Followers

Thursday, April 30, 2009

Perihal seorang kakak

Letih betul pagi ni. Aku bangun pagi ni mak sibuk bersiap-siap nak pergi kursus buat potpouri. Ayah pula dah bersiap nak Melaka untuk tengok persiapan terakhir sambutan Hari Pekerja esok. Adik bongsu aku pula excited gile nak pergi sekolah. Bukan excited nak belajar, tapi excited nak share kek blueberry yang dia 'minta' aku buat semalam.
Bayangkanlah, aku sampai rumah semalam pukul 7.30. Belum sempat aku nak letak kasut kat rak dia dah serbu aku. Dengan muka manis dia suruh aku buatkan dia sebiji kek, esok nak bawa sekolah ada jamuan makan dengan kawan-kawan. (Heheh..adik aku ni belajar kat sekolah kanak-kanak istimewa, so janganlah hairan sangat pasal aktiviti makan-makan tu...). Nak tak nak, terpaksalah buat (itupun aku membebel dulu baru setuju) Nasib baik barang-barang nak buat kek ada lagi dalam kotak kalau tak satu hal pula aku nak kena pergi beli kat supermarket. Jadi, tepat pukul 8.45 malam aku mulakan kerja-kerja membuat kek aku. Mungkin sebab tak ikhlas nak buat, percubaan pertama aku tak menjadi. Kek tak mau naik!!! Walhal ini bukan first time aku buat. Dah banyak kali. Nak menanggis pun ada masa tu.
Mak aku dah senyum-senyum sambil perli aku...'Tu la kau, ingat, yang request tu budak-budak istimewa. Kalau tak ikhlas, macam tu la jadinya'. Dush! Malu betul aku masa tu. Dah lah ada seorang 'persona non grata' kat rumah aku masa tu. Kena sound depan-depan orang, malu seh!!! Aku pandang ayah minta simpati tapi dia buat dek je baca buku Barack Obama yang aku belikan hari tu.
Lepas aku buang kek yang tak jadi tu, aku buatlah satu lagi. Tengah buat mixing tu tiba-tiba aku teringat pesan ustaz pasal budak-budak istimewa ni. Insaf aku masa tu. Terasa berdosa sangat-sangat membebel kat adik aku tu tadi. Walaupun dia macam tu, tapi aku tah dia faham apa yang aku bebelkan tu. Sorry ye dik...
Alhamdulillah, percubaan kedua aku menjadi. Aku tengok jam dah pukul 11.30 malam. Mata aku pun dah kuyu. Badan aku pun dah letih sangat-sangat. Aku simpan kek dalam peti ais dan pagi ni baru aku sapu krim. Itupun kena bangun pukul 5.00 pagi sebab nak make sure by the time adik aku bawa kek pergi sekolah krim tu dah keras sikit.
Sekarang kat office aku mengantuk gile! Nasib baik bos tak ada. Orang lain pun ada yang kena kerja luar. Tinggal aku bertiga je kat office. Kerja pun tak banyak yang urgent. Jadi untuk mengelakkan aku dari zzzz, aku hadap lah komputer ni...hehehehe....

Inilah kek yang dihasilkan. Rupe kureng menarik sikit sebab disiapkan dalam keadaan terkocoh-kocoh.

Moral of the story: Jangan hampakan permintaan kanak-kanak istimewa ni. Ramai antara kita yang tak sedar sebenarnya mereka ini adalah 'payung' kita di muka bumi ini. Jadi hargai dan jagalah mereka dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi...

2 comments:

  1. Kanak-kanak istimewa adalah anugerah Allah SWT yang paling mencabar untuk semua ibu bapa. Kanak-kanak istimewa seharusnya dijaga dengan penuh kasih sayang.
    Mereka juga mempunyai perasaan.

    Cantik kek Farah tentu sedap. Adik Farah tentu gembira dapat bawa kek sedap ke sekolah. Telan air liur saja lah akak depan komputer ni... ha3x

    ReplyDelete
  2. heheh..ntah lah kak zara...sedap ke tak tak tau la..tapi dengar suara die kat telefon tadi macam happy je...nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi and saya buatkan satu untuk akak..hahahaha

    memang mencabar ada ahli keluarga yang istimewa ni. kena ada banyak kesabaran dalam diri. kadang2 perangai dia buat hati panas tapi nak dimarah tak sampai hati...

    ReplyDelete