Followers

Monday, September 26, 2011

Depress!


Hari ini aku sangat terTEKAN! Kerja yang mudah tiba-tiba menjadi rumit gara-gara komputer buat hal. Tak pasal-pasal 5 buah file jadi corrupted dan aku terpaksa re-do semula 10 helai drawing! Kalau sikit-sikit kerja tak apa, ini setiap drawing kena buat 90% perubahan. Arghhh!!!! Mood rasa macam nak bom benda je ni!
p/s: entri ini ditulis untuk melegakan kepala otak yang rasa macam nak meletup ni!

Untuk kamu


"Kopi itu nikmat bila pahit dan manis bersatu menjadi satu" Yes Chef! ♥ fh ♥ ~

Monday, September 19, 2011

I'm oK

Sometimes when I say "I'm okay." I want someone to look me in the eyes, hug me tight, and say, "I know you're not.

Thursday, September 15, 2011

My View : Sayangku Casper by Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi


Judul: Sayangku, Casper
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima

Note: Entri ini mungkin mengandungi spoiler bagi yang belum membaca Sayangku Casper, harap maklum.

Sinopsis Sayangku Casper : Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

Jumaat lepas, saya berjaya memperolehi naskah terbaru penulis Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi, yang berjudul Sayangku Casper. Teruja sungguh hendak membaca buah tangan kedua Anita Aruszi dalam genre komedi romantik ini. Tepat jam 9 malam, saya mulakan pengembaraan saya dalam dunia Sayangku Casper dan penggembaraan di Kota Paris itu tamat jam 2.40 pagi. (oh, ini memang tabiat membaca saya.. ^_^)
Apa yang boleh saya katakan tentang novel ini? Ia sebuah naskah santai yang menghiburkan. Hampir 90% daripada isi kandungan novel ini berlatarbelakangkan Kota Paris, kota yang cukup sinonim dengan cinta. Membaca novel ini seolah-olah kita juga sedang menggembara ke Paris seperti Tia Adila. Saya rasa itulah keistimewaan novel ini. Cara penulis mengambarkan keindahan tempat-tempat seperti Square du Vert-Galand, Sungai Seine, Eiffel Tower dan Sacre-Coeur di Montmartre sangat indah membuatkan saya seolah-olah sedang berada di Paris bersama Tia dan Rafique.
Sayangku Casper, walaupun dikatakan sebuah kisah santai tetapi bagi peminat Anita Aruszi pasti sudah dapat  membaca corak penulisannya. Dalam santainya, masih diselitkan sedikit elemen misteri. Dan kali ini saya agak terpedaya dengan tanda tanya yang dicipta oleh Anita. Rupa-rupanya apa yang saya agak tidak mengena. Apakah misteri tersebut? Bacalah novel ini, kalau nak tahu. :P
Secara keseluruhan, saya sukakan buah tangan terbaru penulis ini. Cuma ada satu perkara yang mengganggu saya. Penggunaan bahasa perancis yang agak kerap sebenarnya sedikit mengganggu konsentrasi saya. Walaupun disediakan terjemahan di sebelahnya, tapi ia agak 'meletihkan' sebab kita terpaksa membaca sebanyak 2 kali lebih-lebih lagi bila ia melibatkan dialog yang agak panjang (jangan marah ya, Che Nita...). Terbelit jugaklah lidah nak menyebut perkataan-perkataan itu. hehehe...
Jadi Che Nita, dengan ini sukacita saya maklumkan, awak mendapat kelulusan piawaian yang tinggi untuk Sayangku Casper. Keep up the good work.  (^_^)V

Sacre-Coeur, Montmartre
Salah satu babak di dalam Sayangku Casper berlaku di sini. Babak yang buat Tia Adila berubah menjadi Adelie de Casper. Nak tahu lebih lanjut, silalah baca novel ini... :)


Sungai  Seine
Babak romantis di dalam novel ini (bagi sayalah), berlaku di tempat ini... :)


Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman-teman blog Escapism. Mohon maaf zahir dan batin kiranya ada terkasar bahasa selama perkenalan kita ini. Kepada yang pulang berhari raya di kampung, memandulah dengan berhati-hati. Saya doakan anda selamat pergi dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Salam Aidilfitri semua....

Tuesday, August 23, 2011

P. Ramlee - Suara Takbir (FULL SONG + LYRICS)





Dari dulu lagi, lagu raya yang inilah yang paling saya suka. Setiap kali dengar lagu ni, mood raya tu akan datang secara automatik. Tiba-tiba rasa teruja nak beraya. Masa kecil-kecil dululah. Sekarang ni, rasa teruja tu tak berapa nak ada sangat. Mungkin sebab makin meningkat usia, kita makin faham makna hari raya jadi perasaan yang hadir setiap kali Syawal menjelma dah tak sama macam zaman kanak-kanak dulu.
Dulu masa muda remaja (sekarang ni pun muda lagi cuma tak remaja sangatlah..hihihi) kalau nak raya je, mulalah sibuk dengan baju baru dan kasut baru. Mesti nak berpasang-pasanglah. Baju kurung tu kalau tak tiga empat pasang tak rayalah maknanya. Bab biskut raya, hidangan hari raya memang tak ambil kisah sebab itu tugas orang-orang tua. Itu masa nak menjelang raya. Bila dah masuk bulan Syawal, mulalah sibuk kira duit raya pulak. Makcik mana beri lebih. Pakcik mana beri kurang.
Tapi itu cerita dulu. Zaman fikiran kebudak-budakkan.
Sekarang ni, hari raya bagi saya adalah hari kemenangan saya berjaya melalui bulan Ramadhan yang mulia. Hendaknya pada tahun ni, macam-macam perkara berlaku pada keluarga. Memang banyak ujian kami sekeluarga. Tapi alhamdulillah, hingga ke hari ini kami berjaya tempuhinya.
Persiapan raya tahun ni sederhana sahaja. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, saya tak tempah baju kurung baru. Pakai sahaja apa yang ada dalam almari tu. Biskut raya pun buat 2-3 jenis sahaja. Tapi walaupun 2-3 jenis aja yang kami buat, kami buat dalam kuantiti yang banyak. Nak tercabut jugaklah pinggang dibuatnya hujung minggu lepas. Semuanya sebab menjadi kemestian pada kami sekeluarga untuk buat banyak-banyak dan beri kepada saudara mara. Penat yang ditempuhi rasa sangat berbaloi bila melihat wajah mereka tersenyum bila dapat biskut raya dari kami.
Raya tahun ni, macam biasa kami akan beraya di Selayang sahaja. Adik-adik pun semuanya akan berkumpul di sini. Pagi raya selepas solat, kami akan balik ke Melaka melawat saudara mara di sebelah selatan. Raya kedua kami akan melawat saudara mara di sebelah utara pula. Hari raya ke-empat baru kami berada di rumah. Jadi kepada semua kawan-kawan yang tak beraya ke kampung tu, jemputlah datang ke rumah ya? :)

Tuesday, August 2, 2011

Ayah

Semalam puasa pertama. Sewaktu aku dan mak sedang sibuk siapkan hidangan untuk buka puasa, ayah datang dapur. Soalan standard darinya "hari ni kita buka apa?" Lepas mak beritahu satu persatu menu kami petang tu, dia terus cakap "ayah nak keluar cari murtabaklah." Aku bising juga mulanya. Ye lah, di rumah tu cuma kami bertiga yang akan berbuka. Adik-adik aku semua akan berbuka di tempat kerja masing-masing. Siapa nak makan? Aku? Cukuplah dengan nasi lauk rendang ayam tu. Tak perlu nak kuih muih itu semua.  Bila mak dengar aku membebel-bebel dia bagi jelingan maut. "Dah ayah terasa nak makan, biarkanlah!" Kata mak. Aku terus diam.

Pukul 6.30 ayah balik berlenggang kangkung. Aku tanya mana murtabaknya? Selamba ayah jawab, "ayah tak sempat sampai pun..." sambil tangan dia tunjuk ke arah sebelah kiri kereta. Ternganga aku tengok cat kereta tu dah bertukar warna. Dari putih dah campur kaler merah. Rupa-rupanya kereta ayah bergesel dengan kereta lain masa nak keluar ke jalan besar. Aku dah tak terkata apa. Ayah awal-awal dah cakap memang salah dia. Tapi jauh dalam hati aku salahkan diri aku. Sepatutnya aku je yang keluar cari murtabak tu. Bukannya ayah. Sebab mata ayah memang dah kabur sebelah kesan penyakit kencing manis dia. Memang tak sesuai untuk memandu. Kalau ikutkan semalam ayah kena buat laser treatment untuk mata dia. Tapi sebab tekanan darahnya tinggi, doktor batalkan. Kena postpone ke minggu depan.

Semalam puasa pertama. Tapi aku rasa aku tak dapat apa... :(