Followers

Thursday, July 22, 2010

Semangat Menurun...

Dulu, masuk ofis pukul 8.30, balik pukul 6 petang. Rehat selama satu jam dari 1 tengahari hingga 2 petang. Kebelakangan ini jadual kerja saya dah tak normal macam dulu. Masuk ofis pukul 8.30, balik pukul 10-11 malam. Rehat pun curi-curi masa in between works. Mental saya memang penat sangat.  Balik kerja yang saya ingat hanya nak baring. Bukannya saya fikir tidur, cuma fikir nak regangkan badan yang sakit-sakit ni. Satu penyakit saya, penat macamana pun mata ni macam dah ada timer sendiri. Selagi jarum jam tak menginjak ke pukul 2 pagi, jangan haraplah ia nak terpejam. Sudahnya tidur tak cukup. Macamanalah minda tak penat!
Akiviti menulis agak perlahan sekarang ini. Walaupun tiap-tiap malam buka laptop dan pandang manuskrip, tapi sepatah ayat pun susah nak ditaip. Kadang-kadang cuba juga paksa diri menaip sebaris dua, tapi jarang menjadi. Semangat menulis tu turun hingga tahap paling bawah. Mungkin sebab mata saya dah tak larat nak memandang skrin komputer lagi selepas seharian menatap skrin di ofis? Entahlah. Apa yang saya tahu saya tiada semangat hendak membaca, menulis atau menonton sekarang ni. Rasanya Eclipse lah benda terakhir yang saya tonton di skrin. Disebabkan semangat untuk melakukan benda-benda yang saya selalu buat itu dah menurun, saya gunakan masa yang ada untuk mencerna nota-nota Kak Maria yang saya dah print awal-awal. Harap-harap lepas habis mengulangkaji nota-nota tu dan jadual kerja saya kembali normal (entah bilalah agaknya tu), semangat menulis tu akan kembali semula.

4 comments:

  1. Takper ambik masa...hidup memang macam itu putarannya...sekejap atas dan sekejap bawah...apa-apa pun semoga semua yang terbaik untuk awak

    ReplyDelete
  2. Betul kata Lolodz tu Farah.Kadang-kadang ada masanya kita memang tidak dapat menulis langsung. Lagipun kalau dah bekerja lebih dari 12 jam sehari, tentulah otak penat dan badan stres.Akak cadangkan, balik bekerja berehatlah dulu, jangan fikir menulis sangat. Hujung minggu baru menulis. Kita perlukan otak yang sihat sebab menulis juga pakai tenaga yang banyak.Jaga kesihatan ya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak Noorul, Kak Maria. Insya-Allah, selepas projek baru ni selesai peringkat prelim nya, jadual saya akan kembali normal. Masa tu moga2 semangat saya naik semula. :-)

    ReplyDelete
  4. Juga mengalami masalah yang sama... Ayuh lagukan "Semangat Perjuangan Harmoni" hehehe

    ReplyDelete