Followers

Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts
Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

My View : Sayangku Casper by Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi


Judul: Sayangku, Casper
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima

Note: Entri ini mungkin mengandungi spoiler bagi yang belum membaca Sayangku Casper, harap maklum.

Sinopsis Sayangku Casper : Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

Jumaat lepas, saya berjaya memperolehi naskah terbaru penulis Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi, yang berjudul Sayangku Casper. Teruja sungguh hendak membaca buah tangan kedua Anita Aruszi dalam genre komedi romantik ini. Tepat jam 9 malam, saya mulakan pengembaraan saya dalam dunia Sayangku Casper dan penggembaraan di Kota Paris itu tamat jam 2.40 pagi. (oh, ini memang tabiat membaca saya.. ^_^)
Apa yang boleh saya katakan tentang novel ini? Ia sebuah naskah santai yang menghiburkan. Hampir 90% daripada isi kandungan novel ini berlatarbelakangkan Kota Paris, kota yang cukup sinonim dengan cinta. Membaca novel ini seolah-olah kita juga sedang menggembara ke Paris seperti Tia Adila. Saya rasa itulah keistimewaan novel ini. Cara penulis mengambarkan keindahan tempat-tempat seperti Square du Vert-Galand, Sungai Seine, Eiffel Tower dan Sacre-Coeur di Montmartre sangat indah membuatkan saya seolah-olah sedang berada di Paris bersama Tia dan Rafique.
Sayangku Casper, walaupun dikatakan sebuah kisah santai tetapi bagi peminat Anita Aruszi pasti sudah dapat  membaca corak penulisannya. Dalam santainya, masih diselitkan sedikit elemen misteri. Dan kali ini saya agak terpedaya dengan tanda tanya yang dicipta oleh Anita. Rupa-rupanya apa yang saya agak tidak mengena. Apakah misteri tersebut? Bacalah novel ini, kalau nak tahu. :P
Secara keseluruhan, saya sukakan buah tangan terbaru penulis ini. Cuma ada satu perkara yang mengganggu saya. Penggunaan bahasa perancis yang agak kerap sebenarnya sedikit mengganggu konsentrasi saya. Walaupun disediakan terjemahan di sebelahnya, tapi ia agak 'meletihkan' sebab kita terpaksa membaca sebanyak 2 kali lebih-lebih lagi bila ia melibatkan dialog yang agak panjang (jangan marah ya, Che Nita...). Terbelit jugaklah lidah nak menyebut perkataan-perkataan itu. hehehe...
Jadi Che Nita, dengan ini sukacita saya maklumkan, awak mendapat kelulusan piawaian yang tinggi untuk Sayangku Casper. Keep up the good work.  (^_^)V

Sacre-Coeur, Montmartre
Salah satu babak di dalam Sayangku Casper berlaku di sini. Babak yang buat Tia Adila berubah menjadi Adelie de Casper. Nak tahu lebih lanjut, silalah baca novel ini... :)


Sungai  Seine
Babak romantis di dalam novel ini (bagi sayalah), berlaku di tempat ini... :)


Monday, January 4, 2010

Rumah Fantasi




The Untold Story by Farah Husain
Night Crawlers. Mereka makhluk malam yang kewujudannya tidak diketahui oleh sesiapa. Diketuai Aidan yang misterius, misi mereka adalah untuk  memastikan umat manusia terus selamat. Bersama Kazar, Shaq, Que dan Nael, mereka semua berusaha untuk menghapuskan Shifters dan dalam masa yang sama melindungi rahsia kewujudan dunia gelap mereka. 
Teja Aira, gadis lurus yang baik hati. Asal saja ada orang yang memerlukan pertolongan dia akan hulurkan bantuan tanpa berfikir panjang. Dan kerana kebaikannya itu, dirinya terheret dalam dunia gelap yang penuh dengan kekejaman.
Aira yang lurus. Aidan yang misterius. Bila dua insan ini bertemu secara tidak sengaja, sebuah sejarah lama hidup kembali. Beribu tahun dahulu sebuah hubungan terlarang telah berakhir dengan satu tragedi. Bagaimana pula kali ini? Mampukah Aidan dan Aira mencipta kesudahan yang baru atau mereka juga akan menerima nasib yang sama? Dan siapakah Night Crawlers dan Shifters? Temui jawapannya dalam The Untold Story di Rumah Fantasi.


Insomnia V by Anita Aruszi
Percaya atau tidak bahawa di dunia ni mungkin ada orang yang tidak pernah tidur buat selama-lamanya? Tak percaya? Haha.. kalau tak percaya, mulai saat ini anda kenalah percaya sebab Insomnia V akan melanda planet bumi pada tahun 2010.
Groul the ancient alien sudah bersiap sedia mahu menakluk planet 7 jajaran. Untuk menyelamatkan bumi, anda harus mencari Adham si nakal, Yuna si psikik dan Darius si genius untuk menjejaki Tuan Ryaz yang menjadi banduan maut di sebuah tempat paling terpencil dan paling bahaya di dunia. Apakah rahsia yang ada pada Tuan Ryaz? Mungkinkah Yuna akan menemui cinta sejatinya? Apakah Adham mampu menyerahkan nasib orang-orangnya di tangan Yuna? Segalanya di dalam Insomnia V.





Forever Ring by Zuliana Abuas 
Kerana satu malam yang durjana telah mengheret Dean Albert John kepada satu janji. Janji Lady Megana kepadanya telah meyakinkan dia untuk terus berada dalam dunia yang penuh dengan kesepian dengan harapan satu masa nanti kesepian itu akan berakhir. Namun tanpa disedari dia sebenarnya terperangkap dalam satu peperangan yang bakal menentukan takdir hidupnya. Tetapi benarkah dunia pilihannya itu penuh dengan kedinginan? Siapakah Lady Megana? Siapakah yang dinanti oleh Dean? Benarkah Dean bersendirian dalam dunia pilihannya itu? Mampukah dia mempertahankan dunianya?

Selamat Tahun Baru 2010 buat semua rakan-rakan. Tertanya-tanya apa itu Rumah Fantasi? Ini merupakan projek usahasama saya dan dua orang rakan blog the infamous Anita Aruszi dan Zuliana Abuas a.k.a JuliaEsqa. Idea tercetus ketika saya dan Anita Aruszi ber YM bersama. Disebabkan kami berdua amat meminati kisah-kisah fantasi dan yang seangkatan dengannya maka lahirlah idea mewujudkan sebuah blog yang menghimpunkan kisah-kisah fantasi dari sesiapa yang turut meminati genre ini. Jika anda seperti kami, silalah ke Rumah Fantasi dan marilah mengembara bersama kami yang sudah bertambah usia tapi masih suka berfantasi...hehehe... Bagi yang berminat untuk menyumbang cerita untuk tatapan umum, hubungi Anita Aruszi. Cara-caranya ada diberitahu di blog Rumah Fantasi.  Jumpa di sana...

Sunday, July 12, 2009

My View: Novel Street Vendetta by Mazni Aznita

(picture taken from anita aruszi's blog)


Love is always a beautiful things in our hearts. Sweet and sour..

Aku baru selesai membaca Street Vendetta. Komen? One of the best story ever written by Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi! 4* untuk cerita ni. Masa baca SV ni rasa macam naik roller coaster. Macam-macam rasa ada. Aku tak tahulah orang lain tapi SV buat aku gelak tak ingat dunia dan menanggis macam kucing mati anak. Walaupun genrenya romantik komedi, tetapi ada juga bab-bab yang boleh buat kita meleleh air mata (atau aku yang over sensitive? hehehe...)
Cerita ni permulaannya nampak sempoi gila. Lelaki jumpa perempuan. Gaduh. Lepas tu mula kuch kuch hota hai. Nampak tipikal. Tapi penulis berjaya menggarap watak Kojie dan Anabella ni lari jauh dari 'ketipikalan' ni (amaran, perkataan ini tak wujud dalam kamus dewan). Aku rasa inilah novel pertama yang aku baca yang menampilkan hero, heroine dan watak-watak pembantunya yang berperangai macam manusia normal. Berperangai macam kita! Bila tengok cara mak Bella melayan Bella, teringat pulak dekat mak saudara aku yang layan sepupu aku macam tu..hehehe. Tak pernah lagi aku jumpa heroine yang sengal macam si Bella atau hero yang sempoi dan terlampau baik macam Kojie.
Jalan ceritanya pun menarik. Buat aku tak sabar nak ke muka surat seterusnya lebih-lebih lagi bila watak Fakruzi muncul (walaupun sebenarnya masa ni hati dah rasa sakit sikit sebab Kojie dah mati). Nak sangat aku tahu siapa si Fakruzi ni sebenarnya. Dan bila dah tahu, hambalah manusia yang paling happy dalam dunia ni...hahaha...(maaf tak boleh nak beritahu sebabnya kenapa kerana ianya akan spoil mood orang yang belum baca). Gaya bahasa yang digunapakai pun menarik. Ayatnya mudah dan ringkas. Macam ayat-ayat yang kita guna sehari-hari.
Overall, Street Vendetta best! Tak ada perkataan lain yang boleh digunapakai selain best. Bagi yang meminati genre romantik komedi, belilah cerita ni. Kepuasan adalah dijamin. Korang mesti nak gelak aje. Walaupun tajuknya kedengaran agak-agak ganas (hendaknya perkataan Vendetta tu) tapi jangan risau, tiada pertumpahan darah yang berlaku (err... kecuali ada satu bab tu). Kalau rasa-rasa hati tu tengah berduka, memang buku ni boleh buat orang ketawa.

Membaca SV akan membuat kita tersenyum sendiri sebab sedar atau tidak, dalam hidup kita apa yang dialami oleh mereka di dalam SV turut dialami oleh kita. Setakat ni aku belum ada kawan macam si Bella atau Kojie. Tapi aku kenal orang yang macam Tumirah Kuncup, Nora dan Iqbal. Hehehe..bos macam Encik Hafiz pun aku pernah jumpa.
Meminjam kata-kata Anita Aruszi di belakang novel; 'Kisah Bella dan Kojie digarap dengan watak-watak mereka yang berada dekat dalam kehidupan saya sendiri dan mungkin juga kehidupan anda'. Sangat-sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Hehehehe....
Ok. Jam dah pukul 4.30 pagi. Masa aku untuk tidur. Pukul 9.00 nanti ada discussion dengan bos aku. Huhuhu..hari ahad pun kena keje. Bosan betul! Huwaaaa...aku pun tak ingat nak discuss pasal apa nanti. Jangan tercerita pasal Bella dan Kojie sudah...

Monday, April 27, 2009

April Snippets

Huishhh..lamanya tak update...sebenarnya April ni memang bulan yang extra busy untuk aku...bz dengan kerja..hidup..projek terbaru..serba serbi bz lah..bila dah bz tu penyakit lama 'M' untuk Malas tu datanglah...hehehe..sepanjang April ni..yang terjadi dalam hidup aku ialah :-
1. 1.4.2009 - tarikh keramat bagi seorang pereampuan bernama Farah. 28 tahun dulu pada tarikh ini jam 0530, ibu aku berjaya melahirkan aku ke muka bumi ni lepas hampir 12 jam bergelut menahan sakit..heheh..terima kasih Mak...you're the best! Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, tahun ni aku tak keluarkan duit belanja seisi rumah, tapi adik aku, Alan yang belanja aku makan..yum..yum...patutlah hujan lebat malam tu..hahaha...
2. Minggu kedua April, ada 2 event penting dalam hidup aku. Pertama, konvokesyen adik aku yang no.3, Ami di Perlis. Tahniah buat dia kerana berjaya buktikan, anak yang selalu buat hal ni, kalau diberi peluang kedua akan berjaya juga akhirnya. hehehe..Adik aku yang satu ni dulu memang nakal masa sekolah. Percaya atau tak, dia nilah satu-satunya adik aku yang pernah dibuang sekolah sampaikan tak bersekolah lagi dalam negeri Selangor masa tu. Tapi sebabkan anak, ayah aku bersusah payah naik turun lif Jabatan Pelajaran untuk cari sekolah baru untuk dia. Nasib baik ada sekolah di KL yang sudi terima. Jenuh juga aku torture dia suruh berubah. Alhamdullillah, berkat doa mak ayah dan torture dari aku dan abang dia, dia berjaya juga. Hari ni, dia tengah sambung lagi pengajian dia di UniKL. Sejuk perut mak dan ayah aku tengok perubahan dia..heheh..
Event kedua: Aku pergi bercuti dengan keluarga ke Langkawi. Huhuhu..sadis betul aku ni. Dah 28 tahun hidup, inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke Pulau Lagenda tu. Sampai kena perli lah dengan ayah aku, 'Korea yang jauh tu kau lepas, Langkawi yang sepelaung ni tak pernah sampai?' Hehehe..biasalah tu kan. Aku jamin bukan aku je yang macam ni. Langkawi bagi aku adalah tempat yang best! Kitaorang tinggal di Awana Porto Malai. Dapatlah aku pandang laut siang malam. Walaupun cuaca panas berdengkang, tapi aku memang enjoy. Banyak lah tempat yang aku lawat antaranya Makam Mahsuri (tempat wajib pergi), Beras terbakar, Dataran Lang, Pantai Chenang, Telaga Tujuh, dan yang paling aku teruja sekali, ke Oriental Village untuk naik kereta kabel. Walaupun hati berdebar-debar, tapi aku gagahkan juga dan alhamdullillah aku selamat naik dan turun. Aku sempatlah minta seorang tourist dari Holland rakamkan gambar aku kat pelantar di puncak tu (sebab aku naik seorang, mak dan ayah akuk gayat..hehehe). Memang best gile!! Rasa sayang pulak nak turun masa tu. Tak pe, aku dah buat plan akan ke sana lagi. Kali ni aku akan lawat seluruh pelusuk Langkawi termasuklah pulau-pulau kecil kat sekelilingnya.
3. Minggu ketiga - aku sibuk dengan kerja. Almaklumlah, sebelumnya aku bercuti kan, so bila balik kerja berlonggoklah kerja kat atas meja. Yang buat aku hangin sikit tu bila fail-fail aku dikucar-kacirkan. Aduh..sakit sungguh hati masa tu. Setakat fail meja tak apa juga, tapi fail-fail aku dalam komputer pun dah kelam kabut. Itu salah satu penyebab aku busy. Busy mengemas kini fail-fail tu sampai satu hari tu aku rasa nak muntah je sebab asyik ngadap komputer.
4. Minggu ketiga-keempat - Hah! Inilah kemuncak kepada segala perkara yang terjadi sepanjang April ni. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau tahun-tahun sebelumnya, aku akan ke sana se awal minggu pertama lagi. Tapi tahun ni disebabkan dah berjanji dengan Zuliana a.k.a Jue, aku pergi ke PWTC pada hari ke 2 terakhir pesta. Jadi pada 25.4.2009 lepas, aku ke PBAKL. Janji berjumpa jue pukul 1400++ tapi pukul 1500 aku sampai kay PWTC. Jalan jam lah pulak hari tu. Sakit betul hati aku. Tapi sampai je kat situ, aku jadi happy sangat. Kedatangan aku disambut dengan persembahan kumpulan Raihan (hehehe..sebab masa tu Raihan tengah buat show). Selepas mengharungi lautan manusia, aku berjaya sampai ke Booth NB Kara. Sempatlah aku berkenalan dengan Kak Zara Aluwi (penulis NB Kara) dan bersua muka dengan Kak Norhayati Ibrahim (semua orang kenal kan? hehe). Sebenarnya tujuan lain aku (selain nak beli buku) ialah jumpa dengan one of my favourite author Anita Aruszi. Dan akhirnya pukul 1530 hari Sabtu lepas, aku bersua muka dengan penulis Bunga Syurga ni. Seronoknya!!!! Kecik je orangnya Anita Aruszi ni. Sampai aku boleh cakap 'tak percaya betul, ni rupanya anita?!' hehehe...Tapi dia memang best. Kelakar and friendly. Buat Anita --- Memang seronok kita dapat jumpa awak hari tu. Harap2 lepas ni boleh jumpa lagi..hehehe...Lepas kitaorang makan-makan dan borak-borak, kitaorang pergi ronda-ronda cari buku. Mulanya beramai-ramai tapi selepas kitaorang singgah ke Booth Pekan Ilmu dan berborak-borak pula dengan editor dan bos PISB, kitaorang terpisah. Yang tinggal Anita, Jue dan aku. Hehehe..kitaorang pun pusing-pusing cari buku. Sempatlah kitaorang singgah ke Booth Karangkraf. Aku beli buku RAM kat situ. Terjumpa pula kawan aku di UiTM dulu, Ecah, editor di Buku Prima. Tapi aku ralat sikit sebab tak jumpa Ani Nadila, orang kuat Majalah PC yang juga member aku di UiTM. Tak pe lah, ani, lain kali je lah kita jumpa ye.

5. Di PABKL aku beli lah beberapa buku. Antaranya Rembulan Berdarah, Hujan Rindu karya Anita Aruszi, Chinta by Norhayati Ibrahim, Cinta Sang Ratu by RAM, Murtad, Jangan Pandang Sebelah Mata by Ann Wang Seng dan The Audacity of Hope by Barrack Obama (thanks to Uncle V sebab belikan buku ni untuk aku dan sanggup tunggu aku kat PWTC hari tu). Keseluruhannya, Bulan April ni bulan yang penuh perasa untuk aku. Ada rasa manis, ada rasa masin, ada rasa masam tapi apa pun rasanya, that's part of life. Aku memang seronok sepanjang bulan ni. Dan aku rasa yang paling seronok adalah Konvokesyen adik aku, Percutian di Langkawi dan PABKL... La ni nak tunggu pulak what's in store for me this coming May....
Gambar yang sempat aku snap dengan handphone(Gambar lain dalam kamera, malas nak upload):-


Cik Anita Arusi kita dengan Kak Zara


Adik aku

Wednesday, March 25, 2009

My View: Novel Sakti Cinta by Anita Aruszi



Aku dah khatam buku ni minggu lepas. Kali ni aku bagi 3.5* untuk karya Anita Aruszi yang satu ni. Setakat ni akku baru baca sekali, so cerita ni tak melekat sangat kat dalam kepala. Hehehe..Apa yang aku boleh cakap, SC adalah cerita yang best. Aku tak nak labelkan cerita ni kisah cinta 100%. Aku lebih suka anggap genre cerita ni adalah drama keluarga kerana kisahnya lebih banyak tertumpu kepada konflik dalam keluarga. Cerita tentang hati dan perasaan antara Diaz, Dina dan Johan adalah perasa untuk menambkan lagi kesedapan cerita ni. Jalan ceritanya menarik. Kisah tentang Diaz yang menyimpan satu rahsia; dia mencintai Dina, adiknya sendiri! Jangan risau, Dina tu bukan adik kandung dia.hehehe..Sebenarnya bukan itu aja rahsia yang Diaz simpan. Ada rahsia yang lebih besar lagi. Rahsia yang akan mengubah hidup semua insan yang muncul dalam Sakti Cinta.
Mengenai watak-watak utama dalam cerita ni. Kali ni aku tak dapat nak 'connect' dengan hero dan heroine cerita ni, Diaz dan Dina. Diaz dan Dina tak berjaya nak tarik perhatian aku. Terus terang aku cuba nak gambarkan mereka tapi tak berjaya. Mungkin kalau penulis kembangkan lagi watak mereka berdua ni, kita akan lebih memahami perasaan mereka, misalnya selitkan lebih lagi mengenai zaman kanak-kanak mereka? Itu pendapat aku aja... :D
Keseluruhannya cerita SC ni berbaloi untuk dimiliki. Bagi peminat-peminat Anita Aruszi, jangan lupa dapatkan Sakti Cinta. Tapi aku pun tak sure dah ada dekat pasaran atau belum sebab tak nampak lagi di kedai-kedai buku. Dari blog Anita Aruszi, aku dengar kalau nak memiliki SC ni boleh contact ibook terus. Tapi rasanya masa Pesta Buku nanti mesti dah ada. (Don't worry, kekecewaan Pesta buku tahun lepas tak kan dirasai lagi..heheheh)

Friday, March 6, 2009

Sakti Cinta..Viva Sakura

Dua buah buku yang aku tengah tunggu-tunggu nak baca. Yang satu tengah tunggu proses bayaran untuk dibuat. Yang satu lagi tengah tunggu dijual kat kedai. Dua-dua buat aku teruja lah sangat-sangat.
Sakti Cinta, karya penulis yang memang aku sukalah hasil tulisannya kan, Anita Aruszi. Yang bestnya, aku beli direct terus dari penulis. Bukan apa, susah aku nak ke KL tu sebab aku duduk dan bekerja di Selayang. Nak tunggu buku tu sampai kat Selayang memang aku akan ketinggalan. Aku dah tak larat nak tunggu lama-lama lagi sebab dah setahun aku tunggu Sakti Cinta ni. Sejak PBAKL tahun lepas lagi. Perasaan frust sebab tak dapat beli buku tu masa pesta buku tu terasa-rasa lagi. Jadi disebabkan itu, aku dengan tak malunya order direct dari Anita Aruszi w/pun dia ada beritahu, 50 naskah awal tu untuk pembaca dari luar KL. Tapi kiranya Selayang tu kat luar KL lah ye tak? Heheheh..Thanks Anita..
Viva Sakura, karya teman blog aku yang aku dah consider one of my friend la. Zuliana atau lebih korang semua kenali dengan nama Julia Esqa. Aku ikuti cerita ni dulu kat blog dia. (tajuk asal Sakura, 20 things why i love you). Aku jatuh hati terus dengan Ryan lebih-lebih lagi Jue dok letak gambar Seo Do Young sebagai Ryan. Aduh..aku memang lah minat kat SDY ni kan, so bila baca VS tu terbayang-bayanglah Ryan tu macam SDY. Lagi pula tu Jue tulis cerita ni berlatarbelakangkan Korea. Lagi lah aku suka! hehehe..parah aku ni! Ini karya pertama Jue. Dalam seronok dia, Jue risau juga penerimaan orang terhadap buku ni. Kata-kata aku ' Jangan risau Jue. Dalam 10 orang yang baca tu, mungkin hanya 1-2 orang yang akan kritik. Terima je kritikan tu. Use it as a guide to write better stories in future.' Satu aja yang aku harapkan, CERITA INI HARUS HAPPY ENDING! hahahah...
Buat mereka berdua, Tahniah aku ucapkan atas 'kelahiran baby-baby' ni. Saya di sini menanti nak baca... :)

Friday, January 30, 2009

My View: Novel Bunga Syurga by Anita Aruszi

Bunga Syurga...Kenapa aku sangat suka dengan cerita ni? First sebab aku suka nama heronya, Riffki Aidan :P. Second, sebab aku suka jalan ceritanya, Third, ayat-ayat leleh dan jiwang tak ada dalam buku ni. Finally, sebab memang aku suka membaca so bagilah aku apa buku pun aku akan suka (kecuali buku geografi..entah kenapa aku memang tak suka subject tu sejak sekolah! erkk? apa kena mengena pulak ni eh?) Ishh..

Sebenarnya dah lama aku nak up kan post pasal Bunga Syurga ni tapi tak berkesempatan dan tak larat nak taip. Hehehe..bukan apa, aku ni sekali kalau dah start bercerita pasal buku ni, tanpa dapat dikawal lagi aku akan bercerita dari A-Z. Susah lah nak kawal diri and type isi-isi penting je. Tapi disebabkan dah berjanji dangan anita nak bagi sikit review pasal buku ni, aku akan cuba mengawal diri..hehehe
Atas permintaan seorang pengunjung blog, Nena, aku selitkan sikit sinopsis novel ni. To Nena, sinopsis saya bagi dari sudut pembacaan saya ye. Kalau nak lagi tepat pergilah lawat http://bunga-syurga.blogspot.com/. Bunga Syurga bercerita tentang Nurul Hijjaz, Riffki Aidan dan Daniel Iqbal. Hijjaz, anak yatim piatu yang membesar dengan keluarga angkat dia. Riffki Aidan adalah seorang jurugambar terkenal dan Daniel Iqbal adalah ahli perniagaan yang berjaya. Mereka berdua adalah adik beradik yang punya personaliti yang sangat berbeza. Cerita ni bermula dengan pertemuan Hijjaz dan Riffki di Bali. Kejadian pengemboman di Bali diambil untuk jadi titik pertemuan Hijjaz dan Riffki. Bertitik tolak dari situlah, hidup ketiga-tiga insan ini berubah. Riffki Aidan, Nurul Hijjaz dan Daniel Iqbal rupanya berkongsi masa silam yang sama tanpa diketahui oleh mereka. Kejadian di Bali akan membawa kita mengenali Tok Ayah, Datuk Amiruddin Bakri, Megat Hazmin Iskandar, Datin Arfah dan Ratna Suri. Siapa mereka? Seperti blurb di belakang novel, Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan. Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan? Semuanya terjawab dalam Bunga Syurga...

Ini novel kedua karya Anita yang aku baca. 4/5 bintang aku berikan. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang kata aku bias memandangkan aku memang sukakan karya Anita Aruszi tapi sejujurnya cerita ni memang betul-betul menarik hati aku. Aku suka gaya penulisan Anita dan cara cerita ni digarap. Selalunya aku boleh predict jalan cerita mana-mana novel yang aku
baca. Ayat-ayat 'mesti dia ni..., lepas ni mesti macam ni... atau aku dah agak...' akan selalu bermain kat kepala aku kalau aku baca novel tapi dengan Bunga Syurga aku tak dapat nak pakai ayat-ayat tu. Sebabnya memang aku tak jangkakan cerita ni akan jadi macam tu. Di awal cerita aku sangkakan lain tapi semakin jauh aku baca, jangkaan aku meleset sangat. Siapa sangka hubungan Daniel dan Hijjaz rupanya lebih rapat dari kita agak?

Berbalik pada permulaan cerita, Anita mengambil kejadiaan pengeboman di Bali untuk jadi latar cerita pertemuan Hijjaz dan Riffki. Aku suka dengan gaya ni. Macam yang kita tahu, kejadian bom tu memang benar-benar terjadi. Bukan cerita rekaan. Dan bila Anita ambil kejadian tu untuk jadi permulaan satu kisah cinta, aku jadi terharu. Aku bayangkan, mungkin ada di antara mangsa-mangsa kejadian tu punya kisah cinta sendiri. Seingat aku, inspirasi Anita untuk buat kisah ni lepas dia terbaca kisah seorang suami yang hilang isteri masa kejadian tu. (Betulkan aku kalau aku silap ye...). Aku teringat cerita Micheal Bay dan James Cameron yangn hasilkan satu kisah cinta yang hebat disebalik kisah benar Pearl Harbour dan Titanic.

Apa lagi ye yang buat aku baca buku ni berulang kali? Aku suka cara Anita buat kita tertanya-tanya siapa Megat Hazmin, Ratna Suri, Amirruddin dan Arfah. Selalunya kita disogokkan cerita cinta orang muda aja tapi dalam Bunga Syurga kita akan tahu kisah cinta ibu bapa hero dan heroine kita. Aku suka cara ni sebab ini membuat aku lebih 'kenal' personaliti Riffki, Hijjaz dan Daniel. Kata orang, mana tumpah kuah kalau bukan kat nasi kan? Melihat Megat Hazmin, Ratna Suri, Amiruddin dan Arfah sewaktu muda buat aku tahu macamana Riffki, Hijjaz dan Daniel menjadi apa yang mereka jadi pada hari ni.

Ending cerita ni best. Tak meleret. Straight to the point. Hijjaz dan Riffki bertemu semula di tempat mereka bertemu kali pertama dulu. Sweet sangat.
Ada satu yang kurang nak suka sikit. Sebenarnya tak lah besar sangat cuma aku harapkan kisah cinta Riffki dan Hijjaz dapat dikembangkan lagi. Maksud aku banyakkan lagi scene mereka berdua tengah bercinta. Nak juga aku tengok macamana Riffki yang 'cold' tu jadi lelaki yang romantik. Nak tengok macamana dia sayangkan Hijjaz, jaga Hijjaz etc. Nak juga tengok hati beku Riffki tu jadi cair....hehehe...

Inilah pendapat aku tentang Bunga Syurga yang dah aku khatam 6 kali. Setiap kali baca aku asyik bayangkan muka Riffki Aidan, Nurul Hijjaz dan Daniel Iqbal. Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Gambit Saifullah dan Amani adala orang-orang yang aku bayangkan. Sampai satu tahap aku dok bayangkan Daniel Henney jadi Daniel Iqbal dan Seo Do Young jadi Riffki Aidan! Hehehe..

Dengar cerita Anita bercadang nak sambung Bunga Syurga 2. Hati aku terbahagi dua bila dengar khabar ni. One part excited gile sebab dapat 'jumpa' Riffki, Hijjaz dan Daniel sekali lagi. Another part aku takut. Takut sebab selalunya mana-mana novel yang nak dibuat sequel ni selalunya tak up to reader's expectation. Aku tak nak pandangan aku pada Riffki, Daniel dan Hijjaz berubah bila baca sequel nanti. Kalau dibiarkan macam tu saja pun aku rasa dah cukup bagus. Tapi part yang excited gile tu asyik cakap 'eh, okay apa ada BS 2. Kau kan nak tengok Hijjaz dan Riffki bercinta? And mana tahu, Anita akan buat watak heroine untuk Daniel pula?' hmmmm....keliru..keliru...

Friday, January 16, 2009

Tag

Hehehe..aku tak reti sebenarnya benda2 tag ni. tapi disebabkan Jue dan men'tag' aku, aku cuba-cuba lah..

Do you think you are hot?
Yes. Sebab air-cond kat office aku rosak plak hari ni. Memang tgh hot! :P

2. Upload your favourite picture of you...



3. Why do you like that picture?
Aku sangat suka Chad Micheal Murray! Ini gambar wallpaper komputer aku kat rumah. Kalau tengah geram-geram or tengah marah tu, gambar dia ni lah yang aku tengok. Dia ni bagi aku tak hensem manapun tapi sangat menarik untuk dipandang. Hendaknya kalau die senyum! Aduh!!!! Sejuk hati dibuatnya. Nasib baik org putih, kalau org kita dah aku suruh mak aku ushakan untuk aku..hehehehe (angan2 kena ada...)


4. When was the last time you ate pizza?
Hmm...rasanye sebelum puasa tahun lepas. Aku dapat kupon Domino's Pizza. Disebabkan masa tu aku ke Giant Batu Caves and kat situ kebelutan ade Domino, aku pun pergilah beli. Half price je. Kalau tak, tak kuasa aku!

5. The last song you listened to?
Nak kata last tak jugak sebab sekarang pun aku tengah dengar lagi lagu ni. Gavin DeGraw 'I don't want to be'. Sebenarnya dah lama gak tak dengar lagu ni w/pun memang dah lama ada dalam ipod aku. Tapi sejak dua menjak ni rajin pula marathon tengok One Tree Hill, jadi terjatuh hati semula kat lagu ni...

6. What are you doing right now besides this?
Aku tengah mencuri masa menyambung cerita aku. Adeh!!! Idea tak muncul!!!!!!!

7. What name would you prefer besides this?
1. Anita Aruszi
2. Julia Esqalia
3. Brandon Lee
4. Joe a.k.a Dilla Aziz
5. Isabella Marie Swan

8. Who is no. 1?
Penulis kegemaran aku yang kini menjadi seorang rakan cyber aku. Aku suka cara penulisan anita aruszi sebab sangat besahaja. cerita2 dia simple dan tak memeningkan kepala. memang bahan yang aku sangat suka sebab kalau dah seharian duduk kat office aku ni dah melayan kerenah kerja aku yang tiap-tiap hari buat aku tertekan, aku memang nak membaca buku yang boleh buat aku happy! Salah satu buku yang buat aku happy ialah Bunga Syurga. Masuk ni dah nak dekat 5 kali aku baca sampai mak aku perli, 'kalau kau boleh khatam Quran macam kau khatam novel pun bagus kan?' heheheh..malu seh!!! Tapi 3 kali tu dah kira pencapain yang bagus lah kan Mak? Cita-cita aku nak jadi macam dia. Menulis supaya boleh buat orang gembira. Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Anita Aruszi kerana karya-karya dia banyak menggembirakan aku. Yang buat aku kurang gembira, penerbit dia. Aduh!! Cepatlah publish buku Cik Nita ye....

9. No. 3 is having relationship with?
Heheheh.. Brandon Lee adalah bestfriend aku yang aku kenal time belajar dulu. Dia adalah seorang teman yang baik dan nakal. Selalu buat aku gelak dan selalu juga buat aku marah. Aku suka kawan dengan dia ni sebab dia ni tak banyak songeh. Kepala otak memang sempoi! Dan satu lagi dia ni je yang selalu available kalau aku nak cari kawan tengok wayang. Hehehehe..Brandon, thank you so much sebab teman saya tengok Twilight sebanyak 9 kali. hehehe (7 dari 9 kali aku pergi tengok tu adalah hasil belanjaan si Brandon ni..macamanlah aku tak sayang kat apek ni! hehehe)

10. Say something about no. 5.
Isabella Marie Swan adalah watak dalam Twilight series hasil tulisan Stephenie Meyer. Aku nak jadi dia sebab Edward Cullen sayang sangat..sangat..sangat..sangat..sangat..kat dia. Hehehehe...

11. How about no. 4?
Kawan baik aku sejak sekolah rendah. Seorang yang outspoken. Kadang-kadang aku wish aku boleh jadi macam dia. Tapi hati aku ni memang tak pandai nak sakitkan hati orang w/pun kadang2 orang tu memang patut disakitkan. Aku pun tak tahu macaman si Joe ni boleh jadi bestfriend aku sebab kalau tengok perangai kitaorang memang macam langit ngan bumi. Dia ni cepat panas, aku ni tak suka nak kecoh2. Dia suka sound orang, aku suka buat tak tahu je. Hmmm..aku rasa mungkin sebab aku tu lah kot kitaorang boleh ngam sebab aku je yang boleh tahan dengan perangai dia ni. Sound lah aku macamana pun, aku masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sebab aku tau, deep down inside, she have a very kind heart...

12. Who is no. 2?
Rakan bolg aku yang aku kenal masa aku berkunjung ke 'rumah' Anita. Sekarang ni dah jadi member YM aku. Mula-mula tu segan gak nak tegur dia ni tapi lama2 tengok dia ni jenis yang sekepala ngan aku, aku pun beranikan diri berkunjung ke 'rumah' dia. Heheheh nasib baik dijemput masuk. Jue ni suka cerita2 fantasi. Memang type aku lah. Aku sangat suka cerita Puteri Karla dia. Btw, jue, kenapa tukar gambar si putera tu. Dulu dah sesuai sangatlah si Chad Micheal Murray tu..huhuhu.. Sekarang ni aku tengah menanti cerita Sakura jue dalam versi cetak. Eeee..tak sabarnya! Lagi satu, aku suka dengan nama dia, JULIA ESQALIA. Nak tanya , nama tu nama betul ke jue?
Untuk jue, sabarlah menanti cerita saya tu ye. Kepala otak ni tengah blank..hehehe

Wednesday, September 10, 2008

Bunga Syurga ~~ Anita Aruszi



Yeay..khabar gembira buat aku yang memang dah lama menanti buku ini diterbitkan dalam bentuk hardcopy. Aku memang dah selalu mengikuti e-novel nya di blog anita aruszi. Ceritanya menarik dan simple dan aku sememangnya suka sesuatu yang menarik dan simple. Tak pening kepala nak fikir. hehehe. Sebenarnya ada 'tragedi'di sebalik penerbitan novel ni. Dulu Anita hantar manuskrip novel ini di sebuah syarikat penerbitan yang tak lah berapa terkenal. Sayang, dia 'dikenakan' dan 'diuji' dengan pelbagai masalah di syarikat itu sehingga Anita buat keputusan untuk menarik balik manuskripnya dari publishing house tu. Oleh kerana kami, pengikut setia karya Anita beriya sangat nak dapatkan buku ni dalam bentuk hardcopy, Anita telah 'menebalkan' muka meminta KAKI NOVEL menerbitkan novel ini. Alhamdulillah, pihak KAKI NOVEL setuju untuk menerbitkannya dan pada bulan Oktober nanti, Bunga Syurga akan berada di apsaran. Yeehaaa!!! Aku sangat suka cover biru novel ni. Nampak sesuai sekali dengan ceritanya. Dan trademark KAKI NOVEL, rama-rama tu nampak masuk dengan cover buku berwarna biru ni. Hehehe..menghitung hari..detik demi detik..