Sorry ~ Buckcherry
“Apa hal aku ke sini?” Soal Amzar sendiri sebaik sahaja dia sedar
kereta dia sudah berhenti di hadapan rumah cik kerani.
Damn! Jiwa dia betul-betul tengah kacau ni! Tadi rasanya dia bercadang
hendak ke gym. Macam mana pula dia boleh memandu sampai ke Taman Melawati ini?
Arghhh…kacau betul!
Dia pasang gear reverse, tapi belum sempat dia hendak tekan minyak
tiba-tiba tingkap kereta diketuk perlahan. Amzar tengok ke luar. Alamak, mak
mertua olok-olok! Tak boleh nak larilah jawabnya ni. Amzar mati enjin kereta
dan segera keluar.
“Amzar?” Tegur Puan Haniza. Mata memandang ke tempat duduk sebelah,
mencari kelibat si anak dara. Manalah tahu kalau-kalau encik tunang olok-olok
si anak yang hantar balik. Tapi batang hidung si anak pun tak nampak.
“Makcik. Apa khabar?” Amzar tunduk menegur Puan Haniza.
Puan Haniza mengangguk. “Sihat. Buat apa datang sini?”
“Err…” Nak jawab apa? Nak jawab jiwa dia asyik teringat cik kerani
sampai kereta dia macam ada fikiran sendiri dan terus saja memandu ke sini?
Silap haribulan kena kejar dengan mak mertua olok-olok sebab dah macam perangai
stalker pula!
“Saya cari Alina.” Jawapan paling selamat.
Dahi Puan Haniza berkerut-kerut. “Alin di pejabatlah. Tak jumpa dia ke?”
Apasal lain macam sahaja menantu olok-olok dia ini?
“Err… jumpa. Cuma tadi lupa nak pesan pada dia pasal kerja esok. Saya
cari dia di tempat dia, dia dah balik.” O-key. Sejak bila pula dah pandai mengikut
perangai cik kerani suka reka cerita ini?
“Eh…tapi Alin sejak dua tiga hari ni asyik balik lambat saja. Bukan dia
di pejabat?” Soal Puan Haniza hairan.
“Eh, kenapa pula nak berbual di sini. Mari masuk, makcik buat air
sekejap.” Pelawa Puan Haniza. Pagar dibuka dan Amzar dipelawa duduk di kerusi
di laman rumah sebelum Puan Haniza masuk ke dalam buatkan air.
“Where the hell is she?”
Amzar bertanya sendiri sementara menunggu Puan Haniza kembali ke laman
rumah dengan air. Bila difikir semula, memang sejak dua tiga hari ini cik
kerani dia akan hilang dari pandangan dia tepat pukul lima setengah. Dia tahu
sebab sejak dua tiga hari ini memang mata dia tak nak lepas dari pandang cik
kerani. Tak tahu kenapa, ada rasa takut kalau cik kerani hilang dari depan
mata. Selama ini dia ingat, habis sahaja waktu pejabat, cik kerani akan pulang
ke rumah. Tapi lain pula cerita yang dia dengar dari mak mertua olok-olok.
Tiba-tiba dada dia berombak. Jangan cakap dengan dia, cik kerani
berjumpa dengan Hairi? Sebab itukah dia
dah tak nampak Hairi setiap pagi lagi? Hairi dah tukar berjumpa dengan cik
kerani lepas waktu kerja pula? Takkan mereka dah into a relationship? But
she said the song was not for Hairi! No. Tak boleh jadi. Hari ini dia kena
selesaikan kekalutan hati dia. Tak boleh dibiarkan macam ini selama-lamanya.
Tak tentu arah hidup dibuatnya!
“Jemput minum, Amzar. Maaf ya. Hari ini tak ada kuih. Makcik seorang
sahaja di rumah. Ijoy keluar dengan kawan-kawan. Yang anak dara pula selalu
balik dah malam.” Beritahu Puan Haniza ramah.
“Dia beritahu makcik dia buat kerja lebih masa ke?” Soal Amzar
bersahaja sambil menghirup air kopi yang sediakan Puan Haniza. Nada je yang
bersahaja. Di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu ribut yang melanda.
Puan Haniza mengeleng.
“Tak juga. Makcik yang anggap macam itu sebab setiap kali makcik tanya
dia ke mana dia jawab dia ada kerja.”
Amzar genggam tanggan kuat. Ada kerja? Pukul 5.30 on the dot bayang cik
kerani dah tak kelihatan, ada kerja apanya? Memang sah dia keluar dengan Hairi!
Tiba-tiba darah Amzar kembali menggelegak. Calm down, Amz. Rumah orang
ni!
Tiba-tiba
Puan Haniza ketawa.
“Kenapa
makcik?” Tanya Amzar.
“Anak makcik
tengah bercinta agaknya…” Jawab Puan Haniza bersahaja.
Bertambah menyirap darah Amzar. Bercinta dengan orang yang kononnya
dibenci separuh mati tu?
“Amzar ada nampak dia berkawan dengan sesiapa ke di pejabat tu?” Tanya
Puan Haniza sambil menyisip kopi di hadapannya.
Amzar tersenyum sinis. Cik kerani dengan si Hairi tu boleh dipanggil
kawan ke? Kalau bukan kawan, apa status hubungan mereka? Kekasih? Cik kerani
mata-mati kata benci. Yang dia tahu cik kerani dan Hairi dah lama berkenalan.
Mungkinkah bakal mak mertua olok-olok dia tahu tentang Hairi?
“Saya tak nampak Alina rapat dengan sesiapa, cuma…” Amzar mula
berkira-kira hendak bercerita. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak tenang.
“Cuma apa,
Amzar?” Puan Haniza dah teruja hendak tahu.
Amzar tarik nafas dalam-dalam. Tanya sajalah! Sekurang-kurangnya dapat
juga jawapan kepada semua persoalan dalam kepala.
“Ada seorang
lelaki ni. Hairi. Selalu juga dia datang cari Alina.” Beritahu Amzar.
Sebaik sahaja ayat itu keluar dari mulut Amzar, cawan yang dipegang
Puan Haniza terlepas dari tangannya.
“Makcik?
Kenapa ni?””
Amzar terus bangun mendapatkan Puan Haniza yang tiba-tiba kepucatan.
Reaksi ibu cik kerani serupa dengan reaksi yang cik kerani tunjukkan sewaktu
mereka terserempak dengan Hairi kelmarin. Ada apa dengan lelaki itu sampai
begini teruk reaksi orang yang mendengar nama dia?
Puan Haniza
memegang lengan Amzar kuat.
“Siapa nama yang kamu sebut tadi?” Tanya Puan Haniza dengan suara
tertahan-tahan.
“Err…Hairi.”
“Hai…Hairi
Zainal?”
Amzar mengangguk. Itulah nama yang tertera dalam kad yang Hairi berikan
kepada dia tempoh hari.
“Ya Allah! Amzar…tolong jauhkan lelaki tu dari Alin.” Pinta Puan Haniza
dengan suara terketar-ketar.
“Tapi kenapa
makcik?”
Puan Haniza kembali duduk. Dia menggeleng lemah. Lagaknya seperti
sedang cuba hendak melupkan sesuatu yang sangat teruk.
“Makcik?”
Panggil Amzar yang sudah bertinggung di sisi Puan Haniza.
“Kenapa dia muncul semula?” Perlahan Puan Haniza bersuara. “Dia tak
patut muncul semula lepas apa yang dia dah buat pada Alin.” Sambung Puan Haniza
lagi.
“Apa yang dia dah buat pada Alina?” Jantung Amzar dah berdebar kencang.
Apa yang si keparat tu dah buat pada cik kerani dia?
Puan Haniza
tersenyum tawar. “Dia buat Alin jatuh cinta.”
Dada Amzar
macam nak pecah dibuatnya. Jadi itu bekas kekasih cik keranilah?
Ingatkan hati boleh lega lepas dapat tahu status hubungan cik kerani
dah Hairi tapi rupanya makin sakit dibuatnya. What have you done to me,
Alina?
“Dan Alin
jatuh dan terus jatuh hingga kami semua ingat dia tak akan bangun lagi.” Puan
Haniza terus bercerita tanpa menunggu reaksi Amzar.
Amzar cuma
diam mendengar.
“Alin tak patut jatuh cinta dengan dia. Tapi makcik tak salahkan Alin.
Dia terlalu muda masa itu. Dan Hairi pula, pandai melayan dia. Kami semua
sukakan Hairi. Tak ada celanya lelaki tu. Cuma yang makcik kesalkan…” Puan
Haniza terdiam.
“Apa dia
makcik?”
“Hairi tu
suami orang.”
Darah Amzar tersirap. Gigi diketap kuat. Tangannya sudah mengepal
penumbuk. Amzar terus bediri tegak. Jawapan Puan Haniza betul-betul buat dia
berang. Alina Suffiya, you really are something!
***
Oh penatnya! Alin terus
hempas badan atas sofa. Ingatkan dah tiga emat hari, kuranglah sikit rasa
sengal-sengal uratnya. Rupanya sama juga. Inilah bahana kalau dah lama sangat
tak longgarkan otot-otot di tubuh itu. Sekali bila buat, ambil kau, sampai
sakit badan dibuatnya. Tapi sekurang-kurangnya, bila buat aktiviti ini fikiran
Alin ringan sedikit. Tak adalah dalam otak itu asyik teringatkan sos salad dan
Hairi. Hairi itu tak apa lagi. Setakat rasa sakit hati sahaja. Yang buat dia
mental penat sangat itu siapa lagi kalau bukan Amzar. Dengan rasa makan hati,
geram, sayu dan err...suka yang bercampur aduk dalam hati, betul-betul buat dia
lelah!
Alin mengeluh kuat. Seminggu ini, hubungan dia dengan sos salad sangat...rumit?
Agaknya inilah yang dimaksudkan dengan status ‘it’s
complicated’ di dalam
Facebook itu. Sejak malam hari lahir dia, layanan Amzar pada dia dah jadi
sangat lain. Alin teringat kembali kejadian keesokkan paginya selepas malam
hari lahir dia itu.
Sampai sahaja di pejabat, dia nampak kelibat Amzar tengah berdiri
berpeluk tubuh di pintu masuk pejabat. Muka, jangan cakaplah. Serabut habis!
Sah bergaduh dengan Helena lah tu. Siapa suruh telefon perempuan lain bila
teman wanita ada di sebelah? Mulanya dia hendak buat tak tahu sahaja, tapi
takut nanti Amzar perasan pula dia cuba hendak menjauhkan diri. Jadi dengan
senyum plastik, dia berjalan mendekati si sos salad. Dan soalan yang terbit
dari mulut si sos salad sebaik sahaja mereka face
to face buat dia terkedu sekejap.
“Are
you leaving me?”
Terkejut Alin dibuatnya sampai hilang kosa kata dia yang selalunya
banyak itu.
“Err...I
mean, are you leaving the company?”
Dahi Alin dah berkerut.
“Err...no?” Bila masa pula dia ada cakap hendak berhenti?
Selepas dengar sahaja jawapan Alin, si sos salad hela nafas lega. Muka
yang serabut tadi dah berseri semula.Senyum bukan main lebar sampai nampaklah
lekuk di dagu itu. Cik jantung dengan cik hati dia masa itu jangan cakaplah.
Kalau boleh melompat keluar, dah melompat dah rasanya. Hailaa...macam mana nak
keraskan hati kalau dia senyum begini?
“Ok. Jom naik!” Ajak Amzar dengan senyum lebar.
Paling Alin tak sangka, selamba si sos salad tarik lengan dia. Tak
sempat dia nak sound apa-apa, Amzar dah sengeh senget dan cakap awal-awal, “Beralas,
lady.”
Amboi, sejak bila pula beralas tu jadi tiket lelaki dan perempuan bukan
mahram bersentuhan? Hendak ditempelak, mereka di tempat terbuka. Air muka
majikannya, Alin kena jaga juga.
Itulah detik yang menambahkan lagi rasa haru biru cik hati. Sejak dari
pagi itu, perangai Amzar lain benar. Baik sangat! Suara dah tak meninggi. Makan
tengah hari pun sibuk hendak mengendeng dia, Kak Ida dan Anne. Dah tak ada lagi
dia suruh Alin buat kerja yang tak termasuk dalam skop kerja. Malah Alin rasa
beban kerja dia pun dah kurang sikit. Yang paling best, Tina Jeling pun dah
kurang menjeling!
Okaylah. Nak kata dia tak suka dengan perubahan Amzar, tipu sangatlah
kan. Siapa yang tak suka kalau dilayan dengan baik. Cuma dia rasa tertekan
sangat sebab segala kebaikan Amzar tu buat cik hati dan cik jantung makin tak
menentu. Senang kata, cik hati dan cik jantung dia dah makin suka dengan si sos
salad. Nak keraskan hati pun tak boleh sebab dah tak ada alasan yang kukuh.
Kalau dulu boleh jugalah dia gunakan perangai Amzar yang macam perempuan datang
bulan itu sebagai penyebab untuk tanam rasa tak suka pada si sos salad.
Sekarang? Yang si sos salad tu pun punyalah baik layan dia kenapa? Serabut
fikiran dibuatnya!
Sebab itulah dia mulakan aktiviti baru dalam hidup dia sekarang. Orang
cakap, kalau jiwa kacau, cuba sibukkan diri dengan benda lain. Mesti boleh
lupakan kekacauan yang melanda diri. Caranya? Masuk dance class! Entah
macam mana hatinya tergerak hendak sertai kelas tarian yang dibuat di sebuah
studio berhampiran dengan pejabat selepas dapat flyers dari kakitangan studio
tarian itu ketika dia keluar makan tengah hari.
Jadi sekarang, jadual dia, tepat jam 5.30, cabut dari pejabat dan terus
ke studio depan Prima Group. Pada kawan-kawan pejabat termasuk Amzar, dia
beritahu dia kena pulang cepat sebab keadaan kesihatan mak tak menentu.
Bukanlah dia menipu. Memang mak tak berapa sihat pun takpi tak adalah sampai
kena dijaga 24 jam. Pada mak pula, dia beritahu dia ada kerja. Bukan tak nak
berterus terang tapi malu pula nak beritahu mak dia pergi menari. Mahu mak kata
dia buang tabiat! Pada Hairi, well, she just ignores him. Sebab itulah
tepat pada masa dia kena cabut. Lewat seminit, mesti terserempak dengan Hairi
yang tak jemu-jemu merayu.
Alhamdulillah, cara itu berjaya buat dia lupakan sos salad. Walaupun tak
lama mana, sekurang-kurangnya untuk beberapa jam itu dia dapat jadi Alina
Suffiya yang dulu. Yang hanya perlu fikirkan hal kerja dan keluarga.
“I
miss the old me,” keluh Alin sendiri.
“Hai…mengeluh
nampak, anak dara mak ni?” Tiba-tiba Puan Haniza muncul dari dalam bilik.
“Penat ke?”
Tanya Puan Haniza sambil melabuhkan punggung di sisi anak dara tersayang.
“Letih sikit,
mak.” Alin letak kepala di atas riba Puan Haniza.
“Ijoy mana,
mak?”
“Adik awak tu
kalau dapat peluang bercuti mana pernah lekat di rumah. Ada saja aktiviti dia.
Hari ni pergi wall climbing dengan kawan-kawan dia katanya.” Jawab Puan Haniza.
Tangan melurut rambut Alin, lembut.
Alin ketawa
kecil. “Biarlah mak. Orang muda.”
“Dia mak tak
risau. Tapi Alin ni yang mak risaukan.”
Alin pandang
wajah Puan Haniza dengan dahi berkerut. Apa yang aku dah buat sampai mak nak
risaukan aku pula?
Bagai
mengerti dengan muka si anak dara yang penuh tanda tanya, Puan Haniza terus
bertanya, “Alin ke mana lepas waktu pejabat?”
Alin gigit
bibir. Adoi…nak beritahu ke tak? Beritahu nanti agaknya mak ketawa tak?
“Tak sudi nak
beritahu mak apa-apa lagi ke?”
“Laa…mak ni.
Ke situ pula dia.”
“Yalah, sekarang mak tengok anak mak ni dah pandai dah berahsia bagai
dengan mak.” Macam masa Alin dengan Hairi dulu, sambung Puan Haniza dalam hati.
Hati meronta hendak tahu tentang Hairi tapi dia hendak tunggu Alin sendiri yang
buka mulut.
“Bukan Alin
berahsialah mak. Memang Alin ada hal lepas waktu kerja. Mak janganlah fikir
yang bukan-bukan.”
Puan Haniza
mengeluh. Ya Allah, anak. Betul ke kamu ada hubungan sekali lagi dengan Hairi,
sayang? Mintalah dijauhkan. Tak sanggup rasanya tengok anak dara dia menderita
lagi.
“Alin ada
masalah ke?” Tangan Alin yang berada di atas perut digenggam kuat.
Alin ketawa
kecil. Pelik pula tengok perangai mak dia petang ini.
“Mana ada
mak.”
Puan Haniza dah sebak. Ya Allah, memang dah jadi macam dulu semula.
Sewaktu Alin dengan Hairi. Alin yang suka berahsia. Alin yang suka simpan
semuanya sendiri. Tak nak berkongsi apa-apa dengan dia.
“Mak? Kenapa
ni?” Alin pegang tangan Puan Haniza yang sedang mengenggam tangan dia.
Puan Haniza
dah tak boleh tahan. Dia perlu bertanya pada si anak segera sebelum si anak ‘terjatuh’
lagi.
“Hairi ganggu
Alin lagi ke?” Tanya Puan Haniza terus terang. Tak ada lagi mukadimah
berbunga-bunga.
Alin
tergamam. Terus dia bangun dari ribaan si emak. Wajah Puan Haniza yang dah
mendung direnung tajam. Macam mana mak boleh tahu tentang Hairi? Takkan
peristiwa lama berulang kembali kot?
“Mana mak
tahu tentang Hairi?” Tanya Alin dengan suara tertahan-tahan.
“Jadi betullah
Hairi muncul semula?” Soalan si anak dijawab dengan soalan semula.
“Mak…”Alin
cuba hendak menerangkan perkara sebenar tapi terhenti bila Puan Haniza dah mula
menangis.
“Ya Allah,
sayang. Apa lagi lelaki tu nak dari Alin? Tak cukup lagi ke apa yang dia dah
buat dulu?” Lirih Puan Haniza bersuara.
“Mak…” Alin
capai tangan si emak.
“Janganlah fikir yang bukan-bukan. Ya, memang Alin ada jumpa Hairi tapi
tak ada apa-apa yang jadi pun mak. Dia tak nak apa-apa pun. Jumpa setakat itu
je. Mak jangalah susah hati pasal benda ni. Alin pandai jaga diri.” Alin cuba
pujuk si emak. Risau hati bila tengok Puan Haniza dah susah hati. Dahlah ada
penyakit darah tinggi. Kalau terlampu tension nanti, mencanak darah naik tak ke
naya? Tapi siapa yang beritahu mak pasal Hairi ni? Hati Alin bertanya sendiri.
Memang nak kenalah siapa yang bawa mulut ni!
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa Amz cerita dia selalu cari Alin di
office?”
Alin terpempan. Sekejap, telinga kita belum salah dengar kan? Tadi mak
sebut nama, Amz kan, cik hati?
Cik hati dah gedik mengangguk. Reaksi biasa bila nama si sos salad
disebut-sebut. Tapi kita minta kepastian dulu. Manalah tahu salah dengar.
“Mak sebut siapa beritahu tadi?”
“Amzar.” Balas Puan Haniza.
Cik jantung pula mula beri reaksi. Dah berdebar-debar tak tentu hala.
“Amzar? As in Zariel Amzar, bos Alin, menantu olok-olok mak tu?” Alin
cuba minta kepastian sekali lagi. Manalah tahu kalau ada Amzar lain pula.
“Ya, Alina Suffiya. Zariel Amzar. Dia yang beritahu mak masa dia datang
petang tadi.” Jawab Puan Haniza. Wajah si anak direnung lama.
Alin melompat bangun. Rahang macam nak jatuh ke lantai sebab terkejut.
Apa ke hal yang si sos salad sampai berani datang ke rumah dia ni?
“Dia buat apa datang sini?”
Terus dia terlupa hal Hairi. Hal si sos salad cari dia sampai ke rumah
lagi penting!
“Dia cari Alin, lah.”
“Dia nak apa?” Soal Alin. Kaki
dah tak tahu duduk diam, dia mundar mandir di hadapan si emak.
“Hal kerja katanya.” Balas Puan Haniza.
“Hal apa?”
“Ya Allah, Alina Suffiya. Manalah mak tahu.” Pening kepala Puan Haniza
tengok si anak pulang balik di hadapan dia.
Alin dan mula gigit jari. Kenapa dada dia tiba-tiba rasa lain macam?
Serentak dengan itu, system pesanan ringkas telefon bimbitnya menghantar
isyarat pesanan masuk . Mulanya dia hendak buat tak tahu tapi cik mata gatal
hendak pandang nama yang tertera di skrin.
Sos Salad!
Dengan jari terketar-ketar Alin capai telefon dan pesanan yang diterima
dibuka.
“TWO STRIKE!”
Alin terduduk di kerusi. Huruf besar tu! Apa yang aku dah buat kali ni?
Tiba-tiba dia rasa macam darah dia disedut keluar dari badan. Hairi…mak…Amzar. Tiga
nama itu berlegar-legar dalam kepala membentuk satu rantaian kisah. Oh Tuhan!
Takkanlah dia dah tahu?
Alin pandang wajah si emak. Cik jantung dah berdebar. Cik hati dah
kerisauan.
“Mak…” Alin telan liur. Nafas ditarik dalam-dalam.
“Apa mak dah cerita pada Amzar?”
Wajah Puan Haniza berubah. Alin dah rasa macam nak pitam. Oh please,
mak. Please tell me you didn’t tell him everything, doa Alin dalam hati. Malu
Alin, mak. Malu!
“Mak beritahu dia tentang Hairi.”
Cik jantung rasa macam nak luruh.
“Mak minta dia jagakan Alin. Jangan beri peluang Hairi rapat lagi
dengan Alin.”
Cik hati rasa macam nak mati.
“Ingat sayang. Hairi tu suami orang. Jangan ulangi lagi kesilapan lalu
tu, Alin.”
Alin tersandar di kerusi. Lemah segala sendi badan mendengar kata-kata
si emak. Mak tak tahu lagi si Hairi dah menduda. Dan kalau mak tak tahu,
maknanya cerita dia pada Amzar pun bukanlah cerita penuh. Baru separuh sahaja.
Dan sekarang, mesti sos salad dah fikir yang bukan-bukan tentang dia. Sebab
itukah dia dapat the second strike?
Hailaa…Kenapa makin rumit hidup aku ni?