan bahasa perancis yang agak kerap sebenarnya sedikit mengganggu konsentrasi saya. Walaupun disediakan terjemahan di sebelahnya, tapi ia agak 'meletihkan' sebab kita terpaksa membaca sebanyak 2 kali lebih-lebih lagi bila ia melibatkan dialog yang agak panjang (jangan marah ya, Che Nita...). Terbelit jugaklah lidah nak menyebut perkataan-perkataan itu. hehehe...
Jadi Che Nita, dengan ini sukacita saya maklumkan, awak mendapat kelulusan piawaian yang tinggi untuk Sayangku Casper. Keep up the good work. (^_^)V

Sacre-Coeur, Montmartre |
Salah satu babak di dalam Sayangku Casper berlaku di sini. Babak yang buat Tia Adila berubah menjadi Adelie de Casper. Nak tahu lebih lanjut, silalah baca novel ini... :)
Sungai Seine |
Babak romantis di dalam novel ini (bagi sayalah), berlaku di tempat ini... :)
Masa raya hari tu, ada tengok TV pasal Hujan di Paris. Sampai termimpi-mimpi pergi Paris padahal masa tengok cerita Indonesia, Eiffel, I'm in Love tak mimpi pulak. Hehehe.
ReplyDeleteche farah, baru sempat baca review che farah..hehe terima kasih banyak2x...haha suka sgt review ni sbb ada gambar sekali tu..haha..untuk jawab yg persoalan ttg bahasa perancis tu..kita berfikir 2 3 kali juga time tu. Rasa mcm tak best je ada trasnlation bahasa melayu dlm french yang digunakan. tapi setakat ni tak ada kaedah yg lebih kemas dicadangkan oleh editor padahal pernah tanya mrk mcmana nak bagi translation bahasa tu nampak lebih kemas.same thing happen ms tulis kasihku arina dulu sbb ada bahasa filiphina..tp last2 semuanya buat bahasa melayu tp konon2 depa ckp tagalog..tapi kali ni ingat nak buat macam tu tapi nnti apa istimewanya kisah tia di paris kan? meminjam kata seorang teman yg pernah baca cerita ni di blog, kalau kisah 90% berlatarbelakangkan Paris tapi tiada satu pun penggunaan french mcm tak logik..haha tapi macmana nak buat dialog french tp still org boleh faham..haha dlm bracket jawapnya wlpun kita juga rimas tgk bracket bahasa melayu tu..haha
ReplyDeletesaya pon beli jgk hari jumaat 2 kat karangkraft.. Byk sgt novel sales kan.. hehe
ReplyDelete