
Malam Ahad lepas aku menonton filem 1957-Hati Malaya. Cepat-cepat aku sms dia sebelum filem itu mula. Pada dia aku pesan 'tonton filem ni. hayati dan fahami betul-betul maksudnya'. Heheheh...lepas sahaja habis filem tu, dia balas sms aku ' :)' (ikon senyum). Entah apa maksud dia, aku pun tak faham. Mungkin dia dapat hayati filem tu atau mungkin juga tidak. Atau mungkin dia faham yang aku cuba nak perli dia. Entahlah...Yang pasti, air mata aku tengah berlinangan masa tu.
Buat semua teman-teman di sini, salam kemerdekaan aku ucapkan pada semua. 52 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Dah banyak yang kita perolehi dalam tempoh ini. Semuanya hasil perjuangan dan pengorbanan datuk nenek kita. Tugas mereka telah selesai. Mendapatkan kemerdekaan buat anak cucu mereka. Buat bangsa mereka. Tapi tugas kita dan mereka yang akan datang belum lagi selesai dan tak mungkin akan selesai selagi bumi Malaysia ini masih wujud di peta dunia. Tugas kita sama beratnya dengan tugas mereka. Memelihara apa yang kita ada hari ini agar ia dapat terus kita dan generasi akan datang nikmati. Hari ini kita dah boleh nampak ada tangan-tangan 'nakal' yang cuba merosakkan kedamaian yang kita ada sekarang. Tegarkah kita melihat semua ini musnah? Tepuk dada tanyalah iman...
haishhh...walaupun dah dua kali menonton hati malaya, setiap kali tiba part tunku minta duit untuk ke London, hati turut sama dapat merasakan kepayahannya.dan masa itu juga dapat melihat semua kaum bersatu.Air mata menitik menghayatinya.
ReplyDeletemerdeka..merdeka..khas untuk farah...1 malaysia...rakyaat didulukan..
ReplyDelete