Followers

Friday, June 13, 2014

Cerkon XZ : Episode - Niat

Xander raup wajah. Hela nafas lega. Segala marker dan stensil di atas meja dicapai lalu disimpan elok-elok dalam laci meja. Kemas! Baru tenang hati dia nak tinggalkan pejabat. Kurang-kurang esok datang kerja, tak adalah serabut otak tengok meja tak berkemas.

"Jom." Iskandar,  kawan-sekerja-sebelah-kubikel dia menyapa.

"Pergi mana?"

"Masjid. Zidan, ikut sekali?"

Xander pandang Zidan. Hairan. Zidan dah sengih-sengih pandang Xander. Hairan tapi dalam masa yang sama syukur juga. Hairan, sebab tak pernah-pernah Iskandar ajak mereka ke masjid. Hatta hari jumaat pun mamat rambut pacak itu culas nak ke masjid. Tapi dalam hati Xander bersyukur juga. Mungkin dah terbuka hati dia nak jemaah sama.

"Sorry, bro. Aku ada hal sikit hari ni. Tak dapat nak ikut." Zidan mula simpan peralatan kerjanya ke dalam laci.

"Haah. Dah berjanji dengan orang hari ni. Esok lah..."

"Malam nisfu syaaban ni eloklah kita penuhkan masjid. Solat jemaah sama-sama. Malam ni jangan lupa bangun qiyam. Tak payah nak kejar sangat bola tu."

Aik! Xander dah pusing leher pandang Iskandar. Lain macam je bunyi. Iskandar dah senyum sinis. Sambil mata pandang replika bola yang dihias dengan bendera Brazil di atas meja Zidan. Dia geleng kepala. Nak perli rupanya.

"Bukan aku yang main atas padang tu. Nak kejar bola buat apa?" Selamba Zidan jawab.  Xander dah sembunyi senyum. Tahu kawan baiknya itu tengah cuba nak maintain cool.

"Tak adalah. Aku mengingatkan je. Heboh sangat pasal world cup. Bukan mendatangkan faedah pun." Nada Iskandar dah mula lain macam.

"Kalau tengok kau rugi ke?"

"Kalau dah melalaikan dan melekakan. Semua tu hiburan je!"

"Ada penganjur bola tu suruh kau tinggalkan kerja, lupakan ibadah untuk bola ke?"

"Err..."

"Pokok pangkal hati, Is. Kalau kau dah train hati kau tu dari awal untuk pentingkan benda yang wajib, tak akan timbul soal melalaikan. Tak salah kalau nak berhibur. Asal jangan  sampai goyah akidah."

Iskandar terdiam. Muka dah hilang warna.

"Zidan.." Panggilan dari Damia, bakal tunangan Zidan buat tiga pasang mata menoleh ke arah pintu masuk bilik kerja mereka.

"Ya, Damia?"

"Saya beransur dulu ya? Nak tolong mama apa yang patut."

"Eh...tunggu. Kita saing. Saya dah siap ni..." Zidan kunci laci, capai kunci kereta dan galas beg ke bahu.

"Mia..."

"Ya?" Damia pandang muka Xander.

"Tak payahlah susah-susah sangat. Hidangkan apa yang ada je."

Damia ketawa kecil. "Selama ni pun ada ke kami beriya sangat? Apa yang kami makan, itulah yang kami jamu kan?"

"Makan? You buat majlis apa Mia? Tak ajak I pun?" Sampuk Iskandar.

"Eh...tak ada majlis apa pun. I ajak diaorang buka puasa dekat rumah family I. You nak datang sekali ke? Jomlah..."

"Puasa?"

"Haah...puasa sunat khamis. Nak ikut ke? Jomlah. Boleh jemaah sekali nanti..." Pelawa Zidan.

"Err..tak apalah. Lain kali je..."

"Kalau macam tu, kami beransur dulu lah ye? Jumpa esok. Esok kita Jumaat sama dekat masjid."

"Aaaa...ok...ok. Eh..kejap. Esok aku ada meeting. Takut tak sempat. Korang pergilah berdua."

Xander cuma senyum nipis. Tangan capai bagpack. Sungguh dia tak terkejut langsung dengar kata-kata Iskandar.

"Aku balik dululah. Assalamualaikum. .."

"Waalaikumsalam. .."

Mia dah hilang di balik pintu diikuti Xander di belakangnya. Zidan paling akhir keluar. Tapi sebelum dia melangkah keluar, dia berpaling ke arah Iskandar.

"Is..."

"Huh?"

"Istiqamah..."

Iskandar buat muka blur.

Zidan senyum. "Istiqamah. Buat semua perkara biar berterusan. Nak solat jemaah di masjid, bukan setakat sebab nisfu syaaban saja. Qiyam, puasa sunat, zikir, baca Quran. Jadikan itu amalan harian. Tak mampu buat banyak, buat sikit. Biar kecil ibadah kita asalkan berterusan, itu dah cukup buat Allah sayang. Aku balik dulu. Jumpa esok. Assalamualaikum. ..."

Iskandar terdiam. Tak sangka mamat pendiam macam Zidan bila berkata-kata, ayatnya menusuk terus ke dalam hati. Memang makan dalam!

----
Author's note: Memang susah nak istiqamah. Tapi kalau betul nak buat...seribu daya.

Cerkon : XZ - Episose 'Kasut'

Xander hempas telefon atas meja. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Lepas satu, satu. Mula-mula di belakang dia saja. Kali ini dah mula buat public attack. Arghhh!

"Kau ni apa hal?"

"Penat!" Jawab Xander sepatah.

Zidan ketawa. Tanpa alihkan pandangan dari design iklan terbarunya, dia bertanya lagi.

"Penat kenapa?"

"Layan karenah manusia. Serious. Aku rasa emotionally drain. Otak pun jadi blank. Apa mahunya mereka ni sebenarnya?"

"Selagi namanya manusia. Selagi ada nafsu, selagi itulah macam-macam mahunya, bro." Ujar Zidan selamba.

"Ada masa aku tertanya jugak, betul ke apa yang aku buat ni? Should I continue or give it all up?"

Zidan ketawa besar. "Ni yang melankolik sangat ni kenapa? Come on, X. Takkan sebab karenah yang satu tu, kau nak rasa down macam ni? Bro, there's more than 7 billion people in this world. Takkan kau nak puaskan hati semuanya kot? Mati bro, mati!"

Xander buat muka. "Tak adalah extreme sampai macam tu!" Artwork atas meja dikemas masuk ke dalam fail.

"Tapi aku bosan dengan cara diaorang!" Fail dicampak kasar.

"Well, that's life. Manusia ni Allah jadikan bermacam-macam. Takkan kau expect semuanya perangai sama je?"

"Kadang-kadang aku rasa mereka lupa. Macam mereka, aku pun ada hati dan perasaan. Sekali terkena bolehlah tahan. Tapi kalau berkali-kali?"

"Mereka tak lupa."

"Habis tu kenapa buat juga?"

Zidan angkat bahu. "They choose to ignore."

Xander diam.

"Ambil yang positif. Dump the negative crap. You can't please everybody. Satu tak suka kerja kau, ada dua lagi yang suka. Kenapa yang kau nak peningkan kepala fikir yang satu tu?"

Xander gosok leher yang lenguh.

"Ingat X, yang di atas tu tak akan uji kau kalau Dia rasa kau tak mampu nak handle."

Xander isgthifar panjang. Ya. Dia tengah diuji. Sabar Xander. Sabar.

---

Authors Note : Ada waktu, kita kena cuba letak diri kita dalam 'kasut' orang lain.