Followers

Monday, July 29, 2013

Dia...Random Guy : 1 Month Anniversary Bonus


29.7.2013 -  Genap sebulan Dia...Random Guy di pasaran. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan. Thank you for your support. Thank you for your reviews. Thank you for your 'I dah baca berkali-kali'. Thank you for loving it... 


No duty is more urgent than that of returning thanks ~ James Allen

Mata terasa berat betul hendak dibuka. Tapi rengekkan salah seorang si little junior makin kuat kedengaran. Kalau Alin tak bangun cepat, nanti ‘terjangkit’ pula dengan si abang, Alif. Ikutkan badan memang terasa letih sangat. Mana tidaknya, dari siang tadi si little junior Amna buat perangai. Asyik merenggek hendak didukung. Tak boleh ditinggalkan sekejap pun. Alin tahu, Amna sebenarnya rindukan daddynya. Tiga hari tak berjumpa daddylah katakan. 

Sejak lahir tiga bulan lepas, tak pernah sehari pun Amzar tinggalkan mereka bertiga. Tapi tiga lepas Amzar terpaksa out-station. Walaupun encik suami sendiri berat hati hendak pergi, tapi bila big bos a.k.a bapa mertua tersayang Alin sendiri yang keluarkan arahan, terpaksalah encik suami pergi. Itu pun hari-hari Alin terpaksa on Skype sebab Amzar hendak tengok muka anak-anak mereka. 

Mata dibuka perlahan. Baru sahaja Alin hendak alihkan comforter di badan, ada tangan yang menghalang. Mata terus celik dan dia terjerit kecil melihat wajah insan yang sedang berdiri di sisi katil.

“Abang?!” Mata dipejam celik berkali-kali. Biar betul? Bukan ke encik suami berada di Terengganu?

“Hai sayang…” Amzar menyapanya senyum sambil tangan mengusap-usap belakang badan Amna yang dah selamat berada dalam dakapan.

“Bila abang balik? You’re supposed to be home tomorrow, right?” Tanya Alin sambil bangun dari katil. Flight encik suami pagi esok. Tapi macam mana pula dah sampai rumah hari ini? Takkan dia…Mata Alin terus melirik ke arah jam di night stand. Pukul 2.00 pagi!

“Jangan cakap dengan Alin abang terus balik lepas habis meeting tadi? Abang drive dari Terengganu?”

Amzar mengangguk dan tersenyum. Alin dah rasa hendak cubit-cubit sahaja encik suami saat ini. Meetingnya habis pukul 8.00 malam tadi. Kalau pukul 2.00 pagi dah sampai rumah, memang sah encik suami speeding! Dah berkali-kali pesan tapi encik suami dia ini degil betul!

“Abang ni degil tau! Alin dah pesan…” 

Tak sempat Alin hendak marahkan Amzar, encik suami dah lebih dulu ambil tindakan.
Chup! Cepat bibir encik suami mendarat ke bibir dia.

“I miss you and our little juniors. Maafkan abang?” Amzar beri signature smile dia. 
Aduh! Alin mengeluh kuat. Bila encik suami dah mula senyum gitu, memang dia selalu sangat kalah. Benci!

“Sayang penat kan? Seharian jaga anak meragam. Sayang tidurlah. Rehat. Biar abang pula tenggokkan Amna.”

“Abang pun penat kan? Seharian kerja. Tengok tu, baju pun tak tukar lagi. Abang pergi segarkan badan dulu. Biar Alin tengok Amna.” Alin dah hulurkan tangan mendapatkan Amna tapi Amzar cepat-cepat menggeleng.

“Tak apa. Abang tak penatlah. Biar abang tengokkan Amna. Sayang pergi rehat…”

“Tapi…” 

“Alina Suffiya…” Amzar dah mula sebut nama penuh dia. 

Alin mengeluh. Kalau encik suami dah sebut nama penuh , janganlah hendak membantah lagi. Memang takkan jalan punya.

“Fine…” Alin mengumam perlahan. Mata sempat menjenguk Alif yang masih nyenyak tidur di dalam baby cot. 

“That’s my girl. Dah. Pergi tidur…” Amzar cium dahi dia dan mengisyaratkan dengan mata supaya Alin segera baring. Bila Alin dah selesa di atas katil, Amzar bergerak ke hujung bilik bersama Amna. Telinga Alin mula menangkap suara Amzar berzikir, mendodoikan si kecil yang dah berhenti merenggek. Perlahan, kantuk Alin mula terasa…

Alin terjaga saat telinga terdengar suara laungan azan Subuh dari masjid berdekatan. Tangan automatic meraba tempat tidur encik suami. Kosong. Sejuk. Alin toleh ke tepinya. Bantal encik suami elok terletak. Tak ada tanda-tanda encik suami tidur di atasnya. Alin bangun, memerhati ke sekeliling bilik. Kelibat Amzar langsung tak kelihatan.

Aku mimpi Amzar balik ke tadi? Dia bertanya sendiri. Mata terus menghala ke arah baby cot. Kosong! Terus dia bangkit dari katil. Mana pula perginya anak-anak aku? Dia mulai panic tapi saat matanya terpandangkan sebuah luggage yang terletak di tepi almari, dia urut dada. Okay. Dia tak mimpi tadi. Suami tercinta memang dah balik dan melihatkan baby cot yang dah kosong, dia tahu di mana anak-anaknya berada sekarang. Pasti little juniors mereka dah terjaga dan tak mahu tidur dan seperti biasa daddy mereka akan buat benda yang selalu dia buat bila anak-anak kesayangan mereka terjaga pada waktu-waktu macam ini.

Perlahan, Alin buka pintu bilik dan kaki melangkah ke arah bilik tetamu yang bertentangan dengan bilik tidur dia dan Amzar. Dari pintu bilik yang terbuka, Alin melihat encik suami sedang duduk melunjur di atas katil dengan Alif dan Amna elok melekap di dada daddy mereka. Alin menggeleng sambil tersenyum mendengar encik suami sedang rancak berceloteh dengan little juniors mereka. 

“So, daddy tengah berjalan keluar dari restoren ni, bila tiba-tiba ada seorang perempuan cantik grab my arms and announce to the whole world I’m her fiancé! Punyalah daddy terkejut.”

Alin ketawa kecil. Macam dah tak ada cerita lain hendak diceritakan dengan si kembar. Same old story…

“And of course, being the perfect gentleman, daddy cakap dengan perempuan cantik tu…” Amzar berdeham, betulkan suara.

“Daddy cakap apa?” Tanya Alin dari muka pintu dengan nada suara yang sedikit kebudak-budakkan.

Amzar mendongak memandang Alin. Bibir terus menguntum senyum. Rasa ‘itu’ terasa mengebu-gebu di dalam hati sebaik sahaja pandangan dia dan cik isteri bersatu.

“Daddy said thank you…” Balas Amzar. Pandangannya tak beralih sedikit pun dari mata cik isteri.

“Thank you for what?” Tanya Alin perlahan sambil berjalan mendekati Amzar dan anak-anak mereka.

“Thank you for randomly picking me to be her one and only….”

Alin naik ke atas katil lalu duduk di sisi encik suami. Tangan mengusap kepala Alif dan Amna yang dah mula pejamkan mata di atas dada Amzar. Alin pandang Amzar yang sedang ralit merenung dirinya. Pipi encik suami diusap lembut sebelum pandangannya jatuh kembali ke arah jantung hati mereka berdua.

“And that woman replies…” Alin tunduk mencium kepala Amna dan Alif. Cerita encik suami belum lagi sampai ke penghujungnya.

“What did she said?” Tanya Amzar perlahan.

Alin angkat kepala. Matanya merenung tepat ke mata Amzar. Segala rasa cinta dan kasih yang membuak di dalam dada, terpancar dalam sinaran matanya.

“She said…” Alin tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung…

“Thank you for completing me, my random guy…”



1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif : arena-domino.net
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete