Followers

Friday, December 19, 2008

Cherry Blossom Korea



Tadi aku bukak email, nampak ade email dari Joe, tour guide aku kat korea dulu. He..he..he.. aku tak expect pula Joe yang reply email aku. Aku ingatkan staff die si Jimmy tu. Tapi tak kisahlah. Janji aku dapat apa yang aku nak. Excited betul aku bila tengok gambar-gambar yang Joe attached dalam quotation dia tu. Teringat balik kenangan-kenangan di Korea. Aku dah emailkkan quotation tu pada mereka-mereka yang gilakan Korea seperti aku. Hehehe..FYI, harga tu hanya harga tour sahaja. Memang agak murah sebab kita pergi direct through Korean agent. Kalau kita ikut agent kat Malaysia, mahal sikit lah sebab diaorg pun nak kena mark-up keuntungan diaorg kan? Yang membuat kan harga tu boleh mencecah ribu-ribu RM tu, ialah harga air fare. Memang mahal gila harga tiket kapal terbang ni. Boleh demam aku dibuatnya. Bayangkan, masa last aku pergi awal tahun 2007, aku kena spend RM3200++ untuk keseluruhan tour aku tu. Tapi bila sampai kat Korea, aku dapat tahu dari Joe, expenses kami di sana hanya dalam 250USD. Campur, tolak, bahagi, darab lebih kurang RM900 je duit kite! Maknanya selebihnya itu adalah harga untuk air fare, tax dan ‘benda-benda lain’ (apa benda pun aku tak tahu). Dengar cerita, yang bagi harga mahal-mahal tu adalah Agency kat Malaysia ni. Ntahlah, aku pun tak tahu. Walaupun agak ralat bile dengar benda tu, tapi aku enjoy juga lah time aku di Korea tu. Bukan senang seh nak pergi sana. Tiga tahun aku saving. Semuanya gara-gara Winter Sonata..hehehehe…
Kali ni, Joe offer tour waktu Cherry Blossom tengah berkembang. Hehehe..bile tgk je Cherry Blossom ni terus teringat kat Jue and Sakuranya. Macamana Jue? Interested? Mana tau, kita boleh teseremapk ngan Ryan. Hhehehe... Aduhai..terasa sangat nak pergi. Tapi mampukah? Hmmmm....

2 comments:

  1. farah!!...

    tadi dah chck tiket ngn mas..rm2576pergi balik..kalau 2 april pergi n balik 6 april.harga under super saver nyer..kalau x mahal lagi tu...okla..tapi yg sadisnyer..baru jer abis duit utk renovate umah..huhu..camne ni..xder flight yg murah lg ker?kalau pergi ngn other penerbangan bolehkan...adoiii..terujanyer tgk gambar2 tu..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. +/- lebih kurang 3 ribu gak nak p sana kan? saya pun tak tau lah dpt p ke tak. RM kat dalam savings tu makin hari makin susut. la ni banyak benda pula yg memerlukan duit tu keluar. hari tu keta kena calar. bayangkan dari sit depan sampai belakang dicalarnye. besar pulak tu. cat tu dah lah metalic! memang nak kena org yang buat tu. semalam lagi sadis. komputer kat rumah kena virus. on je dia off balik. nak tau cite yg lagi best? punca datang dari thumb drive saya. ya allah jue, thumb drive tu pun dah jahanam! habis semua cerita2 saya kat dalam tu. yang simpan kat dalam komputer kat rumah partial je. kalau technician tu boleh selamatkan komputer tu, selamatlah ilham and firhan. kalau tak? mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!nak naggis ni!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete