Followers
Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts
Tuesday, January 24, 2023
Monday, November 21, 2011
Kita Tak Bodoh
Pembaca paling muda yang membaca novel aku berusia 12 tahun. Dan baru-baru ini dia email aku dan mengadu result UPSR nya tidak begitu memberangsangkan. Kesian aku baca luahan hati adik ni. Aku dapat bayangkan apa yang dia rasa sebab aku pernah berada di tempat adik tu lapan belas tahun lalu. Adik Fi, sabar ya sayang.
Pengakuan berani mati; result UPSR aku cuma 3A 1B (Zamana aku dulu 4A). Yup, aku bukan stock budak2 bijak pandai. Yang dapat 4A. Masa result diumumkan, aku bukan ada kat selayang pun. Masa tu aku berada di kampung. Cuti sekolahlah katakan. Jadi yang pergi mengambil result aku tu adalah ayah. Aku tahu, walaupun mulut ayah cakap, tak apa. Bagus juga 3A 1B tu, tapi dalam hati aku tahu dia kecewa. Dia harap sangat aku dapat 4A. Kalau tidak takkan dia buat statement "bilalah dia ni boleh jadi macam budak2 tu?" ketika dia tengok berita yang siarkan reaksi murid-murid yang berjaya dapat 4A. Aku agak terasa hatilah masa tu. Bukan setakat ayah aku je. Ibu saudara, nenek, atuk dan seisi keluarga pun ada rasa yang sama. Maklumlah, aku ni cucu sulung. Jadi apa sahaja yang aku buat, mesti jadi perhatian mereka. Mereka nak aku jadi benchmark untuk adik2 sepupu aku yang lain. Sangat besar tanggungjawab itu sebenarnya.
Tapi nak buat macam mana. Aku dah berusaha bersungguh-sungguh. Masa aku darjah 6, TV adalah perkara yang paling dilarang. Boleh kira dengan jarilah berapa kali aku dibenarkan menonton TV. Semuanya sebab nak suruh aku concentrate pada studi. Aku tak pergi tuisyen pun macam budak-budak lain. Ilmu tambahan aku cuma dari kelas tambahan yang cikgu buat di sekolah. Masa trial UPSR result aku, 2A 1B 1C. Memang semangat aku dah jatuh masa tu. Dah lah masa darjah 6 aku ni duduk dalam kelas budak-budak pandai. Jadi bila result aku macam tu memang ada rasa rendah diri sebab member2 semua dapat 4A.
Sebaik sahaja aku masuk sekolah menengah, aku pasang tekad sendiri. Whatever happend, aku akan pastikan result PMR aku gempak. Nasib aku baik sebab dapat masuk kelas ke-2. Kiranya ni kelas ke-2 terhebatlah dalam sekolah. Kelas pertama tu khas untuk budak2 yang dapat 4A tapi tak dapat masuk asrama penuh. Gila-gilalah aku belajar masa sekolah menengah. Tapi kalau dah masukk kelas budak2 pandai kan, jadi nak result terbaik tu susahlah sikit. Walaupun A berderet tapi peratusan keseluruhan markah tak tinggi sangat. Tapi itu cukup membanggakan aku. Ya lah, aku kan budak tak berapa nak pandai. So, kalau dapat lebih sikit daripada biasa tu memang bangga gilalah!
Result PMR yang gempak membuatkan aku dipaksa masuk aliran sains. Ya, aku dipaksa. Kalau ikutkan hati nak duduk kelas akaun. Tapi sebab pelajar yang pilih aliran sains tak ramai, maka mereka2 yang dapat banyak A tu kena masuk kelas sains. Ada kes ugur mengugut lah masa tu. Aku yang lurus bendul ni, terus percaya je dengan ugutan2 tu. Maka aku pun bergelarlah pelajar Science Stream. Dan macam biasa, kalau kita tak minat tu kan, semua benda pun serba tak kena. Result exam hancus. Aku palingg benci subjek Fizik, Kimia dan Add Math. Pengakuan berani mati lagi; untuk 3 subjek itu aku selalu dapat F9! Ya, di Tingkatan 4, aku adalah di antara penyumbang kemerosotan peratusan markah untuk 3 subjek itu. Masa tu lah baru cikgu suruh fikir balik keputusan aku duduk kelas sains dan aku dinasihatkan masuk aliran sastera. Gila? Dah setahun aku perah otak duduk kelas sains, lepas tu nak suruh aku masuk kelas sastera pula? Dah setahun kot! Aku ni bukan budak genius yang boleh catch up semua benda yang dah diajar dalam tempoh setahun tu dalam jangka masa yang pendek. Jadi, nak tak hendak aku kena belajar sukakan Fizik, Kimia dan Add Math. Aku masuk kelas khas yang cikgu buat tiap-tiap pagi. Kelas yang memang dibuat khas untuk budak2 bermasalah. Perasaan malu kena tolak tepi. Nak pandai kan?
Alhamdulillah, berkat usaha keras aku berjaya juga dalam SPM. Habis SPM aku dapat tawaran buat Sains Komputer di UPM. Ini pun satu hal jugak. Aku tak suka course tu tapi mak ayah beriya suruh aku ambil sebab nak tengok aku masuk universiti. Puas aku cakap, aku tak minat. Aku tak suka buat benda yang aku tak minat sebab aku tahu it will end up in a disaster! Tapi akhirnya aku kena pergi juga. Namun, Allah itu Maha Pengasih. Sehari selepas hari aku mendaftar di UPM, aku dapat surat tawaran dari UiTM untuk kursus Pengajian Media dan Komunikasi! Dan ayah sedikit lenient kali ini. Dia tanya aku, nak pergi tak? Aku tak fikir panjang terus jawab ya! Dan akhirnya aku berjaya bergelar mahasiswa UiTM.
Aku berkongsi semua ini untuk Adik Fi dan mereka di luar sana yang senasib dengan Adik Fi. Aku nak mereka tahu yang apa yang mereka lalui kini pernah aku dan aku percaya, orang lain juga pernah lalui. Tak apa dik, kalau adik tak dapat 4A, 5A hatta 6A sekalipun. Perjalanan hidup adik masih jauh. Jangan berputus asa. Tingkatkan lagi usaha. Akak asalnya bukan dari golongan pelajar-pelajar cemerlang tapi alhamdulillah, akak berjaya menjadi 'manusia' hari ini.
Remember sayang, It is not about how many A's you get, but the knowledge you pick up along the way.
Semoga berjaya Fi...
Friday, October 7, 2011
sarkastik me...
Bila aku jadi sarkastik, orang sekeliling akan kecil hati. Mostly yang akan kecil hati tu adalah orang yang tak mengenali diri ini dengan rapatnya. Kalau yang memang dah masak dengan perangai aku, diaorang dah tak rasa apa dah. Siap balas balik 'kesarkastikkan' aku tu lagi ada. Dan ada yang lebih bijak tu akan jauhkan diri kalau aku tengah dalam sarkastik mode.
Sarkastik mode adalah fasa yang akan aku lalui kalau aku sedang sakit. Ini bukan sakit biasa2 macam demam atau selsema tu. Bukan juga kalau sakit kepala dan migraine yang memang dah jadi sebahagian dari hidup aku. Ini sakit yang memerlukan aku kena berulang alik hospital, jumpa doktor dan duduk di wad emergency pukul 2-3 pagi. Sakit yang buat aku berubah dari orang yang jenis tak kisah kepada orang yang nak baran setiap masa. Bila aku sakit begini, automatik diri aku akan menjadi manusia yang sangat ANNOYING. Kalau macam Annoying Orange tu ada ampun lagi. Tap aku ni stok annoying yang buat orang rasa macam nak belasah bagi tak bangun terus. Kira tahap meyampah petala ke-7 la. (Walaupun perit nak akui kelemahan diri, tapi ini adalah hakikat.) Sebab itu aku cakap, siapa yang rapat dengan aku akan bertahan dengan perangai aku yang satu ini, tapi siapa yang tidak memang confirm akan menyumpah-nyumpah dalam hati. Mungkin jugadoakan benda-benda yang tak elok untuk aku? Tak apa, itu hak you all.
Tapi perlu diingatkan, aku cuma akan sarkastik kepada orang yang intention nya memang nak menyakitkan hati atau cuba membuat lawak tak bertempat. Tolonglah prihatin dengan keadaan sekeliling anda sebelum anda nak buat lawak-lawak bodoh dan tak bermakna tu. Datang dengan niat kononnya nak melawat orang sakit, but you end up making nasty jokes about my sickness? WTH? Memang sengaja menempah bala jawabnya tu.
Judging from the look in her face when she left just now, I know she hates my guts. And in the mood that I'm in right now, I simply don't give a damn! Hate me, like me, love me, despise me...I don't really care. You're not important in my live nor I'm in yours. So apologizing to you (as my mak instructed me to) is not my main priority. I will apologize in due time. But right now I'm so pissed and all i want to do is talk t***h about you. x-(
p/s: I secluded myself from virtual world especially facebook because I'm trying to avoid making sarcastic comments to those annoying status. Saya minta maaf kepada kawan-kawan di RKN sebab missed continue countdown untuk baby baru kita dua hari ni. Keadaan diri sangat tidak mengizinkan. :(
Monday, September 26, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Ayah
Semalam puasa pertama. Sewaktu aku dan mak sedang sibuk siapkan hidangan untuk buka puasa, ayah datang dapur. Soalan standard darinya "hari ni kita buka apa?" Lepas mak beritahu satu persatu menu kami petang tu, dia terus cakap "ayah nak keluar cari murtabaklah." Aku bising juga mulanya. Ye lah, di rumah tu cuma kami bertiga yang akan berbuka. Adik-adik aku semua akan berbuka di tempat kerja masing-masing. Siapa nak makan? Aku? Cukuplah dengan nasi lauk rendang ayam tu. Tak perlu nak kuih muih itu semua. Bila mak dengar aku membebel-bebel dia bagi jelingan maut. "Dah ayah terasa nak makan, biarkanlah!" Kata mak. Aku terus diam.
Pukul 6.30 ayah balik berlenggang kangkung. Aku tanya mana murtabaknya? Selamba ayah jawab, "ayah tak sempat sampai pun..." sambil tangan dia tunjuk ke arah sebelah kiri kereta. Ternganga aku tengok cat kereta tu dah bertukar warna. Dari putih dah campur kaler merah. Rupa-rupanya kereta ayah bergesel dengan kereta lain masa nak keluar ke jalan besar. Aku dah tak terkata apa. Ayah awal-awal dah cakap memang salah dia. Tapi jauh dalam hati aku salahkan diri aku. Sepatutnya aku je yang keluar cari murtabak tu. Bukannya ayah. Sebab mata ayah memang dah kabur sebelah kesan penyakit kencing manis dia. Memang tak sesuai untuk memandu. Kalau ikutkan semalam ayah kena buat laser treatment untuk mata dia. Tapi sebab tekanan darahnya tinggi, doktor batalkan. Kena postpone ke minggu depan.
Semalam puasa pertama. Tapi aku rasa aku tak dapat apa... :(
Tuesday, July 12, 2011
Takut
Aku tengah makan malam semalam bila adik tiba-tiba berbisik:
Adik: Along, tadi mak batuk keluar darah...
Terus suapan aku terhenti. Nasi dan lauk di dalam pinggan dah tak nampak sedapnya.
Aku: Banyak ke?
Adik: Tak sure. Tadi pun orang nampak kesan tu pada tisu yang mak buang. Lepas tu semalam adik ada cakap selsema mak pun ada darah sikit. Orang ingat sebab panas. Tapi bila dengar batuk dia macam batuk yang dulu, orang takut penyakit lama datang balik lah.
Aku: Jom, kita bawak pergi hospital.
Adik: Mak tak nak. Orang dah ajak petang tadi.
Aku terus senyap. Masa tu jugak aku dengar mak batuk-batuk semula. Betul cakap adik aku, batuk mak dah bunyi macam batuk dia masa dia sakit dulu. Batuk yang tak lepas keluar. Aku terus pergi dapur cari mak.
Aku: Mak, jomlah pergi hospital. Batuk tu lain macam je bunyi.
Mak: Tak payah. Batuk biasa je ni...
Aku: Habis yang campur darah tu?
Mak diam lama. Aku mula membebel-bebel kat sinki.
Mak: Tak ada apa-apalah. Sekarang ni kan cuaca tak menentu. Panas sangat agaknya sebab tu hidung mak berdarah.
Aku: Saya tak kira. Esok kalau batuk mak teruk lagi, kita pergi hospital. Kalau kena seret pun, saya seret!
Aku terus tinggalkan mak seorang diri dekat dapur. Masuk bilik aku menanggis. Aku tahu aku kurang ajar bila bercakap dengan mak macam tu. Tapi aku risau kalau betul penyakit lama mak datang semula. Kawan-kawan mak ada yang mengadu cakap yang badan mak sekarang ni makin kurus. Bila aku dengar cerita macam tu, campur pulak dengan keadaan mak yang batuk-batuk tak berhenti tu, makin hati aku risau. Risau sebab semua benda tu pernah mak alami sebelum dia terlantar sakit dulu. Aku takut nak bayangkan kalau perkara tu betul. Aku tak yakin aku mampu nak hadapi keadaan yang sama untuk kali kedua. Aku takut!
Monday, June 6, 2011
Kerja gila @ Gila kerja?
Lama tak update blog ni. Sampai kena perli dengan juliaesqa pun saya tak juga update2. Bukan tak nak. Bukan juga malas. Alasan ni mungkin kedengaran klise tapi itu adalah hakikatnya. 2 bulan kebelakangan ini dan hinggalah ke akhir tahun ini, saya sangat dan akan sibuk. Bulan lepas sahaja, lebih dari 3 kali saya terpaksa tidur di pejabat. In coming months, I'll be facing the same routine. For how long? Entahlah. Saya tak kuasa nak fikir sebab kalau difikirkan saya akan jadi letih. Tahap kesihatan saya pun sedikit menurun sejak kebelakangan ini. Awal-awal saya dah beritahu ketua saya, andai kata badan saya bertambah teruk, saya akan kembali mengikut waktu kerja yang dimeterai dalam appointment letter saya, 8.30 - 5.00 pm. No more overtime, no more staying overnight. Walaupun saya ni muda lagi tapi badan saya ni tak sihat macam orang muda lain. Silap sikit, senang sangat jatuh sakit. Ini memang dah keturunan sebelah mak. Walaupun kami berkeupayaan buat kerja-kerja berat, tapi bila badan dah mula bagi signal suruh berhenti, kami kena berhenti. Tak boleh nak paksa diri. Kalau degil juga, tanggunglah akibatnya. Kalau anda semua nak tahu, wanita-wanita di dalam keluarga kami (sebelah mak saya ye) umur mereka tak panjang mana. Puratanya sekitar 55-60 tahun sahaja. Itu hasil kajian kami selepas kami tengok salahsilah keluarga semalam. Mak saya sempat lagi perli saya "Kalau nak masuk carta, kerjalah lagi sampai 5-6 pagi selalu!" Aduhai, mak! Bukan kehendak diri ini. Kalau ikutkan akal yang normal ni, siapalah yang sanggup 'berumah tangga' di pejabat? Siapalah yang sanggup tidur kat atas kerusi 'patah pinggang' tu?
Ok. Need to get back to work. Sebelum tu maafkan saya kalau saya tak cepat balas email, saya tak berapa 'mesra' chatting di YM, saya menjadi silent reader di FB dan saya tidak update blog enovel. Bukan saya tak nak, tapi fikiran saya sedang serabut dengan macam-macam hal. Minta maaf sangat-sangat. Doakan saya agar badan saya ni dapat bertahan untuk hadapi kerja saya yang sedang menggila ni,ya.
Thursday, February 17, 2011
Sekadar Coretan
"Wanting something that out of our grasp is crucifying. I want it so bad and it hurts a great deal because I know it will never be mine. Sadness and dissapointment are flooding in my heart right now. I've tried so hard to push it aside. I've tried so hard not to cry. I told myself I need to be strong but at the end of each day, I will cry myself to sleep. Pathetic? Maybe. But then again, I'm only human. A weak one that is." - Quote from my upcoming e-novel, S.O.U.L...
p/s: Seorang kawan komplen blog saya dah bersawang. Sesungguhnya saya tiada mood nak update entri sebab bebanan kerja di pejabat. Jadi saya copy dan paste saja ayat-ayat dalam e-novel saya. Kebetulan ayat ini ada kena mengena dengan apa yang saya lalui sekarang. Sekadar untuk berkongsi dengan pembaca semua. :)
p/s: Seorang kawan komplen blog saya dah bersawang. Sesungguhnya saya tiada mood nak update entri sebab bebanan kerja di pejabat. Jadi saya copy dan paste saja ayat-ayat dalam e-novel saya. Kebetulan ayat ini ada kena mengena dengan apa yang saya lalui sekarang. Sekadar untuk berkongsi dengan pembaca semua. :)
Wednesday, January 26, 2011
Cubicle Rant : Tolong!
Saya sedang diuji. Kesihatan saya sedang merosot waktu ini. Mood saya sangat tidak elok. Saya mohon, TOLONG jangan sesiapa provoke saya dalam keadaan saya yang macam ini. Saya takut saya tidak dapat kawal emosi. Saya tidak mahu anda menjadi mangsa kemarahan saya. Terima kasih kerana memahami...
Tuesday, December 21, 2010
Cuti! Yeay!
Minggu ini saya terpaksa bekerja lebih masa. Kenapa? Sebab minggu depan saya akan bercuti hingga ke 2.1.2011. Saya akan kembali ke pejabat pada 3.1.2011. Ikutkan hati saya malas nak bercuti lama-lama tapi bos 'paksa' saya habiskan cuti saya yang masih berbaki 15 hari itu. Banyakkan? Jadi hendak tak hendak saya terpaksalah bercuti minggu hadapan.
Semalam saya sempat merangka aktiviti yang akan dilakukan sepanjang masa bercuti itu. Yang pasti tidak ada acara 'cuti-cuti Malaysia ataupun antarabangsa' kali ini. Saya akan ke rumah mak su saya di Klang dan habiskan waktu di sana dengan membaca novel dan menulis. Ini juga bermakna tidak ada internet untuk saya selama seminggu. Seminggulah saya 'terputus' hubungan dengan dunia online. Harap-harap tidak ada peristiwa hangat akan berlaku dalam masa tu nanti. :P
Malam ini saya akan mula pack novel yang bakal dibaca nanti. Senarai paling atas ialah Planet Planet Cinta yang terpaksa saya sorok dari pandangan mata saya sekarang demi mengelakkan diri dari terbaca. Saya perlu masa yang betul-betul senggang untuk mengembara ke Jupiter. Next on my list is, Semanis Coklat. Selain tu ada tiga buku lagi yang bakal dibaca. Harap-harap semuanya selesai dibaca masa cuti ini. Tahun depan mahu cari buku baru pula!
Cuti ini juga akan saya gunakan untuk habiskan 2 buah draft cerita. Ini pun saya harap dapat disiapkan sebelum tahun baru menjelang sebab selepas tu saya nak mulakan proses editing. Saya dah letak target, tahun depan sekurang-kurangnya saya nak siapkan 3 manuskrip. Doakan target saya tercapai ye? :)
***
Oh ya, kepada pembaca blog e-novel Kasih Ilham ada sesuatu yang perlu saya beritahu. Tahun baru ini saya akan buka kembali blog itu. Kepada mereka yang ingin tahu kesudahan Ilham dan Kyriel, jangan lupa ke blog itu nanti ya?
Monday, December 6, 2010
Dulu dan Sekarang
: pic
Baru-baru ni saya terdengar keluhan seorang ibu yang datang mengadu pada emak. Dia sudah mati akal dengan perangai anaknya. Nasihat sudah. Marah pun sudah tapi anaknya itu masih tak nak berubah. Dalam dia mengeluh, dia akui kesilapan diri dia dan suami. Katanya dia terlalu memanjakan anak-anak. Dia terlalu mewahkan anak-anak dia hingga budak-budak itu naik lemak dan tidak mahu mendengar kata. Dalam pada tu, mak turut mengeluh mengenangkan adik-adik saya yang lahir ketika keluarga kami sudah mulai ‘senang’. Lebih kurang saja perangai mereka semua. Keluhan tu buat saya terkenangkan zaman saya membesar.
Kami bukan orang senang pada asalnya. Sewaktu mak dan ayah mula-mula berkahwin dulu, mereka tinggal di kuarters kerajaan di Jalan Sultan Salahuddin. Bukannya rumah sendiri pun tapi menumpang di rumah arwah wan. Ayah saya bukannya orang senang (literally). Walaupun keputusan STP dia bagus tetapi disebabkan kesempitan hidup, dia tidak menyambung pelajaran. Alasan yang klise kan? Tetapi itulah hakikatnya. Ayah hanya anak angkat kepada arwah wan. Ibu dan ayah kandungnya dah meninggal dunia sewaktu dia masih bayi lagi. Arwah wan pun bukannya orang lain, tetapi ibu saudara dia sendiri. Tetapi kalau dah adat menumpang kasih orang, terima sahajalah apa yang ada. Kalau kurang jangan nak meminta. Sebab itulah ayah tak sibuk-sibuk merengek dengan arwah wan nak sambung belajar. Disebabkan itu, habis sahaja sekolah ayah terus bekerja. Perkerjaan pertama ayah adalah sebagai pengawal keselamatan di sebuah universiti tertua di Malaysia. Rezeki ayah murah, beberapa bulan bekerja di situ ada pihak pengurusan keluarkan iklan jawatan kosong sebagai pembantu tadbir di situ dan ayah terus ambil peluang yang ada.
Lepas ayah dapat kerja sebagai pemb. Tadbir, kami sekeluarga menyewa di sebuah flat di Jalan San Peng. Masa tu umur saya sekitar 2 tahun. Sewaktu kecil, arwah nenek dan atuk yang menjaga saya dan adik. Saya ingat lagi setiap hari mak akan ulang alik hantar dan ambil kami dari rumah kami ke blok sebelah (rumah nenek). Hidup sewaktu tu memang bahagia sangat. Saya cucu sulung jadi perhatian tu memang lebih dari yang lain. Saya memang dimanjakan oleh mereka semua. Tapi itu tak bermakna kalau saya buat salah, saya tak kena marah. Manja, manja jugak. Tapi kalau buat perangai memang akan kena dengan nenek!
Dua tahun kemudian, nenek dan atuk pindah balik ke kampong di Melaka. Disebabkan kami masih belum bersekolah, saya dan adik ikut sama tinggal di kampong dengan mereka. Setiap kali cuti hujung minggu, ayah dan mak akan jenguk kami di Melaka. Dulu kami empat beranak tiada kereta. Tapi ayah gagahkan juga menunggang motosikal Hondanya dari KL ke Melaka. Sudahlah masa tu tak ada highway! Mak pernah bising betapa dia sakit pinggang kalau mereka balik ke kampong waktu tu. Kesudahannya, mereka balik naik bas sahaja (mungkin ayah tak tahan dengar mak membebel! Hehehe)
Sewaktu saya memulakan alam persekolahan, fasa baru dalam hidup kami pun bermula. Ayah dah mampu beli rumah sendiri. Kami sekeluarga berpindah ke Selayang. Rumah teres dua tingkat itu menjadi istana kami berempat. Daripada flat dua bilik, kami duduk di rumah tiga bilik. Waktu tu sayalah budak yang paling kaya sebab sepupu yang lain duduk di rumah flat lagi! Hehehe... Di sini semuanya berubah. Bermula dengan sebuah motor, ayah dah mampu beli kereta. Mak dah tak bising sakit pinggang lagi. Dari berempat, kami dah jadi berenam. Dari seorang cucu yang manja, saya dah jadi kakak kepada 4 orang adik lelaki. Tanggungjawab pun dah lebih.
Itu semua cerita 24 tahun dulu. Sekarang walaupun kami masih tinggal di rumah yang sama, keadaannya dah tak sama macam dulu. Rumah tak meriah sangat sebab adik-adik dah ada kehidupan masing-masing. Yang dah kahwin dah ada rumah sendiri. Yang masih belajar hanya ada di rumah sewaktu cuti semester. Ayah dan mak pun dah semakin tua. Kesihatan pun dan mula merosot. Ayah yang satu masa dulu cukup kuat dah mula sakit sana sini. Baru-baru ni dia diserang mild-stroke. Tapi alhamdulillah, masih belum tahap serius. Mak pun sudah tak bekerja. Dia sudah menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bila saya fikirkan jerit perih dan susah payah yang kami hadapi sepanjang masa ni, buat saya semakin hargai kesenangan yang saya ada sekarang. Sewaktu saya membesar saya tak semewah kawan-kawan yang lain. Nak itu ini, senang saja diperolehi. Sedangkan saya kena berkira-kira nak minta pada mak dan ayah. Sebab itu sekarang, kalau saya nak apa-apa saya terus dapatkan tanpa fikir panjang. Sebab saya dah pernah rasai betapa seksanya untuk saya perolehi semua itu masa saya membesar dahulu.
Tiga orang adik saya sangat beruntung kerana sewaktu mereka membesar, mereka tak rasai apa yang saya dan adik pertama saya rasakan. Semuanya dah terhidang depan mata untuk mereka. Mereka tak perlu nak bersusah payah simpan duit belanja untuk beli buku rujukan. Tak perlu tunggu hujung bulan kalau terasa nak makan KFC. Tak perlu nak cari public phone kalau nak telefon sesiapa sebab masing-masing dah ada telefon bimibit! Beg sekolah saban tahun berganti. Kasut sekolah setahun dua pasang. Baju sekolah dua tiga pasang. Betapa beruntungnya mereka!
Buat generasi-generasi muda hari ini, hargailah apa yang anda semua ada sekarang. Jangan ambil mudah dan mengambil kesempatan di atas ‘kemewahan’ yang anda miliki. Tolonglah hargai apa yang ibu dan bapa anda sudah lakukan untuk anda. Bukan mudah jalan yang mereka lalui untuk sediakan segalanya untuk kita. Selagi masih ada kesempatan ni, balaslah jasa mereka. Bukan dengan wang ringgit tapi dengan diri kita. Jika diminta belajar, belajarlah hingga kita berjaya. Bila disuruh berbuat baik, buatlah dengan ikhlas. Bila dilarang lakukan sesuatu, patuhilah ia. Jadilah anak yang mendengar kata. Hanya itu yang mereka pinta...
Monday, November 15, 2010
Imaginasi yang terlebih!
Baru-baru ini saya balik ke kampung di Melaka untuk menjenguk rumah arwah nenek yang sudah hampir sebulan tidak dijenguk. Penat membersihkan rumah sepanjang hari membuatkan kami tidak larat nak masak sendiri untuk makan. Sudahnya kami ke Tampin untuk makan malam. Kalau dah di kampung tu, memang suasananya berbezalah dengan di bandar. Di bandar, pukul 9 malam pun orang masih keluar rumah. Jalanraya masih ada kenderaan bertali arus. Tapi di kampung, jangan kata pukul 9, sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, jalan raya dah sunyi sepi. Pintu rumah dah bertutup rapat. Kiranya pukul 9 malam di kampung, macam pukul 2-3 pagi di bandarlah. Sunyi dan sepi. Yang berbunyi cuma unggas-unggas malam dan macam-macam bunyi yang memang susah nak dengar di tengah bandar.
Perjalanan ke Tampin mengambil masa lebih kurang 30 minit dari kampung saya. Jalanraya yang dilalui memang lengang. Walaupun ada rumah-rumah di tepi jalan tu, tapi semuanya dah tutup pintu. Jadi perjalanan tu memang sunyi. Kalau dah sunyi tu, faham-faham sajalah. Mulalah kepala saya ni fikir benda macam-macam. Saat tu teringatlah segala macam kisah seram yang pernah saya baca dan tonton. Sewaktu melalui sebuah ladang kelapa sawit tiba-tiba saya terkenangkan cerita Janji Julia, Kak Maria Kajiwa. Mulalah terbayang scene yang Julia alami di dalam ladang tu. Seram sejuk jadinya.
Bila dalam perjalanan balik pula, kami melalui jalan yang sama. Nak dijadikan cerita, secara tidak sengaja kami terlanggar seekor beruk bewarna putih yan tersalah 'landing'. Disebabkan jam dah pukul 10.30 malam, jalan tu pula sunyi sepi dan gelap gelita, kami teruskan perjalanan. Entah apa nasib monyet tu, kami pun tak tahu. Masa tu bulu roma dah meremang. Kami pasang radio sekuat-kuatnya untuk tenangkan hati yang dah kacau. Masa ni saya asyik terkenangkan filem I Know What You Did Last Summer. Terbayang-bayang apa akan jadi kalau beruk tu mati dan suku sakatnya datang cari kami.
Tiga hari di kampung, macam-macam perkara yang terjadi. Bukanlah benda-benda yang menakutkan pun. Cuma imaginasi saya ni, bak kata Stacy 'terlebih sudah'. Apa sahaja yang berlaku, saya cepat sangatkan terbayangkan novel, cerita dan filem yang saya baca dan tonton. Bila dengar orang ketuk pintu rumah tengah-tengah malam, teringatkan filem Jangan Pandang Belakang. Hehehe...sedangkan itu nenek saudara saya dari rumah di atas, datang nak ambil kunci rumah! Bila nampak ada cahaya lampu di ladang getah depan rumah di subuh hari, saya dah mula fikir benda bukan-bukan sedangkan itu cahaya lampu kepala makcik/pakcik penoreh getah tu.
Bila balik ke KL lain pula ceritanya. Mak Su saya bercadang nak beli sebuah apartment baru. Kawasannya memang cantik. Lot yang ingin dibelinya mengadap bukit bukau dan kawasan hutan. Memang saujana mata memandang. Dan yang paling menarik, lot itu terletak di tingkat 13! Apa lagi, mulalah teringatkan karya Erti Cinta, Kak Maria! Kebetulan pula Mak Teh saya bercerita tentang sebuah lot apartment yang dikatakan haunted di sekitar kawasan Kg. Pandan. Waktu tu saya mula teringatkan budak kecil menanggis di tepi lif! Sekarang ni bila lalu je apartment yang tinggi-tinggi di waktu malam, terbayang-bayangnya cerita Erti Cinta.
Sebenarnya perkara ni dah berlaku sejak saya dulu lagi. Zaman cerita Speed, lakonan Keanu Reeves dulu, saya pernah takut nak naik lif sebab terbayang scene orang jahat tu memasang bom pada lif. Bila naik train terbayang filem Ghost Train. :P
Inilah penangan cerita seram/thriller/misteri dalam hidup saya. Yang peliknya, kalau berhadapan dengan perkara yang lovey dovey tu, tak nak pulak otak saya ni bayangkan novel-novel cinta dan filem romantik yang saya baca dan tonton! Bila diceritakan kepada seorang kawan, dia gelak besar. Saya tanya, 'gila ke aku ni?' Selamba dia menjawab 'You're not crazy. Just a little unwell!' Ada beza ke? Hurmmmm....
Monday, November 1, 2010
Kalau berpacaran...
Lokasi: Sebuah restoren di Damansara
Sabtu. 30.10.2010
Cik Adik dan Encik Abang yang ingin saya hormati,
Saya bukan ustazah yang layak untuk bersyarah tentang hokum hakam agama. Saya juga bukan kakak atau adik kamu yang punya hak untuk marah atau ‘menghadiahkan’ penampar ke wajah anda berdua yang tampan dan cantik itu. Saya cuma seorang perempuan, kakak dan anak kepada dunia, adik-adik saya dan emak dan ayah saya. Saya tahu saya tidak punya apa-apa hak untuk menegur kamu kerana antara kita tidak ada pertalian. Tapi saya juga tahu, walaupun DNA kita tidak sama, keturunan kita masih sama. Anda berdua dan saya datangnya dari Adam dan Hawa. Melihat dari cara Cik Adik berpakaian, saya kira kita berdua juga menjunjung rukun iman yang sama. Jadi atas tiket itulah, saya membuat teguran ini. Bukan apa, disebabkan saya berada di hadapan anda berdua ‘bekalan’ yang anda kumpul tu sedikit sebanyak terpalit pada saya. Percayalah, kalaulah masa boleh dipusing semula, saya akan pusing kembali ke putaran hidup yang sama kelmarin agar saya tidak perlu menyaksikan ‘telenovela’ yang anda berdua lakonkan. Selera makan saya juga terjejas disebabkan anda!
Cik Adik dan Encik Abang,
Ini hanya nasihat. Terpulanglah kalau mahu ikut atau tidak. Saya tahu anda berdua sedang asyik bercinta dan anda berdua mahu satu dunia tahu hakikat itu. Saya tak tahulah orang lain macamana, tapi melihat dari cara Encik Abang merangkul pinggang Cik Adik, saya tahu Encik Abang takut sayang gila dan takut kehilangan Cik Adik. Dan Cik Adik pun apa kurangnya. Pelukan dan lentukan ala-ala manja itu membuktikan yang Cik Adik juga sayang sangat dengan Encik Abang. Oh, itu belum lagi saat Encik Abang menghadiahkan ciuman hangat di pipi Cik Adik dan Cik Adik sambil tersipu-sipu malu (malu ke?) membalas ciuman Encik Abang. Kalau orang lain belum tahu, pasti public affection yang satu itu sudah cukup untuk memberitahu satu dunia yang anda sedang bercinta!
Alam bercinta ini memang indah. Saya tak tahu first hand tapi melalui novel-novel cinta yang saya baca, saat mula-mula anda berkenalan hinggalah ke saat anda melafazkan kalimah keramat I LOVE YOU (I have no idea why people say that!) memang anda rasakan dunia ini anda yang punya. Orang sekeliling tak wujud langsung. Saya rasa sebab itulah anda tidak segan silu berpelukan dan berciuman di khalayak ramai! Maklumlah, mata Encik Abang hanya nampak Cik Adik dan vice versa.
Tapi sayang, Encik Abang dan Cik Adik terlupa sesuatu. Anda bukan hidup berdua di dunia ini. Ada orang lain di sekeliling anda. Di sebelah anda ada saya; seorang perempuan yang masih tebal rasa malunya dan masih berfikiran konservatif walaupun kita sudah di abad ke-21! Berdekatan dengan anda juga ada sepasang suami isteri yang bersedih hinggakan si isteri mengeluarkan ayat “minta-minta anak dara kita tak macam tu ye, bang?” Oh, dan tidak jauh dari saya ada seorang lelaki yang merah padam wajahnya bila melihat Cik Adik melekapkan bibir ke pipi Encik Abang. Mungkin teringatkan adik atau kakaknya...
Alahai Cik Adik, di mana maruah Cik Adik? Di hilangnya malumu? Sewenang-wenangnya membiarkan tubuh anda disentuh lelaki yang bukan muhrim dan belum tentu lagi menjadi muhrim anda! Dan buat Encik Abang, anda sebagai seorang lelaki sewajarnya lebih mengerti. Bukankah anda dikurniakan 9 akal? Ataupun anda memang tidak berakal? Bayangkan kalau adik perempuan atau kakak anda diperlakukan begitu. Apa perasaan Encik Abang? Saya harap masih berperasaanlah ya. Kalau tidak, memang anda dah parah!
Saya tidak akan sentuh soal dosa pahala sebab saya bukan orang yang layak. Lagipun perkara itu memang sudah diajar sejak kecil lagi. Mak dan ayah di rumah pasti ada hantar anda berdua ke sekolah bukan? Di sekolah, saya percaya ustaz dan ustazah ada beritahu apa itu dosa dan apa itu pahala. Kalau anda tidak praktikkan, apa yang mampu kami lakukan? Umur bukan baru setahun dua. Tengok dari cara Cik Adik memakai tudung litup, saya kira Cik Adik tahu tentang dosa dan pahala. Atau bertudung itu pun sekadar fesyen? Tuhan saja yang tahu...
Encik Abang dan Cik Adik,
Saya minta maaf kalau apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan anda. Saya gembira kalau anda tersinggung sebab itu membuktikan anda terasa dengan kata-kata saya. Sekurang-kurangnya anda masih boleh berubah dan diselamatkan. Tapi kalau sebaliknya, tiada apa yang boleh saya buat lagi. Cuma berdoa agar anda cepat-cepatlah berkahwin. Kalau tidak senang-senang saja buat dosa kering!
p/s: Oh, sebelum ada yang bertanya, biar saya beritahu dulu. Mereka yang sedang diperkatakan di atas ini memang BELUM bernikah (berdasarkan tiada cincin di jari dan usia mereka yang nampak terlalu muda) Lagipun pasangan suami isteri yang sah tak akan buat perangai begitu di tempat awam. Kan?
Monday, October 11, 2010
Kecewa
Betullah kata orang, apa yang kita paling hendak, itulah yang kita tak akan dapat. Baru saja saya minta aura-aura negatif menjauhkan diri sari saya, secepat kilat ia datang. Dan sesungguhnya apa yang datang itu benar-benar buat saya kecewa dan menjeruk rasa. Depan orang saya masih tersenyum seolah-olah tak ada apa yang terjadi. Tapi sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam home sweet home, senyuman saya hilang dan dunia saya kembali berputar. Kecewa dan sedih.
Saya sedang mengalami fasa berjauh hati dengan mereka di rumah saya.
Saya sedang mengalami fasa berjauh hati dengan mereka di rumah saya.
Wednesday, October 6, 2010
Muzik dan Novel
Kawan sebilik saya di kolej dulu tahu saya memang gemar mendengar muzik irama rock, grunge, heavy metal dan instrumental. Sampaikan dia sendiri naik minat mendengar lagu Metallica selepas saya asyik memasang cd band itu di radio. Entah kenapa, saya perlu mendengar muzik jenis ini barulah otak saya ni boleh aktif. Kalau orang lain perlu ketenangan untuk mengulangkaji, saya perlu mendengar muzik untuk memastikan apa yang saya ulangkaji melekat di otak. Setiap kali peperiksaan, jika saya stuck di mana-mana soalan, saya akan cuba mengingati lirik-lirik lagu ini dan automatik, saya boleh mengingati jawapannya. AMARAN: Ini tenknik belajar saya secara peribadi. JANGAN tiru, takut nanti lain pula jadinya! Hehehe…
Saya sendiri tak tahu dari mana minat mendengar lagu ‘sakit kepala’ (bak kata mak saya) ni datang. Yang pasti bukan dari mak dan ayah yang lebih melayan lagu dari Abba, Bee Gees, Kak Pah dan beberapa nama yang saya sendiri tak berapa nak ingat. Tapi tolong ya, saya hanya minat lagunya sahaja. Meminati lagu dan lirik yang kadang-kadang boleh menyentuh hati saya. Saya tidak minat dengan cara hidup dan attitude band-band ini secara peribadi (walaupun bukan 100% dari mereka terjebak dengan dadah, seks bebas dan semua perkara yang negatif.)
Sekarang, bila saya mula berjinak-jinak semula dengan dunia penulisan, saya masih lagi menggunakan muzik seperti ini dalam proses penulisan saya. Jika tiada muzik ini, saya akan kaku depan laptop. Watak-watak saya tidak mahu bergerak. Cerita di dalam manuskrip tidak mahu berkembang. Sebab itu saya pastikan MP3 saya perlu sentiasa berada dengan saya walau di mana saya berada. Perkara lain saya boleh tinggalkan. Handphone? Saya masih boleh hidup kalau sehari ia tiada di tangan. Kereta? Saya sanggup berjalan kaki atau naik bas kalau ia tiada. Tapi MP3? Boleh kacau jiwa dibuatnya! Hehehe…
MP3 saya penuh dengan lagu-lagu (sekadara berkongsi, bukan nak bagi promosi percuma.. :P) dari band Breaking Benjamin, Evanescence, Three Days Grace, Apocalyptica, One Republic, Linkin Park, Trading Yesterday, Metallica, We are The Fallen, 30 Second from Mars, There for Tomorrow dan Lydia’s Diary. (Oh, ada juga lagu dari Maher Zain dan Yuna tapi ia cuma didengar waktu nak tulis cerpen dan manuskrip kisah cinta, hehehe…)
Sebenarnya lagu-lagu ini bukanlah semuanya melekakan atau menyesatkan pendengar seperti yang didakwa sesetengah pihak. Yang penting sebagai pendengar, kita kena bijak memilih yang mana boleh didengar dan yang mana tidak patut didengar. Tolong jangan samakan heavy metal dengan ‘ajaran‘ black metal. Walaupun saya ni hardcore fan muzik rock dan heavy metal, bukan semua band saya minati. Asalkan band itu tidak ‘bersekutu’ dengan unsur-unsur yang menyesatkan dan liriknya berunsur sihat, saya akan dengar lagunya.
Jadi kepada mereka yang pernah bertanyakan soalan ‘kau kan perempuan, kenapa suka dengar lagu macam ni?’ dan memandang saya dengan pandagan penuh sinikal, jawapan saya : 'kenapa tak boleh? Selagi ia tidak merosakkan saya, saya akan dengar. Tolong buang sikap prejudis anda itu. Peace… V(*_*)'
Tuesday, September 28, 2010
No Entry!
Mood saya bagus sejak akhir-akhir ini. Masalah pejabat pun tak banyak. Mood yang gembira ni sedikit sebanyak membantu saya dalam aktiviti menulis. Semoga mood ini kekal lama. Sekurang-kurangnya sehingga selesai bengkel bulan October nanti sebab saya perlu siapkan beading, projek usahasama dengan dua orang kawan baik saya, menyiapkan 2 manuskrip yang lama terbengkalai dan 1 manuskrip yang memerlukan major revamp! Oh, kerja di pejabat juga ada yang sedang menghampiri dateline. Jadi aura-aura negatif, silalah berada jauh dari saya. Minta sangat jangan menghampiri saya. It's a no entry zone for you!
Monday, August 30, 2010
Selamat Menyambut Hari Merdeka
Selamat Menyambut Hari Merdeka buat semua teman-teman dan pengunjung blog. Sudah 53 tahun kita hidup dalam bumi yang merdeka. Sesungguhnya kita, generasi pasca merdeka ini sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keadaan yang cukup serba serbi. Bila dengar cerita atuk dan nenek tentang kepayahan hidup di zaman sebelum merdeka dulu, hati rasa bersyukur sangat-sangat. Terus-terang aku cakap, aku susah nak survive dalam keadaan itu. Nak guna air kena angkut dari perigi. Nak makan pun susah nak dapat nasi. Ada seorang wanita tua pernah cakap dengan aku, kamu ni kalau hidup zaman aku dulu aku rasa sehari aje tahan! Aduh, memang pedih tapi itulah hakikatnya. Sebab itulah aku rasa bersyukur teramat sangat sebab dilahirkan di zaman semuanya berada di hujung jari. Nak air, putar sahaja pili paip. Nak makan, nasi dan segala macam makanan ada di sekeliling. Nak membaca dan menulis, bekalan elektrik sentiasa ada. Tak payah lagi nak pasang pelita.
Tapi sayangnya, masih ada juga manusia yang tak tahu nak menghargai semua yang kita ada pada hari ini. Setiap hari apa yang keluar dari mulut golongan ini adalah rungutan demi rungutan demi rungutan. Itu tak kena, ini tak betul. Seolah-olah mereka sahaja yang hebat. Mereka sahaja yang betul. Tak perlu nak pergi jauh. Kawan-kawan aku sendiri pun ramai yang macam itu. Tak tahulah apa lagi yang perlu dibuat dan diberi untuk memuaskan hati mereka ini.
Apa-apa pun, biarlah mereka dengan dunia mereka. Ditegur sudah, dinasihat pun sudah. Nak ikut atau tak, terpulang. Tanggungjawab aku sebagai manusia dan sahabat dah aku laksanakan. Jangan nanti sampai negara kita jadi seperti Palestin baru nak sedar! Masa tu, everything is too late my friend.
Selamat Menyambut Hari Merdeka semua.... peace! V*0*V
pic link
Thursday, July 22, 2010
Semangat Menurun...
Dulu, masuk ofis pukul 8.30, balik pukul 6 petang. Rehat selama satu jam dari 1 tengahari hingga 2 petang. Kebelakangan ini jadual kerja saya dah tak normal macam dulu. Masuk ofis pukul 8.30, balik pukul 10-11 malam. Rehat pun curi-curi masa in between works. Mental saya memang penat sangat. Balik kerja yang saya ingat hanya nak baring. Bukannya saya fikir tidur, cuma fikir nak regangkan badan yang sakit-sakit ni. Satu penyakit saya, penat macamana pun mata ni macam dah ada timer sendiri. Selagi jarum jam tak menginjak ke pukul 2 pagi, jangan haraplah ia nak terpejam. Sudahnya tidur tak cukup. Macamanalah minda tak penat!
Akiviti menulis agak perlahan sekarang ini. Walaupun tiap-tiap malam buka laptop dan pandang manuskrip, tapi sepatah ayat pun susah nak ditaip. Kadang-kadang cuba juga paksa diri menaip sebaris dua, tapi jarang menjadi. Semangat menulis tu turun hingga tahap paling bawah. Mungkin sebab mata saya dah tak larat nak memandang skrin komputer lagi selepas seharian menatap skrin di ofis? Entahlah. Apa yang saya tahu saya tiada semangat hendak membaca, menulis atau menonton sekarang ni. Rasanya Eclipse lah benda terakhir yang saya tonton di skrin. Disebabkan semangat untuk melakukan benda-benda yang saya selalu buat itu dah menurun, saya gunakan masa yang ada untuk mencerna nota-nota Kak Maria yang saya dah print awal-awal. Harap-harap lepas habis mengulangkaji nota-nota tu dan jadual kerja saya kembali normal (entah bilalah agaknya tu), semangat menulis tu akan kembali semula.
Monday, July 12, 2010
Berakhirnya World Cup 2010
Akhirnya pagi tadi Sepanyol berjaya merangkul Piala Dunia buat kali pertamanya. Dan ini juga bermakna jadual tidur saya akan kembali normal. :P Saya bukan kaki bola pada asalnya. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya menjadi teman ayah untuk menonton perlawanan bola sepak gara-gara adik-adik semuanya lebih gemar menonton di kedai mamak bersama teman-teman mereka. Akibatnya saya menjadi gila dengan bola sepak. Dan sepanjang Piala Dunia berlangsung, rumah kami akan kecoh setiap kali perlawananan melibatkan pasukan pilihan berlangsung. Yang menariknya pasukan pilihan saya dan ayah serupa jadi tidak pernah terjadi perang mulut antara kami kecuali perlawanan yang melibatkan pasukan German (ayah tidak begitu gemarkan pasukan ini...hehehe).
Pagi ini selepas perlawanan tamat saya jadi sayu pula. Bukan kerana pasukan Netherlands kalah (mereka tetap pemenang bagi saya kerana mutu permainan mereka jauh lebih baik dari the Spaniards!). Saya jadi sayu kerana memikirkan selepas ini saya akan kembali jarang berbual dengan ayah. Masing-masing sudah kembali sibuk dengan kerja. Ayah kembali seibuk outstation dan saya kembali sibuk membuat overtime. Kalau ada masa nak berbual panjang pun di hujung minggu. Itupun kalau saya tiada program lain!
Jadi bagi kawan-kawan yang anggap saya gila kerana sanggup korbankan masa tidur saya untuk menonton 22 orang lelaki berebutkan sebiji bola, korang dah tahukan apa alasan aku sebenarnya. Bukan sekadar menonton kosong tapi inilah masanya aku bonding dengan ayah aku. Oh, dah aku dapat tengok muka pemain-pemain bola yangn handsome. Kira bonuslah tu... hehehe...
Vaarwel, South Africa... sien julle in Brazil...
Wednesday, June 30, 2010
Tiada lagi dia... PYH
Tiada lagi lagu dari dia...Tiada lagi lakonan dari dia... Semuanya sudah berakhir...
Yup, saya meminati aktor dan penyanyi dari Korea ini kerana suaranya. Teringat lagi macamana saya sanggup minta seorang sahabat dari Korea mencarikan albumnya di Korea kerana susah nak menemui album penyanyi Korea di Malaysia. Sewaktu bercuti di Korea beberapa tahun lepas, ketika orang lain sibuk mencari keychain, kalender, mug artis terkenal seperti Rain, Bae Yong Jun, Jo In Sung dan DBSK, saya sibuk mencari Park Yong Ha. Sekarang semuanya menjadi kenangan... (Mungkin ini yang dirasakan oleh peminat King of Pop, Micheal Jackson ketika dia pergi tahun lepas...)
Subscribe to:
Posts (Atom)









