Followers

Thursday, June 25, 2015

Ricochet 5

Tangan meraba-raba dalam gelap. Jumpa benda yang dicari, Hana tekan softbutton. 00:30! Loceng rumah yang berbunyi dari tadi dah tak kedengaran. Kelam kabut dia bangun, berlari ke tingkap, jengah ke bawah. Kelibat sebuah Jetta terparkir di depan rumah buat dia kerut dahi. Apakah?

"Along!"

Hana bergerak ke pintu bilik. Buka saja pintu, muka tak puas hati adiknya terlihat depan mata.

"Kak Fia tu mental tau tak! Datang rumah orang tengah-tengah malam. Macam tak ada hari esok pulak!"

Hana terkebil-kebil pandang Fahmi.

Fia? Tak sempat nak buka mulut tanya apa-apa, si adik dah mengaduh sakit bila lengannya dicubit.

"Sesedap mulut panggil akak mental kan?"

"Dah memang mental pun! Orang mental je datang rumah orang waktu-waktu macam ni!"

"Ada emergency la!"

"Call sudah. Tak payah sampai datang rumah."

"Ish...sibuklah budak kecik ni! Pergi tidur."

"Banyaklah akak budak kecik. Jadi suami akak pun dah layak tau!" Fahmi sengih senget.

"Kalau dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni, I'll consider..."

"Aminnnn..."

"Euww...That is just so wrong!"

Hana geleng. Dua makhluk Allah ni kalau berjumpa mesti nak perang mulut. Kahwinkan betul-betul karang baru tahu!

"Bisinglah korang ni! Kau apahal datang rumah aku malam-malam ni? Nasib baik mama dengan babah tak ada. Kalau tak, jadi kerja nak menjawab."

"Oh... ada hal sikit. Budak kecik, pergi tidur!" Fahmi ditolak ke tepi.
Tak tunggu lama, Fia heret Hanna masuk ke dalam bilik.

"So kau dah tahu la?" Fia duduk hadap Hanna.

"Tahu amende pulak ni?" Malas nak berfikir. Dialah dah mengantuk. Penat buat kerja kenduri dua hari dekat rumah auntie baru terasa lepas dia landing atas katil tadi.

"Pasal Azwan!"

Hana tersentak. Hilang mengantuk dibuatnya.

"Dah kenapa tiba-tiba muncul nama dia pulak ni?"

"Kau jumpa dia tadikan?"

"Mana kau tahu?"

"Ni..." Fia tayang handphone depan muka Hanna.

"What? Ini pun nak update?"

'Run into Hana Rais. - feeling good.'

Besar mata baca apa yang Fia tunjuk. Hana dah lama tinggalkan aktiviti jadi pengguna tegar Facebook. Bila dah lama hadap social network tu, dia jadi bosan. Hari-hari benda sama yang dia nampak. Status updates yang buat kening terangkat, keyboard warrior bertekak, orang ni perli orang tu, orang tu balas balik, orang tak ada kena mengena dengan perlian terasa hati, A bertelagah dengan B, C...D...E...F...G dan habis semua kaum kerabat ikut masuk campur. Pendek kata dah macam tengok telenovella. Mulut dia pun, mulalah tak diam dari mengata.

Jadi demi nak kurangkan medium untuk tambah dosa, dia tinggalkan dunia yang satu itu. Akaun dia ada saja lagi. Cuma tak aktif. Tak rugi apa pun. Setakat nak keep in touch dengan kawan-kawan lama, telefon kan ada.

"Alah... biasalah. Facebook tu dah sama taraf dengan diari. Everything should be shared. Kadang-kadang, parents lagi tahu pasal anak diaorang through Facebook tau!"

"Scary!"

"Dunia hari ini. Jangan nak 'scary' sangat. Anyway...back to our topic. Kau jumpa dia tadi kan? Sampai hati tak beritahu aku kan..."

"Pleaselah babe! Benda tak penting pun. Kau jangan cakap dengan aku, kau datang rumah aku malam-malam ni sebab benda ni?" Kalau Fia jawab ya, memang betul cakap Fahmi. Kawan dia ni dah mental.

"Kau ingat aku mental? Aku nak tumpang tidur rumah kau malam ni. Rumah aku tak ada air. Tak perasan notis so aku tak tadah air. Ni sah kau tak baca WhatsApp aku kan? Kau ni betullah!"

Hana sengih tak berdosa. Dah keletihan. Siapa yang ada hati nak baca WhatsApp bagai.

"Jadi kau dah tahulah kan?"

"Kau ni dari tadi asyik tahu...tahu..tahu. Tahu apanya?"

"Pasal Azwanlah!"

"Dah kenapa dengan dia?"

"Kau jumpa dia tadi dekat mana?"

"RnR..."

"Wow...Deja-vu! Kau jumpa dia dengan siapa?"

"Dengan parents dia, isteri dia...anak dia..."

"Kejap..kejap..kejap! Rewind balik. Dengan siapa?"

"Parents...isteri..."

"Stop!" Pia angkat tangan.

"Kau ni dah kenapa?"

"Isteri? Kau sure?"

"Of course I'm sure! Kalau dah anak dia panggil perempuan tu ibu takkan bukan bini dia pulak!"

"Hmm..." Dahi Fia berkerut.

"Hmm apa?" Hilang sabar juga dibuatnya kawan dia yang seorang ini. Mujur kawan baik. Kalau tidak...

"Orang mati... boleh hidup balik ke?"

"Hah? Kau merepek apa ni Kamalia Sofia?"

Fia tarik nafas dalam-dalam. Pandang muka Hanna. Serius.

"Farhana Rais, isteri Azwan tu, dah meninggal..."

Rahang Hana rasa nak jatuh. Say whattt?

"Be...be...betul ke?"

"Muka aku ada nampak macam main-main?"

"Mana kau tahu semua ni? Kenapa aku tak tahu?"

Fia tepuk dahi. "Dah nak dekat dua tahun dah hot dude kau tu jadi hot duda, Hana!"

O-keyyyy... where have I been this past two years? Rasanya tak duduk dalam hutan pun!

"Fia... tell me everything!"



****
Selepas tiga puluh enam hari...

"Hello?"

"Baru sehari dah longlai macam ini? Come on Cik Farhana, bukan baru semalam tahu puasa. Dah bertahun-tahun..."

Hana tarik telefon dari telinga. Ni nombor siapa pula? Tadi masa jawab memang dia tak check siapa yang buat panggilan. Main angkat terus. Masih lagi office hour, dia ingat panggilan yang berkaitan urusan pejabatlah.

"Siapa ni?"

"Your lord and master."

"Huh?" Gila ke apa? Sabar Hana. Sabar. Puasa. Karang sia-sia tak dapat apa.

"Maaf ya. I'm busy. Kalau nak main-main, cari orang lain. Bye." Terus dia tamatkan panggilan.
Dugaan bulan ramadan. Dia sebolehnya mengelak dari berurusan one-one dengan orang. Bukan apa. Sedar kesabaran diri tak tinggi mana. Sebab itu sepanjang ramadan dia lagi selesa terperap dalam bilik pejabat dia. Tapi dalam nak mengelak, ada juga yang muncul. Contohnya... macam orang yang telefon dia tadi. Kalau hari biasa memang kena marah dah.

Tumpuan Hana kembali pada file di atas meja. Baru dua para laporan dibaca, sekali lagi telefon berbunyi. Kali ini ada pesanan dari WhatsApp.

+ Rude!
What the heck? Siapa makhluk Allah yang panggil dia kurang ajar ni. Gambar profile di periksa. Huh? Ironman? Kes tak yakin dengan diri sendiri ke apa sampai tak nak letak gambar sendiri.

+ I know u're reading this. I can see that blue double line.

- who is this? 

+ jangan marah. Bykkan sabar. Puasa ni. Bukan setakat tahan lapar dan dahaga ya. 

Hana biarkan pesanan tu tak berjawab. Makin dilayan makin menjadi-jadi pula nanti. Jari dilarikan ke perkataan BLOCK. Tak sempat dia nak swipe, satu lagi pesanan masuk.

+ you owe me a cup of coffee.

Hana terkesima. Hah? Coffee? Wait a minute...

Ironman... Tony Stark. Coffee... Takkanlah? Mana dia dapat nombor aku? And lord and master? Apakebendanya tu?

+ I got ur number from Fahmi. ✌✌

Choii! Adik dia punya kerja rupanya. Untuk 'abang long' sanggup double cross kak long sendiri.

+ Don't forget to save my number. Ingat...u hutang I kopi secawan. Selamat berbuka. Assalamualaikum... 

Waalaikumsalam, Hana jawab dalam hati. Nombor Daryl di save ke dalam telefon.
Whoaaa! Telefon terlepas dari tangan. Dah kenapa dia mengikut saja cakap Daryl ni?

"Kawasan mana yang kau jajah,bro?"

"Hati Farhana."

Oh no! Dah kena jajah hati ke aku ni? Hanna geleng kepala. Laju. Tak mungkin-mungkin! Perasaan perasan dia saja ni.

"Cik Hana..."

Hana angkat kepala pandang Nieza, techinal assistantnya.

"Yes?"

"Ada orang nak jumpa dekat reception area."

"Siapa?"

Nieza senyum lebar. "Lelaki."

Dua tahun kerja di sini, baru kali ini dia nampak ada lelaki yang bukan dalam senarai klien atau kenalan kerja cari purchasing manager dia ini. Boleh tahan pulak tu wajahnya.

Hana pasang langkah ke reception area. Mata tercari-cari orang yang mencari tapi yang dia nampak cuma Vee, cik receptionist.

"Vee...Nieza kata ada orang cari saya?"

"Haa... ada. Dia..." Tak sempat Vee nak habiskan cakap, nama Hana diseru dari belakangnya.

"Hana?"

Hanna menoleh. Heart-skips-a-beat.

"Azwan."




To be continued....
7Ramadan1436H




p/s: ini bukan versi mss. ini versi enovel untuk bacaan di blog. so mind the BM+English-grammatical error-tatabahasa-typo and so on... will write the proper version if I ever decided to transfer this into novel version. (IF being the operative word)
thank you for reading. have a blessed Ramadan.

No comments:

Post a Comment