Followers

Thursday, January 17, 2013

Reminiscing


.... the good old days. Kadang-kadang rasa nak balik semula ke zaman tu. Zaman masalah yang dia alami cuma petty things like:-

#1. Kerja sekolah tak siap lagi, mampus! Pinjam buku kawan jugalah esok ni.
#2. Kenapalah soalan add math susah gila? Tak nak ambil aci tak?
#3. Cikgu X merajuk ngan kelas kita
#4. Esok ada tournament bola jaring, kita mesti menang! *sedangkan latihan entah apa-apa*
#5. Alaaa...orang yang aku admire suka kat orang lain.
#6. Esok lepas sekolah nak lepak mana?
#7. Arghh...markah dia lagi tinggi dari aku! Tak boleh jadi ni!
#8. Berapa A dapat dalam exam?
#9. Dapat nombor berapa exam kali ni?
#10. Esok ayah kena datang sign report card. Erk!
#11. Alamak, kerja kursus tak siap lagi!
#12. Pssttt...cikgu X mood tak baik hari ni. Mesti ada pop kuiz!
#13. Damn! Aku tak hafal lagi periodic table!

Kalau nak dibandingkan dengan apa yang dialami sekarang, semua ini nampak kecilkan? Dulu bila alami benda-benda ni, rasa macam situasinya do or die sahaja. It's like the end of the world kalau masalah tu tak dapat diselesaikan. Masa tu mulalah keluar ayat, 'Bilalah nak habis sekolah ni?' Lepas tu mulalah pasang angan-angan apa yang kita nak bila kita dewasa nanti. And we started to make plans...

Nak kerja bagus-bagus, kereta besar, beli rumah sendiri, cari pasangan yang sehati sejiwa dan macam-macam lagilah. Semuanya serba sempurna. Without realizing it, the future is here... Today will become yesterday and yesterday will become one of our memories. And our plans, well... it doesn't goes as plan.

Dahulu, semua itu nampak mudah. Tapi semakin kita meniti usia, semakin kita sedar bahawa angan-angan itu hanya mudah untuk di angan-angankan namun cukup sukar untuk dijadikan kenyataan tanpa usaha keras dan berterusan. Sekarang baru kita sedar, menyiapkan kerja sekolah, kerja kursus, menghadiri aktiviti persekolahan dan mendapatkan A di dalam exam tidaklah sesukar mana. Apa yang mama dan yang ayah bebelkan dulu mula kita lihat sebagai kata-kata hikmat yang paling bernilai. Apa yang kita lalui sekarang lebih sukar sebenarnya.

Kita perlu bekerja lebih 8 jam sehari untuk teruskan kelansungan hidup. Itupun if you're lucky kena kerja 8 jam sehari. Kalau kena overtime? Haishhh...

Bil itu, bil ini. Hutang itu, hutang ini. Tolak tepi kerjaya idaman sebab tak semua yang kita idamkan akan kita perolehi. Take me for example. Former science student lepas tu jadi mass com student and end up being a tender executive for a engineering firm. Jauh. Sangat. Larinya!

Sekarang kita perlu lebih memikirkan isu survival. Nak memandu kereta besar bermakna kita perlu ada gaji yang besar. Pada waktu ini, kalau dapat memandu kereta MyVi pun dah cukup bersyukur. Alhamdulillah. Nak beli rumah sendiri, kalau gaji tak melepasi had yang ditetapkan pihak bank, jangan mimpilah kita nak memiliki hatta sebiji apartment kos rendah sekalipun. Sekarang baru kita tahu, mencari pasangan bukan macam pilih baju di kedai. Mana yang berkenan, itulah yang ambil. Sekarang, mencari pasangan bukan hanya boleh bergantung pada rupa paras semata. Perlu ada keserasian, saling memahami dan saling menghormati. Yang paling penting, untuk kita yang perempuan, si dia perlulah menjadi pembimbing kita dunia akhirat.

Waktu remaja, kita mahu cepat menjadi dewasa. Tapi saat kita menjadi dewasa, adakalanya bila hidup menjadi sukar, we wish we could be teenager again where life seems to be easy. Tapi itulah kehidupan. Senang atau susah kita tetap perlu menghadapinya. Ada masanya, kita akan tiba di satu persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat pilihan. Jadi pilihlah jalan yang kita rasakan terbaik untuk diri kita. If it happens to be a wrong choice, don't give up. Hell, the number of wrong choices I made are countless! But these wrong choices have built me to become the person I am today. Alhamdulillah. 

Saya percaya, selagi diizinkan Tuhan untuk bernafas, peluang itu masih ada. Peluang untuk berubah. Peluang untuk berjaya. Peluang untuk menjadi yang lebih baik. Yang penting, usaha. Taqwa. Ya, memang sangat cliche. But trust me, that is the way.