Followers

Monday, July 20, 2009

Macam-macam Ahad

Hari ahad baru satu jam meninggalkan kita. Dan hari ahad ini ialah hari ahad yang betul-betul memenatkan aku! Pagi tadi aku kena ke sekolah adik aku sebab ada acara sukan tahunan. Pelik betul sekolah sekarang ni. Dah setengah tahun baru sibuk nak buat sukan. Zaman aku sekolah dulu, sukan sekolah diadakan 2-3 bulan pertama sesi sekolah. So, dah masuk tengah tahun tu semua acara-acara yang segolongan dengannya dah selesai. Pelajar boleh concentrate pada study. La ni aku tengok dah lain pulak. Entahlah. Mungkin dah polisi cam gitu. Ikutkan ajelah.

Balik dari sekolah kena sambung balik kerja mengecat dinding luar rumah. Walaupun rumah kami ni tak sebesar mana tapi jerih jugaklah nak menyiapkannya. Heheh..aku tak boleh komplen banyak sebab aku jugak yang sukarela nak buat. Kalau ikutkan ayah aku, dia nak upah orang je buat. Tapi aku fikir buat apa membazirkan duit bayar upah sedangkan kerja tu kami semua boleh buat sendiri kan? Jadi dengan tenangnya aku puncakap dengan ayah aku biar aku dengan adik-adik aku je yang kerjakan dinding rumah tu. Hahahah...masa tu adik-adik aku dah pandang aku dengan panahan yang membunuh la. Geram lah tu. Tapi aku tak peduli. Sekali sekala memang adik-adik aku ni kena dikerahkan buat kerja-kerja macam ni. Apa guna jadi lelaki dalam rumah tu kalau kerja macam ni pun tak boleh buat, betul tak?

Jadi hari ni aku habiskan menyiapkan cat rumah. Kerja lain memang dah tak pandang dah. Mujurlah adik sepupu aku ada sekali jadi ada lah xtra tangan yang tolong. Kerja yang kitaorang mulakan dari pukul 11.00 pagi tu akhirnya selesai pukul 5.00 petang tadi. Hehehe...terasa bangga pulak bila tengok hasil kerja sendiri masa tu. Hilang rasa penat lelah bila dengar ayah aku cakap 'kemas jugak korang buat keje ni eh..' Ayah aku siap bagi cadangan supaya kitaorang buka company cat rumah lepas ni. Adui...minta ampun lah, ayah ku. Tak de kerja le anakanda nak mengecat rumah orang pulak. Cukuplah rumah kita yang satu ni. Itupun sesak nafas aku nak menyiapkannya...huhuhuh...

Malam barulah aku ada peluang nak buat benda lain. Mengadap laptop, iron baju, baca paper dan sebagainya. Dan masa tengah baca paper tadi aku terbaca satu cerita pasal H1N1. Yang buat aku tersentak tu bila aku baca perenggan yang ini :-

Beliau berkata, kluster ketiga di Politeknik Kota, Melaka Tengah apabila 44 pelajar dari blok dan tingkat yang berbeza mengalami gejala ILI dan mereka dikuarantin di satu blok yang khusus sejak 16 Julai.
Sebanyak tiga sampel diambil secara rawak dan keputusan makmal mengesahkan kesemua sampel itu positif Influenza A (H1N1). Institusi itu diarah tutup sehingga 24 Julai.

Huhuhu..kenapa aku tersentak? Sebab adik sepupu aku yang membantu kitaorang tadi tu adalah student di Politeknik Kota, Melaka Tengah. Jumaat lepas masa dia datang rumah aku ingatkan dia cuti sebab tak ada kelas. Aku taklah tanya dia kenapa turun Selayang. Lepas baca berita tu baru aku tahu pasal kes yang melanda tempat dia. Nasib baik dia bukan dari kalangan 44 pelajar tu. Kata dia masa nak balik itu hari dia dah buat check-up dan doktor dah sahkan dia sihat. Nanti 24hb dia balik semula ke sana kena jalani satu lagi check-up. Harap-harap okaylah semuanya. Kata dia lagi kat Melaka tu sekarang bukan setakat H1N1 je. Kes denggi pun banyak. Hai...macam-macam penyakit sekarang ni. Kepada semua, aku harap kita ambillah iktibar dari semua ni. Jangan lupa jaga kebersihan disekeliling kita. Sama-samalah kita berdoa semuanya akan selamat dah minta dijauhkan kita dari penyakit-penyakit ini...mudah-mudahan...

2 comments:

  1. helo cik farah,

    saya bersimpati dengan nasib awak yang kelihatannya sangat tertekan dengan keadaan sekeliling yang memerlukan awak untuk melihat,mendengar dan memberi pendapat serta pertolongan.Tetapi, berikan lah apa yang boleh diberi selagi termampu. Sekurang2nya dia adalah adik awak. dan dia perlukan awak kerana awak lah kakak yang dia ada. Dan awak lagi bersyukur kerana awak mengharunginya bersama2 ibu dan ayah. Tidak seperti saya,yang memerlukan saya hadir dalam hidup adik2 saya sebagai kakak, ibu dan ayah. Tapi saya bahagia dan saya berbangga dengan mereka. Harap awak jadi lebih tabah dan semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik chacha... :D

    ReplyDelete