Followers

Friday, March 8, 2013

Bab 4: Dia...Random Guy


Pagi-pagi lagi Alin dah sampai ke pejabat. Tempat pertama yang dituju meja sendiri. Surat pemberhentian dia yang Kak Sofi letakkan di atas meja diambil lalu dibaca sepintas lalu. Selepas itu dia ke bilik Tuan Haji Salam yang sekarang ini dengarnya sudah menjadi pejabat sementara Zariel Amzar. Tapi kata Kak Jehan, bos baru belum sampai lagi. Selalunya pukul 10 ke atas baru dia akan muncul di pejabat sebab sebelah paginya dia akan ke Prima Group dahulu, menjalankan tugas dia sebagai MD di sana.
“Prima Group tu syarikat apa pula, kak?”
“Laa, Alin tak tahu ke? Itulah syarikat Dato Yusof, abang ipar Tuan Haji yang selalu bagi loan pada kita tu.” Terang Jehan. “Tuan Amzar tu anak kedua Dato Yusof. MD di sana. Dia si sini pun sementara sahaja, nak tolong Tuan Haji stabilkan semula syarikat. Dah ok nanti, dia baliklah semula ke sana.” Sambung Jehan lagi.
Barulah Alin faham situasi sebenar. Rupanya khabar angin yang kata Salam Consultant akan diambil alih tu tak betullah. Habis tu apa ke hal pula yang si kerek tu suka-suka hati nak pecat orang?
“Dah tu, kenapa sampai nak pecat orang Kak Jehan?”
Jehan menghelas nafas panjang. Penat pun ada juga sebab dah banyak kali kena buat penerangan yang sama kepada mereka yang tak berpuas hati. “Nak kurangkan perbelanjaan, Alin. Syarikat dah tak ada duit sekarang ni. Nak bayar gaji pun tak cukup. Jadi paling senang, kena retrench staff lah.”
“Tapi ini tak adil kak! Kalau nak retrench pun, pilih orang yang betul-betul yang tak boleh diharap. Kenapa saya pun jadi mangsa juga? Jen dengan Ruben tu, kenapa tak dipecat pulak? Buat kerja, satu apa pun tak boleh. Asyik bergossip je kerjanya. Kerja mereka selama ini pun saya yang cover. Ya Allah, kerja engineers yang berlagak bagus tu pun saya yang buat kak! Kenapa masih nak pecat saya?” Suara Alin meninggi.
“Because you’re crazy, impulsive and seriously annoying.” Jawab suara yang ketara bukan milik Jehan.
Here we go! Alin terus berpusing ke belakang. Darah naik membuak-buak bila melihat wajah bersahaja ‘encik tunang’ dia. Dengan kemeja kuning air dipadankan dengan suit berwarna kelabu dan tali leher belang putih kelabu dia nampak sangat kacak dan….segar! Memanglah kau nampak segar sebab kau tak habiskan malam kau terkebil-kebil dalam gelap memikirkan nasib keluarga kau lepas ni! Jerit Alin dalam hati. Alin mara ke arah Amzar. Sampai di depan Amzar, dia pandang wajah lelaki itu tajam.
 Amzar masih lagi dengan muka tak ada perasaan dia. Mata memandang cik tunang yang merah padam wajahnya.  Ni perempuan spesis apa ni? Tak reti nak jaga penampilan diri langsung bila keluar rumah. Kalau jadi isteri, memang kena pergi hantar grooming juga dia ni! Muka sembab tak bermaya. Mata dah macam beruang panda. Dengan tudung bawal senget benget. Dengan t-shirt lengan panjang yang dah lusuh warnanya dah oh Tuhan, is that a tear on her jeans? Berkerut-kerut dahi Amzar pandang jeans yang koyak di bahagian lutut milik cik tunang berlakonnya itu. Memang tak salahlah keputusan aku berhentikan dia kerja.
“Dah sihat?” Tanya dia sinis. Jehan yang dapat merasakan macam akan ada perang hendak meletus, segera melarikan diri ke pantry.
“Kenapa awak berhentikan saya tanpa alasan yang munasabah?” Soalan Amzar dijawab dengan soalan.
“Awak?” Terangkat kening Amzar mendengar panggilan Alin. Gaya bercakap macam mereka ini kawan-kawan pula. “You do realize you’re talking to your boss, right?”
Alin mencebik. Kira baik aku panggil awak, ikutkan hati aku panggil biawak je! Surat di tangan dihempas ke dada Amzar. “Ini surat pemberhentian perkhidmatan saya jadi secara teknikalnya awak bukan bos saya lagi. Jadi saya nak panggil awak ke biawak ke, ikut suka hati sayalah!”
Amzar terpanar sekejap. Walaupun berlapik dengan surat, tapi jantung dia berdetup juga bila tangan kecil itu melekap ke dada. Oh...this is not good. Cepat-cepat dia bergerak ke biliknya sebelum jantung dia hendak berdetup lagi.  Tapi tak sempat dia nak buka pintu, cik tunang dah lebih dahulu berdiri di hadapan pintu.
“Awak tak jawab soalan saya lagi!”
“I rasa semua dah diterangkan dalam surat itu, kan? You nak jawapan apa lagi?” Amzar cuba tolak Alin ke tepi tapi Alin keraskan diri di depan pintu.
“Tapi saya tak boleh terima jawapan tu! Saya tahu, awak buat semua ni sebab marahkan saya sebab buat cerita tentang pertunangan kita tu, kan?”
Amzar silangkan tangan ke dada dan pandang wajah Alin lama. “Kalau ya, kenapa?”
Mengaku pun akhirnya! “Kalau ya, ini tak adil. Awak tak boleh buat keputusan macam ini based on that event alone! Itu tak professional namanya.”
“Don’t talk to me about professionalism when you’re not professional yourself. Kalau you tu professional sangat, kenapa lari bila nampak I? Kalau you tu professional sangat, kenapa menyorok dua hari tak datang pejabat? Nak lari dari masalah? Itu dah jelas menunjukkan sikap you yang tak bertanggungjawab. Dah buat salah lari. Menyorok. Itu ke professionalism you? Kalau dalam hal peribadi pun you bersikap macam ini tak mustahil dalam hal kerja pun you begini, kan?
Alin terkedu. Mulut terkunci terus, tak tahu nak jawab apa.
“I have no problem with your work. Anugerah kecemerlangan yang you dapat tu memang impressive. Tapi attitude you tu yang buat you kehilangan kerja ni. Cover kerja orang lain, itu yang you nak banggakan? You tahu tak perbuatan you itu bawa kerugian pada syarikat. Kerana you, kami terpaksa bayar gaji yang tak sepatutnya pada mereka sedangkan mereka tak jalankan tanggungjawab mereka yang sebetulnya. Jadi beritahu I, salah ke keputusan memecat you ni?”
“But…”
Amzar angkat tangan. Dia belum habis bercakap lagi. “You’re too impulsive. Cepat melatah. Terlalu ikutkan perasaan. Apa yang terjadi malam tu dah cukup membuktikannya. I don’t need an employee with that kind of attitude. God knows what will happened to the company kalau you buat keputusan tanpa fikir panjang.” Amzar serahkan semula surat di tangan kepada Alin.
We need someone who can contribute to the company. And you obviously, are not it. So go home. Jangan buat kacau di sini dan ganggu kerja orang lain.” Amzar tolak dia ke tepi dan terus masuk ke dalam biliknya.
Tak semena-mena menyirap darah Alin. Someone who can contribute to the company? Habis itu yang selama lapan tahun dia bersusah payah datang kerja on-time, buat kerja lebih masa tanpa bayaran yang setimpal dan tolong dapatkan satu dua projek kecil untuk syarikat tu apa? Bukan contribution dia untuk syarikat ke? Melampau sungguh kata-kata lelaki ni!
“Encil Zariel Amzar!” Alin ikut dia masuk ke dalam bilik. Dengan rasa marah yang tertahan-tahan dia berkata , “You are one heartless man! Saya harap, tak, saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.”
Amzar mendengus. “Gila!” Ujarnya perlahan tapi masih mampu didengar Alin.
“Gila? Kurang asam punya lelaki!” Alin angkat tangan tapi belum sempat tapak tangannya menjamah pipi Amzar, lelaki itu terlebih dahulu menangkap tangannya. Tangan kiri di dalam pegangan si kerek, dia angkat pula tangan kanan. Tapi sekali lagi pergerakan dia dapat dibaca Amzar. Bila kedua-dua belah tangan sudah digenggam Amzar, hanya ada satu cara lagi sahaja untuk dia melempiaskan rasa geramnya. Kaki! Dan…
“God…”Amzar mengerang sakit sambil menunduk memegang bahagian yang baru bertemu lutut Alin. Perempuan ni memang gila!
Alin terkedu. Ciskek, macam mana pula lutut yang ternaik sedangkan dalam otak tadi dia terfikir nak pijak kaki Amzar? Lepas itu boleh pulak lutut ni landing di tempat yang tidak sepatutnya. Oh Tuhan!
“Err…awak…” Dia cuba mendekati Amzar tapi cepat lelaki itu angkat tangan dan menjauhkan diri dari dia. “Sorry…” Pinta Alin.
Amzar tarik nafas menahan rasa senak. Sabar, Amz. Ingat, dia perempuan. Tak pernah lagi dalam sejarah keluarga keturunan Yusof angkat tangan pada perempuan. Throw her out, for her sake!
“You know what, I take back my word. You ni bukan gila…” Dengan muka menahan sakit, Amzar berjalan mendekati dia. “…but downright psycho. Go and get a treatment!” Amzar tolak dia keluar dan hempas pintu ke muka dia.
Psycho? Dia panggil aku psycho? Oh, kau memang cari pasal Zariel Amzar! Elok-elok dia rasa bersalah dan hendak minta maaf, terus hilang niat itu. Alin melangkah keluar dan terus menuju ke lif. Sempat dia capai seketul batu yang diletakkan sebagai hiasan di dalam pasu berhampiran pintu masuk pejabat dia. Sampai di tempat parking, mata meliar pandang kiri kanan, depan dan belakang. Line clear!
Satu persatu kereta yang diparkir di kawasan itu diperhatikan. Sebaik sahaja kereta yang dicari kelihatan depan mata, cepat dia bergerak ke sana. Dia rapatkan diri ke badan kereta. Perlahan, batu di tangan diletak ke badan kereta dan diseret di atas permukaannya.. Alin berjalan mengelilingi kereta sambil mencipta corak awan larat di body Audi 5 milik si kerek. Setelah siap satu badan kereta dihias, batu di tangan di campak ke bawah untuk menghapuskan bahan bukti. Dia berdiri bercekak pinggang sambil tersenyum lebar.
“Ini baru psycho!” Puas hati dibuatnya.
“Awak tahu kan awak baru saja committed a feloni? Ini boleh didakwa…”
Alin kejung. Suara itu…perlahan dia menoleh. Hailaa…Kenapalah nasib aku ni malang sangat?
***
Alin ingat dia akan dibawa terus ke balai tapi sebaliknya dia di ajak ke kedai mamak berhampiran Menara Premier.  Lega sedikit hati walaupun bukan sepenuhnya. Jangan lupa Alin, dia ni ada kena mengena dengan musuh kau. Mesti ada hidden agenda! Sikap judgemental Alin mula keluar.
“Minum?” Jejaka depan mata offer sebaik sahaja budak pelayan datang bawa menu.
“Milo ais.” Rezeki jangan ditolak lagipun dia tengah dahaga. Banyak air liur habis bertekak dengan si kerek tadi.
“Makan?”
Alin geleng. Perut dia sebu. Memang tak ada selera hendak makan. Selepas buat pesanan, mereka kembali diam. Dia pandang dia. Dia pandang dia. Tak sanggup nak pandang wajah si jejeka lama-lama, dia tunduk pandang meja. Reaksi biasa orang yang buat salah. Itulah buat benda tak reti nak berfikir dulu. Hailaa…Alin, betullah cakap si kerek tadi. Kau ni memang impulsive! Alin kutuk diri sendiri.
“Err…awak akan beritahu adik awak pasal kereta tu?”
Zafril buat muka pelik. “Kenapa pula saya nak kena beritahu. Bukan ada kena mengena dengan dia.”
“Hah? Tapi…” What a minute! Alin cuba ingat balik kejadian dia calarkan kereta tadi. Dia yakin betul dia di B2, tempat parking kereta yang disewa khas oleh Salam Consultant. Dah dekat 8 tahun dia kerja di sana, dia cukup kenal kereta kakitangan yang lain. Jadi bila dia nampak kereta yang tak pernah dia nampak selama ini, dia assume itu kereta si kerek. Alamak! Salah kerete ke?
“Err… itu bukan kereta adik awak?”
Zafril menggeleng kemudian ketawa kecil. “So, awak ingat itu kereta dia? Sebab itu awak calarkan?”
Alin gigit bibir sambil mengangguk. Adoilah…si malang mana punya kereta pulak ni?
Zafril senyum tengok muka bersalah Alin. Ini kalau diberitahu kereta itu kereta dia, agak-agaknya mahu Alin pitam. Tapi melihat muka Alin yang dah tak serupa orang itu, dia tak sampai hati pula hendak beritahu. Setakat calar macam itu, pergi sajalah kedai cat semula. Bukan dia tak mampu!
“Kenapa buat macam itu?” Lembut saja dia bertanya. Psychology nak kena betul kalau berhadapan dengan benda-benda macam ini. Tanya elok-elok, gain her trust, hopefully she’ll spill the beans. Kalau terus sergah, esok pun belum tentu lagi dapat jawapan.
“Dia yang cari pasal.”
“What did he do?” Sekali lagi dia bertanya lembut. Alin pandang muka Zafril yang sedang tersenyum manis. Lembut sahaja nampak wajahnya. Jauh beza betul dengan si kerek.
“What did he do?” Zafril ulang soalan yang sama. Alin tarik nafas panjang dan terus buka cerita. Dari kejadian dia dapat panggilan yang beritahu dia sudah dipecat hinggalah ke kes dia calarkan kereta tadi termasuklah cerita I-gave-him-a-hard-kick-in-the-groin. Terbahak-bahak Zafril ketawa bila tiba part itu.
“Jadi Amzar dah pecat you lah ya?”
Alin pandang muka Zafril, bengang. Memang padan sangat si darling ini dengan si leopard itu. Suka benar tanya soalan yang sama banyak-banyak kali. Jenuh sudah dia bercerita dari tadi rasanya.
“Tak macam Amzar. Adik saya tu bukan jenis yang mix business with pleasure…”
Alin mengumam, “Can hardly call myself his pleasure…”
Zafril ketawa kecil. “Yeah, you’re his liability, huh?”
“Kata dia….”
“Kata you?”
Alin tegakkan badan dan menjawab penuh bangga, “I’m the best asset a man can ask for!” O-key, kenapa sangat misleading bunyinya?
Zafril ketawa besar. “You’re cute. Annoying, but cute…”
Alin menjeling Zafril. Cute? Cute itu tak akan dapat bagi saya makan, Darling!
“Jadi apa rancangan awak lepas ni?” 
Alin mengeluh panjang. Benda ini terjadi sekelip mata, manalah dia ada peluang hendak buat apa-apa rancangan. Sejujurnya dia tak pernah terfikir pun akan kehilangan kerja. Oh, silap. Bukan tak terfikir, tapi tidak mahu fikir. Dia sedar diri. Setakat SPM, apa sangatlah kerja yang dia boleh dapat? Universiti di Malaysia tiap-tiap tahun hasilkan ‘produk’. Tak kisahlah produk itu sempurna atau ada defect, janji ada ‘sijil pengilang’ itu, berlumba-lumbalah majikan hendak ambil kerja. Contoh paling dekat, Jen dan Ruben. Nama sahaja university graduate, tapi satu kerja pun tak boleh buat! Yang dia, walaupun bekerja hanya berbekalkan sijil SPM yang cemerlang itu, tapi hasil kerja tip-top. Bukan hendak membangga diri, tapi buktinya ada. Tengok sahajalah anugerah khidmat cemerlang yang dia dapat tiap-tipa tahun itu. Tapi ada si mamat kerek tu kisah?
“KFC, McDonalds or Pizza Hut?” Balas Alin. Dalam kepala dah terbayang diri sendiri lap meja dan kutip tray makanan orang di restoren makanan segera itu. Tapi berapa sangatlah gajinya. Silap-silap, habis bayar duit bil utility sahaja. Belanja makan, belanja belajar Ijoy dan duit ubat mak, mana dia cekau?
“Kenapa tak try syarikat lain?”
“Encik Zafril, saya rasa dah jenuh saya cerita tadi. Saya ni ada SPM sahaja. Umur dah 32 tahun. Awak ingat ada ke syarikat yang hendak ambil saya bekerja? Yang ada kelulusan ijazah segala pun payah hendak dapat kerja sekarang, ini kan pulak saya!” Adik-beradik ini menyakitkan hati betullah!
“Awak dah cuba ke?” Zafril bertanya.
“Tak adalah…tapi…” Belum sempat Alin habiskan ayat, si darling dah potong.
“Hand me your resume!”
“Hah?” Biar betul darling ni!
Zafril angguk. “Hand me your resume. Saya akan serahkan pada HR Prima Group. We’ll see if there’s any post that suits your qualification.”
Alin pejam celikkan mata, hendak menyakinkan diri sendiri tidak bermimpi. Muka Zafril masih ada lagi di hadapan dia. Kemudian pipi sendiri dicubit-buit. Ouch! Sakit! Yes, this is definitely not a dream. Tapi….
“Kenapa awak nak tolong saya?” Suspicious…suspicious. Kalau perangai Zafril ini serupa dengan Zufa, memang dia sengaja menempah balalah kalau dia terima bantuan Zafril.
Kening Zafril terangkat sebelah. “Kenapa pula saya tak boleh tolong awak?”
Alin angkat bahu. “Sebab awak tak kenal saya?” Berjumpa baru dua kali dan pertemuan itu pun bukan dalam keadaan normal. Hendak diikutkan disetiap pertemuan mereka, perangai yang ditunjukkan Alin sangat tak…normal? Jadi memang wajiblah dia ada rasa syak wasangka pada kebaikkan Zafril.
“Siapa kata saya tak kenal awak? Awak Alina, kawan Zufa bakal tunang saya dan kenalan adik saya, Amzar. Good reason enough for you?”
Laju kepala Alin mengeleng. “No…no…no. First of all, Zufa bukan kawan saya. Tak percaya, awak boleh verify sendiri dengan dia. And as for kenalan adik awak tu, lagilah jauh panggang dari api.”
“Look, saya tak tahu apa yang jadi antara awak dan Zufa. Friends, enemy, I honestly don’t care. Saya nak tolong awak, sebab my gut tells me awak bukan macam yang adik saya katakan…”
Alin angkat tangan, potong cakap Zafril. “Apa yang si kerek tu cakap pasal saya?”
Zafril ketawa kecil. “It was so colourful, saya tak sampai hati hendak beritahu…”
Gila, psycho, impulsive and extremely annoying. Itu kata Amzar pada dia tadi. Alin mengeluh kuat.
“To be honest Zafril, seumur hidup saya ni, saya tak pernah menyesal dengan setiap tindakan yang saya buat walaupun orang kiri kanan tak bersetuju. Tapi untuk pertama kalinya, apa yang terjadi malam itu adalah benda yang paling saya sesalkan dalam hidup ini. Kalaulah awak tahu berapa kali saya sebut if only, sejak kejadian tu... Don’t get me wrong. Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri. Apa yang jadi tak akan terjadi kalau saya guna akal instead of hati. But there’s no use of crying over spill milk, right? Benda dah jadi. Apa yang saya boleh buat cuma minta maaf. Tapi adik awak refuse to listen to me! Kalau ya pun marah, janganlah sampai nak rosakkan periuk nasi saya! Elok-elok hati dah lega, menggelegak balik dibuatnya bila teringatkan si sexy goatee.
“So prove it!”
“Prove what?” Jangan nak beri cadangan bukan-bukan Encik Zafril.
“Prove that I’m right and he’s wrong. Beri saya resume awak. Kalau ada rezeki awak, kerja di sana dan buktikan pada Amzar, dia buat kesilapan besar label awak sebagai liability.” Cabar Zafril.
Alin gigit bibir. Separuh hati hendak percaya, separuh lagi masih was-was. Wujud lagi ke manusia yang buat baik tanpa apa-apa niat ni?
“Awak tak percayakan saya?” Soal Zafril.
Alin berdeham. Macam tahu-tahu saja apa yang aku tengah fikir.
“What do you got to lose, Alin? Kalau ikutkan, banyak benefit yang awak dapat. Kalau ada rezeki, awak dapat kerja. Dah tak payah pening kepala fikir pasal duit. Bila dah dapat kerja, awak boleh buktikan pada Amzar dia dah silap buat keputusan. Jadi, apa lagi yang nak ragu-ragu?”
Ya, apa lagi yang dia nak ragu-ragu? She's got nothing to lose, kan?
“Bila saya boleh hantar resume tu?”
“Anytime you want.”
Alin angguk faham. Zafril sembunyi senyum. Alina Suffiya dan Zariel Amzar, di bawah satu bumbung. This is going to be FUN! 

54 comments:

  1. yes! i'm the first one to read, kut? cayala k Farah! best2! thank u for sharing... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walawehhhh..u r the 1st lah!

      Delete
    2. *clap clap clap* for being the first to comments. hahaha... thanks rodh. will try my best to finish it.

      Delete
  2. akak... rasa cam tamak plak.. tak puas.. nak lagi.. ngeeee =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik curangs... sikit2 je dulu ye. hehehe

      Delete
  3. yee haaa...d game is start to begin hahahaha (ketawa jahat )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... apalah rancangan si abang long eh?

      Delete
  4. ho ho ho...tenkiu chingu..superb. Tak sabar for 5th...oh tunggu isnin kah? Lambatnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. patience is a virtue kata omputih....kikiki

      Delete
  5. couldnt believe i m reading an awesome piece-again. thanks Fara-u rock baby!-gegeltimi. p.s jgnlah alin dipermainkan dek kedua2 mamat tu-kesian dia-jujur2 ingat abg tu baik..namu namu ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. gegel... c abang tu baik to the core. taklah 'jahat' sgt planning dia. ha ha ha

      Delete
  6. mak aihh... zariel nie nak tlg ikhlas ke ada agenda lain nie.... auchhh kesian ke situ plak terkena... heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik beradik keturunan dato yusof ni bukan boleh percaya sgt. kikiki

      Delete
  7. amzar ni bercakap gaya kerek tak ingat! mr zariel what are you gonna do with this two? suspicious je gaya.. jgn nanti tangkap cintan dgn alin tu sudah.. jenuh alin nak declare war dgn si zufa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alin dgn si abang? haishhh...runtuh langit kalau zufa tahu.

      Delete
  8. hayarkkkk!!!zariel sj cari pasai jugakk hahhaha....adakah tsunami akan melanda bila 2 2 enemy ni bertembung kat Prima Group...mesti makin kecoh + huru hara. Amz mmg perangai cam budak2 la..x berfikir panjang, siasat pon x abes...ske men tuduh2...tp ske part jantung dia berdetup 2...baru je Alin letak tgn kat dada dia beralas surat tu lom betul pegang dada dia kan ...agaknya kalo betul2 pegang dada dia 2 mau pengsan terus si Amz hahahah...zariel 2 pon mesti ade big prawn in the noodle 2...suspicius2...x leyh caya 2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2 mcm ada agnda jrk. jgn nt hti beralih arh dri zufa ke alin sdah. kang jd cnta 4 sgi plak. amzar,alin,zafril,zufa. hehh =p

      Delete
    2. man...ego je lebey! heheh... big prawn in the noodle eh? ini bukan prawn lagi dah...lobster terus!

      ww, saya ni dulu tak suka matematik so jgn risau. takkan banyak segi dalam ini cerita. hihihi

      Delete
    3. hahaha..owh i luv math!!but not add math!!hahaha

      Delete
  9. Laaaa saja ja abg dia bagi pasai kat dua org tu.... ada kimia tak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang can sense something kot tu...hihihi

      Delete
  10. Baik btul alin p attack tmpt yg x spatut nyer kat amzar..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... tindakan refleks gadis ini mmg sentiasa extreme

      Delete
  11. omg!!! omg!!!best gle!! abs j bdak ngaji trus rfresh hp ni. mklumla tnet slow. huhu x psl2 kete zafril jd mgsa. haisy c alin x abs2 skap tburu2nye.x pk pjg. x sbr nk tgu babak alin kje dkt prima group!!! rsekan ko amzar. buang permata yg bernilai. eceywah.. =p

    ReplyDelete
  12. can't wait for tomorrow...what happen next?? za akan terkejut beruk lah bila bertembung ngan alin nanti di PG...





    ReplyDelete
  13. hmmm..dah agak mesti zafril ni ada agenda tersembunyi..
    confirm amzar berangin klu tau alin dpt keje kat Prima Group..hehe
    xsabar nak tunggu isnin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. si abang punya angkaralah ni... thanks for reading dear!

      Delete
  14. Pestime bc dh rs excited nk bc dr awl. Tq la kat membe sorg tu yg pm citer ni kat saya. Tq yatie pyan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yatie pyan, thank u sebab share the link with kak arzalif. :) thanks for reading kak.

      Delete
  15. Huh x sbr nk tunggu next n3... Mmg teruja sungguh ni

    ReplyDelete
  16. i don't want next entry.. what i need if full manuskrip. nak bagi ke tak kt sha yg cute ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *sigh* unfortunately cutie, full manuskrip belum siap

      Delete
  17. oh my god. this is superb! best gile this story. next entry please, x sabar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u. Next entry monday, insya Allah...

      Delete
    2. akan ada versi cetak ke nanti??

      Delete
  18. Cepat2 ler masukkan the next episod. Best tok nih...

    ReplyDelete
  19. heheh.. sy dah terjerat ngn cite nih.. mmg kene follw.. awesome!!
    Another good stuff to read.. hehe..

    ReplyDelete
  20. Slm...trnanti2 episod 5!

    ReplyDelete
  21. hehehe,coming soon as in when?can't wait to read more...=)

    ReplyDelete
  22. I'll surely be visiting to your blog to read further...

    ReplyDelete
  23. dup dap dup dap menunggu bab 5...taufan di prima group plak ka?

    ReplyDelete
  24. lucu la...xthn nk gelap, pening2 nk buat laporan pn dh lupa...layan

    ReplyDelete
  25. hihihi hilang stress baca crita ni... tq kak

    ReplyDelete
  26. ERRR...si abang ni nak tolong atau nak wat dajal??


    bleh x nak mintak si abang dia xjd tunang ngan zulfa yg jahat tuuu? ehehehe

    ReplyDelete