Followers

Showing posts with label AVA. Show all posts
Showing posts with label AVA. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Cerpen 'Adik' Di Jelita Mac 2010

 
 
Ahad lepas dalam keadaan pisat-pisat, saya minta mak su carikan majalah Jelita waktu dia keluar nak cuci kereta. Nak tunggu dia balik macam menunggu buah durian nak gugur. Excited campur berdebar! Bila dia sampai dengan senyum simpul dia, dia tunjuk majalah dekat tangan. "Berdebar lah tu!" Kata dia tapi saya buat muka cool lagi walaupun hati memang dah dap, dup, dap, dup. Akhirnya mukasurat yang dicari terbuka depan mata. Alhamdulillah, cerpen yang ditunggu akhirnya tersiar juga di media. Cerpen 'Adik' ni saya tulis selepas balik dari bengkel penulisan cerpen anjuran AVA. Kerana tak yakin dengan hasilnya, saya minta bantuan Kak Maria Kajiwa untuk bedah cerpen ni. Alhamdulillah, beliau sudi membantu dan hasil tips yang di beri Kak MK, saya perbaiki cerpen ni dan akhirnya saya hantar ke Berita Publishing untuk dimuatkan dalam Majalah Jelita.(Terima kasih pada Kak Lili Norlaili dari berita publishing)
Terima kasih juga pada Puan Nisah Haron dan Abang Khar kerana atas bimbingan mereka, saya dapat keberanian untuk menghasilkan karya. Dan buat semua teman-teman AVA, mari kita terus berkarya! 

Sedang giat menghasilkan cerpen-cerpen lain. Chaiyok, Farah!

Wednesday, December 16, 2009

Bengkel Penulisan Novel




Show, don’t tell. Nak tahu apa maknanya tu? Itu adalah satu teknik yang saya  pelajari sewaktu bengkel penulisan novel anjuran AVA pada 12.12.2009 kelmarin. Sebulan dua ni memang saya asyik bebengkel. Lepas cerpen, saya ikuti bengkel anjuran Alaf21. Yang terbaru bengkel penulisan novel anjuran AVA. Alhamdulillah, semangat saya masih kuat lagi walaupun novel Nadi di bedah sedalam-dalamnya. Tajuk Nadi yang saya pilih itu pun sebenarnya tidak kuat. Bibir tersenyum tapi dalam hati menanggis waktu tu. Aduhai…melihat ‘baby’ saya di bedah sebegitu rupa memang memedihkan. Tapi saya akui yang novel itu memang masih lemah. Itu baru Prolog dan Bab 1. Kalau diberi mereka baca kesemuanya mahu saya menanggis hari tu. Heheheh…
Jumlah kehadiran bengkel kali ini tak seramai bengkel cerpen dahulu. Walaupun tak ramai, suasana bengkel sangat meriah. Memang menyeronokkan bengkel ini. Kebanyakan yang hadir saya dah kenal kecuali Kak Lili, Nadir (karya KIUB nya sangat menarik), Farah No.2 (hehehe…sebab nama kami sama jadi kena letak nombor di belakang nama), dan peserta termuda sekali, Faiz. Hari itu kami juga bertuah sebab dapat berkenalan dengan penulis Saga Horizon, Fadli Al-Akiti. Saya dan Jue dah kecut perut bila nampak kehadiran beliau. Kenapa? Sebabnya beliau merupakan seorang editor di DBP.  Mujur beliau seorang yang ‘sempoi’. Kurang sikit rasa gementar tu. Sesi bengkel bermula dengan penerangan tentang teknik menulis bab pertama dari Pn. Nisah. Saya ingatkan selama ini menulis ni boleh pakai hentam sahaja. Rupanya ada teknik yang perlu digunakan. Patutlah saya sendiri pening kepala baca Bab 1 novel Nadi. Hahaha… Sesi seterusnya adalah sesi membedah novel. Sesi yang paling saya dan Jue geruni. Jika di bengkel cerpen, sesi pembedahan saya di waktu-waktu akhir. Kali ini saya ‘terpilih’ menjadi orang pertama. Aduh! Tersekat-sekat suara menerangkan mana datangya idea untuk novel ini. Sebab terlalu gemuruh, saya terlupa baris lirik yang menjadi inspirasi saya menulis cerita ini sedangkan saya cukup hafal liriknya! Sesi bedah Nadi berlangsung hampir satu jam. Alhamdulillah, ramai tukang bedah yang memberi saya komen yang saya kira begitu membina. Terima kasih buat semua…
Syukur kerana digerakkan hati saya untuk ikuti bengkel ini. Baru saya sedar yang saya masih perlu perbaiki lagi teknik menulis saya. Kata Kak Maria (salah seorang peserta bengkel yang saya kira sudah layak menjadi mentor) "Cerita ini akan menjadi cerita yang hebat sebab gaya penulisannya sudah matang cuma dari segi teknikal sahaja yang perlu ditajamkan." Jadi sekarang saya sedang giat memperbaiki novel Nadi. Memandangkan novel ini dah saya tulis banyak, jadi kerja membetulkannya juga agak banyak. Jangan tak tahu, ada beberapa bahagian dalam novel ni yang saya potong dan buang. Selepas di potong saya dapati cerita ni masih boleh ‘berdiri’ lagi. Maknanya bahagian yang di potong tu tidak memainkan peranan langsung dalam novel itu sekadar nak menambahkan jumlah muka surat sahaja. Hahahah…Banyak lagi yang bakal di potong ni. Saya mohon pada Yang Esa agar dikuatkan lagi semangat yang ada ini. Kalau semangat tak kuat…entahlah.


Friday, October 23, 2009

Bengkel Penulisan Novel AVA

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :

1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.

2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)


4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)
8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.

Tuesday, October 20, 2009

Bengkel Penulisan Cerpen


(Gambar dipinjam dari blog AVA)

Alhamdulillah, 18hb lepas aku berjaya menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen anjuran AVA di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras. Bengkel dikendalikan oleh Puan Nisah Haron, penulis novel dan cerpen yang tidak asing lagi bagi mereka yang menggemari bidang penulisan. Selain daripada tips penulisan cerpen, beliau turut menyelitkan sedikit hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta dan hak penulis. Bengkel ini turut memberi peluang kepada kami semua untuk mengetahui sedikit tentang proses penerbitan dengan kehadiran seorang editor dari Tintarona Publication Tuan Rozlan MN. Banyak jugalah info tentang penerbitan yang aku perolehi.

Bengkel yang diadakan dalam suasana santai itu dimulakan dengan sesi suai kenal antara peserta bengkel. Beberapa orang dari peserta memang sudah aku kenali. Ada juga yang hadir pernah aku temui lewat perjumpaan pertama AVA di KL Sentral yang lalu dan ada yang aku kenali melalui dunia blog. Selepas berkenal-kenalan, sesi pertama dimulakan. Sesi pertama ini menumpukan kepada asa penulisan cerpen memandangkan kebanyakan peserta tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang ini.

Sesi kedua bermula selepas rehat. Inilah sesi yang buat aku dan Jue kecut perut. Sesi 'membedah' cerpen yang dihantar tempoh hari. Kelakar bila mengenangkan 'ketakutan' melampau kami. Sampai kami berdua berebut mahu mengangkat tangan bila ditanya siapa yang mahu cerpennya dibedah. Ada asasnya kami menjadi takut. Kebanyakan cerpen yang dibengkelkan bagus-bagus belaka sampai kami tidak menyangka yang itu merupakan kali pertama mereka menulis cerpen. Tahniah kepada mereka yang mendapat komen baik positif mahupun negatif sepanjang sesi itu. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi memberi komen terhadap cerpen aku, Khilaf Diriku (yang akan ditukar tajuknya  berdasarkan komen Puan Nisah yang merasakan tajuknya kurang mantap). Cerpen itu akan aku baik pulih mengikut nasihat dan komen yang kalian berikan. Mana tahu, mungkin tergerak hati ini nak menghantar ke meja penerbit. :-)

Ini merupakan bengkel penulisan yang pertama yang pernah aku hadiri dan insya-Allah segala input yang diperolehi akan aku gunakan untuk memperbaiki lagi mutu penulisan aku.
Tahniah buat AVA kerana berjaya menganjurkan bengkel pertama ini. Walaupun hanya AK seorang sahaja yang menguruskannya, tetapi segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada kami yang baru hendak berjinak dalam bidang penulisan untuk mendapat sedikit ilmu. Diharap banyak lagi bengkel seperti ini dapat dianjurkan AVA dimasa hadapan.

Tuesday, July 7, 2009

Perjumpaan AVA

Abg Khar (sifoo di AVA)(:P), aku, Jue (a.k.a JuliaEsqa), Fadxiora,Ilmar Ilmia

Diskusi tentang penulisan dgn Sdr. Farid
(Nota: Gambar-gambar di ambil dari blog
http://ejenmanuskrip.blogspot.com.
Heheh..Jangan marah ye, sir. Anak murid tak bawa kamera pada hari kejadian)
Hari Sabtu tanggal 4 Julai 2009 jam 10.30 pagi yang lalu aku menghadiri satu perjumpaan tak rasmi dengan ahli-ahli Agensi Villa Aksara (acara sepatutnya mula pukul 10 tapi aku terlewat tiba..hehehe...jenuh le telinga tahan 'ayat-ayat power' dan jelingan abg. Khar). Walaupun hanya berenam tapi perjumpaan itu berjalan dengan jayanya. Aku harapkan ada ramai lagi ahli yang hadir tapi masing-masing punya komitmen dan hal yang lain. Tapi tak kisahlah. Jumlah kehadiran yang kurang tak menghalang aku mendapat info-info yang berguna dari mereka semua. Dapatlah dengar pengalaman Abg Khar dan saudara Farid dalam bidang penulisan ni. Memang teruja dengan perjumpaan tu. Lebih-lebih lagi bila dengar tentang program-program yang akan dianjurkan buat ahli AVA. Rugi tau siapa tak join agensi ni! Terharu rasanya bila ada pihak yang sanggup buka peluang pada kami yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan ni untuk ketengahkan bakat (erk..ada bakat ke? hehehe) yang ada. Lebih terharu lagi bila pihak agensi yakin yang kami boleh melakukannya. Kalau nak diikutkan aku sendiri sebenarnya tak yakin yang aku mampu buat. Tapi insya-allah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impian untuk menulis ni jadi kenyataan (fuh...ayat klise habis...heheh).
(P/S: Kepada mereka yang minat menulis, marilah join agensi ni. Banyak benda berguna yang boleh kita dapat. Tak rugi punya...)