Dia...Random Guy bakal berada di pasaran pada penghujung June 2013. Sesiapa yang mahu menempah secara online, boleh berbuat demikian. Boleh terus menempah melalui saya atau terus melalui Idea Kreatif Publication. Email saya di farahusain@gmail.com atau terus kepada langganan.ideakreatif@gmail.com
Terima kasih atas sokongan. Jika ada sebarangan kekurangan dengan naskah ini, saya mohon halalkan segalanya. :)
Dua puluh lapan tahun dia hidup, ini kalai
pertama dia jumpa lelaki yang banyak mulut! Oh Tuhan, tak letih ke dia bercakap
dari tadi? Sejak dia duduk (lepas dia pulih dari rasa terkejut dia melihat
penampilan Adhan Mikhail), dia tak bersuara sepatah pun. Yang bercakap hanya
mamat rambut pacak ini. Tanpa henti! Seriously, thanks to Adhan Mikhail,
selepas ini kalau ada orang soal dia tentang Ed Hardy dan Chuck Taylor (demi
Tuhan dia tak kenal langsung siapa mereka itu!), dia akan mampu jawab dengan
cemerlangnya sebab dia dah tahu segala-galanya tentang dua orang manusia itu.
Dari tarikh lahir, tempat lahir, bila kahwin, bila mati dan sejarah asal usul
dua jenama itu. Semuanya Adhan Mikhail beritahu. Oh Tuhan, this is the worst
day ever!
Oh my! Zara rasa nak hantuk kepala ke meja. Shoot
me! Now! Zara rasa hendak menjerit kuat-kuat tapi memandangkan keadaan
persekitaran tak mengizinkan dia hanya ketap gigi (nak tahan diri dari
menempelak Adhan Mikhail), genggam tangan (nak tahan diri dari tangan mencekik
leher Adhan Mikhail) dan istighfar dalam hati tak henti-henti (nak menyabarkan
diri dari buat dua perkara tadi). Tapi rasa-rasanya kesabaran dia makin
menipis. Dan kalau Adhan Mikhail masih teruskan lagi cerita sejarah Ed Hardy
dan Chuck Taylor dengan dia…
“And did you know Chuck Taylor was…”
Oh that’s it! Tahap kesabaran dah turun ke angka
kosong.
“Adhan Mikhail, SHUT UP!” Akhirnya dia
bersuara.
“Ya Allah, kalau you sebut sekali lagi
nama-nama tu, I swear I’ll choke you!” Zara capai gelas berisi air
kosong di atas meja dan mengenggamnya kuat, membayangkan itu leher Adhan.
“O-key…” Adhan buat muka pelik sambil tarik
gelas dari tangan Zara. Kemudian bibir Adhan menguntum senyum. Senyuman yang
buat Zara bertambah sakit hati sebab senyuman itu membuatkan hati dia sedikit
kacau.
“Stop that!”
“What?”
“Senyum!”
Ketawa Adhan pecah. “Sorry, sweetheart. Senyum
itu kan sedekah dan I jenis pemurah.”
Zara mendengus geram. Arghhh! Kenapa ada manusia
macam ini dalam dunia ini? Belum pernah lagi dia jumpa manusia yang
menjengkelkan macma Adhan Mikhail. Kalaulah tak undang-undang di dunia ini, dah
lama Adhan ni kena. Tanpa sedar, Zara capai cutlery knives di atas meja lalu
digenggam kuat.
“Whoa! I tahu you tengah geram tapi itu…” Adhan
muncungkan bibir ke arah tangan Zara.
“…a bit extreme, don’t you think?” Tanya Adhan bersahaja.
Senyuman yang buat hati Zara sedikit kacau itu masih lagi melekat di bibir. Argh!
It’s official. I hate his smile! Cutlery knives dihempaskan ke atas meja.
“Err…are you ok?”
“No! I’m not ok. You nampak I macam ok ke?
Telinga I dah hampir hendak bernanah dengar you bercakap pasal benda yang tak
ada kena mengena langsung dengan I. Ed Hardy? Chuck Taylor? Who the hell are
they?”
Adhan kecil kecil, menampakkan lekuk kecil di
kedua belah pipinya.
“Err…babe, you’re wearing them but you don’t know
them?” Soal Adhan bersahaja dengan kening ternaik sebelah.
Zara terpegun seketika melihat senyuman
Adhan. Hati sedikit mendidih bila mendengar Adhan panggil dia babe tidak
begitu dihiraukan. Tuhan! Kacaknya. Oh tidak, Zara. Fokus! Dia mengeleng laju.
Dia tak kacak. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Zara ulang benda yang sama dalam
hati, cuba untuk psycho diri sendiri agar tak tertarik dengan Adhan Mikhail.
Tapi bila mata dia kembali memandang…
Sepasang mata Adhan yang menjadi sedikit
sepet bila dia tersenyum…
Hidung mancung yang elok terletak…
Bibir nipis yang sedikit kemerahan…
Lekuk kecil yang muncul di kedua belah
pipinya bila dia tersenyum…
And that square jaw…
Zara tahu dia ada masalah baru. Buktinya,
jantung dia dah mula berdegup tak menentu. Jadi sebelum masalah itu menjadi
lebih besar, baik dia lari!
“I kena pergi.” Zara capai beg, angkat
punggung dan terus keluar tanpa memandang sedikit pun ke arah Adhan.
Sampai di kereta, Zara cepat-cepat keluarkan
kunci, buka pintu, masuk, kunci pintu dan dia hela nafas panjang. Stereng
kereta digenggam kuat, kepala disandarkan ke kerusi. Apa yang dah jadi ni?
Semua ini tak ada dalam rancangan dia. Dia sepatutnya datang ke sini, jumpa
Adhan, buat perangai sedikit dan berharap Adhan akan reject dia. Tapi lelaki
itu boleh senyum pada dia, panggil dia sweetheart dan babe, bercerita dengan
dia macam mereka dah berkenalan sepuluh tahun. Dia tak sempat pun nak buat
perangai emo-girl macam yang dia rancang dengan Nani. Tapi… Zara
tegakkan badan. Dia baru pergi macam itu sahaja, tanpa berkata apa-apa dengan
Adhan Mikhail. Sebelum tu sempat juga dia buat perangai macam perempuan psycho
depan Adhan tadi (kes cutlery knives). Itu kira buat perangailah, kan? Zara
senyum sendiri. Sure dia akan reject aku lepas ni kan? Senyum Zara makin
melebar.
“Tok…tok…tok…”
Cermin kereta Zara diketuk. Dia menjerit
terkejut. Mata memandang ke luar. Wajah Adhan yang sedang tersenyum lebar
kelihatan di luar. Oh Tuhan! Memang dia ni pemurah!
Adhan buat isyarat agar tingkap diturunkan.
“What?” Tanya Zara sebaik sahaja tingkap diturunkan.
“Esok. Pukul 3. We’ll have that talk at
your hotel’s coffee house. See you, sweetheart.” Beritahu Adhan sebelum bergerak
ke arah sebuah Harley Davidson yang diparkir tak jauh dari kereta Zara. Tak
sampai beberapa langkah Adhan menapak, dia berhenti kemudia dia berpusing
semula kea rah Zara.
“Zara Harlina…”
Zara yang kembali membelek kad di tangan
menoleh ke arah Adhan. Kali ini wajah lelaki itu nampak serius. Tiada lagi
senyuman-sedikit-kacau seperti tadi.
“Hope to see the real you tomorrow.”
Zara terkedu. Sambil memandang Adhan yang
berlalu pergi, dua perkara terlintas di fikirannya. Pertama, rancangan dia
memang tak berjaya. Kedua, dia tak suka Adhan yang serius. TAK SUKA!
Adhan tenung Zara. Tenung dan terus tenung sampaikan Zara tak senang
duduk dibuatnya. Sekejap tangan Zara di atas meja. Sekejap tangan dia pegang
hujung rambut. Kemudian kembali ke atas meja memegang tisu dah ‘selamat’
diramas dan dikoyak-koyak tadi. Adhan cuba sembunyi senyum. Dia tahu Zara tak
selesa sebab asyik direnung tapi dia tak boleh buat mata dia pandang benda
lain.
Semalam bila dia
tinggalkan pesan ‘hope to see the real you’, dia tak sangka ini ‘the real’
Zara. Oh, dia tahu Zara Harlina memang manis. Dia dah pernah tengok Zara versi
original tak lama dulu cuma ketika itu dia hanya melihat dari jauh. Sekarang
bila dah tengok secara berdepan macam ini dia memang totally blown away.
Ya. Dia memang tak salah pandang beberapa bulan lalu. Zara Harlina memang sweet
and lovely. Rambut ikal paras bahu (Kali ini dengan warna asal tanpa
apa-apa pewarna rambut mencacatkan keindahan itu). Mata bundar. Hidung yang
kecil. Heart shaped-lips yang hanya dihiasi dengan pelembab bibir. Hari ini
tiada lagi t-shirt Ed Hardy, jeans koyak dan kasut Chuck Taylor di tubuh Zara.
Hari ini si manis mengenakan blouse berwarna putih dengan corak bunga-bunga
kecil, skirt labuh berwarna ungu dan kasut bertumit warna hitam. Yup, this
is the sweet and lovely Zara. Bisik Adhan dalam hati. Yang dah mula hendak
naik angin, sambungnya lagi bila melihat muka Zara dah mula merah padam. Adhan
senyum kecil.
“Can we talk now? I ada appointment pukul
pukul 3.30 nanti.” Tiba-tiba Zara bersuara. Dingin sahaja nadanya.
“Laa, you ada
appointment ke? Kenapa tak beritahu?” Baru ingat nak buat heart to heart talk, gumam
Adhan dalam hati sambil mata melirik ke jam di tangan. Dah pukul 3.15!
Nampaknya kena lupakan sahajalah heart to heart talk itu. Tapi bila fikir balik
ok juga. Adalah lagi peluang dia hendak berjumpa Zara.
“Last minute
appointment. Jadi baik kita bercakap sekarang!” Balas Zara bersahaja.
Adhan angkat kening.“15
minit untuk bercakap pasal masa depan kita? You serius?” Tanya Adhan. Dan
sengaja dia senyum sebab dia tahu Zara tak selesa tengok dia senyum dan bila
Zara tak selesa, dia akan naik angin. Dan sejujurnya Adhan suka tengok wajah si
manis merah padam menahan rasa geram.
“Habis tu bila lagi? And
would you please stop smiling!”
Adhan ketawa besar.
Kan dah kata!
“I tak setuju dengan
cadangan parents kita.” Ujar Zara tiba-tiba.
Ok. Nampak gaya Zara
memang hendak bercakap sekarang.
“Dan I rasa you patut
minta your parent ambil semula cincin tu.” Zara terus bersuara tanpa beri
peluang Adhan mencelah.
“And why would I do
that?” Tanya Adhan selamba.
Zara buat muka tak
percaya. “Which part of ‘I tak setuju dengan cadangan parents
kita’ yang you tak faham?”
“Oh no, princess
I faham.”
“Habis tu?”
“Yang I faham, you tak
setuju. Tapi I tak kata I tak setuju. Jadi kenapa pula my parent yang kena
ambil semula cincin tu?” Adhan senyum lagi.
“Sebab I tak setuju!”
“So your parentlah
yang kena pulangkan cincin.” Balas Adhan acuh tak acuh.
“Ya Allah, you’re
impossible!”
“Hey, you yang tak setuju,
you go and tell your parent. I tak ada masalah nak ikut kata my parent. They
want us to get marry, then we’ll get marry.”
“But I don’t want to
get marry!” Beritahu Zara tegas.
Adhan angkat bahu. “Jadi
beritahu perkara tu pada your parent, princess.”
“I can’t!”
“Why not, princess?”
“I just can’t and
will you please stop calling me princess?!”
“Can’t help it. You
are a princess. Frog princess.” Balas Adhan bersahaja.
“What? Frog
princess?”
“Ya. Malam tadi you
the ugly frog. Wearing something that obviously isn’t you. But today you’ve
turned into a beautiful princess. You’ve turned into the real you.”
Zara nampak terkedu. Mulut macam hendak
bercakap sesuatu tapi tiada apa yang keluar dari mulutnya.
“Wow, I buat you terkedu, ya?” Adhan
tersenyum nakal.
“It’s frog prince. Bukan frog princess!” Akhirnya itu yang
terkeluar dari mulut Zara.
“Ah…but that’s the Grimms version of fairytale. In my version, it’s princess. And that princess is definitely you,
my princess.”
“Oh please! Jangan nak cheesy
sangat ayat tu, boleh?” Zara mencebik geram.
“I thought girls like cheesy
line.”
“Not this girl! I hate it. In fact I hate cheese!”
“Ok. Noted.” Adhan keluarkan iPhone dari dalam jaketnya.
“Tak suka cheese. There,
I've made a note in my phone.
Lepas ni kalau kita pergi makan, I akan pastikan tak ada makanan yang bercampur
dengan cheese untuk you.” Balas Adhan.
Zara angkat tangan mengalah.
“Ya Allah! Kenapa susah sangat nak bercakap dengan you ni! You faham
tak, I tak nak! Tak mahu! T.A.K M.A.H.U!” Sungguhlah dia tak tahu nak guna
bahasa apa lagi untuk beri mamat ini faham.
“Tapi I nak. I mahu. M.A.H.U. Mahu!”
Zara tarik nafas dalam. Ada
pertandingan mengeja ke apa ni? Memang menguji kesabaran betullah dia ini.
“You nak, I tak nak. Encik Adhan Mikhail, marriage is a union between
two people. Kalau salah seorang tak ada, tak jadi benda tu.”
“I tahu.”
“Dah tu?”
“Tapi I nak juga.”
“Why?”
“Because I want you.” Tegas Adhan menjawab.
“Why?”
Tanya Zara
berang.
“Just
because.”
“Just
because is not an answer Adhan!”
“That’s all you’re going to
get, Zara.”
Zara mengeleng. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam sambil pejam
mata. Sebaik sahaja mata terbuka, wajah Adhan dipandang dalam.
“Adhan, dengar sini. You don’t
want to marry me.” Tenang sahaja Zara bersuara.
“Ok. Boleh beritahu I kenapa?”
“I tak pandai buat kerja rumah.”
Adhan senyum segaris. Faham sangat apa
yang Zara cuba lakukan. Fine, princess. Let’s do it your way.
“I akan sediakan bibik.”
“I tak pandai masak.”
“Restoren ada.”
“I tak suka basuh baju!”
“Dobi banyak dekat KL ni.”
“I berdengkur bila tidur!”
“Many thanks to Nathaniel Baldwin
for the invention of headphones.”
“I suka loud music!”
“Metallica is one of my favorite
band.”
“I suka baca novel cinta!”
“I akan set-up kan mini
library untuk you.”
“I…I…” Zara dah kehabisan kata.
“Out of excuses, princess?” Tanya Adhan.
Zara kemam bibir. Ya, dia dah habis alasan.
“Sekarang giliran I pulak.” Adhan
bangkit dari kerusi.
“I nak kahwin dengan you hanya
kerana tiga sebab. Sebab kedua…ini kehendak mama dan papa. Sebab ketiga…ini
kehendak uncle and auntie…” Adhan berjeda sambil kaki berjalan menghampiri Zara.
Sampai di depan Zara dia berhenti dan merenung tepat ke dalam mata Zara.
Zara telan liur. Dalam berdebar dia
juga rasa hairan. Mana sebab pertama? Kenapa terus lompat pergi sebab kedua dan
ketiga?
“What’s your prime reason?”
Tanpa sedar mulut dia bertanya dalam nada berbisik.
Adhan tersenyum penuh erti. Kedua
belah tanganya memegang tempat letak tangan kerusi yang diduduki Zara. Badannya
dibongkokkan hingga wajahnya dan wajah Zara hanya berjarak beberapa inci. Wajah
mulus itu dipandang dengan penuh rasa. Dari kening yang semulajadi terbentuk
pandangannya jatuh ke dalam sepasang mata yang redup pandangannya. Kemudian
matanya menghala ke tahi lalat yang cantik menghias batang hidung Zara yang kecil.
Dari hidung pandangannya melorot ke seulas bibir yang mungil memikat. Lama pandangannya
singgah ke bibir yang sedang diketap kuat bakal tunangannya. Melihat wajah Zara
yang merah menahan malu, Adhan ketawa kecil. Sekali lagi matanya memandang
tepat ke dalam mata Zara.
“Prime reason?” Dia bertanya perlahan.
“I’ll tell you…” Kemudian bibirnya didekatkan ke telinga Zara, “…on
our wedding night.”
Dan Adhan terus berjalan meninggalkan Zara
yang terkedu buat sekian kalinya.
Sneak peak #2 Part III
"But if there's a pill to help me forget, God knows I haven't found it yet
But I'm dying to, God I'm trying to, 'Cause trying not to love you, only goes so far