Followers

Places I've Been To

Thursday, February 23, 2012

Not What It Seems

Kadang-kadang  kita tengok lelaki tu gembira je, macam tak ada apa-apa masalah. Tapi kita tak tahu dalam hati dia dia tengah fikir mana nak cari duit bagi anak-anak makan.

Kadang-kadang kita tengok perempuan tu tergedik-gedik macam ular kena palu. Tapi kita tak tahu dia sebenarnya tengah risau kenapa teman lelaki dia dah tak mesra macam dulu.

Kadang-kadang kita tengok makcik tu bising-bising marah anak dia macam anak dia tu baru lepas bunuh orang. Tapi kita tahu dia marah sebab dia risau kalau tak ditegur, memang anak dia tu akan bunuh orang.

Kadang-kadang kita menyampah dengan orang yang jenis attention seeker ni. Tapi kita tak tahu jauh di sudut hati dia dia takut sebab dia tak ramai kawan.

Kadang-kadang kita mencebik bila tengok orang menunjuk-nunjuk beli handbag berjenama baru macam dia sorang je yang ada benda tu dalam dunia ni. Tapi kita tak tahu betapa susahnya dia ikat perut untuk kumpul duit beli handbag tu dan bila dia berjaya dapatkan apa yang dia idamkan, dia nak berkongsi kegembiraan itu dengan orang sekeliling.

Kadang-kadang kita meluat baca status 'macam bagus' yang selalu kawan-kawan kita post dekat fesbuk. Tapi kita tak tahu yang dia sebenarnya sedang memberi peringatan kepada diri sendiri.

Kita memang selalu macam itu. Suka menghukum sebelum mengadili. Kita tak sedar apa yang kita lihat itu sebenarnya refleksi diri kita. Itu cara DIA tunjuk pada kita siapa kita yang sebenarnya sebab mata kita akan automatik jadi 'buta' bila diminta menilai diri sendiri. Sedih bila mengenangkan yang aku juga kadang-kadang 'buta'.

Tuesday, February 21, 2012

EVANESCENCE LIVE IN MALAYSIA


Weeehoooo...finally. Selepas bertahun-tahun, akhirnya mereka datang juga. And I AM GOING TO BE IN KL LIVE on 23rd FEBRUARY 2012 .