Kejamkah saya kalau saya masih mampu ketawa dan tersenyum di waktu orang lain sedang berduka? Saya cuba untuk bersimpati. Saya cuba untuk mempunyai perasaan kasihan. Tapi bila saya kenangkan perbuatan dia, hati saya jadi tawar. Jadi kering. Saya tak boleh berpura-pura bersedih. Berpura-pura menanggis sebab rasa itu tidak ada dalam jiwa. Walau sekelumit! Bila berita pemergian dia dikhabarkan kepada saya, saya cuma berkata 'oh, ye ke?' Saya masih boleh pergi berjalan-jalan di pasar malam. Sewaktu mak 'paksa' saya ikut ke rumahnya, saya begitu keberatan. Lebih-lebih lagi keesokkan harinya saya sudah berjanji mahu ke SACC untuk acara buku. Tapi demi mak, saya paksa juga diri bangun dan masuk ke dalam kereta. Saya bertanya pada mak, kenapa nak pergi sedangkan dah macam-macam dia lakukann. Jawab mak, air dicincang tak akan putus. Jadi saya kunci mulut dan tidur sepanjang perjalanan.
Saat jenzahnya dimasukkan ke dalam liang lahad, saya hanya mampu memandang sepi wajah anak-anak dan isterinya yang menanggis. Kata mak, kalau benci sekalipun jangan ditunjukkan sangat pada orang. Tapi saya bukan manusia hipokrit. Perlu ke saya berpura-pura demi menjaga air muka keluarganya? Apa yang pernah dia lakukan kepada orang yang saya sayangi masih lagi berbekas di hati. Tak mungkin saya dapat lupakan kerana dia buat air mata orang-orang kesayangan saya tumpah kerana keegoaan dia. Jadi, maafkan saya jika dalam masa dua hari lepas saya tidak seperti orang lain. Saya tak menanggis sebab air mata saya tidak mahu tumpah untuk dia. Itu saja. Titik.
Sekali sekala kita perlu ikut kata hati.
ReplyDeleteTentu dia sudah lakukan perkara yg teruk sekali. Semoga dia sempat bertaubat.
ReplyDelete