Followers

Tuesday, March 12, 2013

Bab 6 : Dia... Random Guy


Alin senyum sampai telinga. Dengan baju kurung kain cotton warna biru bermotifkan bunga-bunga kecil berwarna putih dan dipadankan dengan selendang lilit rona yang sama, dia melangkah yakin ke dalam bangunan pejabat Prima Group. Kalau dua hari sudah sewaktu dia datang temuduga adalah sikit rasa gerun dan takut dalam hati. Yalah, Prima Group ini bukan macam Salam Consultant yang ada seratus orang pekerja itu sahaja.  Ini syarikat besar. Ada beratus-ratus orang pekerja. Ada beratus-ratus perangai, ada beratus-ratus kepala. Nak adapt dengan semua ini bukannya mudah.
Sebenarnya dia tak mengharap sangat pun dapat kerja di sini walaupun Zafril beriya kata hendak tolong. Tetapi bila dia dapat call dari bahagian HR Prima Group sehari selepas dia hantar resume pada alamat email yang Zafril berikan, dia mula pasang harapan. Siapa sangka, datang temuduga sebelah pagi, sebelah petang terus dapat email offer letter minta datang lapor diri hari ini. Betullah kata Encik Saleh, penolong pengurus HR yang temuduga dia temph hari, mereka memang terdesak hendak pakai orang sekarang ini.
Alin berjalan menuju ke lif. “Oppss…maaf.” Ucapnya bila terasa tubuh sendiri berlaga dengan seseorang. Teruja sangat hendak mulakan kerja di hari pertama sampai ada orang berdiri di hadapan pun dia tak perasan.
“Tak apa. Eh…Alin?” Orang yang dilanggar terjerit kecil sebut nama dia.
Alin angkat muka. “Ya Allah, darling!” Jerit dia kuat. Eh, kejap. Darling? Alin cepat-cepat tekup mulut. Derhaka betul mulut ini, sesuka hati hendak ‘darling’ kan darling orang. Dengar  dek si leopard tu, naya saja.
“Encik Zafril. Sorry…” Alin sengih tayang gigi.
Zafril menggeleng. Alin…Alin. “Awak buat apa di sini?” Mata dah meliar pandang ke sekeliling lobi, takut adik tersayang muncul. Waktu macam ini memang waktu Amzar tiba sebelum dia ke Salam Consultant.
Dahi Alin berkerut. Soalan jenis apa yang si darling ni tanya? Takkan dia datang nak buat persembahan sarkas pula. Datang hendak bekerjalah! “Saya start kerja hari ni, awak tak tahu ke?”
Muka Zafril dah macam orang tercekik biji durian. Kerja? Start hari ni?
“Betul ke?” Zafril tanya minta kepastian. Manalah tahu kut-kut dia tadi termasuk ke dalam twilight zone dan Alin ini cuma fragmen imaginasi dia.
Alin juling mata ke atas. Soalan perli aku ke apa? Mentang-mentanglah masa first meeting dulu dia jadi pereka-cerita-terhebat abad ini, takkanlah sampai bila-bila pun dalam kepala Zafril dia macam itu? Kononlah my guts is telling me you’re different! Dia pun dua kali lima dengan si kerek.
“Betullah. Ni hah, surat suruh saya lapor diri hari ni. HR manager awak yang tandatangan. Takkanlah saya nak buat cerita pulak!” Balas Alin geram.
Zafril capai surat di tangan Alin. Bukan dia tak percaya kata Alin, cuma nak kepastian Alin ditawarkan jawatan apa dan di unit mana. Zafril mula berpeluh. Lobi bangunan yang selama ini dirasakan sejuk terasa sangat panas saat ini bila ternampak tempat Alin akan mula bertugas; Unit Projek M&E. Oh…this is bad. This is really…really bad!
Zafril dah urut dahi. Macam mana boleh jadi begini? Rasanya dah terang arahan yang dia berikan pada Kak Bib, pengurus HR dia supaya jangan panggil Alina Suffiya datang temuduga. Pagi selepas konfrantasi Datin Zubaidah-Zariel Amzar kelmarin, dia terus hubungi Kak Bib supaya jangan proses resume Alina Suffiya. Tak apalah kalau Alin nak kata dia mungkir janji pun asalkan emosi si adik tak terusik lagi. Lagipun dia dah cadang hendak carikan Alin kerja di syarikat kawna-kawan dia.
Mengingatkan Amzar, Zafril mengeluh. Teruk juga adik dia kena drill dengan mama. Mama pun sengaja ambil peluang kemunculan gossip itu untuk basuh si adik cukup-cukup. Masakan tidak, bukan setakat gossip itu sahaja yang mama sebut. Habis semua kisah si adik mama ungkit termasuklah kisah si adik pindah duduk luar. Sejak awal lagi mama memang tak izinkan anak-anak pindah keluar rumah selagi belum berumah tangga. Tapi si adik ni degilnya mengalahkan gajah. Dia pindah juga. Natijahnya, sikit punya hal pun mama akan ambil kisah dan besarkan. Paling Zafril tak sangka, ultimatum yang mama berikan pada si adik. Bukan main naik angin lagi Amzar dengar kata dua yang Datin Zubaidah berikan pada dia. Dan disebabkan kata dua itulah, dia harus jauhkan Alina Suffiya daripada Prima Group. Si adik ini bukan boleh dijangka. Kalau dah marah, orang yang tak berdosa pun jadi mangsa.
“Earth to Zafril!” Alin tepuk tangan di hadapan muka Zafril. Berangan di siang hari pula anak bos besar ini.
            “Awak ni kenapa? Tak sihat ke?” Tanya Alin. Tengok muka pun ada sikit pucat. Memang tak sihatlah kut.
            “Alin…”
            “Yes boss?” Jawab Alin ceria. Orang dapat kerja, mestilah gembira.
            “Err…sebenarnya…” Macam mana nak cakap ni? Takkan nak kata ‘awak balik je lah. Tak payah kerja sini. Nanti saya carikan awak kerja lain.’ Tak sampai hati pula nak cakap macam itu bila tengok muka ceria cik adik ini. Siap pakai lawa-lawa pulak tu. Isyhh…Think Zafril. Think!
            “Alin…” Dia cuba sekali lagi.
            “Isyhh…saya tahulah nama saya ni sedap. Tapi tak perlulah nak sebut 2-3 kali!” Alin mula hilang sabar. Jam dah makin menginjak ke pukul 8.00 ni. Dia tak nak terlewat di hari pertama kerja. First impression is everything!
            “Saya minta maaf tapi boleh tak awak…” Apa pun yang Zafril nak beritahu terhenti bila ada suara menyeru dia.
            “Along…”
       Oh kejung! Alin dah keras, Zafril dah makin pucat. One word dalam kepala masing-masing, MAMPUS!
            “Alin…lari!” Perintah Zafril dari celah gigi dia.
        “Hah?” Eh, aku pun memang belum bersedia hendak ‘terserempak’ dengan si kerek tapi takkan sampai kena lari kut? Over sungguh tu darling!
          “Pergi naik atas cepat! Jangan toleh kalau awak nak selamat. Nanti saya cari awak. Pergi cepat!” Badan Alin di tolak ke tepi. Si adik dah makin hampir. Bisik-bisik daripada beberapa orang kakitangan yang pelik melihat kelakuan mereka tidak dihiraukan.
         Tapi baru sahaja Alin hendak cuba menyusup di celah-celah orang ramai, ada pula orang lain yang menegur.
          “Cik Alina, wah…awal sampai? Excited nak mulakan kerja, ya?” Tegur Encik Saleh. Belum sempat Alin menjawab, tumpuan Encik Saleh sudah beralih kepada Zafril di belakang dia. Alin cuba hendak bergerak tapi badan Encik Saleh yang serupa macam badan Afdlin Shauki itu menghalang. Aduhlah orang tua ni, ke tepilah!
           “Selamat pagi, Encik Zafril. Eh, Encik Amzar pun dah sampai? Good morning, sir…” Tegur Encik Saleh ramah. Hailaa…Encik Saleh. Peramah benar encik ni!
            Alin sudah tak tentu arah. Dia hendak ke kiri, Encik Saleh bergerak ke kiri. Hendak ke kanan, Encik Saleh bergerak ke kanan. Hendak ke depan, dah tentu-tentu tersembam di dada Encik Saleh itu. Tanpa sedar kaki dia berundur ke belakang dan…
            “Careful, lady!” Sepasang tangan cepat memengang kedua belah lengannya bagi mengelakkan dia terjatuh. Bagai terkena kejutan elektrik, Alin terus terkaku. Jantung mula berdegup kencang. Damn! Jangan hendak macam-macamlah cik jantung!
            “You’re ok?” Pemilik sepasang tangan itu cuba hendak menelek mukanya tapi Alin cepat menunduk. Kenapa penakut sangat ni Alin?
            “Yes, I’m ok…” Balas Alin perlahan dan entah kenapa, tiba-tiba dia terasa lengannya dicengkam kuat. Alamak, jangan cakap dengan aku dia perasan suara aku? Tolonglah jangan kenal saya! Tolonglah!
            Lengan dia dilepaskan. Alin tarik nafas lega. Nasib baik dia tak kenal.
            “Turn around!” Perintah suara itu. Erk…so much for wishful thinking, Alin! Alin tetap statik.
            “Turn. Around.” Kali ini suara itu dah naik satu oktaf. Hendak tak hendak, dia pusing juga. Lambat laun, kena bertemu muka juga.
            “You?!” Amzar dah pandang dia macam nak telan orang.
            Alin sengih takut-takut. Dua jari dibuat lambang ‘peace’ dan di dekatkan ke tepi pipi “Err…hai?!”
***
Suasana di kafe lobi sunyi sepi. Awkward. Ini kalau ada facebook, mahu saja dia naikkan status ‘Awkward moment no. 1; sitting at the same table with your sworn enemy.’ Alin cuma pasang telinga, mendengar Zafril menerangkan kepada Amzar tentang kehadiran dia di Prima Group.
“So she got the job?” Soal Amzar. Mendatar sungguh suaranya.
“Yes…”
Dia telan liur, gerun tengok muka Amzar yang tegang. Walaupun muka buat-buat berani, tak tunduk walau sekali, tapi dekat dalam ini Tuhan saja yang tahu betapa kencangnya jantung dia berdegup. Kalau hari-hari macam ini mahu cepat dia dapat sakit jantung. Dahlah penyakit ini memang dah jadi penyakit keturunan keluarga. Dari zaman moyang, turun ke atuk dan terus dapat ke arwah abah. Mengenangkan arwah abah, hati Alin jadi pilu tiba-tiba. No…nono…Alin. Sekarang bukan masa nak pilu segala. Balik rumah nanti baru layan sendu. You have bigger problem right now! Dia balas renungan tajam Amzar.
She’s got spunk, Amzar senyum sinis. “You ni tak ada harga diri ke?” Amzar terus tanya soalan ala hendak minta penampar.
“Angah…” Zafril menegur kelancangan si adik.
Alin di hadapan dah jelling tajam. Ewah… mulut dia ni, melampau betul lasernya! Sabar Alin, sabar. Fikirkan keluarga, fikirkan uniform KFC, McDonalds dan Pizza Hut! “Ada apa dengan harga diri?” Alin balas soalan dengan soalan.
Kening Amzar dah terjungkit sebelah. “Kenapa you tak tanya soalan tu pada diri you sebelum you buat kerja bodoh malam tu?”
Ambil kau, Alin! Hah, nak jawab apa sekarang ni? Alin gigit bibir.
“Angah, please, jangan ungkit benda dah lepas boleh? Benda dah jadi, kan?” Zafril cuba jadi orang dewasa antara mereka bertiga. Kalau dilayan kepala dua-dua manusia depan dia ni, sampai ke esok tak sudah.
“Alin pun dah tahu dia salah dan dia nak minta maaf, kan Alin?” Zafril bagi isyarat mata pada Alin. Say sorry, now!
“Ya…ya. Saya mengaku salah. I’m sorry? Pleaseeee?” Panjang harkat perkataan please disebutnya, menandakan dia betul-betul ikhlas hendak minta maaf.
Amzar pandang si abang dengan muka tak percaya. Alin? Wow, dah first name basis sekarang ya? Muka cik psycho di tepi dijeling sekilas. Sejak bila pula along dia jadi geng dengan perempuan ni? Terasa diri dikhianati tiba-tiba. Bukan along tak tahu apa yang dah jadi dalam hidup dia disebabkan perempuan ni. Hidup dia yang tenang terus jadi kucar kacir sebab perempuan ini. Dan malam kelmarin, mama baru sahaja tambah lagi masalah!
“Saya minta maaf. Betul ni. Ikhlas dari hati!” Pinta Alin bersungguh-sungguh. Err…ikhlas nak kena sebut ke? Kalau sebut tak ikhlas jadinya, kan?
“Ikhlas tak perlu menyebut!” Tempelak Amzar. Alin terkedu. Uishh…boleh baca hati ke mamat ni?
“Dan kalau semua benda boleh settle dengan maaf, tak perlu susah payah wujudkan pasukan polis di dunia ni.” Tambah Amzar lagi.
Dush…kena lagi sebiji! Alahai, Encik Sexy Goatee, keras benar hati awak ni, ya?
“Amz, she said sorry…” Kata Zafril.
“So?” Balas Amzar sarkastik.
“Kalau mengaku umat Muhammad, tak salah kita mengampunkan, kan? Let’s just forgive and forget, shall we? ” Ujar Zafril separa menyindir.
Amzar mengetap rahang, geram. Muka cik psycho dipandang tajam. Dah pakai ubat guna-guna apa agaknya perempuan sampai abang sendiri pun dah berani sebelahkan dia? Amzar tarik nafas dalam-dalam. Nak suruh dia maafkan? Ok. Tapi nak suruh dia lupakan? Jangan mimpi. You make my life a living hell, lady. Aku akan pastikan kau juga terima nasib yang sama. Dendam? Oh tidak! Ini lebih kepada what you give you get back supaya cik psycho ini lebih berhati-hati dikemudian hari.
“Awak…eh, sorry. Encik, saya betul-betul minta maaf. Percayalah, saya betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi. Saya sendiri tak tahu apa yang merasuk badan saya malam tu. Bila dengar saja si leopard tu menyindir, automatic emosi jadi tak stabil. Tapi serius, kalau boleh diputar semula masa, memang saya tak akan buat benda yang sama. Kalau encik tak nak maafkan, tak apalah. Saya bukan boleh paksa-paksa. Tapi jenuh jugalah saya nak cari encik di padang masyar nanti. Buat masa ini, kalau tak nak maafkan, kita berdamai sahaja boleh? Penatlah encik kalau asyik nak bertegang urat je. Kesian kat urat leher kita ni. So, truce?” Panjang lebar Alin bercakap. Di tangan kanan, sebuah klip rambut dihulurkan ke arah Amzar.
Amzar pandang klip rambut yang dihulur Alin dengan kening terangkat.
“Hee…kita kan bukan mahram. Mana boleh salam. So, kita pakai ini to seal the deal. Encik pegang hujung sana, saya pegang hujung sini and we shake on it. Ok?” Alin senyum manis sambil kelip-kelip mata.
Amzar merengus seraya merampas klip di tangan Alin.  “Childish!”
“Serious, adik awak ini macam perempuan datang bulan sepanjang tahun. Asyik nak angin je!” Bisik Alin pada Zafril.
“I heard that!” Amzar pandang dia macam hendak membunuh.
Alin gigit lidah. Telinga lintah betul! Zafril dah gelak besar.
Your office hour starts at 8.00 Cik Alina. First day dah nak datang lambat ke?” Selamba Amzar perli sambil mata memandang jam di tangan.
Alin tengok jam di tangan. Alamak dah 8.15! Ciskek betul! Ni adik beradik berdua ini punya pasallah ni. Aduh, jenuhlah hendak terangkan pada Puan Habibah nanti ini. Kelam kabut Alin bangun dan ambil beg tangannya. Baru hendak melangkah, dia terhenti. Eh, kejap! Ayat si sexy goatee tu tadi bawa makna…
“Jadi encik terimalah saya kerja di sini, ya?” Alin tanya dengan hati yang berdebar-debar.
“Three strikes, you’re out!” Jawab Amzar tegas.
“Yeay! Thank you, sexy goatee! I’ll make sure you won’t regret it!” Three strikes? Jangan risau bos, saya beri bos home run nanti! Alin terus berlari naik ke atas meninggalkan Amzar yang terkedu dan Zafril yang dah terbahak-bahak ketawa.
“Did she just call me…?” Tak tergamak rasanya nak sebut perkataan itu.
Zafril yang masih galak ketawa, mengangguk sambil pegang perut. “Sexy goatee! Man, that woman is really something!” Zafril ketawa lagi sambil membayangkan hari-hari ceria yang akan dilalui mereka dengan kehadiran Alina Suffiya. Dan Zariel Amzar terus bercadang hendak bercukur!
***
Penat ya amat! Rasa hendak tercabut segala tulang temulang di badan. Ini baru hari pertama dia dah rasa macam hendak putus nyawa. Semuanya gara-gara bos baru dia. Terkejut betul dia bila dia dapat tahu dia diletakkan di bawah unit yang diketuai Amzar. Mood ceria terus berubah sebab dia dapat rasa Amzar tak akan biarkan hidup dia tenang. Apa yang dia rasa itu menjadi kenyataan bila sehari suntuk Amzar berada di Prima Group hari ini. Dan memang betul, hidup dia tak tenang langsung!
“Alina, buatkan kopi…”
“Alina, kopi ni manis sangat, tukar!”
“Alina, get me….”
“Alina, yang ini salah…”
“Alina, re-type this report...”
“Alina, you misspelled this…”
“Alina, there’s no‘s’ in this word…”
“Alina, photocopy dokumen ni 10 salinan…”
“Alina, reply my email…Alina this…Alina that…” Dan itulah yang berlangsung sepanjang hari ini sampai dia naik keliru, dia ni kerani atau setiausaha Amzar? Hendak bertanya, dia teringat amaran Amzar tadi, ‘Three strikes, you’re out!’ Oh, tidak. Dia perlukan kerja ini. Gaji lumayan bukan main. Jauh lebih besar daripada gaji dia di Salam Consultant. Boleh jugalah dia lebihkan duit simpanan sendiri. Kalau tidak dulu, duit gaji habis buat belanja rumah sahaja. Jadi silalah bertabah, Allina Suffiya Hakim!
Alin belek waktu di telefon bimbit. Mak aii! Dah pukul 12.30 malam! Alin terus padam lampu dan rebahkan badan ke katil. Aaaahhh…leganya dapat regangkan badan. Mulut terkumat kami baca doa dan zikir tidur. Mata dah hampir tertutup. Diri sudah hendak menuju la la land. Tiba-tiba…
 I've become so numb; I can’t feel you there, become so tired, so much more aware…” Menjerit-jerit suara Chester Bennington berbunyi dari telefon bimbit dia. Alin mengeluh kuat. Siapa pula hamba Allah yang menelefon aku tengah-tengah malam buta ni?
Dia belek nombor telefon di skrin. Pelik sebab tak pernah lihat nombor itu. Jawab sajalah, mana tahu emergency call.
“Hello…” Dia menyapa lemah. 
“Alina Suffiya?” Dalam suara di sebelah sana menyebut nama dia.
Terus segar Alin dibuatnya. Aiyooo…sexy goatee suara sexy! Tiba-tiba hati berdebar kencang. Isyhh…bawak bertenang cik hati!
 “Ya, encik?”
“Dah tidur?”
Oh la la la!  Kenapa dah macam suara ala dalam kelambu saja ni? “Dah encik. Eh…belum!” Kalau dah tidur, macam mana saya boleh jawab call awak ni?
Orang di sebelah sana tergelak kecil. Eh…eh…pandai gelak rupanya?
“Ada apa ya, encik?” Walaupun suara encik itu boleh buat jantung saya menyanyi lagu balada, tapi saya mengantuk sangat ni encik.
“Esok…”
“Ya?”
“Jangan pakai baju kurung…” Ah sudah! Apa hal pulak?
“Wear something suitable.” By suitable you mean?
“And bring your safety shoes with you…” Mana pula aku nak cari safety shoes ni?
“Pack some extra clothes…” Hah? O-key…serius menakutkan!
“You and me…” Dup dap dup dap… jantung Alin berdegup. Nak ajak aku kahwin ke? Isyhh…over sangat imaginasi kau ni, Alin!
“…we’re going to Terengganu!”
“Hah? Encik, biar betul?”
“Later, lady…” Dan Alin hanya mampu terkebil-kebil di dalam gelap. 

76 comments:

  1. Yay. Ada jugak akhirnya. hari ni dah dekat 45 kali cek singgah. Kot-kot ada entry baru.

    P/s : Tapi idok la sampai 45 kali. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 45 kali tu baca - 4 hingga 5 kali.

      Oh. Giler comel. Hahaha.
      Errr... Encik Salleh tu pon comel jugak. Kakakakah

      Delete
    2. Pena Tumpoi, kan kan incik salleh pun cute kan.... hehe he....:) Ray's Mommy.....

      Delete
    3. PT, mcm biasa, awak mmg suka yg lain dari yang lain. Hahah

      Delete
    4. PT, mcm biasa, awak mmg suka yg lain dari yang lain. Hahah

      Delete
  2. hahahaha..
    sexy goatee...
    comel alin...

    ReplyDelete
  3. aigoo..aigoo... anagau dah ni... mcm mane... @____@

    ReplyDelete
  4. auchhhh... sexy goatee man... hehehehe... niat baik ke niat xbauk... hehehehe

    ReplyDelete
  5. sexy goatee.....hahaha new look approach..asyik2 boyish or chinese look ..bosan jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... boyish and chinese kind of cute...

      Delete
  6. skrg tak sabar nak tunggu bab 7 pulak. hee~

    ReplyDelete
  7. my my, I think I'm going to fall in love with sexy goatee!!!
    Farah oh farah, you and your writing are AWESOME!

    ReplyDelete
  8. yeayy. selalu check entry baru. dapat baca rasa bahagia. haha. waiting for next entry even yang ni pun baru je publish. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...sy akan slow down a bit lepas ni.

      Delete
  9. peace..sexy goatee..kelip2 mata..argh..angauuu...

    ReplyDelete
  10. hahahaha!!! jenuh tahan gelak kt opis neh!!! best gle!!!!! mulai hari ini sy nk pnggil awk kak farah boleh? sbb sy amat yakin akk lg tua dri sy.haruslah sy lbh menghormati... =) (bkn sy perasan mude tau!) b4 ni rse cm sebaya jerk..huhu..n dengan ini sy menisytiharkan kak farah sebagai favourite writer saya lps kak nina (eh panggil kak jugak! hee... ;P ) nak lagi nak lagi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. saya memang dah 'akak' dgn awak. hihihi...

      Delete
    2. hehehe... baik akk... maafkan saya (suara detective conan) hehe

      Delete
  11. sian alina kna buli abis...duk sengih2 je ni ha baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kena buli..lepas tu dia membuli balik. heheh

      Delete
  12. a'aaah best... go... go writer... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima Rostam, bangga saya bila penulis sudi baca. :)

      Delete
  13. 1st....mmg ske giler2 n3 kali ni...interesting
    2nd....gelak guling2 bila Amzar terkedu coz Alin panggil dia sexy goothy hahhahahaha
    3rd....abeh la kali ape plak la yg akan amzar buat kat alin kat terengganu 2 nanti, masak keropok losong cicah sos pedas ke huhuhu
    4th...ade ke x si alin 2 safety booth 2...dibuatnya xde mau mengamuk plak amzar 2 nanti
    5th...tabahnya alin demi nak sara dowang sekeluarga napa la si amzar 2 x nampak yeh
    6th....ternanti2 saat di mana amzar jatuh tersungkur up side down ngan alin yang happy go lucky n sweet cam eskim stoberi cokelat 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 sy pun x sbr nk tunggu amzar jatuh hati kat alin

      Delete
    2. amboih! siap bagi dalam point form! terbaeklah cik strawberry!

      Delete
  14. hahaha...klip rambut sebagai tanda bersalam antara amzar n alin...so cute...raseya alin akan terus dibuli ke on their way to 'ganu kite'..? farah, nanti sambung lagi ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakat bawa klip rambut dalam handbag lepas ni ya? ;p

      Delete
  15. ohhhh alin be careful girl ..............

    ReplyDelete
  16. oh my gosh!! suka 100 juta like! :))

    ReplyDelete
  17. ♡♥♡♥♡♥♡♥♥♡♥♥♡♡♥♥♡♥

    ReplyDelete
  18. nak pecah perut rasa...tahan gelak takut staff perasan bos tgh ngulau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...sportingnya bos layan enovel! nak jadi staff anda, boleh? heheh

      Delete
  19. Aaaaa.... mr sexy goatee nak buat apa pulak nie? hihihi

    ReplyDelete
  20. Wah ber2 ke tganu

    Kasi amz migrain n alin jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. or it could be the other way around..heheh

      Delete
  21. yuhuuuuuu..... begin of the story.... i like....... sweet & sour..... kita tgk betapa kereknye sexy goatee and betapa sengalnya si alin ye.... fara pls pls.... cepat2 dear update next n3..... sggh tidak sabar dh ni..... and darling zafril (of course bukan darling kita kan, leopard punya darling.... ouchhhh) good character..... :) love: Ray's Mommy.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ray's mommy, darling zafril mmg baik

      Delete
    2. eh...boleh penulis puji watak sendiri? kikikiki

      Delete
  22. Aduhhhhhh.....bestnya menjadi sorang yg bernama Alina Suffiya Hakim...

    ReplyDelete
  23. Yay..best..
    mmg alin ni special la...berani2 jer panggil along tu darling..
    pastu leh terlepas panggil amz yg cam nak meletop tu sexy goatee..

    tp dorg nak gi terengganu wat pe eh??berdebar lak..hehe
    tqvm cik farah husain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. repangzel, u are very much welcome... :)

      Delete
  24. "later, lady" amboi2 fara cam biasa nampak aje delog tu..but surely,certainly,seriously i want M-O-R-E!! esok ek...?pleaaaassseee-gegeltimsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. laters, lady are specially written for you and 50s kerabatz..

      Delete
  25. ni baru world!!! next n3 pls :)

    chester pon msk dlm gambar gak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... jenuh fikir ringtone apa, sekali henpon sendiri berbunyi. hentam je lah terus.

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. ai pun nk men daling kan darling orang jugak lah...Farah lahlinggg ai dh tak sabar dh nk tau apa akn terjadi kat Ganu nun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. make sure darling kepada darling org tak dengar tau. hihihi

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. hahaha! Lawak gile. Mau putus urat perut camni! Eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak ada funny bone dalam badan dan bila melihat org ketawa baca, saya jadi terharu.

      Delete
  31. salam dik..E3 yg betul betul mencuit hati..terfikir juga ..bagaimanalah mamat berdua tu boleh layan dengan kerenah alin..
    Terkezut juga..tettiba tak ada angin ..tak ada ribut..ajak minah ni ke Terengganu..adakah mamat poyo tu..kepala dia ada hantuk kat mana mana..hingga boleh pakat pakat nak berdua pi Terengganu..tgk projek kat sana dan bermalam disana..apa ek..tujuan mamat tu melakukan demikian..very fishy..weyh..

    ReplyDelete
  32. kejung badan kena panggil sexy goatee... hahaha... klakar la alin... si along pun dah geng ngan alin... yeeaayyy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut alin selalu derhaka pada tuan. hahaha

      Delete
  33. oO-la-la-la.. nak gi ganu buat gaponye? alin..alin.. dah selambo kome je men'leopard'kan zufa dpan dpan fiance to be nya ye? dah tu mulut tu bleh plak terspill sebut sexy goatee?? nasib mamat tu bukan tngah minum air kalau tak mau tersedak cik abg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...dia type yg cakap dulu fikir kemudian

      Delete
  34. haha.. sya suka jln ceta ni.. sgt2 best.. i want more farah.. keep it up.. hehe sexy goatee.. xsabar tunggu next.. wow x lena tdo ni.. <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u zara... will try my best to give u more..

      Delete
  35. wahhhhhhhhh best giler..saya dah baca pai bab 7..memang daebak!!! la Farah Husain..tapi x nak ke jadikan buku..boleh lah saya beli..hik hik hik...teruskan menghasilkan karya-karya yang best macam ni k.. Fighting

    ReplyDelete
  36. walaweyh..siyes kak, asyik tergelak2 da nana baca part ni..time alin selamba gile pggil mr sexy goaate.. haha so suwit..

    ReplyDelete
  37. miahahahahah.. apa yg si sexy goatee tu nak wat nihhh

    ReplyDelete