The Case of the Itaewon Homicide adalah sebuah filem yang diangkat dari sebuah kisah benar yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan lewat tahun 1997. Seminggu sudah, saya selesai menonton filem ini yang saya kira adalah sebuah filem yang best. Itaewon Homicide mengisahkan tentang kejadian bunuh secara kejam seorang pelajar universiti yang singgah untuk menggunakan tandas di restoren makanan segera yang terletak di Itaewon. (Itaewon ni adalah satu kawasan di Seoul yang kebanyakan penghuninya adalah orang asing terutamanya orang Amerika memandangkan pangkalan tentera Amerika berada di Itaewon.) Suspek kes pembunuhan itu ada 2 orang. Seorang, bernama AJ, remaja Korea yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Cakap Korea pun tak berapa fasih. Yang seorang lagi, Pearson anak seorang kakitangan di pangkalan tentera Amerika di Korea yang merupakan anak kacukan orang Mexico dan Korea. Yang ini langsung tak tahu cakap Korea.
Mulanya Pearson mengaku dia yang bunuh pelajar Korea tu tapi tak lama kemudian dia ubah cerita dan tuduh kawan dia AJ yang bunuh. Alasan dia masa CID Amerika tu tahan dan soal siasat dia, dia dipaksa untuk mengaku sebab CID itu agak racist. Yang AJ pula secara sukarela datang pejabat pendakwaraya dan buat pengakuan yang Pearson yang bunuh pelajar Korea tu. Di sinilah konflik bermula bila pendakwaraya tu, Park, kena cari siapa di antara mereka berdua yang tikam pelajar universiti tu. Dari seorang pendakwaraya, Park dah mula tunjukkan ciri-ciri cuba membela Pearson sebab dia rasakan yang Pearson bukan pembunuh tu sebaliknya AJ. Ini sedikit sebanyak membuatkan kredibiliti dia sebagai pendakwaraya mula dipersoalkan.
Siapa sebenarnya yang bunuh pelajar itu? AJ atau Pearson? Percaya atau tidak kedua-dua manusia itu sudah bebas dan sehingga kini keadilan yang dicari oleh keluarga pelajar Korea yang mati dibunuh itu masiih belum diperolehi. Macamana boleh jadi begitu? Kenalah menonton filem ni... :-)

No comments:
Post a Comment